Tuesday, January 17, 2012

Akhirnya setelah mendiamkan diri mengenai keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar dari tuduhan liwat 9 Jan.lepas, Tun Mahathir membuat kenyataan rasmi dalam blognya secara terang menyebut nama Anwar dan seolah-olah membayangkan betapa perlunya pihak pendakwaraya memfailkan rayuan di peringkat mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan dengan alasan,keadilan bagi pihak yang menuduh harus ditegakkan.Tun Mahathir lupa agaknya bahawa yang tertuduh juga harus mendapat keadilan sewajarnya tanpa prejudis dan mahkamah telah memutuskan bahawa bukti pendakwaan boleh dicemari dari segi integritinya.

Inilah kenyataan Tun Mahathir :


1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?



12 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Pendapat Mantan PM, Tun DR.M
suara yg cukup menasabah dan bertepatan.

Suara yg kuat pembelaan kpd yg kerdil seperti Sdr Saiful.Jbatn Peguam Negara perlu pertimbangkan untuk rayuan sdr Saiful ke Mahkamah Rayuan.

Saya amat bersetuju kpd suara Tun Dr M. Bahawa Sdr Saiful perlu buat appeal ke Mahkamah Rayuan.

Tolonglah buat sesuatu kpd Sdr Saiful. Agar perbicaraan yg adil dapat diteruskan dan diadili semula. Semoga Allah SWT bersama sama Sdr Saiful. Amin.

Green Sabah said...

The court and judges should not be easily swayed by any attempts to influence the results.

Green Sabah said...

The judges in the sodomy case has dismissed that Anwar is guilty due to the lack of evidence, the case has ended, just let it be.

ScottyDoesntKnow said...

Yang sudah lepas tu lepas alah. Tak payah lagi diungkit pasal isu ini.

ScottyDoesntKnow said...

Lebuh baik kita beri tumpuan isu-isu yang relavan. contohnya Skandal NFC.

Anonymous said...

keputusan dah ditentukan, kita kena terima keputusan trsebut. ia tak perlu nak dipanjangkan lagi.

Hinamori said...

Kes ni tidak akan pernah habis.

Anonymous said...

cukup lama perbicaraan liwat Anwar ni selesai. tapi bila selesai nampak masih ramai lagi yang tidak berpuas hati.

Bujang Senang said...

Makanya keputusan kehakiman di Negara kita ini adalah adil dan bukan seperti apa yang Pembangkang sangkakan.

Anonymous said...

Sampai bila negara ni mahu fokus kes berunsurkan seks saja? Negara lain sudah maju di hadapan.

Anonymous said...

seolah2 keadilan itu hanya untuk Anwar dan Pembangkang.. kenapa agaknya Anwar mahu penyokong2 beliau turun berhimpun untuk membebaskan beliau sekiranya benar beliau tidak bersalah??

Anonymous said...

Anwar boleh pula saman Utusan kerana memfitnah beliau.. tapi kenapa tidak saman Saiful yang sudah merugikan beliau malah mencalar imej beliau selama bertahun2??