Sunday, January 8, 2012



Datuk Rahman Dahlan yang merupakan Ahli Parlimen Kota belud adalah antara pemimpin politik UMNO yang terawal memberikan respone terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Zabidin Mohd Diah yang membebaskan Datuk seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat yang melibatkan pembantu DSAI Saiful Bukhari Azlan. 

Ketika dihubungi oleh Buletin Astro Awani jam 1 sebentar tadi, Datuk Rahman Dahlan yang pernah disifatkan oleh DSAI sebagai antara pemimpin muda yang angkuh dan sombong dalam ceramah umum Ketua pembangkang itu di daerah Kota Belud bulan lepas, melahirkan rasa leganya dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi itu. “Saya rasa lega dengan keputusan itu” katanya dalam buletin yang disiarkan secara langsung itu. 

Kelegaan Datuk Rahman Dahlan itu sebenarnya turut dikongsi oleh ribuan penyokong Pembangkang yang sedari awal pagi membanjiri perkarangan mahkamah jalan Duta sehingga disifatkan oleh para wartawan dan blogger sebagai membentuk “lautan Manusia”. Ungkapan “lega” yang diucapkan oleh Datuk Rahman itu juga seolah-olah memberi gambaran bahawa memang dari awal lagi MP Kota Belud itu menyedari hakikat bahawa DSAI sebenarnya difitnah dan dakwaan liwat ketasa ketua pembangkang dan Mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tidak benar dan bersifat politik semata-mata. 

Namun bila ditanya mengenai kesan keputusan pembebasan DSAI itu kepada penyokong dan rakyat, Mp Kota Belud itu melahirkan keyakinan bahawa golongan pengundi 'atas pagar' akan menyokong BN dan UMNO menerusi keputusan Hakim membebaskan DSAI itu. Sambil menyifatkan bahawa kerajaan tidak mencampuri urusan badan Kehakiman, beliau juga percaya rakyat sudah semakin matang menilai program kerajaan dalam memajukan negara ini. 

Sementara itu segelinitir penyokong pembangkang masih melahirkan kebimbangan kerana keputusan Hakim berkenaan boleh dirayu di peringkat mahkamah Persekutuan dan mahkamh rayuan.Mungkinkah kes Datuk seri Ir,Nizar Jamaluddin MANTAN MB Perak akan berulang?Kita tunggu episod seterusnya.

55 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Mungkin Mohd Saiful buat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Saya Ready said...

anwar x akan lari dr kerja gila umno.. munkin anwar mati, baru buntut umno berhenti denyut2.. selagi anwar hidup, pastinya ada saja kes yg akan dibangkitkan..

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Rakyat perlu hormati keputusan Mahkamah.Rakyat juga perlu hormati hak individu untuk membuat rayuan ke Mahkamah yg tertinggi.

Keputusan Mahkamah yg telus dan adil.Keputusan yg tiada kaitan dgn mana mana parti.

Rakyat juga tdk perlu kaitkan mana mana parti.Penganalisis juga perlu bersifat terbuka. Kerana yang dibicarakan bukan parti, tapi individu.

Mohd Ishak said...

Keputusan yang bagus daripada kehakiman yang mengadili kes ini. Tindakan beliau mula mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kehakiman negara kita.

Mohd Ishak said...

Akhirnya kes ini sudahpun selesai, terlalu lama kes ini ditangguh sehingga rakyat mula merasa bosan.

Paquin said...

Lega tu mungkin maksudnya OK la takda lagi kes tu turun naik makamah dan menyusahkan wartawan buat liputan kot:P hahha

Paquin said...

Saya yakin ramai yang lega sebab hal ni selesai. Jadi tak lagi tiap hari berita makamah pasal Anwar ja kan:P

Paquin said...

Bagi saya makamah da buat keputusan jadi hormatlah keputusan makamah. Jangan lagi buat hal atau demo menentang pembebasan Anwar.

Paquin said...

W/pun ada pihak yang berpendapat pembebasan Anwar hanyalah sekadar lakonan lepas PRU baru kena tangkap balik (lepas rayuan difailkan ke makamah rayuan), namun bagi saya yang sudah tu sudahlah... Jangan lagi buat andaian yang bukan2.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap semuanya OK dan takda lagi kekacauan.

Anonymous said...

mahkamah sudha membuat keputusannya...semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat episod seterusnya.

Jason said...

Finally this case is over. I'm glad this case is over before election comes.

Jason said...

The court has made a decision and a fair one i must say.

Jason said...

Hopefully there wouldn't be any new case involving Anwar sodomizing a guy again.

Anonymous said...

Saya pasti ramai juga yang tidak puas hati dengan pembebasan Anwar ni. harap2 perkara ini tidak dipolitikkan lagi. terima hakikat keputusan mahkamah.

Anonymous said...

kes ini dah diputuskan, ia tak perlulah nak dikaitkan lagi dgn UMNO, kes ini bukan kes politik.

Anonymous said...

keptusan kes jg menunjukkan sistem kehakiman kita ada bebas.

Sanih Alias said...

PAsti lebih ramai pemimpin UMNO setuju dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Kerana kes Anwar ini bukannya mainan politik. tapi ini adalah kes antara peribadi Saiful dan Anwar sendiri.

Sanih Alias said...

Betulkah Datuk Rahman lega dengan keputusan tersebut. Sebagai seorang pemimpin muda Datuk Rahman menyatakan bahawa keputusan yang dibuat mahkamah itu adalah tepat dan benar. Kerana pasti itu semua ada fitnah diberikan kepada Anwar.

Unknown said...

Sekarang sudah mula untuk kita mengatakan bahawa ahli parti pembangkang yang lain supaya tidak menuduh yang bukan-bukan mengatakan BN mempengaruhi keputusan mahkamah.

Unknown said...

Dengan apa yang mahkamah putuskan maka telah membawa kegembiraan kepada pihak tertentu termasuk pemimpin UMNO. Kita tidak mahu pihak lain mengaitkan UMNO dalam semua perkara ini. Namun sungguh jauh sekali dakwaan tersebut.

zam said...

kes sudah pun selesai dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah.

zam said...

selepas ini tidak perlu lah ada pihak yang mengatakan mahkamah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. sudah terbukti mahkamah adalah bebas.

onong said...

I don't think this will mean something to all of us, specifically.

Anonymous said...

harap kes liwat ini sudah selesai dan semua pihak dapat menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka

Anonymous said...

jika tidak tentunya peristiwa seperti rusuhan akan berlaku antara penyokong DSAI dengan mereka yang membantah keputusan mahkamah ini

Anonymous said...

dan biarlah rakyat yang menentukan nasib BN dan parti pembangkang di Sabah

Anonymous said...

PRU 13 sudah semakin hampir, biarlah rakyat yang menentukan nasib sesebuah parti itu nanti

Anonymous said...

terpulanglah jika Mohd Saiful ingin buat rayuan di Mahkamah Persekutuan, kerana ini hak beliau

onong said...

Nampaknya saham Anwar semakin meningkat.

Ezef said...

I think it won't cause any much impact to Sabah's political scenes.

noemi said...

As far as I concerned, Peninsular is much cautious due to his influence there.

Scarlett said...

Malaysia tidak habis2 dipalit dengan skandal yang hanya membuatkan imej negara ini nampak negatif. Sudah2 lah dengan kes Anwar ni. Lebih baik fokus untuk selesaikan masalah2 negara.

Caldina said...

Kes Anwar bukan saja menjadi perhatian di dalam negara malah di luar negara juga. Walaupun sudah dibebaskan, keputusan mahkamah masih dispekulasikan.

Smookiekins said...

Benar2 kes Anwar memberi banyak kredit kepada parti kerajaan. Jadi, sama2 kita tunggu apa akan terjadi pada PRU13

Kris Jr said...

kalaulah mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dipenjarakan. Kemungkinan lebih dari 3 timebom akan meletup. dahsyat.

nickko said...

jika keputusan Mahkamah itu dipengaruhi oleh desakan penyokong2 Anwar yang turun berhimpun pada waktu itu, adalah wajar pengadu membuat rayuan di mahkamah rayuan.. sebelum ini peguam2 handalan Anwar juga mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah..

DAMN said...

Saya tak sokong Anwar. Susah au siapa betul siapa salah.

POP said...

Janganlah kita percaya perkara karut ini.

kamilla said...

Akhirnya keputusan sudah ada..harap semua berpuas hati.

kamilla said...

Kehakiman negara kita memang adil..ini menunjukkn BN tiada campur tangan dalam hal ini.

kamilla said...

Lega kes ini selesai..kalau tidak, bosan dengan cerita2 anwar.

jackie said...

akhirnya keputusan berpihak kepada anwar..lepas ni tiada lagi cerita2 panas ini..

jackie said...

Kita hormati keputusan makahmah..terpulang kepada MOhd saiful sma ada mau buat rayuan kh tidak.

No name said...

Keputudsan Mahkamah muktamat, harus dihormati.

No name said...

Terbukti juga dakwaan Anwar cuma fitnah.

No name said...

Adalah amat baik kes Anwar ditutup. harus juga semuapihak meneruskan perjuangan.

No name said...

Keputusan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap UMNO.

No name said...

Adakah pelepasan ini gimik UMNO untuk PRU13, masing-masing menilaikannya.

Anonymous said...

Proven that Anwar is innocent.

Anonymous said...

Terima keputusan Mahkamah je.

Anonymous said...

Ada juga personal attack terhadap Anwar. Semoga taktik kotor dapat dihentikan.

Anonymous said...

Do not doubt with judge decision.

Anonymous said...

PAsti mendatangkan kesan sampingan untuk BN & PR.