Monday, January 2, 2012



Berdasarkan roked pada PRU 12 yang lepas, meskipun BN di Sabah dapat mengekalkan majoriti kemenangannya,namun beberapa kawasan khususnya kawasan Parlimen berada pada kedudukan paling genting dan getir bagi BN.Secara umumnya kawasan-kawasan pilihanraya di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama mengikuti komposisi kaum yang menjadi pengundi di kawasan berkenaan.

1. Kawasan Pengundi Cina

Parlimen P172 Kota Kinabalu - pada PRU 2008, kawasan parlimen ini ditandingi 4 penjuru,mempunyaijumlah pemilih berdaftar seramai 43,718 orang. Kawasan Parlimen ini dijangka akan menjadi kawasan"hitam" bagi BNberdasarkan rekod PRU lepas. Calon DAP Hiew King Cheu menang dengan sejumlah undi sebanyak 9,464 mengalahkan 3 calon lain iaitu PKR yang diwakili oleh LIEW CHIN JIN yang meperolehi undi 9,358 dan calon BN, CHIN TEK MING yang memperolehiundi 8,420, manakala calon Bebas Kong YU KIONG hanya memperolehi undi 341 sahaja. 

Daripada analisis ini, didapati bahawa pada PRU 13, kawasan ini akan tetap dimenangi oleh pembangkang,sama ada oleh PKR atau DAP mengikut kesepakatan mereka untuk meletakkan calon satu lawan satu.Ertinya kawasan parlimen ini adalah antara kawasangenting buat BN di Sabah.

Parlimen P 186 Sandakan - kawasan ini juga adalah kawasan di mana majoriti pengundi berdaftar adalah dari kaum Cina. Pada PRU 2008, calon BN  LIEW VUI KEONG menang tipis (8,297) kepada dua calon pembangkang iaitu dari DAP, HONG CHUI LIN @ SHANTY (8,121) dan Calon BEBAS (2,927). Jika ada kesepakatan antara pembangkang pada PRU akan datang,kawasan ini diramalkan akan menjadi milik DAP. Sekaligus kawasan ini menjadi kawasan parlimen yang genting bagi BN di Sabah.

Parlimen P190 Tawau -  Kawasan parlimen ini pada PRU 12 dimenangi oleh wakil dari parti SAPP- Chua Soon Bui 13,943. ( keluar dari BN),ertinya pada PRU akan datang, kawasan ini akan tetap berada di bawah kuasa pembangkang berdasarkan analisis  bahawa SAPP dan PKR ( Berhan Ruslan- 3,278) dan DAP  ( Chan Foong Hin- 9,076) mempunyai kesepakatan untuk meletakkan calon satu lawan satu.

2. Kawasan pengundi bumiputera Islam


Parlimen P169 Kota belud - kawasan parlimen ini mempunyai pemilih berdaftar seramai 43,071 orang. Pengundi terdiri daripada suku bajau, Dusun dan Iranun serta lain-lain.Pada PRU 12, calon BN (UMNO) Datuk Rahman Dahlan menang ( 17,842) dengan majoriti 3,020 mengalahkan calon PKR yang memperolehi undi sebanyak 14,822. Analisis menunjukan peningkatan sokongan kepada pembangkang. Pada PRU 13, jika UMNO dan BN sekali lagi memilih calon yang tidak disukai oleh masyarakat Kota Belud, parlimen ini akan bisa jatuh ke tangan pembangkang.Kawasan parlimen ini berada pada kedudukan genting bagi BN.


Parlimen P170 Tuaran - pada PRU 2008 Datuk Wilferd Bumburing menang ( 17,645) mengalahkan dua calon iaitu PKR, Ansari Abdullah ( 11,023) dan BEBAS Ir, Ajin Gagah ( 879). Kawasan parlimen ini bakal jatuh ke tangan pembangkang iaitu PKR jika beberapa isu yang mendepani BN Sabah tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Antara yang paling lantang di suarakan oleh Wilfred ialah isu PATI dan RCI.


Parlimen P177 Beaufort - pada PRU 12, kawasan parlimen ini dimenangi oleh Datuk Lajim Ukin dengan undi sebanyak 14,780 mengalahkan calon PKR yang hanya meraih undi sebanyak  3,866. Namun kawasan ini tersenarai sebagai kawasan getir buat BN Sabah ekoran daripada perkembangan politik terkini yang menyaksikan desas-desus Datuk Lajim keluar dari UMNO. Jika benar, Datuk Lajim akan terus memenangi kawasan parlimen ini dan BN serta UMNO akan kehilangan kawasan Parlimen berkenaan.


3. Kawasan pengundi bumiputera bukan Islam.


Parlimen P174 Penampang - Kawasan ini majoritinya adalah masyarakat KDM. Pada PRU 2008, calon BN, Bernard Dompok hanya memperolahi undi sebanyak 13,400 mengalahkan 3 calon lain. tetapi calon PKR memperoelhi undi 10,337. Perbezaan undi ini begitu mencemaskan kerana ada beberapa faktor,antaranya Puak KDM mula kehilangan tempat bergantung bila sudah tidak ada parti tempatan yang boleh menjaga kedudukan politik mereka. PBS menyertai BN.Kawasan parlimen ini pada PRU 2012 nanti berada pada status 'hitam' bergantung kepada isu yang boleh membawa kembali semangat politik puak KDM.


parlimen P 180 Keningau - kawasan parlimen ini diwakili oleh calon BN Datuk Joseph Pairin Kitingan. Walaupun ada pihak yang masih ragu akan keupayaan calon dari PKR untuk menewaskan Huguan Siou KDM ini, namun ia bakal berubah apabila ada kemungkinan calon pemimpin KDM tempatan dari parti lokal akan bertanding di kawasan ini. Sebagai rekod Datuk Joseph memperolehi undi 14,598 dan calon PKR 10.334.




secara keseluruhannya jika 8 kawasan parlimen dimenangi oleh pembangkang ertinya Sabah bukan sudah sebagai fixed deposit BN.Dan jika berlaku peningkatan sokongan keatas PR di semenanjung dan di Sarawak,maka hasrat menguasai Putrajaya akan tercapai. walau bagaimanapun ramalan ini hanya berdasarkan kapasiti keputusan PRU 2008 yang lepas. Sentimen pengundi tidak diambilkira. Keputusan muktamad akan diperolehi bila keputusan PRU 13 diumumkan kelak.






34 ulasan :

Unknown said...

SYABAS DAN TAHNIAH!

analisis yg begitu ilmiah dan tidak memihak....teruskan penulisan spt ini.

Mohd Ishak said...

Setiap parti perlulah merancang strategi mereka masing-masing bila bertanding dalam kawasan yang tertentu.

Mohd Ishak said...

Harap calon yang terbaik akan mendapatkan sokongan terbanyak daripada rakyat.

DorianG said...

The best course of action right now is to wait and see...

DATU SIRENGIT said...

salam KM,

kedudukan BN sekarang sangat genting bukan saja di sabah ba, kalau kita tinguk di semananjung pun Bn seakan-akan di tolak sudah.

kalau takdir sudah tersurat menyokong saja ba kita janji ada itu 20 perkara bah...

Scarlett said...

PRU13 mungkin bakal menyaksikan 'tsunami politik' di Sabah? Tidak dinafikan kawasan2 yang disebut di atas memang berada pada kedudukan genting kepada BN. Nampaknya wakil rakyat di kawasan2 ini harus lipat gandakan usaha mereka untuk kembalikan kepercayaan pengundi.

azman said...

semua parti politk dilihat memberikan tumpuan untuk menguasai Sabah.

azman said...

yang pasti kini semua parti pasti gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat di Sabah.

Anonymous said...

ini hnya sekadar analisis, bagaimana hal ini juga kena diberi perhatian bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Anonymous said...

BN kena lakukan yang terbaik untuk kekalkan sokongan rakyat di sabah. PRU 13 pasti ada persaingan yang sengit.

Bujang Senang said...

Maka BN perlulah membetulkan kelemahan yang ada dalam pemimpin mereka jika inginkan sokongan dari penduduk Sabah.

Unknown said...

Salam sejahtera kepada semua terutama sekali kepada KM sendiri,

Info yang sangat berguna untuk pembaca. Analisis yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini membolehkan parti BN sendiri membetulkan apa yang perlu untuk meraih sokongan dari rakyat sendiri. Memang sesuatu keputusan amat sukar untuk kita tentukan namun itu semua juga bergantung dari hasil usaha gigih seseorang pemimpin itu sendiri. Tanpa semua itu maka pasti kegagalan menanti. Tapi jika kita berusaha pasti yang menanti adalah kejayaan ataupun kegagalan.

bayausbh.blogspot.com

Bujang Senang said...

Memang dalam tahap yang genting sekarang ini jika dilihat sendiri PRU12 tahun 2008. Kebanyakan kawasan hanya menang tipis dan juga pertandingan 3-4 penjuru.(Sebelum pembangkang PKR dan DAP menjadi PR). Namun sekarang adanya parti gabungan PR ini maka pertandingan 1 lawan 1 pasti akan terjadi. Ini lebih sengit.

Anonymous said...

dari tahun 2008 hingga hari ini sepatutnya cukup untuk BN menghapuskan istilah 'kedudukan genting' ini.. namun apa yang dilihat sehingga hari ini, istilah itu kekal releven malah ada yang semakin jelas kelihatan.. so, dalam masa yang suntuk ini, lakukanlah sesuatu....

Anonymous said...

analisis ini sungguh berguna. kalau memang kawasan2 yang telah disebutkan merupakan kawasan di mana BN berada pada kedudukan yang genting, BN perlu melakukan sesuatu bagi memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di kawasan ini.

Anonymous said...

BN diharap tidak menempatkan calon2 yang tidak disukai oleh penduduk di kawasan tersebut.

Smookiekins said...

Kalau yang bakal2 jadi calon tu bagus juga baca ni analisis. Bolehlah mengatur strategi.

Kris Jr said...

tengok saja apa akan terjadi pada PRU13 nanti.

Anonymous said...

analisis yang baik..

Anonymous said...

harus juga diambil kira perkembangan politik sabah terkini di mana kemunculan perikatan borneo bersatu, STAR, SPF dll..sudah pasti pada pru13 nanti, jika tiada sepakatan dari pembangkang, BN akan menang mudah..namun, apa pun boleh berlaku..kemungkinan akan ada perubahan drastik..dan kemungkinan juga sabah akan mengalami tsunami politik berikutan beberapa isu yang tidak diberikan perhatian sewajarnya..

Anonymous said...

namun masih terlalu awal untuk membuat penilaian..segalanya akan terjawab menjelang pru13 nanti..kita tunggu dan lihat..

No name said...

Semoga calon yang berkaliber and berkepercayaan tinggi diberi peluang.

No name said...

BN should eliminate those WR that really can't perform well.

No name said...

Kelemahan BN harus diperbaiki agar rakyat masih berkeyakinan dengan BN.

No name said...

I expect that this coming PRU will be a tough year for BN.

No name said...

Perosak harus disingkirkan. Muda baru harus diberi peluang.

Anonymous said...

Just see how things progressing.

Anonymous said...

BN harus mengkaji strategi baru untuk bertanding kali ini.

Anonymous said...

BN memerlukan muka baru.

Anonymous said...

Banyak lagi kelemahan BN Sabah yang harus diperbaiki lagi.

Anonymous said...

Saya setuju dimana Wakil Rakyat yang tidak produktiviti harus disingkirkan.

kamilla said...

Wakil rakyat yang tidak tahu buat kerja perlu di singkirkan..

kamilla said...

BN perlu buat yang terbaik untuk rakyat bagi memastikan rakyat tidak berpaling tadah.

kamilla said...

Kita tunggu sahaja apa akan jadi pada PRU13 nanti..harap yang terbaik untuk sabah.