Showing posts with label Kwasan parlimen panas di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Kwasan parlimen panas di Sabah. Show all posts

Monday, January 2, 2012



Berdasarkan roked pada PRU 12 yang lepas, meskipun BN di Sabah dapat mengekalkan majoriti kemenangannya,namun beberapa kawasan khususnya kawasan Parlimen berada pada kedudukan paling genting dan getir bagi BN.Secara umumnya kawasan-kawasan pilihanraya di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama mengikuti komposisi kaum yang menjadi pengundi di kawasan berkenaan.

1. Kawasan Pengundi Cina

Parlimen P172 Kota Kinabalu - pada PRU 2008, kawasan parlimen ini ditandingi 4 penjuru,mempunyaijumlah pemilih berdaftar seramai 43,718 orang. Kawasan Parlimen ini dijangka akan menjadi kawasan"hitam" bagi BNberdasarkan rekod PRU lepas. Calon DAP Hiew King Cheu menang dengan sejumlah undi sebanyak 9,464 mengalahkan 3 calon lain iaitu PKR yang diwakili oleh LIEW CHIN JIN yang meperolehi undi 9,358 dan calon BN, CHIN TEK MING yang memperolehiundi 8,420, manakala calon Bebas Kong YU KIONG hanya memperolehi undi 341 sahaja. 

Daripada analisis ini, didapati bahawa pada PRU 13, kawasan ini akan tetap dimenangi oleh pembangkang,sama ada oleh PKR atau DAP mengikut kesepakatan mereka untuk meletakkan calon satu lawan satu.Ertinya kawasan parlimen ini adalah antara kawasangenting buat BN di Sabah.

Parlimen P 186 Sandakan - kawasan ini juga adalah kawasan di mana majoriti pengundi berdaftar adalah dari kaum Cina. Pada PRU 2008, calon BN  LIEW VUI KEONG menang tipis (8,297) kepada dua calon pembangkang iaitu dari DAP, HONG CHUI LIN @ SHANTY (8,121) dan Calon BEBAS (2,927). Jika ada kesepakatan antara pembangkang pada PRU akan datang,kawasan ini diramalkan akan menjadi milik DAP. Sekaligus kawasan ini menjadi kawasan parlimen yang genting bagi BN di Sabah.

Parlimen P190 Tawau -  Kawasan parlimen ini pada PRU 12 dimenangi oleh wakil dari parti SAPP- Chua Soon Bui 13,943. ( keluar dari BN),ertinya pada PRU akan datang, kawasan ini akan tetap berada di bawah kuasa pembangkang berdasarkan analisis  bahawa SAPP dan PKR ( Berhan Ruslan- 3,278) dan DAP  ( Chan Foong Hin- 9,076) mempunyai kesepakatan untuk meletakkan calon satu lawan satu.

2. Kawasan pengundi bumiputera Islam


Parlimen P169 Kota belud - kawasan parlimen ini mempunyai pemilih berdaftar seramai 43,071 orang. Pengundi terdiri daripada suku bajau, Dusun dan Iranun serta lain-lain.Pada PRU 12, calon BN (UMNO) Datuk Rahman Dahlan menang ( 17,842) dengan majoriti 3,020 mengalahkan calon PKR yang memperolehi undi sebanyak 14,822. Analisis menunjukan peningkatan sokongan kepada pembangkang. Pada PRU 13, jika UMNO dan BN sekali lagi memilih calon yang tidak disukai oleh masyarakat Kota Belud, parlimen ini akan bisa jatuh ke tangan pembangkang.Kawasan parlimen ini berada pada kedudukan genting bagi BN.


Parlimen P170 Tuaran - pada PRU 2008 Datuk Wilferd Bumburing menang ( 17,645) mengalahkan dua calon iaitu PKR, Ansari Abdullah ( 11,023) dan BEBAS Ir, Ajin Gagah ( 879). Kawasan parlimen ini bakal jatuh ke tangan pembangkang iaitu PKR jika beberapa isu yang mendepani BN Sabah tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Antara yang paling lantang di suarakan oleh Wilfred ialah isu PATI dan RCI.


Parlimen P177 Beaufort - pada PRU 12, kawasan parlimen ini dimenangi oleh Datuk Lajim Ukin dengan undi sebanyak 14,780 mengalahkan calon PKR yang hanya meraih undi sebanyak  3,866. Namun kawasan ini tersenarai sebagai kawasan getir buat BN Sabah ekoran daripada perkembangan politik terkini yang menyaksikan desas-desus Datuk Lajim keluar dari UMNO. Jika benar, Datuk Lajim akan terus memenangi kawasan parlimen ini dan BN serta UMNO akan kehilangan kawasan Parlimen berkenaan.


3. Kawasan pengundi bumiputera bukan Islam.


Parlimen P174 Penampang - Kawasan ini majoritinya adalah masyarakat KDM. Pada PRU 2008, calon BN, Bernard Dompok hanya memperolahi undi sebanyak 13,400 mengalahkan 3 calon lain. tetapi calon PKR memperoelhi undi 10,337. Perbezaan undi ini begitu mencemaskan kerana ada beberapa faktor,antaranya Puak KDM mula kehilangan tempat bergantung bila sudah tidak ada parti tempatan yang boleh menjaga kedudukan politik mereka. PBS menyertai BN.Kawasan parlimen ini pada PRU 2012 nanti berada pada status 'hitam' bergantung kepada isu yang boleh membawa kembali semangat politik puak KDM.


parlimen P 180 Keningau - kawasan parlimen ini diwakili oleh calon BN Datuk Joseph Pairin Kitingan. Walaupun ada pihak yang masih ragu akan keupayaan calon dari PKR untuk menewaskan Huguan Siou KDM ini, namun ia bakal berubah apabila ada kemungkinan calon pemimpin KDM tempatan dari parti lokal akan bertanding di kawasan ini. Sebagai rekod Datuk Joseph memperolehi undi 14,598 dan calon PKR 10.334.




secara keseluruhannya jika 8 kawasan parlimen dimenangi oleh pembangkang ertinya Sabah bukan sudah sebagai fixed deposit BN.Dan jika berlaku peningkatan sokongan keatas PR di semenanjung dan di Sarawak,maka hasrat menguasai Putrajaya akan tercapai. walau bagaimanapun ramalan ini hanya berdasarkan kapasiti keputusan PRU 2008 yang lepas. Sentimen pengundi tidak diambilkira. Keputusan muktamad akan diperolehi bila keputusan PRU 13 diumumkan kelak.