Sunday, January 22, 2012


Dari sumber dalaman UMNO KB yang boleh dipercayai mengkhabarkan bahawa Pembantu menteri Pertanian dan industri makanan Sabah yang juga ADUN  N6 TEMPASUK, Datuk Musbah Hj Jamli adalah antara calon pilihan UMNO KB pada PRU 13 yang akan datang ini. Mesyuarat Bahagian UMNO dikatakan memutuskan supaya Datuk Musbah sekali lagi diberi kepercayaan menjadi calon UMNO/BN di kawasan tersebut. Berdasarkan rekod sebelum ini, Datuk Musbah berjaya menundukkan calon PKR, Ustz Laiman Hj Ikin dengan majoriti lebih 2000 pada PRU 12 yang lepas. Berdasarkan andaian tersebut bahawa Datuk Musbah adalah calon "winnable" di Dun berkenaan,maka sekali lagi UMNO KB mencalonkan beliau.

Walaupun senario politik semasa tidak lagi bergantung kepada 'pencalonan' Bahagian kepada 'pucuk pimpinan' negeri, namun usaha UMNO KB itu dilihat masih relevan dengan kehendak akar umbi yang masih mahukan Datuk Musbah menjadi wakil rakyat di kawasan Tempasuk. Dan berdasarkan perkembangan ini, maka menunjukkan bahawa peluang pemimpin agung Iranun yang sebelum ini disebut-sebut sebagai antara pemimpin UMNO yang mengidamkan kawasan tempasuk iaitu Tan Sri Pandikar Amin tidak akan kesampaian. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan oleh Datuk Musbah sekiranya pencalonan Bahagian KB itu menjadi kenyataan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Iranun di kawasan itu. Kerana berdasarkan rekod pada PRU 12 yang lepas, Datuk Musbah bukanlah pemimpin yang "winnable" kepada masyarakat Iranun.

Tambahan lagi sejak kebelakangan ini isu kelewatan pembinaan SK Tamau dalam "mukim' masyarakat Iranun yang terbiar dan berada dalam kawasan kepimpinan Datuk Musbah yakni di Tempasuk menjadi isu besar dikalangan pemimpin sedia ada masyarakat Iranun. Justeru itu pada hemat kelapa mawar jika Datuk Musbah menginginkan sokongan padu dari masyarakat Iranun, harus segera beliau mengembalikan kredibilitinya terutama bersangkut intgeriti kepimpinannya yang melibatkan isu ini. Jika tidak sekiranya pembangkang 'meletakkan' calon yang tepat dengan mengambilkira sentimen masyarakat Iranun dan yang lainnya, ada kemungkinan besar Datuk Musbah boleh ditundukkan. Tambahan lagi sentimen masyarakat kadazandusun di kawasan Tempasuk ini sangat panas ekoran kawasan perkampungan mereka yang tidak terlibat dalam projek jelapang padi dan masih menghadapi masalah keperluan asas yang tidak sempurna.

Sementara itu dalam satu khabar yang juga boleh dipercayai, kononnya pada PRU 13 akan datang di daerah Kota Belud, satu NGO yang ditaja oleh pemimpin tertentu akan 'tutun padang' mengumpul segala maklumat berkenaan dengan pengamalan politik wang semasa proses pilihanraya. NGO yang dikatakan berpusat di KL itu mempunyai ahli sukarela  di peringkat negeri Sabah dan daerah Kota Belud.

Jika apa yang dikhabarkan ini satu kenyataan politik yang benar, ada kebarangkaliannya situasi PRU 13 akan lebih ceria dan berwarna warni.

32 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Ini kalilah pertembungan calon calon yg sama pintar dan sama ilmu persilatan.

Jika Hj Musbah majoriti undi 2000. Agak mustahil pihak pembangkang tdk boleh menjaring pengaruh yg sama kental dgn calon BN.

Perlu kah Hj Musbah mendabik dada, kerana menang dgn majoriti demikian. Pru ke-13, bersemangat lagi kah para penyokong BN??

Kaum Iranun yg terguris perasaan kerana isu keterbengkalaian SK Tamau isu rampasan tanah warisan di kg rampayan, masih melukai kulit kulit masyarakat Iranun hingga kini.Tentu sokongan kpd BN akan pudar.

Kaum dusun dgn luka isu empangan tambatuon, dan pengairan sawah padi mereka di perkampongan dusun, masih lagi tdk sampai ke penghujung destinasinya.

Ada ketua ketua cwg berpendapat,calon pembangkang bakal meraihkan kemenangan dgn majoriti lebih 3,000 ribu. Jika Hj Musbah jadi calon. Kecuali muka baru yg terpilih diturunkan ke gelanggang persilatan pru ke-13, Maka mungkin para penyokong BN tdk berpatah arang. Tetap hidup BN!

Kris Jr said...

calon harus benar2 mendapat kepercayaan rakyat setempat. kepercayaan yang tempat mereka akan dibangun dan dimajukan. Suara2 rakyat setempat didengar oleh calon yang akan menjadi wakil mereka.

Hinamori said...

Jangan silap meletakan calon.Kebijaksanaan dalam mengatur strategikpun mempengaruhi juga.

DorianG said...

irregardless as to whom the candidate they want to fill, he or she must be able to uphold the poeple's aspiration.

DorianG said...

End of the day, It is the people who will have the final say as to whom they preferred to lead them

Anonymous said...

jika ia dirasakan seorang calon yang boleh menang, mmg wajar ia dicalonkan.

Anonymous said...

semoga calon ini menang2 boleh menang.

Hinamori said...

bersiap sedia untuk berperang pada PRU13.

Anonymous said...

nampaknya PRU13 semakin terasa...

Anonymous said...

kalau rakyat mahu datuk musbah dicalonkan semula ini bermakna datuk musbah adalah calon yang tepat bagi umno..

Anonymous said...

apa2 pun kita tunggu dan lihat siapa yang bakal dicalonkan..

Anonymous said...

Calonkan mereka yang layak dan mendapat sokongan di hati rakyat.

Bujang Senang said...

Calon yang terbaik untuk kawasan tersebut. Semoga calon yang dipilih melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya.

Bujang Senang said...

Jika kepentingan penduduk lebih diutamakan rasanya tidak akan mustahil BN akan menang majoriti dikawasan tersebut.

Anonymous said...

jika Musbah merupakan antara pemimpin yang majoriti disukai oleh penduduk di Kota Belud, memang tidak jadi masalah untuk mencalonkannya.

Anonymous said...

isu2 seperti pembinaan SK Tamau dan empangan Tambatuon perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik bagi penduduk agar tidak memberi impak negatif yang sangat mendalam bila PRU tiba.

azman said...

tidak kira siapa pun yang dicalonkan yang penting dapat menjalankan tugas dengan baik.

azman said...

jika Datuk Musbah mampu menjalankan tugas dengan baik dan mendapat sokongan rakyat, memang patut dia dicalonkan.

azman said...

apa pun, yang penting keperluan rakyat harus menjadi keutamaan setiap pemimpin.

Anonymous said...

jika masih dapat sokongan tidak mustahil datuk Musbah akan dicalonkan semula.

Anonymous said...

tunggu dan lihat sajalah. tdk kira tercalon atau tidak, setiap pemimpin harus berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat.

No name said...

Pastikan calon yang betul yang dipilih.

No name said...

Terpulang juga kepada rakyat untuk memilih.

No name said...

Not sure the people like Datuk Musbah. Lets see how the result of the PRU.

No name said...

Kalau datuk Musbah ikhlas dansanggup memperjuangkan yang terbaik untuk penduduk di KB, apa salahnya?

No name said...

Siapakah ccalon sebenarnya tiada bezapun, yang membezakan cuma sanggupkah calon itu berjuang dan bersuara untuk rakyat.

Anonymous said...

Nama dan rupa calon itu tidak penting, yang penting kebolehan dan keupayaan untuk berkhidmat untuk rakyat di KB.

Anonymous said...

May be Datuk Musbah a right choice for UMNO.

Anonymous said...

Semua sudah bersedia untuk berjuang. Namun, rakyat juga harus bersedia untuk menilai siapakah calon yang lebih wajar.

Anonymous said...

Semoga WR yang baru akan memnawab KB ke peringkat yang lebih bermaju.

Anonymous said...

Sokongan dan undian cuma beri kepada calon ynag betul-betul mengutamakan rakyat.

Anonymous said...

bagaimana jika SAPP dan STAR juga menurunkan calon di kawasan itu?? adakah PR atau semua parti pembangkang Sabah masih mempunyai harapan untuk merampas kawasan itu??