Thursday, January 19, 2012

Semalam bila Pengerusi Lembaga Penasihat panel SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Putih membuat saranan supaya Menteri dan Isteri Serta keluarga membuat pengisytiharan harta kepada umum ramai rakyat yang menyambut saranan itu dan berharap dapat direalisasikan. Menurut Puan Sri Zaitun saranan itu adalah bertujuan untuk memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan di samping 'membersihkan' tanggapan negatif umum kepada pemimpin dalam kerajaan.

Hari ini, Menteri di jabatan Perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyangkal saranan itu dan sebaliknya menyifatkannya sebagai "membahayakan" menteri atau pemimpin berkenaan. 
“Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. ”Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Di Kota Belud, antara pemimpin yang pernah didakwa memiliki harta melebihi sumber pendapatannya ialah ADUN TEMPASUK, Datuk Musbah Jamli. Menurut sumber yang diperolehi, ADUN TEMPASUK ini bukan sahaja memiliki rumah mewah di Taman Kingfisher tetapi juga memiliki beberapa kerta sport dan kerta mewah. PAS Kota Belud pernah menyarankan supayta SPRM membuat siasatan terhadap Datuk Musbah.

Namun menurut, sumber terdekat yang juga merupakan penyokong kuat kepada Datuk Musbah ,menyatakan bahawa semua itu adalah fitnah dan tohmahan semata-mata untuk membunuh politik mantan Ketua UMNO KB ini. Kerana sebelum menceburi politik, Datuk Musbah adalah seorang usahawan yang berjaya. Hingga kini belum ada siasatan SPRM keatas Datuk Musbah.

Jika saranan Puan Sri Zaitun ini menjadi kenyataan dan menolak alasan Nazri yang tidak profesional dan keanak-anakan itu, maka Datuk Musbah juga tidak akan terkecuali daripada membuat pengisytiharan harta kepada umum. Itupun jika beliau dicalonkan semula.Adakah datuk Musbah sudah bersedia mengisytiharkan hartanya?

38 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Istihar harta individu pemimpin, wajar dibuat.

Saya pernah istihar harta semasa masih berkhidmat dgn Badan Berkanun Kerajaan. Sebuah kereta Pinjam di bank. Dan sebuah rumah juga pinjam dari Majikan.

Tiada masalah setiap pemimpin mengistiharkan harta yg tkumpul.
Dan memang berkewajaran mereka istiharkan.

Rakyat sentiasa alu alukan.CrabledS

Anak Sabah said...

Bagi pendapat saya, mana-mana pihak yang meminta pihak lain untuk mengisythiharkan harta perlulah isytiharkan hartanya sendiri terlebih dahulu.

Anonymous said...

pengisytiharan harta mgkin juga boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya jika nilai hartanya diketahui kerana ia mgkin akan menarik minat penjenayah.

Anonymous said...

mgkin pengusytiharan harga perlu juga diberikan, tapi kepada umum. mana2 yang hartanya melebihi pendapatan harus disiasat.

Paquin said...

Setuju dengan anak sabah. Sebelum suruh org lain isytihar harta,isytiharkan harta sendiri dulu.

Paquin said...

Pengisytiharan harta ini ada pros dan cons juga. So susah juga mahu cakap.

Paquin said...

Terutamanya kalau dah diisytiharkan bukankah hal ini seolah-olah mengalu-alikan penjenah bertindak???

Paquin said...

Tapi kalau memnag ikhlas utk pastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan di samping 'membersihkan' tanggapan negatif umum kepada pemimpin dalam kerajaan, rasanya OK juga kalau diadakan.

Paquin said...

S/ada saranan ini diterima baik atau sebaliknya, terpulanglah. Syukur harta saya 'cukup makan' saja. Jadi tak payah susah2 mahu fikir pasal isytihar harta. huhuhu

Anonymous said...

menteri dan kaum kerabatnya harus mengisytiharkan harta mereka...saranan Pengerusi Lembaga Penasihat panel SPRM harus dilaksanakan segera..

Anonymous said...

alasan Nazri tidak kukuh..adalah tidak masuk akal pengisytiharan harta membahayakan..padahal ianya wajib dilakukan..melainkan ada yang takut diketahui oleh umum..

Kris Jr said...

Istiharkan harta ada baik dan keburukan. Kebaikannya, rakyat tahu betapa jujurnya eorang pemimpin tu. Keburukan, mungkin akan terdedah kepada bahaya keatas diri pemimpin dan keluarga. Mungkin kena culik, rompak dan sebagainya.

Anonymous said...

memang wajarlah Menteri dan isteri serta keluarga membuat pengisytiharan harta kepada umum

Anonymous said...

"Menurut Puan Sri Zaitun saranan itu adalah bertujuan untuk memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan di samping 'membersihkan' tanggapan negatif umum kepada pemimpin dalam kerajaan." - setuju dengan beliau

Anonymous said...

sekurang-kurangnya, penyelewengan duit rakyat atau kes rasuah tidak terjadi terutama di kalangan ahli politikus

Anonymous said...

Adakah Datuk Musbah sudah bersedia mengisytiharkan hartanya? - isytiharkan sahaja jika benar

Anonymous said...

rakyat berhak tahu...

Hamdan Hadillah said...

Mungkin ini ada benarnya mengenai keselamatan yang akan dihadapi oleh menteri tersebut dengan pengisytiaran harta.

Sanih Alias said...

Ini satu cadangan yang baik namun kita tidak boleh memaksa untuk melaksanakannya. Apa yang perlu cuma memastikan cadangan ini perlu atau tidak dilakukan.

Sanih Alias said...

Betul juga kata Anak Sabah itu. Kenapa mahu menyuruh orang lain tapi ketua sendiri belum lagi isytihar harta mereka.

Bujang Senang said...

Wajar atau tidak itu semua akan terjawab nanti bila diputuskan mengenainya.

Anonymous said...

istihar harta menteri dan isteri serta keluarga? rasanya memang wajar jika perkara ini dibincangkan terlebih dahulu baru dilaksanakan.

Anonymous said...

cadangan ini memang sangat baik pada pandangan saya. lagipun ini salah satu tindakan untuk memastikan aset/harta yang dimiliki menteri2 kita tidak diragui atau kemungkinan terlibat dalam rasuah.

Anonymous said...

Sejauh mana telusnya ahli2 politik bila mengisytiharkan harta mereka? Siapa tahu mereka sudah pindahkan kepada orang lain atau di luar negara.

zam said...

peristiharan harta pasti ada baik dan buruknya.

zam said...

apa pun mungkin candangan ini boleh dikaji dan dipertimbangkan dengan sebaiknya.

zam said...

penilaian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menerima cadangan ini.

Anonymous said...

Is good also to make himself clear from corruption.

Anonymous said...

Pasti penjenayah akan berlaku.

Anonymous said...

Penang has started with good result too.

Anonymous said...

Untuk menjamin imej baik dan tiada rasuah, satu tindakan yang wajar juga.

Anonymous said...

A great idea, should practice to avoid corruption.

No name said...

Ini addalah baik untuk memantau kes rasuah wakil rakyat.

No name said...

Cam mane dengan Pulau Pinang? Negeri yang memulakan pengisytiharan harta.

No name said...

Ini dapat mengurangkan kes rasuah.

No name said...

Harus juga bersikap positif terhadap cadangan ini. Pasti ada banyak pihak yang tidak bersetuju terutama golongan dimana pendapatan dan harta yang tidak balance.

No name said...

Have to study pros and cons about such proposal.

Anonymous said...

ketika EXCO DAP mengistiharkan harta mereka, ada antara mereka yang tidak menyatakan sebarang maklumat berkenaan dengan harta miliknya.. ini jelas menggambarkan bahawa harta2 para pemimpin masih boleh disembunyikan dari pengetahuan umum ketika pengistiharan dibuat..