Monday, January 9, 2012

Merujuk kepada kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin berkaitan isu pemecatan Dr Hasan Ali, beliau ada menyebut tentang Abu Bakar Hamzah. Siapakah dia ustaz Abu bakar Hamzah kerana mungkin ramai ahli-ahli PAS kurang mengenali beliau, termasuk juga saya sendiri. (Baca Sini)


Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat selama 10 tahun pada 1958 semasa era Dr Burhanuddin. Pada tahun 1972, beliau telah dilantik oleh Datuk Asri sebagai Setiausaha Agung PAS.

Bagi pendapat saya, mungkin ada sedikit persamaan diantara Dr Hasan Ali dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah dari segi kelancangan mereka bercakap tetapi jauh berbeza dari prinsip.


Tahun 1969, Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana.

Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Beliau kalah dengan hanya majoriti 5 undi sahaja dan hampir 1000 undi di parlimen Perlis Selatan. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan. 


Pada 26 April 1974, Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Pusat meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Datuk Asri menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti.

Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya. Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah.

Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan dan merugikan parti. 



Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa.

1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.


Perkataan 'Buta Quran', 'Ayatullah Plastik', 'Syaitan Akhras', 'Kurang Akhlak', 'Kupang Tembaga' adalah antara ayat-ayat yang cukup sinonim dengan beliau semasa menghentam kepimpinan ulama setelah PAS kalah teruk pada tahun 1986.

Saya masih ingat lagi perdebatan beliau dengan Ibnu Muslim di era 80'an sehinggakan beliau menerbitan sebuah buku yang diberi nama 'Quo Vadis PAS: Polimik spontan diantara Abu Bakar Hamzah dan Ibnu Muslim'.


Saya tidak menafikan yang saya pada mulanya menyokong dan bersimpati kepada Dr Hasan Ali tetapi keadaan berubah setelah beliau secara peribadi menghentam PAS melalui media yang dikawal oleh Umno.

Penafian beliau meminta maaf kepada PAS tentang 'Negara Kebajikan' semasa berjumpa dengan TGNA dan TGHH telah menunjukkan akan sikap sebenar beliau yang mana hanya beliau sahaja yang benar dan berada dilandasan yang betul dalam perjuangan PAS.


Sindiran-sindiran beliau amat menyakitkan hati kerana beliau menyangka bahawa majoriti ahli PAS menyokong beliau. Inilah diantara kesilapan Dr Hasan Ali dalam menafsirkan kesetiaan yang ada pada ahli-ahli PAS.

Tidak dinafikan ada perkara yang betul dan tidak semua tindakan yang beliau lakukan semuanya salah tetapi yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.


Beliau tanpa rasa malu mengungkitkan jasa-jasa beliau terhadap PAS tetapi beliau lupa akan jasa PAS terhadap beliau. Jasa PAS terhadap beliau tidak ternilai kerana beliau diangkat bukan daripada bawah dan ditantang seperti minyak yang penuh.

Kemenangan yang beliau perolehi semuanya hasil dari keringat dan sumbangan wang ringgit oleh pendokong-pendokong PAS walau pun beliau sudah dikenali. Bolehkah beliau berada dikedudukan sekarang ini jika beliau bersama-sama dengan Umno?.


Bukan disebabkan kritikan beliau terhadap Anwar, beliau dipecat tetapi kerana kelancangan beliau menghentam pucuk pimpinan walau pun sudah diberi nasihat.

Bagi PAS, pemimpin boleh datang dan pergi tanpa ada kerugian pun biar sehebat mana pun pemimpin itu. PAS tetap akan bertahan dengan para pendokong-pendokongnya yang ikhlas berjuang demi Allah s.w.t. dan RasulNya.

Walau bagaimana pun ia bukannya satu kredit untuk kita menghentam beliau selagi beliau masih bersama PAS biar pun keahlian beliau telah dipecat sebagai ahli PAS.

Tidak dapat tidak, pemecatan beliau amat dinanti-nanti oleh segelintir manusia yang bernafsu besar dalam mengejar jawatan dalam GLC milik kerajaan negeri yang masih menyimpan dendam terhadap beliau.

Oleh itu jika beliau seorang yang bermaruah, beliau patut melepaskan jawatan beliau sebagai Exco dengan reladiri dan bukannya dipecat. 

Dalam isu ini, boleh dikatakan 'telan mati mak, luah mati bapa' bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS. Andainya Dr Hasan Ali diberi amaran atau pun digantung keahlian, adakah beliau boleh menahan dirinya dari mengeluarkan kenyataan-kenyataaan yang bercanggah dengan parti mengikut saluran?.

Sebagaimana pertemuan beliau dengan TGNA dan TGHH di Kota Bahru untuk menjernihkan keadaan yang kesudahannya, media Umno juga dicarinya.

14 ulasan :

Mohd Ishak said...

Hasan Ali sudahpun diberhentikan oleh PAS daripada parti mereka kerana tindakan Hasan Ali sendiri.

Mohd Ishak said...

Dalam setiap parti, kesetiaan, kerjasama dan kesatuan antara ahli adalah diperlukan.

ScottyDoesntKnow said...

Regardless of what organization you are involve with: be it politics, social or business affiliated one, the integrity and the reputation of that organization must be upheld

ScottyDoesntKnow said...

If an individual can tarnish the integrity and reputation of the organization. The situation must be contain. This include severing all ties of that organization with the individual. Be in in the form of termination of membership or job contract.

Anonymous said...

walaupn telah dipecat, namun perjuangan politik tak masih boleh diteruskan.

Bujang Senang said...

Hasan Ali akan pasti akan terus berjuang untuk rakyat. Tapi kita tunggu apa yang akan Hasan ali lakukan selepas ini.

Anonymous said...

memang wajar Hasan Ali dikeluarkan dari PAS jika sudah tidak sehaluan dengan perjuangan dalam parti tersebut.

zam said...

Hassan Ali antara pemimpin penting dalam pas, mungkin juga ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pas.

zam said...

apa pun, terpulang kepada Hassan Ali untuk menentukan apa yang beliau ingin lakukan.

Smookiekins said...

Masing2 ada pendirian dan kehendak perjuangan. Good luck saja la.

Kris Jr said...

Hassan Ali berada dalam senarai tidak terpilih menjadi calon PAS pada PRU13, sebab tu la macam2 kenyataan dia.

Caldina said...

Entah apa sebenar pendirian Hassan Ali ni. Kalau tindakan beliau baru-baru ini ada maksud tersirat, nampaknya beliau tidak ubah seperti ular bercabang lidah.

nickko said...

mana kebebasan bersuara dalam PAS? kenapa sekat suara yang tidak sehaluan dengan kehendak PAS?

nickko said...

bagi saya tindakan pemecatan ini sangat tidak demokrasi.. baik PAS atau Pakatan tidak perlu bersuara lantang bercakap soal demokrasi jika parti sendiri tidak mampu mengamalkannya..