Di kalangan pemerhati politik tempatan di daerah kota belud meletakkan isu pembinaan empangan Tambatuon untuk tujuan projek jalapang Padi di Kota Belud sebagai ISU TERBESAR yang gagal diselesaikan oleh MP Kota Belud itu meskipun tempoh jangka hayat statusnya sebagai ahli parlimen semakin dekat.Pertelingkahan mengenai isu ini membawa kepada situasi cabar mencabar antara DARD dengan pemimpin DAP Lim Kiat Siang. Namun hingga kini tarikh untuk perdebatan itu masih tertunda,mungkin akan terus dilupakan berdasarkan kesibukan kedua-dua belah pihak mendepani PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi ini. DARD dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh media cetak dan kemudian dimuat turun dalam blog rasmi Ahli Parlimen itu mendakwa bahawa pihak pembangkang yang mendesak kerajaan menambah kapasiti bekalan beras negara apabila berlaku krisis kekurangan bahan makanan itu. namun katanya apabila kerajaan membuat projek untuk tujuan tersebut pihak pembangkang pula mempertikaikannya.
Laporan media :
Cadangan pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.
Walaubagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.
“ Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan.”
Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai menghadiri program gotong royong anjuran Jabatan KEMAS Kota Belud yang telah diadakan di kampung itu, baru-baru ini.
Seramai 250 orang penduduk kampung hadir pada majlis itu termasuklah semua pemimpin-pemimpin tempatan dan Jawankuasa Bertindak.
Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kenyataan beliau di media ini tidak akan diputar belitkan oleh pihak pembangkang.
Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.
Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.
Katanya, pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.
“ Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan.”
“ Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit , pada masa yang sama mengkritik pihak kerajaan tetapi pada masa yang sama juga mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu.” tambah Abdul Rahman lagi. (New Sabah Times)
49 ulasan :
MP Kota Belud haruslah membantu penduduk Tambatuon untuk menyelesaikan isu empangan ini sebelum tamat hayat mereka sebagai MP.
Selagi rakyat tidak memberikan persetujuan mereka, empangan ini tidak boleh dibina.
"Pihak pembangkang yang mendesak kerajaan menambah kapasiti bekalan beras negara apabila berlaku krisis kekurangan bahan makanan itu. Namun katanya apabila kerajaan membuat projek untuk tujuan tersebut pihak pembangkang pula mempertikaikannya"
Sekarang ni pembangkang pula yang cakap tak serupa bikin? Kalau tidak mahu empangan dibuat, pembangkang bagilah cadangan tentang bagaimana untuk menambah kapasiti bekalan beras di negara ini.
Apa status cadangan pembinaan empangan ini sekarang?
isu-isu panas seperti empangan Tambatuon, rampasan Tanah di Taburan, rampasan tanah di Kg Rampayan, isu kelewatan pembinaan Sk Tamau dan isu pampasan jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat tidak harus dibiar begitu sahaja
isu-isu seperti ini harus ada tindakan segera dilakukan oleh pihak kerajaan/wakil rakyat KB jika ingin terus disokong oleh penduduk tempatan
pihak wakil rakyat di Kota Belut tidak seharusnya ambil ringan terhadap masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk tempatan
terutamanya membantu penduduk Tambatuon untuk menyelesaikan isu empangan ini dengan segera
semoga isu-isu yang dihadapi oleh penduduk KB sekurang-kurangnya dapat diselesaikan sebelum bermulanya PRU-13
Rahman days as the MP will end soo, so its best for Rahman to go all out in helping the people.
If what Rahman said is true, then the opposition is indeed a hypocrite. The dam was suggested when the opposition brought the issue up.
I hope the people will evaluate this matter wisely cause election is just around the corner.
isu empangan tambatuon merupakan isu hangat yang pasti akan dipergunakan sebagai topik politik menjelang pru13.
menyalahkan pihak lain adalah tidak bijak..rahman harus bijak untuk mencari ruang dan peluang untuk menyelesaikan isu ini dengan pihak terlibat dan bukannya membuang masa melayan karenah pembangkang..
apakah rahman akan dicalonkan semula atau digugurkan pada pru13 nanti?
sekarang, apa status cadangan pembinaan empangan di tambatuon? adakah ianya akan tetap dilaksanakan atau kerajaan ada inisiatif lain?
kesudahan isu empangan ini masih tertanya-tanya..pru13 pula semakin hampir..
setiap apa yang ingin dilaksanakan pasti akan ada yang bersetuju dan ada yang membantah.
yang penting sesuatu yang dilakukan pastikan ianya memberikan faedah kepada semua rakyat.
jika pembangkan ingin membantah sesuatu pekara, jangan hanya mengkritik tapi bagilah cadangan atau idea.
pembangkang mmg suka memanipulasikan keadaan, mereka pasti akan memburukkan kerajaan walaupun kerajaan buat perkara baik.
harap persetujuan akan dicapai antara kerajaan dan penduduk kampung mengenai isu empangan tersebut.
Pada tahun ni kerajaan Sabah cuba memperbanyak pengeluaran hasil makanan terutamanya padi. Sekiranya, empangan tu dapat dilaksanakan kemungkinan KB akan menjadi penjanaan padi.
Masalah ini hanya akan selesai jika semua pihak bekerjasama
DARD menyalahkan pembangkang kerana yang hanya tahu memburukkan rancangan kerajaan semata-mata.
Mengenai Empangan itu harap kerajaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan penduduk bagi meminta persetujuan dari semua.
teruskan usaha membantu penduduk. Saya percaya Datuk Rahman pasti dapat menyelesaikan apa pun perkara untuk kebaikan penduduk.
Sebenarnya apa yang pembangkang lakukan untuk memastikan Kerajaan tidak berjaya untuk membantu penduduk. Ini membolehkan pembangkang menyuntik hasutan untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan.
Apa sudah cerita empangan ni??? Ada apa2 perkembangan ka??
Selagi masih berstatuskan MP, lakukan apa yang patut dilakukan demi membantu menyelesaikan isu ini.
Selalunya kita dengar kerajaan yang kena cakap hipokrit, ni kali kita dengar pembakang pula yang hipokrit. hahhaa
Harap hal ini dapat perhatian sewajarnya dan apapun yang bakal dilakukan kelak pastikan ia memberi kebaikan kepada rakyat.
Appaun, terpulang pada rakyat utk menilai sendiri kebenaran kenyataan Rahman.
Now DAP is making noise.
This issue shouldn't be prolonged.
saya juga tidak setuju dengan empangan Tambatuon.. tapi sekurang2nya pembangkang perlulah mengemukakan cadangan tentang lokasi yang sesuai tanpa menjejaskan mana2 kampung.. pembangkang perlu mencadangkan bagaimana kerajaan dapat meningkatkan pengeluaran beras, mewujudkan ribuan peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk kampung dan pendapatan negeri..
Jika empangan itu membawa perkembangan dan perubahan, harus juga diterima dan penduduk juga harus dipertempatkan di kawasan yang lebih strategik.
Harus mencari cara penyelesaian berbanding dengan menyalahkan pihak lain.
win win situation needed from government to the people.
Sometime it is not easy to please everyone when come to development and the people land.
WR harus pandai menguruskan konflik diantaranya.
Persetujuan antara kerajaan dan rakyat amat penting supaya projek empangan dapat dijalankan tanpa gangguan.
Kerajaan negeri harus pandai menegendalikan perselisihan antara penduduk dengan kontraktor.
Turun padang dan memahami masalah penduduk.
Harus mencapai persetujuan dari semua pihak.
Perkembangan harus diteruskan, persefahaman antara kerajaan dan penduduk juga amat penting.
Selagi rakyat tidak bersetuju racangan ini tidak akan di buat..
Harap dengan suara rakyat, sebab rakyat yang akan menentukan semua.
Harap isu ini dapat perhatian.. jangan pandang remeh..
Post a Comment