Presiden KGKS
Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) telah sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang cuba ditawarkan oleh kerajaan kepada lebih 1 juta kakitangan awam di negara ini. Kesatuan Guru Kerajaan Sabah yang menungi hampir 43,000 ahlinya menolak skim itu yang disifatkan sebagai tidak adil dan mengelirukan: Kenyataan KGKS adalah seperti berikut:
TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yang diwakili oleh seramai 43,000 ahli, pada Khamis membuat satu kejutan apabila sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Melalui SBPA sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan 78 skim perkhidmatan yang dijumudkan.
Bidang keguruan diantara yang terlibat dalam perubahan baru tersebut.SBPA diwujudkan bagi menggantikan SSM atau Sistem Saraan Malaysia berteraskan merit, yang digarap untuk memberi perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan, serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan serta penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan peristasi kerja.Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan skim itu pada bajet 2012 yang lalu.
Bagaimanapun KGKS menyifatkan skim baru itu menjana kepada kerosakan lanskap kerjaya warga pendidik khususnya di Negeri Sabah, dan mereka yang bertugas di kawasan pedalaman negeri itu.Presidennya Hussin bin Basir memberitahu, bantahan kesatuan itu bersifat positif dan bukan provokasi terhadap kerajaan.Hussin yang berada di Tenom untuk menghadiri perjumpaan dengan Ahli Majlis Tertinggi KGKS Cawangan Tenom berkata, kesatuan telah memperjuangkan nasib guru-guru yang berkhidmat di Sabah sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu, dan mahu kerajaan supaya memandang serius mengenainya.Kesatuan menyeneraikan beberapa tuntutan yang antaranya meminta, supaya elaun wilayah dikekalkan pada tahap semasa tanpa sebarang kenaikan, yang sepatutnya berlaku mengikut peratusan kenaikan jumlah gaji pokok.
Gesaan itu dibuat memandangkan ada cadangan untuk pemansuhan elaun tersebut.KGKS turut meminta supaya elaun pedalaman yang bernilai RM1500 bagi P3, RM1000 bagi P2 dan RM500 bagi P1, yang sedang dinikmati oleh guru-guru yang bertugas di 350 buah sekolah di kawasan pedalaman Sabah dikekalkan.Kesatuan itu turut mempertahankan permohonan 400 buah sekolah di kawasan pedalaman lagi, yang sedang menunggu kelulusan bagi elaun seumpama diteruskan.
Katanya, jika elaun-elaun tersebut dimansuhkan sudah pasti akan merencatkan system pendidikan kerana akan menjana konflik lokasi diantara Bandar, luar Bandar dan pedalaman Sabah.
“Elaun-elaun seumpama itu umpama hadiah kepada warga pendidik yang sanggup bertugas di pelusuk pedalaman, dan jika ia dimansuhkan akan menimbulkan jurang dan prepsepsi yang tidak sihat dikalangan guru-guru di negeri ini,” katanya.Hussin meminta Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia supaya memandang serius mengenai tuntutan kesatuan itu.
Kesatuan itu turut meminta kerajaan supaya menyeragamkan pemberian Elaun Perumahan Wilayah (EPW), diantara guru-guru Semananjung dan Sabah.Katanya, ketika ini guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah menikmati EPW sebanyak RM830 bagi guru berijazah dan RM720 bagi guru lulusan diploma, sementara mereka yang dari Sabah dan bertugas di Semenanjung hanya menerima RM600 dan RM250.
“Justifikasinya kedua-dua memiliki ijazah dan diploma, dan kesatuan melihat sesuatu yang tidak seimbang sedang berlaku,” katanya, dan menambah;
“Kadar keluasan negeri Sabah menyamai 5 buah negeri di Semenanjung.”.
Dengan memberi contoh keperluan bagi seorang guru yang berasal dari Daerah Tenom dan bertugas di Tawau, dengan seorang guru yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah adalah sama.
“Mereka memerlukan nilai kos yang tinggi dan sama untuk pelbagai keperluan diri,” tekannya, dan mempersoalkan kenapa jurang seperti itu diwujudkan.
“Adakah persoalan istimewa dan tidak istimewa berlaku di sini,” soalnya.
Hussin memberitahu, tidak ada beza yang boleh menimbulkan jurang diantara guru Semenanjung dengan Sabah.
Jesteru beliau meminta kerajaan supaya memandang serius mengenai tuntutan KGKS, sesuai dengan slogan 1 Malaysia – ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.
“Kita tidak mahu lebih daripada itu,” katanya
29 ulasan :
kebajikan para2 guru di Sabah harus diberi perhatian, pemberian elaun antara Sabah dan semenanjung harus diselaraskan.
kesatuan guru sabah membantah SBPA kerana mereka merasakan skim tersebut tidak sesuai untuk mereka. harap ia diberi perhatian.
Kesatuan Guru pasti ada alasan mereka sendiri mengapa menolak SBPA ini, mungkin ada syarat yang kurang difahami ataupun tidak diterima oleh KGKS mengenai SBPA ini.
Kerajaan wajar mempertimbangkan semua SBPA ini serta membuat perubahan untuk memastikan bahawa semua yang mengikuti skim ini akan rasa adil.
Sekiranya ramai tidak bersetuju maka harus dikaji semula.
Perlu buat kajian berapa % yang setuju dan berapa % yang tidak setuju. Nyatakan juga sebab tidak setuju. lepas tu buat semakan skim dan perbaiki skim tersebut.
Setuju dengan Hinamori. Kalau telampau banyak yang membantah tu SBPA patut dikaji semula.
Pasti ada yang tak kena sehinggakan kesatuan guru Sabah membantah skim ini.
Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.
Kenapa bantahan tidak dibuat dari awal lagi sebelum ditandatangani oleh kebanyakan penjawat awam.
SBPA masih dalam kajian dilakukan oleh kerajaan. Namun SBPA ini ada kebaikan dan juga kelemahannya. Maka kita harap kerajaan akan mengkaji semula cadangan tersebut.
Seharusnya SBPA ini memberi faedah kepada semua dan bukannya sesetengah golongan saja mendapat faedah lebih tapi yang lain biasa2 saja.
misalnya jika bantahan ini tidak diterima, apa yang akan dilakukan oleh para penjawat awam?? melepaskan jawatan?? saya menggalakkan mereka untuk meninggalkan jabatan kerajaan.. biar jabatan kerajaan selepas ini dipenuhi oleh orang2 baru yang lebih produktif dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan..
SBPA ini sedang pun diteliti semula agar ianya memberikan kebaikan kepada semua.
sebarang keputusan haruslah mengambil kira kepentingan semua pihak.
pekara seperti ini pasti dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan suara semua pihak harus diambilkira.
Semoga guru-guru mendapat apa yang berpatutan.
Seharus memkaji kaedah dan formula yang terbaik selepas membuat survey yang patutan.
Bukan senang untuk memenuhi semua pihak, jika didapati kelemahan berlebihi kebaikan, harus juga dikaji balik.
SBPA seharus memberi lebih banyak faedah dan bukan membebankan sesiapa.
Mungkin pihak kuasa harus memberi penjelasan dan penerangan tentang skim tersebut agar guru-guru lebih memahami kandungan skim tersebut.
Skim tersebut harus mendatangkan lebih kebaikan dan tidaknya merisikokan sesiapa.
Make some proper survey to get some feedback about those scheme.
Cadangan para guru harus dikaji supaya yang terbaik dapat diberi.
Faedah untuk guru-guru memang baik jika dibandingkan bidang lain. Harus bersyukur juga.
Im sure government will offer the best for all the teachers.
Harap pemberian elaun guru di Sabah dapat di naikkan seperti di Semenanjung.
jawatan pegawai pendidikan, timbalan ppd, guru besar, pengetua dan penolong kanan di sekolah seharus di pegang oleh guru sabah sahaja.
ini bukan soal produktif atau tidak, ini adalah berkenaan skim yang ditawarkan kepada penjawat awam ada unsur diskriminasi negatif walaupun dalam jawatan, gred, dan skim yang sama.
satu lagi sila kemukakan statistik dimana ada semua kakitangan yang baru lebih produktif berbanding kakitangan yang lama.
Post a Comment