Jika ditanya jutaan rakyat di kawasan pedalaman tentang usaha kerajaan memberikan bantuan kewangan secara "cash dan carry" kepada rakyat sama ada berupa bantuan BR1M yang bernilai RM500 kepada rakyat berpendapatan bawah Rm3000 dan bantuan persekolahan RM100 begitu juga bantuan RM200 kepada seluruh pelajar IPT berupa baucer buku maka tentunya mereka akan berasa gembira dan percaya yang amat sangat bahawa kerajaan semamangnya baik hati dan berusaha memberikan bantuan kepada rakyat.
Jika ditanya para pemimpin UMNO dan BN samada yang mewakili kawasan Pedalaman atau kawasan bandar,maka mereka juga turut berpandangan yang demikian. Cuma bezanya antara kedua golongan ini ialah rakyat di kawasan pedalaman tidak pernah diceritakan berkenaan kedudukan sebenar ekonomi dan pendapatan negara. bagi pemimpin BN dan UMNO ini bukan mereka tidak tahu tetapi pura-pura tidak tahu kerana ingin menjaga periku nasi masing-masing hinggakan apa yang bakal terjadi biarlah terjadi.
Apa yang berlaku ialah hutang negara semakin meningkat. Perbelanjaan atau kos yang digunakan oleh kerajaan bukan dari hasil pendapatan semata-mata tetapi dari hutang atau pinjaman. Pinjaman yang dibuat untuk merangsang pertumbuhan sektor ekonomi tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan. sebab itu kerajaan berhutang lagi sehingga keadaan itu boleh mengancam negara menjadi bankrap atau muflis.
Siapa yang membayar hutang ini? jawabnya ialah rakyat!.sebagai pembayar cukai dan rakyat di negara ini, rakyat akan dikenakan dengan pelbagai cukai perkhidmatan dan sebagainya. Cukai perkhidmatan ini boleh dilihat hampir di semua sektor ekonomi termasuk makanan, peruncitan dan perdagangan. Mungkin anda juga pernah melihat perkataan "Govanment Tax" tertera dalam resit pembelian anda!.Tax itu rakyat yang bayar dan bukannya kerajaan. Sudahlah harga barang naik! hutang negara bertambah! rakyat bayar tax berganda! . Apa akan jadi dengan negara ini?
Inilah yang diwar-warkan oleh Pakatan rakyat bahawa cara mengurus aset negara perlu diperbaiki kerana ketirisan dan kebocoran dalam urusan terutama urusan perekonomian dan projek mencecah berbilllion ringgit bukan sahaja akan melipatgandakan kos operasi tetapi pada jangka panjang akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.Rasuah sepatutnya dibendung secara lebih keras dan kuat! tapi mana boleh kerana dalam pengurusan kerajaan hari ini, rasuah adalah salah satu darinya!
Lihat kenyataan ini :
Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi. Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan. Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.
“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019. “Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi,” katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya. Katanya perkhidmatan awam Malaysia – terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD – meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.
Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).
“Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan,” kata Mohamad Ariff. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai “kemahuan politik” untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.
“Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia,” katanya. Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus. Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.
“Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan,” katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus. “Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar.”
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan. (Sumber : MalaysiaInsider)
Kalau nak diikutkan sedar atau tidak, memang sekarang ini kerajaan dalam usaha untuk mengecilkan saiz bilangan kakitangan awam di Malaysia menerusi pelaksanaan exit policy yang terkandung dalam skim SBPA. Jumlah askar, cikgu, polis tiada masalahnya. Cuma kalau boleh kurangkan jumlah jabatan. contohnya jabatan yang seringkali dilihat bertindih peranannya seperti :
Jabatan Belia dan Sukan vs Kementerian Pembangunan Sosial – dua-dua uruskan aktiviti untuk belia, sukan dan rekreasi runtuk rakyat
APMM VS Kastam vs Polis Marin vs Jabatan Laut – Keempat-empat mereka memantau keselamatan laut dan aktiviti penyeludupan. Satu jabatan sudah cukup sebenarnya.
Jabatan Veterinar/Jabatan Pertanian vs Jabatan Perlindungan Hidupan Liar vs Jabatan Hutan – Tidak perlu sebenarnya 3-4 jabatan nak tengokkan spesis haiwan
Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya daripada dahulu lagi dah ambilalih MARA, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Belia dan Sukan untuk menguruskan kolej-kolej dan institut-institut pengajian tinggi
Kementerian Pelajaran sepatutnya mengambilalih daripada MARA, KEMAS, Permata untuk sekolah-sekolah dan tadika-tadika
Tekun, MARA, KPWKM, BSN dan sebagainya – Tak perlu banyak sangat agensi yang beri pinjaman perniagaan/mikro kredit.
Jabatan Mineral dan Geosains vs Jabatan Kesihatan vs Jabatan Bekalan Air vs pelbagai lagi agensi bekalan air yang ada sekarang ini – tak perlu banyak sangat agensi untuk melaksanakan projek bekalan air. Berikan sahaja tugas tersebut kepada Jabatan Bekalan Air sudah mencukupi sebenarnya
Jabatan Pembangunan Persekutuan – Paling tidak sepatutnya wujud bagi kami. Bukankah JKR sudah ada?
Kemudian, perbelanjaan tinggi bukan disebabkan bayar gaji kakitangan awam semata, tapi lebih kepada sistemnya yang tidak betul & telus. Contohnya :
Peruntukan projek/tender/sebut harga kerajaan. Contohnya ada sebuah portal rasmi satu jabatan ini lebih daripada RM100,000. Jabatan IT dah ada, kakitangan IT pun dah ada tetapi masih lagi mahu mengupah orang luar dengan harga RM100,000 sedangkan ianya hanyalah laman web biasa sahaja (CMS)
Sepatutnya laman web tersebut boleh dibangunkan sendiri & kos untuk dibangunkan sebenarnya jauh lebih murah. Itu salah satu contohnya. Ada pula kes kalau nak beli harga tiket kapal terbang yang Pejabat Kewangan beli ( kalau ada urusan rasmi ) biasanya sampai 2 kali ganda lagi mahal berbanding kalau beli sendiri
Dalam kerajaan banyak berkali ganda dalam mengeluarkan perbelanjaan satu perkara yang bukan mustahil lagi. Satu pembaziran yang harus dielakkan.
Benda-benda seperti inilah yang menyebabkan perbelanjaan mengurus kerajaan meningkat
18 ulasan :
saya kurang faham, mana satu sana yang menggugat ekonomi negara? 1.) kenapa jika hutang mencecah 100% kdnk? hutang singapore skrg 113 %, united kingdom 73%, jepun 174.3% manakala malaysia 50% dari KDNK.. 2.) tentang ketirisan pula, kelapa mawar menerangkan tentang ketirisan seolah-olah ia sangat bahaya, apa itu ketirisan? 3.) kemudian kelapa mawar cerita tentang kenaikan cukai, cukai barangan dan perkhidmatan dari KDNK turki ialah 51%, uk 28%, thailand 38%, indonesia 31%, australia 23%, manakala malaysia hanya 16%. Mungkin kelapa mawar cuba timbulkan isu ekonomi bagi kepentingan politik dan saya tak berniat masuk campur hal politik, tapi saya tak tahu pula mana satu alasan yang digunakan oleh kelapa mawar adalah relevan.. mungkin kelapa mawar boleh gunakan kaedah lain. atau mungkin saya sangat rendah pengetahuan ekonomi.
Harap hutang negara tidak akan menyebabkan peningkatan bebanan rakyat bila negara kita terpaksa melangsaikan hutang.
Kerajaan perlulah memastikan hutang negara kita tidak terus bertimbun. Berusahalah melangsaikan hutang ini sebelum melebihi kemampuan negara kita untuk menjelaskan hutang tersebut.
Pengetahuan saya tentang ekonomi tidak banyak. Namun komen Saizal Pinjaman membuat saya tertanya-tanya juga. Jika benar statistik yang dia nyatakan, apa sebenarnya status hutang negara kita?
Kerajaan perlu lebih tranparens agar Rakel faham situasi sebenar. Negara ini perlu ditadbir dengan lebih bijak agar rakyat tiidak menanggung beban akibat kesilapan pentadbiran negara.
kerajaan Malaysia perlu lebih bijak dalam mengawal perbelanjaan negara, elakkan pembaziran.
Salam Scarlett, statistik yang saya gunakan itu saya dapat dari data world bank.. data ini menjadi piawaian bagi statistik ekonomi mana negara sekalipun.. sebenarnya hutang negara masih lagi dalam keadaan yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.. jika ada pihak yang cuba menjadikan ini suatu isu, janganlah terlalu percaya kerana keadaan ekonomi malaysia amat stabil dan dalam keadaan sihat.. kita adalah pasaran kewangan islam terbesar dunia dan antara pasaran kewangan dunia paling besar.. jika kita nak lihat dari segi kedudukan rizab kewangan pula, bank negara mempunyai rizab sebanyak RM400 billion lebih, antara paling tinggi di dunia.. tentang isu perbelanjaan kerajaan, semua perkara boleh orang cuba kaitkan dengan pembaziran kalau mereka jenis orang yang skeptikal atau jenis orang yang suka mencari kesalahan orang lain, tetapi kita sebagai penilai yang matang kenalah lihat dan dengar alasan kerajaan juga, tidak adil hanya mendengar tuduhan sesuatu pihak dan tidak mendengar hujah pihak yang lain.. kerana sangat mudah untuk mengkritik sesuatu pihak, tetapi sangat sukar jika kita yang bertanggungjawab untuk menguruskan ekonomi negara.. jika kita nak bandingkan keadaan ekonomi kita dengan negara lain, kita jauh lebih baik dan jauh lebih terurus.. malahan banyak ahli ekonomi dunia yang cuba mendalami kaedah yang kita gunakan sebenarnya.. ikut pautan world bank ini kalau nak tahu lebih tentang statistik ekonomi dunia.. http://data.worldbank.org/indicator/GC.DOD.TOTL.GD.ZS
yang penting perlu dipastikan kewangan dan hutang negara diuruskan dengan sebaiknya.
jika diuruskan dengan baik, pasti ekonomi negara beradadalam keadaan baik dan stabil.
Letakkan sepenuh keyakinan di atas bahu Dtk Najib untuk mengurus ekonomi Negara.
Bermula dgn jawatan AMT UMNO, melangkah jadi Naib Presiden dan Timbalan Presiden. Dan sekarang sudah jadi Presiden. Maka Dtk Najib, cukup berkelayakan memimpin Negara.
Di Asia,Dtk Najib yg berpengalaman luas, sukar untuk ditandingi setakat ini.
Kematangan dan kepakaran,Dtk Najib,untuk mentadbir Negara tdk boleh disangkalagi.Rakyat perlu letakan keyakinan dan kepercayaan bahawa Negara kita tetap maju dan ekonomi terurus dgn mampan.
Saya setuju ulasan sdr Saizal Pinjaman.
Kematangan yg ada pada jenerasi masa kini bakal menjadi aset untuk Negara.
Semoga kita baca secara detail dahulu sebelum membuat ulasan.
semoga ulasan tepat dapat membantu memadamkan kekeliruan rakyat.
malaysia ni kan kaya.dan telah terbukti malaysia pandai mengurus ekonominya termasuk lah kewangannya,ini terbukti bila zaman kegawatan dulu pun malaysia tak meminjam pun dgn imf.knapa plk km berfikiran bgitu.semuanyanya tu spekulasi yg cuba menakut2kan rakyat.
sokong dgn saizal
terima kasih sdr Masbak Rumashid...
adakah benar Negara akan bankrap? Harap M'sia segera langsaikan hutang dan kurangkan daripada berhutang. Harap tahun ni ekonomi negara, terutamanya Sabah akan semakin baik dan kadar pengangguran dapat dikurangkan.
Saya bukannya bijak dalam ekonomi, tapi dilihat sekarang kerajaan berusaha menaikkan ekonomi negara. Sabah pun sedang membangun dari ekonomi. Kerajaan juga tengah berusaha melaksanakan program transfomasi. Program ni meliputi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar, Program Transformasi Digital dan Program Transformasi politik.
Program ni perlu sokongan dan kerjasama rakyat agar berjaya dilaksanakan dan menetapi sasaran.
Datuk Najib perlu pandai menguruskan kewangan dengan betul bagi mengelak penambahan hutang negara.
Kalau kita lihat sendiri pun sememangnya kerajaan telah cuba untuk memastikan ekonomi Negara dalam keadaan yang stabil. Setiap negeri telah dibangunkan untuk memastikan ada ekonomi dapat dipertingkatkan.
parti mana yang sekiranya diberikan mandat memerintah negara mampu memansuhkan semua cukai di Malaysia?? parti mana yang boleh terus membangunkan negara ini tanpa perlu bergantung dengan hasil dalam negeri seperti cukai??
Salam,..
kenapa Kelapa Mawar tidak mengulas tentang komen saudara Saizal?...
terima kasih saudara Saizal kerana berkongsi maklumat dan sedikit ilmu...
Post a Comment