
Artikel ini ditulis berikutan beberapa artikel yang dikeluarkan oleh Sdr Musli Oli, dalam blognya sekali ketuk dan disiarkan melalui portal RontogDaily.com . setelah mengamati beberapa siri penulisan sdr Musli Oli sejak kebelakangan ini berkaitan dengan perkembangan politik sabah, secara tersiratnya, ramai yang sudah menjangkakan di pihak mana sdr Musli Oli yang merupakan AJK USBO dan juga YDP PERKASA Sabah berpendirian. Walaupun pada saya beranggapan, dipihak mana Sdr Musli Oli berada tidak begitu penting dalam dunia politik para pemimpin yang saya bariskan di awal tajuk artikel saya ini. Meskipun juga saya berpendapat pada waktu yang sama, impak penulisan itu begitu signifikan dalam perekodan sejarah politik sabah.
Apa yang menarik sangat yang perlu dikupas berkaitan hal itu ialah apabila dengan 'berani' membuat pendedahan melalui artikel "tuah ayam dikaki, Tuah Musa di politik" dalam blog sekali ketuk. Sebagai penulis buku politik tanahair juga pada waktu yang sama seorang penggiat politik, rasanya pendedahan yang dibuat oleh YDP PERKASA Sabah ini amat-amat diperlukan oleh masyarakat yang celik kepada politik Sabah. Seperti yang ditulis oleh beliau bahawa :
"Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat adalah pelobi utama dan penyokong kuat Musa Aman untuk dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baru. Presiden LDP itu beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir meyakinkan PM bahawa Musa adalah calon yang paling layak menggantikan Datuk Osu Sukam."
Ini menguatkan hujah sesetengah penganalisis politik bahawa Musa Aman bukanlah mewakili majoriti bumiputera dalam politik sabah. Malahan yang lebih memeranjatkan lagi ialah bilamana menurut sdr Musli Oli, mantan Ketua menteri sabah Datuk Chong Kah Kiat adalah merupakan pelobi utama Musa Aman sebelum dimahkotakan sebagai ketua menteri sabah melalui sistem penggiliran yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Mahathir yang kemudiannya dimansuhkan atas dua sebab yang dikatakan oleh sdr Musli Oli iaitu kerana tidak ada pembangkang di sabah setelah kemasukan PBS dalam BN semula dan kedua kerana sistem penggilran Ketua Menteri dirujuk sebagai janji peribadi Tun Mahathir dan bukannya polisi atau dasar BN di Sabah.
Jika sebegitu maka rakyat Sabah harus diberitahu secara jujur bagaimana hubungan intim antara Chong Kah Kiat dengan Musa Aman berubah menjadi 'tuba' terutama berkiatan dengan isu patung Mazu di Kudat. Apakah sebab yang membawa kepada 'penderhakaan' Musa aman dalam hubungan politik dengan Chong Kah Kiat?
Perselisihan dua pemimpin ini memungkin kemunculan watak baru dalam pemimpin politik di sabah. Dan tidak ragu-ragu lagi apabila Datuk shafie dilaporkan menepati watak yang dimaksudkan , walaupun seperti yang dilaporkan oleh media ketika lawatan PM di sipiting baru-baru ini, Musa Aman dalam ucapannya ada menyentuh tentang "pemimpin sate". Siapa yang dimaksudkan oleh Musa Aman? Apakah watak baru yang dimunculkan oleh sesetengah pihak yang mula tidak senang dengan kepimpinan Musa Aman di sabah?
Artikel yang kemudiannya 'dimunculkan' oleh Musli Oli dalam blognya ialah bertajuk " sabah miskin kerana politik dan pemimpin yang angkuh". berkisar tentang monolog dalaman seorang penulis yang berkelana sehingga di hujung negeri melihat panorama desa di sepanjang perjalanan sehari suntuk itu. dalam seperti biasa Musli Oli mengulas berkaitan dengan pembinaan patung Mazu yang terbengkalai di Kudat. Seperti rentetan dalam penulisan awal, sdr Musli seolah-olah memberi gambaran bahawa satu kerugian besar kepada industri pelancongan negeri bila pembinaan Patung Mazu ini ditergendalaakan.
Artikel kedua ini masih menyalahkan sebelah pihak.Baik Musa Aman dan Chong Kah Kiat, atau datuk shafie Apdal melalui artikel itu kita dapat mengetahui bahawa keperluannya Sabah mengalami tranfsformasi kepimpinan. walaupun begitu, adalah diharapkan agar artikel sdr Musli Oli tidak punya agenda tertentu, supaya apa yang didedahkan itu akan tersurat dalam lipatan politik sabah.
7:26 AM
kelapa mawar

