Artikel ini ditulis berikutan beberapa artikel yang dikeluarkan oleh Sdr Musli Oli, dalam blognya sekali ketuk dan disiarkan melalui portal RontogDaily.com . setelah mengamati beberapa siri penulisan sdr Musli Oli sejak kebelakangan ini berkaitan dengan perkembangan politik sabah, secara tersiratnya, ramai yang sudah menjangkakan di pihak mana sdr Musli Oli yang merupakan AJK USBO dan juga YDP PERKASA Sabah berpendirian. Walaupun pada saya beranggapan, dipihak mana Sdr Musli Oli berada tidak begitu penting dalam dunia politik para pemimpin yang saya bariskan di awal tajuk artikel saya ini. Meskipun juga saya berpendapat pada waktu yang sama, impak penulisan itu begitu signifikan dalam perekodan sejarah politik sabah.
Apa yang menarik sangat yang perlu dikupas berkaitan hal itu ialah apabila dengan 'berani' membuat pendedahan melalui artikel "tuah ayam dikaki, Tuah Musa di politik" dalam blog sekali ketuk. Sebagai penulis buku politik tanahair juga pada waktu yang sama seorang penggiat politik, rasanya pendedahan yang dibuat oleh YDP PERKASA Sabah ini amat-amat diperlukan oleh masyarakat yang celik kepada politik Sabah. Seperti yang ditulis oleh beliau bahawa :
"Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat adalah pelobi utama dan penyokong kuat Musa Aman untuk dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baru. Presiden LDP itu beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir meyakinkan PM bahawa Musa adalah calon yang paling layak menggantikan Datuk Osu Sukam."
Ini menguatkan hujah sesetengah penganalisis politik bahawa Musa Aman bukanlah mewakili majoriti bumiputera dalam politik sabah. Malahan yang lebih memeranjatkan lagi ialah bilamana menurut sdr Musli Oli, mantan Ketua menteri sabah Datuk Chong Kah Kiat adalah merupakan pelobi utama Musa Aman sebelum dimahkotakan sebagai ketua menteri sabah melalui sistem penggiliran yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Mahathir yang kemudiannya dimansuhkan atas dua sebab yang dikatakan oleh sdr Musli Oli iaitu kerana tidak ada pembangkang di sabah setelah kemasukan PBS dalam BN semula dan kedua kerana sistem penggilran Ketua Menteri dirujuk sebagai janji peribadi Tun Mahathir dan bukannya polisi atau dasar BN di Sabah.
Jika sebegitu maka rakyat Sabah harus diberitahu secara jujur bagaimana hubungan intim antara Chong Kah Kiat dengan Musa Aman berubah menjadi 'tuba' terutama berkiatan dengan isu patung Mazu di Kudat. Apakah sebab yang membawa kepada 'penderhakaan' Musa aman dalam hubungan politik dengan Chong Kah Kiat?
Perselisihan dua pemimpin ini memungkin kemunculan watak baru dalam pemimpin politik di sabah. Dan tidak ragu-ragu lagi apabila Datuk shafie dilaporkan menepati watak yang dimaksudkan , walaupun seperti yang dilaporkan oleh media ketika lawatan PM di sipiting baru-baru ini, Musa Aman dalam ucapannya ada menyentuh tentang "pemimpin sate". Siapa yang dimaksudkan oleh Musa Aman? Apakah watak baru yang dimunculkan oleh sesetengah pihak yang mula tidak senang dengan kepimpinan Musa Aman di sabah?
Artikel yang kemudiannya 'dimunculkan' oleh Musli Oli dalam blognya ialah bertajuk " sabah miskin kerana politik dan pemimpin yang angkuh". berkisar tentang monolog dalaman seorang penulis yang berkelana sehingga di hujung negeri melihat panorama desa di sepanjang perjalanan sehari suntuk itu. dalam seperti biasa Musli Oli mengulas berkaitan dengan pembinaan patung Mazu yang terbengkalai di Kudat. Seperti rentetan dalam penulisan awal, sdr Musli seolah-olah memberi gambaran bahawa satu kerugian besar kepada industri pelancongan negeri bila pembinaan Patung Mazu ini ditergendalaakan.
Artikel kedua ini masih menyalahkan sebelah pihak.Baik Musa Aman dan Chong Kah Kiat, atau datuk shafie Apdal melalui artikel itu kita dapat mengetahui bahawa keperluannya Sabah mengalami tranfsformasi kepimpinan. walaupun begitu, adalah diharapkan agar artikel sdr Musli Oli tidak punya agenda tertentu, supaya apa yang didedahkan itu akan tersurat dalam lipatan politik sabah.
18 ulasan :
Bagi saya, setiap orang ada pendapatnya sendiri, sama ada betul atau tidak, hanya Tuhan saja yg mengetahui...
Bagi manusia seperti kita, terpulangla bagaimana kita mengentepritasikan & menimbang apa yg kita baca itu...
Beginilah permainan politik kan. Siapa pandai atur pergerakan, dia bertahan. Begitu juga di sebaliknya.
setiap individu ada pendapat sendiri..terpulang kepada penerima sama ada setuju atau tidak..
semua pun mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara musa dan chong..
yang penting, rakyat harus diutamakan dan didahulukan..
Politik memang complicated. alahai...
Apapun, yang penting dalam kesibukan berpolitik utamakan dulu kepentingan rakyat.
dalam politik memang macam-macam isu boleh timbul. yang penting kita perlu bijak menilai.
begitulah dalam dunia poltik, mcm2 boleh berlaku.
Nampaknya BN Sabah masih dalam masalah dalaman. Harap pemimpin BN akan dapat menangani masalah ini sebaiknya. Jangan sampai perselisihan ini menjadi lebih besar.
Apa-apa permasalah dalam parti perlulah bibawa berbincang. Selagi ikut perasaan masing-masing selagi itulah tidak akan ada jalan penyelesaian.
Salam Kelapa mawar, terima kasih kerana memetik artikel saya.
Kenapa mazu dibatalkan? berpunca dari isu pulau sipadan.
Pada 2006, tersiar dalam web pencinta alam gambar barge melanggar coral reef di sipadan. PM Pak Lah memanggil Musa Aman dan minta penjelasan.
Musa salahkan Sabah Parks yang menyelanggara Sipadan. tapi chong pertahan Sabah parks kerana katanya yang meluluskan projek ialah menteri kewangan Sabah.
Oleh kerana projek itu direct nego, maka kontraktor tidak bincang syarat2 dengan Sabah parks iaitu hanya membenarkan bot-bot kecil utk mengangkut pasir dan bahan binaan. utk jimat kos, kontraktor menggunakan barge yang berat dan melanggar dan meroskkan coral reef.
kenyataan chong menyebabkan Musa marah dan arahkan kementerian krajaan tempatan tarik balik kelulusan pembinaan Mazu.
semua boleh ikuti dalam artikel saya tak lama lagi bahagian 11.
konflik merupakan perkara biasa dalam mana2 parti politik, dan saya tidak kisah selagi konflik itu tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa. pemimpin sepatutnya buat keputusan samada untuk pihaknya atau untuk orang lain tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.
Chong Kah Kiat is wrong for the barge incident, this we cannot deny.
PERKASA is simply a racist party.
Politik memang bukan bidang saya namun apa yang saya boleh perkatakan di sini ialah, pemimpin politik harus logik.
Everybody is free to throw up their opinions.
A good leader will always make the best for Sabah.
Post a Comment