Saturday, July 2, 2011


Isu tuntutan Tanah Rezab kuala Pintasan yang suatu ketika dulu pernah mendapat perhatian masyarakat Kota Belud kerana dikatakan melibatkan sistem perundangan dan perjanjian lampau ketika ketuanan British masih diterima pakai nampaknya tidak pernah menemui jalan penyelesaiannya. Isu ini terus dibiarkan bagaikan menunggu durian yang tidak pernah jatuh. Sudah melalui proses "demonstrasi' aman, sudah pernah terpampang di dada akhbar, malahan Jawatankuasa kampung yang telah dibentuk khabarnya telahpun 'menghidangkan' di mahkamah keadilan. Namun ia masih 'lenyap' dan belum ada penghujungnya.

Kemudian beberapa bulan lepas, kedengaran pula isu rampasan tanah Warisan Iranun di Rampayan. Bahkan melalui laman sosial FCB ditubuhkan satu Jawatankuasa bertindak yang khabarnya diketuai oleh adik Tan Sri Pandikar, Bahi wata. Rampasan tanah ini juga dilaporkan melibatkan beberapa pihak yang berprestij termasuk syarikat-syarikat besar yang mendapat keuntungan. Ada yang menyalahkan pejabat daerah Kota Belud, ada yang menuding jari kepada Jabatan Tanah Ukur, dan tidak kurang juga ada yang mengaitkannya denganj 'peranan' tersembunyi' beberapa orang 'ternama' di daerah ini. Segalanya buntu, kaku, dan pilu untuk dibentangkan kerana sehingga kini tidak ada pihak yanhg dengan rela hati menawarkan diri tampil ke hadapan menyelesaikan permasalahan ini. Hanyasanya Datuk Rahman Dahlan yang memberikan response ringkas dalam FCB dan blognya, selebihnya, baik Datuk Salleh Tun said, baik Datuk Musbah, Baik Datuk Japlin Akim yang baru dibebaskan oleh UMNO daripada pergantungan keahlianya ataupun Datuk Herbert Lagadan juga terus membisu.

Rakyat terus dibiarkan menyalak bukit yang tidak akan runtuh. Salakan demi salakan dilaungkan namun lama kelamaan tidak kedengaran. Beginikah nasib masyarakat Kota Belud yang separuih dari usia mereka ditumpahkan dengan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada BN dan UMNO? Apakah nasib mereka ini tidak akan terbela lantaran kesilapan pemimpin terdahulu? Atau apakah masyarakat Rampayan yang rata-ratanya adalah dari suku Iranun akan terus terbiar dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya? Atau apakah Rampayan dan perkampungan sekitarnya pada abad yang akan datang hanya akan tinggal sekerat seperti "kampung Baru' ditengah-tengah kota metropolitian , Kuala Lumpur?

Jika Datuk Rahman begitu berkesanggupan 'melayan' keluhan penduduk Rampayan,.apalah pula sokongan dan pendirian pemimpin yang lain? Bersuaralah wahai pemimpin yang pernah mendapat sokongan dari mereka ini? Berikanlah mereka harapan dan perhatian supaya generasi yang baru menghidu udara segar dipersisiran pantai akan terus memberikian sokongan kepada anda!


0 ulasan :