Monday, July 11, 2011


Politik Sabah sememangnya unik. Kerana selain menjanjikan pelbagai kejutan, termasuk 'pertelingkahan' politik suku yang tidak putus-putus, di Sabah isu 'ketuanan' politik suku majoriti menitir dari bibir ke bibir para pemerhati politik. Suku KadazanDusun Murut (KDM) merupakan suku yang banyak mempengaruhi landskap politik di negeri "ARAMAI TI" ini. Ramai yang berpendapat kerana KDM adalah suku majoriti, justeru mempunyai 'tangan ajaib' untuk mengubah laluan politik di Sabah. Namun jarang diungkit persoalan bahawa suku ini punya penyatuan emosi dan fikrah yang kental bila menyebut soal politik. Penentuan pemimpin di kalangan Suku KDM., bukan retorika semata, tetapi ditimbang kepada pemikiran yang tuntas demi melihat suku mereka terbela nasibnya.




Oleh yang demikian, kita tidak tergerak hati dengan percaturan politik suku ini, kerana nyata sasaran utama mereka ialah kerusi "KETUA MENTERI". Selagi 'kerusi' itu dimiliki oleh suku lain, selagi itu percaturan KDM sukar dipastikan . Walaupun beberapa kali suku KDM telah menduduki kerusi panas itu pada seawal pasca merdeka lagi iaitu Donald Stephens 1963-1965, kemudian di lantik semula pada tahun 1975-1976, di susuli oleh Datuk pairin Kitingan 9 tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1985-1994, kemudiannya yang terakhir ialah Tan Sri Bernard Dompok itupun hanya 8 bulan (1998-1999 ) sebelum tewas kepada calon PBS di Moyog.Sejak itu, suku KDM hanya tinggal "mengidam" kerusi itu biarpun sudah mengandung 10tahun sejak 1999. Oleh sebab itu, bagi pemerhati pro PR di Sabah, menganggap kenyataan Lim Kit Siang bahawa KDM rugi di bawah BN, lebih merujuk kepada isu KDM tidak akan berupaya menduduki kerusi Ketua Menteri, kerana di dominasi oleh UMNO.





Walaupun ada tanggapan bahawa kedapatan juga pemimpin KDM dalam UMNO Sabah seperti Datuk Masidi Manjun dan beberapa orang lain, namun tempoh yang agak lama diperlukan untuk merealisasikan matlamat itu disamping menghadapi saingan dari tokoh -tokoh suku lain seperti Datuk salleh Tun Said, Datuk Shafie Afdal dan juga suku bukan 'teras' dalam UMNO Sabah yang sudahpun menduduki kerusi itu lebih awal."kekuasaan' politik KDM jelas tergambar pada tahun 1975 apabila, sokongan mereka dialihkan kepada Parti BERJAYA di bawah pimpinan Tun Mohd Stepehens dan Datuk Haris Salleh. Namun sokongan itu beralih arah kepada PBS pada tahun 1985 ekoran daripada suku KDM mula melihat Datuk Haris Salleh gagal menyempurnakan kebajikan dan ketuanan politik mereka di Sabah.Justeru itu timbul dalam isu politik di Sabah...adakah perlunya KDM sekali lagi "DERHAKA" kepada BN untuk menjamin kelangsungan penguasaan mereka dalam jawatan Ketua Menteri Sabah?.




Kalaupun diukur kepada penglibatan 3 buah parti KDM dalam BN seperti UPKO, PBRS dan PBS, nyata hanya parti PBS sahajalah yang mampu menunjukkan 'taring' politik yang berbisa. Malahan kejatuhan kerajaan PBS suatu ketika dulupun bukan disebabkan kerana penolakan suku KDM kepada parti itu, tetapi disebabkan tindakan lompat parti yang mengaibkan politik Sabah hingga saat ini.Sama ada PBS berada dalam 'zon selesa' sebagai parti komponen BN di Sabah atau berada dalam situasi 'menentang" iaitu dalam zon pembangkang, bukanlah persoalan yang penting bagi suku KDM. Malahan mereka telah membuktikan walaupun PBS berada di luar parti pemerintah, namun ia tetap mendapat sokongan dari suku itu. Inilah kelebihan politik KDM di negeri ini. Oleh itu isu 'perlunya 'penderhakaan' itu akan menjadi isu terbesar PRU 13 di Sabah.

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Pada pandangan saya yang berdasarkan info saya kutip di beberapa kawasan KDM, besar kemungkinan KDM tidak akan menunjukkan taring untuk melakukan "PENDERHAKAAN" mereka kepada BN menjelang PRU13 nanti..Belum lagi.

Antara faktor yang nyata, ia lah mereka belum lagi sedia untuk bersatu dalam satu missi atau pun visi setakat ini.
PBS maseh lagi dengan Pairin nya, UPKO dengan Bernard dan PBRS, dengan kurup nya. Manakala pemimpin saperti Masidi dan sewaktu dengan nya tetap sehidup semati dengan UMNO.

Sebagai contoh, pada suatu masa (PRU12) pemimpin agung KDM telah berkumpul melalui agenda ‘Mibabas’ atau pun pakatan yang bertujuan untuk bertolak ansur dan bersatu semula dikalangan mereka.

Namun akhir nya, pakatan itu, kandas di tengah jalan. Mereka kembali kepangkal jalan dalam perjuangan dasar parti masing-masing. Tujuan asal untuk berkompromi dikalangan pemimpin mereka hancur berkecai saperti kaca ditiup angin.

Hingga hari ini, kita maseh lah mendengar suara-suara sumbang , dimana ahli-ahli parti mereka menyalahkan pemimpin dari parti KDM yang lain… Pairin tidak bagus lah, Bernard penipu lah dan Kurup tidak laku lah dan berbagai lagi cemuhan saperti ini.

Dalam pada itu, kebanyakan pemimpin KDM ini maseh lagi mempunyai niat untuk menjaga kepentingan peribadi masing-masing melalui BN. Masing-masing takut kehilangan ‘comfort’ yang sedang mereka nikmati masa kini.
Ini ada lah antara punca utama, mereka meninggalkan PBS ketika parti ini menjadi pembangkang pada suatu ketika.

Walau macam mana pun, kemungkinan "PENDERHAKAAN” akan terjadi juga kira nya pemimpin-pemimpin lama ini diganti oleh golongan muda yang lebih liberal, independent, telus dan lebih serius mengambil berat terhadap keadaan masa depan kaum mereka.

Ini bermakna ia nya hanya akan bermula dalam jangka beberapa tahun selepas PRU13. Kecuali kalau sesuatu anjakan fenomena akan berlaku. Saperti perjalanan agama mereka di ganggu atau pun dikacau dan hal-hal saperti itu.

Dengan itu, semuga sukses.