Setakat artikel ini ditulis telah beberapa isu besar yang melanda daerah Kota Belud yang melibatkan rakyat dan melibatkan kepentingan liabiliti kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan kadar yang segera. Mungkin kerajaan BN dan UMNO di Sabah akan kehilangan 'mandat' rakyat sedikit demi sedikit kalau isu besar ini tidak cuba dilangsaikan dengan keadaan 'win-win situasion".
Jika menurut rangking isu tersebut, adalah tidak salah jika Isu pembinaan empangan Tambutoun menjadi 'duri dalam daging' kepada MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Bukan sahaja DARD telah dikritik hebat oleh pembangkang di Parlimen dan media massa tetapi juga telah dicap oleh rakyat di kawasan berkenaan sebagai 'tidak endah' kepada keperluan jangka panjang masyarakat yang terlibat dalam pembinaan empangan yang dilaporkan bernilai 450 juta itu.
Walaupun impak positif pembinaan empangan ini adalah berkaitan dengan keberjayaan projek Jelapang padi yang seterusnya melonjakkan daerah Kota Belud sebagai pengeluar utama beras di Sabah, namun bantahan masyarakat di kawasan itu seharusnya ditangani lebih awal oleh Perhubungan Parlimen Daerah Kota Belud. Bukan sahaja perbincangan secara 'meja bulat' gagal direalisasikan tetapi juga telah membawa kepada pemecatan seramai 23 orang ketua kampung yang didakwa membantah projek tersebut. Malahan rakyat dituntut untuk mentelaah laporan alam sekitar (EIA). Apakah rakyat yang menduduki kawasan tersebut akan bertolak ansur apabila laporan kajian EIA itu dimumumkan?
Isu kedua yang masih membelanggu masyarakat Kota Belud yang juga sehingga kini 'gagal' diselesaikan oleh DARD ialah berkaitan dengan isu tanah. Rampasan tanah warisan Iranun di Rampayan, walaupun dikatakan berlaku bukan di zaman DARD menjadi MP Kota Belud, namun rakyat yang terlibat masih menunggu apakah langkah penyelesaian yang cuba dibawa oleh DARD setelah isu tersebut mendapat perhatiannya. Selain daripada itu tuntutan tanah Rezab Kuala Pintasan juga masih belum menemui noktahnya sedangkan pada waktu yang sama pampasan kepada tanah rakyat yang diambil untuk pembinaan Jalan Raya Byapass Kudat-Kota Belud masih terus kedengaran.
Di Samping itu, masalah kebersihan pekan Kota Belud juga masih berada pada takuk lama. Sampah sarap dan juga najis lembu masih membajai daerah ini. Pentadbiran majlis daerah yang 'lembab' seharusnya boleh diselasaikan jika DARD melalui pejabat Perhubungan Parlimen mengadakan perbincangan dengan pegawai yang menduduki majlis daerah ini. Ketiadaan sistem pengangkutan awam yang baik termasuk stesen perhentian bas masih kurang di daerah Kota Belud. Perhentian kereta awam di pasar besar, rasanya sudah berlaku sejak zaman Usno lagi. Isu ini gagal diselesaikan walaupun sudah hampir 30 tahun lebih Kota Belud berada dalam penguasaan BN, termasuk pada era DARD menjadi MP Kota Belud.
Isu-isu ini nyata menggamit rasa sebilangan anak-anak muda yang terus memerhatikan gelagat pemimpin yang mereka kenali. wajah-waja tua yang setiap hari berulang alik di pekan Kota Belud, telah begitu 'lali' dengan keadaan itu tetapi tidak bagi generasi baru yang mahukan perubahan dan perancangan yang strategik dan mesra rakyat. Acara rasmi atau majlis tertentu yang diadakan di pekan Kota Belud termasuk program bersama pemimpin tidak sudah bermakna kerana yang lebih bererti ialah asas pembangunan dan masalah rakyat diselesaikan. Mohon kepada MP ,Datuk Rahman Dahlan memberi perhatian kepada isu ini!
1 ulasan :
Mengenai isu Jalan Raya Bypass Kudat-Kota Belud.
Sepatutnya isu ini adalah isu besar juga. Kerana pembinaan jalan raya bypass tersebut telah di design menjadi perangkap Air di kawasan sawah padi penduduk kampung.
Design Awal Jalan Raya tersebut adalah terdapat banyak laluan air / jambatan yg sepatutnya terdapat pada jalan raya tersebut. Ini supaya kawasan tersebut tidak memerangkap air yang menyebabkan banjir.
Walaubagaimanapun, design awal ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi serta
DARD telah gagal untuk mendapatkan peruntukan mencukupi untuk design tersebut.
Disebabkan peruntukan yang ada yg kurang mencukupi, maka consultant telah mencadangkan supaya jalan raya tersebut dibina agak rendah. Ini hanya untuk mengelakkan BANJIR BESAR di kawasan tersebut sekiranya air bertakung. Ini kerana, dengan design jalan raya yang rendah.. air akan melimpah dari jalan raya tersebut.
Walaubagaimanapun, design ini tidak mengambil kira kepentingan penduduk kampung yg terjejas. Dengan design baru ini, air senang bertakung yg menyebabkan banjir Kecil akan meneggelami kawasan Sawah padi dan rumah penduduk kampung yang agak rendah.
Post a Comment