Setelah kegagalannya merealisasikan 16 sept. untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat, DSAI dikatakan telah mengalami kemeruduman personaliti apabila beberapa pemimpin dalam PKR mula mencuurigai kesiapsiagaan politik ketua pembangkang itu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Sebagai mantan orang nombor dua dalam negara semasa era Tun Mahathir, ramai pemimpin kanan dalam PKR dan PR masih percaya bahawa terdapat saki baki pemimpin melayu dalam UMNO yang masih 'mengasihani' MP Permatang Pauh itu. Belas kesihan itu tidak mereka tumpahkan secara nyata kerana banyak sebab termasuk menjaga periku nasi masing-masing. Justeru itu bila DSAI memporakperandakan minda politik pemimpin PAS dan DAP kononnya terdapat lebih 30 orang ahli parlimen UMNO dan BN yang akan 'melompat' untuk menyertai PR, maka pemimpin pembangkang itu terus percaya. walaupun sebenarnya dalam UMNO, sudah tidak ada pemimpin yang bersimpati dengan DSAI kerana yang lebih penting ialah mendukung kepimpinan semasa untuk membawa Melayu dan malaysia kepersada antarabangsa.
Justeru itu, kegagalan DSAI tersebut telah menyebabkan beberapa rakan dalam PKR berpaling tadah sehingga menwujudkan kesatuan calon BEBAS di Parlimen. Buat seketika PKR hampir musnah. Ahli yang disebutkan seramai 300,000 orang adalah imaginasi politik semata-mata kerana ketika pemilihan pemimpin Cabang dan Pusat PKR, angka itu jauh telah meleset.
Tuduhan Liwat dan skandal video porno, telah sedikit sebanyak melonjakkan kembali publisiti politik DSAI, namun tidak dapat dijangka bahawa isu itu juga menyebabkan beberapa rakan dalam PR telah mula mencurigai ketulenan kepimpinan DSAI. Apabila gerakan demonstrasi di luar negara seperti di Mesir telah berjaya menumbangkan kerajaan. DSAI telah mula melihat bahawa letusan kebangkitan rakyat di Malaysia perlu diletupkan. selain daripada mempergunakan NGO yang sealiran dengan pembangkang, DSAI juga melihat 'demontrasi' adalah talian hayat terakhir baginya untuk kesinambungan kembali kepercayaan rakan dalam PR dan dalam minda sesetengah anak-anak muda yang telah lama ditarbiyah oleh desakan REFORMASI lewat 90-an.
Dalam sejarah politik DSAI, belaiu dilihat banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik luar. 1998 berikutan dengan kejatuhan Suharto, DSAI juga ingin melihat kejatuhan Dr. Mahathir. Itulah talian hayat politik DSAI iaitu BERSIH 2.0 yang akan menghimpunkan anak-anak muda besok. Apakah DSAI akan berjaya menyambung talian hayatnya yang terakhir?
0 ulasan :
Post a Comment