Tuesday, July 5, 2011


Khabarnya perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini akan dibatalkan, itupun setelah DYMM YDA mengambil keputusan menegur dan dan meminta supaya semua pihak mengambil jalan rundingan dalam satu perutusan Istana semalam. BERSIH dan Ambiga yang sebelum ini berkeras untuk meneruskan perhimpunan itu meskipun mendapat bantahan banyak pihak terutama kerajaan dan institusi keselamatan negara PDRM, juga dilaporkan telah menemui mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya setelah menimbangkan banyak perkara Ambiga bersetuju membayangkan akan membatalkan perhimpunan itu dengan syarat diberikan peluang untuk menemui dan menyampaikan memorendum kepada YDA berkenaan 8 tuntutan mereformasikan sistem pilihanraya negara.

Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.

Menurut Ambiga pihak beliau memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional,” katanya


Ramai yang menyelar tindakan kerajaan dan PDRM yang begitu disifatkan sebagai menggunakan undang-undang pencegahan yang keterlaluan. Rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan memakai pakaian kuning yang melambangkan BERSIH tetapi juga melakukan tangkapan beramai-ramai untuk melumpuhkan gerakan jalanan yang dianjurkan oleh BERSIH itu. Agak menghairankan pula kerana setakat ini tangkapan tidak dilakukan di pihak Pemuda UMNO yang bergerak atas tiket Patriot dan juga PERKASA walaupun telah mengakui dari awal akan turut menyertai perhimpunan pada 9 Julai sebagai langkah bantahan.

Segelintir orang berpendapat seharusnya Najib membuka ruang rundingan untuk mengelakkan sebarang campurtangan pihak lain terutama YDA. Ini kata mereka melambangkan kelemahan pentadbiran najib sehingga memaksa YDA untuk campurtangan. Pada waktu yang sama MARINA iaitu anak kepada mantan PM Tun Mahathir Mohamad turut menyear langkah kerajaan melakukan tangkapan hanya kerana memakai baju T-shirt Kuning yang berlambangkan BERSIH sambil menyifatkannya sebagai tindakan diktator dari dunia ketiga.

"Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar di sini yang penuh sesak sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih.


1 ulasan :

getah lastik said...

ambiga da jumpa agong haritu,persoalannya knapa tak bawa skali memorendum tu skali.knapa mau juga berarak?jawapanntya sngaja mau huru hara kan malaysia.org bgini patut d sula.yg org sabah sibuk2 mau ikut perarakan bersih tu knapa?bukannya ada YDP Agong di sabah.Palui betulll tarak otak