Monday, July 18, 2011





Kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim di Semporna pada 17 Julai yang lepas meskipun agak terlewat namun ia tidak menghampakan hampir 1000 orang yang berkumpul di perkarangan rumah En.Tahir, penganjur Ceramah Umum tersebut. sebelum itu di sebelah petang kira-kira pukul 3, sudah kelihatan polis trafik cawangan semporna mengadakan sekatan jalanraya di sekitar jalan menuju ke tempat ceramah umum tersebut. Walaupun beberapa penyokong PR di semporna menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang ganjil kerana sebelum ini Presiden PAS Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang juga telah mengunjungi Semporna tetapi situasi awam tidak seperti itu. Mereka menyifatkan situasi itu sebagai satu petanda besar rakyat masih mahukan Datuk seri Anwar Ibrahim meskipun pelbagai kes dan skandal melingkari politik peribadi mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam satu banner berlambangkan logo UMNO tertera perkataan "PENGKHIANAT BANGSA TIDAK DIPERLUKAN DI PARLIMEN SEMPORNA".Banner tersebut menjadi polimek panjang dalam dunia cyber apabila ada pihak yang mempublishkannya di FCB.






Seperti yang dijangka kehadiran DSAI bukanlah bertujuan menyelesaikan kemelut parti PKR di Semporna yang telah digantung ekoran daripada beberapa kes dan salahlaku ketika pemilihan cabang parti itu , tetapi kemunculan DSAI kali ini adalah rutin peribadi iaitu Road Show ketua pembangkang itu di seluruh negara dalam rangka memberikan penerangan kepada rakyat. Dan seperti yang diduga dalam ucapan DSAI itu yang tidak sampai 1 jam itu telah membawa beberapa isu besar termasuk mengulas sedikit tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang beliau turut hadiri sehingga dilaporkan oleh media alternatif beliau dan pengawal peribadi mengalami kecederaan termasuk di bahagian muka.



Namun apa yang lebih mengusik warga Semporna yang hadir ketika itu ialah berkaitan dengan isu kekayaan negara yang dibolot oleh segelintir pihak dari kalangan berstatus pemimpin. Malahan DSAI juga turut menyentuh isu berkaitan dengan tanah adat yang begitu signifikan di sabah. Malahan isu pengambilan tanah yang diusahakan oleh peribumi dengan berselindung di sebalik KOPERASI yang dimiliki oleh proksi dan kroni di sabah telah lama menyayat hati penduduk Semporna. Walaupun beberapa langkah diambil termasuk membawa kepengetahuan menteri kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk seri Shafie Apadal dan disusuli dengan pertemuan dengan ADUN BUGAYA Datuk Ramlie Marhaban, namun segala usaha itu gagal diselesaikan.



Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat ialah apabila tanah-tanah yang dirampas itu telahpun diusahakan oleh rakyat selama lebih 10 tahun dengan penanaman Kelapa sawit, Namun apabila diambil oleh kerajaan negeri atas sebab tanah rezab, sebaliknya tanaman kelapa sawit itu tidak pula dimusnahkan sebaliknya diperluaskan lagi. Tanaman sedia ada diambil begitu sahaja tanpa sebarang pampasan. Isu inilah yang dikatakan oleh DSAI sebagai 'perompakan".



Walaupun ceramah perdana itu berlangsung kurang dari 1 Jam, namun ramai yang menyifatkannya sebagai 'berbaloi' untuk mendengar pelbagai isu dan perancangan PR apabila memerintah Sabah kelak. Tidak dapat kita pastikan apakah kehadiran DSAI itu akan membangkitkan perubahan pada jiwa warga Semporna atau sebaliknya? Kerana dalam percaturan politik daerah, rakyat perlu memikirkan pada jangka panjang..jangan seperti 'melepaskan ayam, tangan pula berbau taik".

1 ulasan :

mahadzira said...

Sebentar tadi si sahkan di media seorang polis terbunuh di semporna ditembak tentera sulu, itu yg menyebakan saya kemari blog politik yg baik ini..tq untuk entri dan gambar ceramah anwar...admin