Di Kota Belud, situasi sokongan kepada pemimpin sesuatu yang cukup getir dan pahit untuk diulas. Kerana rata-rata penduduknya masih dibelenggu oleh prinsip politik songsang yang berpendirian perlu memberikan sokongan kepada pemimpin dari parti tertentu dengan menerima habuan RM sekitar 50-Rm 100 setiap kali pilihanraya. Agak menyedihkan kerana situasi ini berlarutan sekian lama, sehingga pemimpin yang dilahirkan langsung tidak berbuat apa-apa tetapi boleh 'dimenangkan' dengan begitu mudah.
Generasi yang berpendirian begitu telah mula berkurang,generasi yang mula celik kepada politik secara matang mula mengambil tempat. Perubahan itu mula terasa pada PRU12 yang lepas..tetapi agak terlalu perlahan. Ramai meramalkan bahawa generasi baru yang mula mempersoalkan gerak dan geri pemimpin termasuk sumbangan mereka kepada kesejahteraan hidup rakyat akan mula mendominasi politik Kota Belud. Inilah yang membimbangkan beberapa pemimpin di Kota belud, apatah lagi tingkah politik mereka mula diceritakan dilaman blog dan Fcb. Baru-baru ini khabarnya pemimpin lama yang memang tidak pernah membuat apa-apa di daerah Kota Belud telah mengumpulkan beberapa orang blogger,untuk suai kenal dan mungkin juga untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Rakyat Kota Belud harus berani berubah, menolak pemimpin yang gagal mrealisasikan setiap janji pilihanraya mereka. Mungkin agak payah dan susah tetapi dengan meletakkan kepentingan generasi akan datang, mungkin boleh diteruskan. Bayangkanlah jika sokongan yang anda berikan itu telah dipergunakan selama 5 tahun, bukankah pada saat di penghujung penggal YB yang dipilih itu akan dapat menunaikan janjinya. Jika tidak anda dan generasi anda telah mengalami kerugian selama tempoh itu. Berikan pengajaran berguna kepada mereka bahawa pemimpin bukan setakat 'menjual' air liur mereka ketika kempen tetapi juga komitmen dan kesungguhan membantu rakyat.
Para pemimpin yang suka menabur janji ini begitu merasakan bahawa mereka masih berpengaruh, lantas menyusun kembali pengaruh mereka dengan meletakkan beberapa orang penting mereka dalam beberapa agensi kerajaan tempatan di Kota Belud. Mencadangkan nama pegawai tertentu, supaya konon pegawai terbabit akan menyokong mereka kalau mereka berpelung menjadi wakil rakyat atau diteruskan status wakil rakyat mereka pada PRU 13 akan datang. Rakyat Kota Belud harus berani menyatakan pendirian mereka kepada Najib bahawa apa kemahuan mereka bukannya apa yang pemimpin mahukan untuk mereka.
Jika landasan generasi baru dijadikan sandaran secara total, kita berkeyakinan akan berlaku perubahan kepimpin di Kota Belud. Maksudnya, akan ada pemimpin yang benar-benar membela rakyat dan bukan pemimpin yang sukar menabur janji dan tidak menunaikannya. sesiapa pun juga pemimpin itu baik dari parti pemerintah atau parti selainnya, bukan isu utama kerana yang lebih penting ialah nilai kepimpinan itu dan hubungannya dengan rakyat. kalau rakyat Kota Belud menyahut seruan itu, yakinlah bahawa anda tidak akan dipermainkan selama-lamanya.
2 ulasan :
mabuk punya blogger
Salam Kelapa Mawar
Saperti biasa, saya kagum dengan susunan ayat dan pengunaan bahasa KM dalam penyampaikan sesuatu yang hasrat yang tersurat dan juga mungkin yang tersirat. Tahniah…
Apa-apa pun, dalam isu yang di tekankan disini(dengan izin), saya ingin kongi pandangan disamping persoalan dan dengan harapan dapat kita fikir-fikirkan bersama.
Untuk itu, saya kronologikan beberapa perkara yang ditulis di sini agar saya tidak tercicir dari topik. Antara nya;
1) Topik Artikel: Rakyat harus menolak pemimpin yang tidak buat apa-apa
2) Pemimpin dimenangkan kerana habuan wang ringgit
3) Generasi baru mulai memerhati gerak geri dari aspek sumbangan pemimpin lama terhadap rakyat selama ini.
4) Pemimpin lama yang tidak buat apa, bersuai kenal dengan blogger dengan harapan mendapat sokongan golongan muda.
5) Rakyat Kota Belud harus berubah dengan menolak pemimpin yang lupa janji dan tidak serius dengan commitments yang diamanah rakyat ketika menyandang jawatan wakil rakyat
6) Menempatkan pemimpin baru yang lebih berjiwa rakyat, berwibawa dan bertanggung jawab.
Secara am nya, saya tiada masaalah dengan topik dan kes habuan wang ringgit kepada para pengundi semasa PRU. Kerana hal-hal saperti ini bukan mudah untuk dipadam dari mentaliti pemimpin dan sebilangan orang kita. (1-2)
Secara prinsip nya, saya pun tidak setuju dengan hal ini, tetapi dari aspek yang lain mungkin ia nya dapat memberi serba sedikit peluang kepada sebilangan penggundi untuk menambahkan pendapatan mereka pada ketika itu.
Namun, siapa sebenar nya yang mereka undi? Susah juga untuk kita kenal pasti kan?
Persoalan tentang pemerhatian generasi terhadap tingkah laku dan sumbangan pemimpin veteran kepada rakyat…Rasa ini tidak banyak membawa makna dan menggugatkan kedudukan pemimpin yang dimaksudkan.
Kerana dalam permainan politik, pemimpin ini biasa berhadapan dengan perkara ini disamping kepakaran mereka memanipulasikan keadaan dan keperluan yang menguntungkan mereka. Pengalaman mengajar mereka dalam mengenal kepastian bila bertindak dan bila hanya sekadar berdiam diri.
Pada realiti nya, sebanyak mana kah golongan ini yang serius memerhati?(3)
Bersuai kenal dengan blogger untuk tujuan mendapat sokongan golongan muda itu, rasa nya tidak membawa impak yang besar.
Kerana ; (i) bukan semua blogger yang terdiri dari golongan muda. Contoh , saperti saya, Sdra Musli, Sdra Musram, SabahKita dan banyak lagi ada lah mereka-mereka yang dikirakan sebagai orang-lama (bukan golongan muda-mudi) .
Secara keseluruhan nya blogger ( termasuk Kelapa Mawar) terlalu matang untuk dipengaruhi oleh sesiapa. Walau pun mungkin mereka datang ketika dijemput untuk berbincang dan sebagai nya. Kebanyakan golongan blogger ini( Muda dan orang lama) terlalu smart untuk diguna-gunakan oleh siapa sahaja. Termasuk pemimpin lama…
Dalam pada itu, bukan nya banyak rakyat yang terdedah atau berminat dengan media Blog, FCB atau pun twitters. Dalam ertikata yang lain, seruan kita dalam blog ini hanya diketahui oleh sebilangan kecil rakyat. Kecuali lah kalau kita sebar maklumat melalui SMS, mungkin lain lah cerita nya (4).
Pernah saya mendengar dan membaca kata-kata dalam bahasa Inggeris/English, ‘We won’t change leader just for the sake of changing because our replacement could be as bad as what we already have. What we need is a leader with quality with proven experience, knowledgeable, trustworthy and our friend in deed. ”
Maksud nya, tiada makna nya kita menukar pemimpin semata-mata untuk perubahan. Mungkin yang baru itu tidak lah sebaik mana dari apa yang kita ada. Kualiti penting yang kita cari dari seseorang pemimpin itu ia lah Pengalaman (memimpin), pengetahuan, telus dan kawan yang sehidup semati dengan kita…agak-agak nya macam itu lah (5-6).
Apa-apa pun semoga sukses
Post a Comment