Pendedahan demi pendedahan tentang perjalanan politik ketua Menteri sabah Datuk Musa Aman sejak awal sehingga melibatkan sokongan beberapa kumpulan etnik di Sabah yang dibuat oleh Sdr Musli Oli dalam blognya SEKALI KETUK dan kemudiannya dipaparkan dalam laman web portal Rontog.daily.com cukup mencemaskan, membinggitkan dan menjagakan 'mata' politik yang mula mengantuk disorong bantal empuk berisi "RM" di Sabah.
Pendedahan tentang percaturan serta tindakan Mus Aman dalam beberapa hal bersangkutan aset dan hartanah di Sabah sekali lagi menghiasi dada portal Rontog. daily itu dan kemudiannya dicopy paste oleh beberapa laman blog.
Untuk meredakan keadaan dan memberikan penjelasan yang netural kepada rakyat Sabah dan Malaysia, Datuk Musa Aman seharusnya memanggil blogger dan penulis politik sdr Musli Oli untuk memperjelaskan kedudukan yang sebenar jika apa yang didedahkan itu mengandungi kesilapan fakta dan ramalan penulis semata-mata. Jika apa yang didedahkan itu ada kebenarnya, Datuk Musa Aman harus bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat sabah termasuk kepada PM Datuk najib Tun Razak, kerana sebagai pemimpin yang dilantik atas amanah rakyat . Musa aman sewajarnya dipertanggungjawabkan. Lihat Pendedahan sdr Musli Oli ini :
Berhadapan dengan Malaysia monument, sepanjang Jalan Pantai ada sebidang tanah, milik kerajaan. Sebelumnya tanah tersebut dijadikan tempat perhentian bas dan teksi. Saya difahamkan tanah tersebut milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Humphrey dan Musa adalah pemilik Syarikat Jasamu Development Sdn Bhd pernah membangunkan satu lagi tanah kerajaan milik kerajaan, KPD (Koperasi Pembangunan Desa) di Inananm, menjadi sebuah pasaraya yang kini dimiliki syarikat Giant.Pada mulanya, rakyat Sabah merasa bertuah kerana Datuk Musa Aman yang menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mac 2003 adalah seorang yang telah kaya raya. Seorang peniaga dan seorang banker yang berjaya.
Biasanya orang yang berstatus seperti itu, tidak rakus atau terburu-buru mengejar harta dan kekayaan untuk diri sendiri. Sebaliknya fokus kepada pembangunan rakyat dan negeri Sabah!Apabila Chong Kah Kiat mencadangkan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanya satu dalam otaknya, orang yang telah kaya tidak tamak dan rakus. Dia juga berharap momentum pentadbiran yang bersih dan telus dapat diteruskan. Pembangunan wilayah seperti di Kudat boleh dikembangkan ke daerah-daerah lain. Begitu juga dengan usaha mengurangkan PTI. Harapan itu dikongsi seluruh rakyat Sabah terhadap Datuk Musa Aman.Setelah 8 tahun dan dua penggal, negeri dan hasil mahsulnya diurus seperti mengurus sebuah syarikat private and family dan friends enterprise.Dianggarkan 99% yang mendapat faedah dari hasil balak termasuk konsesi Yayasan Sabah adalah orang bukan Melayu/bumiputera dan bukan Islam. Pemimpin UMNO di Sabah termasuk ketua-ketua bahagian secara senyap-senyap melahirkan rasa amat kecewa. Mungkinkah time bomb yang hanya menunggu masa untuk meletup!?Muncullah nama-nama seperti Freddy Lim – bekas nominee kepada Datuk Jeffrey Kitingan, Andrew Lim, Micheal Chai, Nasir Yeo, John Lim dan Datuk Elbert Lim. Nama-nama ini meniti dari bibir ke bibir rakyat Sabah yang terus dihimpit kemiskinan dan kesusahan hidup!Projek-projek negeri yang bernilai ratusan juta pasti diberikan kepada nama-nama berikut: Datuk Robert Tan, Terrece Chung, Lawrence Chung (dua beradik pemilik kedai buku Ming Kiang books store), Gray Saw dan Humphrey Tan
Manakala projek-projek swasta yang melibatkan hartatanah kerajaan dan GLC, dua nama utama yang dipilih sebagai pemaju ialah Raymond Chan (1Borneo, Warisan Square dan Water Front Project) dan Humphrey Tan (Sabah Suria).Raymond Chan membangunkan tanah milik Pertubuhan Islam Sabah (USIA) menjadi megamall terbesar 1Borneo. Ramai yang tahu USIA telah ditipu oleh pemaju kerana USIA akhirnya tidak mendapat bahagian yang sepatutnya seperti dalam perjanjian. Tapi pengurusan USIA terlalu takut kepada Musa untuk mengambil tindakan undang-undang.
14 ulasan :
Dalam hal yang begitu rumit, kita hanya mampu bersandarkan kepada Hukum Karma.
The Law of gravity said.” What ever goes up, will always fall down”.
Salam dan semuga terus sukses
dalam artikel ini saya tidak menuduh Musa aman melakukan apa-apa kesalahan seperti salah guna kuasa, perlakuan rasuah dsbnya.
saya hanya dedahkan fakta dan terpulang kepada penilaian pembaca.
Salam sdr Solymone..
ma kasih kerana tidak putus-putus memberikan ulasan dalam blog KM ini..saya juga sentiasa berasa teruja setiap kali membaca ulasan sdr..
Saya sebenarnya begitu meletakkan sdr MO di tahap yang tinggi dalam bidang penulisan..banyak fakta dan isu terbaru yang sentiasa menggamit naluri kepenulisan saya untuk terus berkarya di sebalik nama KELAPA MAWAR walaupun masing-masing sudah mula berteka teki siapa sebenarnya KELAPA MAWAR?
bila saya membaca setiap artikel sdr MO baik di blog sekali ketuk atau portal Rontog daily...saya cukup tertanya-tanya apakah pendedahan itu satu fakta atau sebaliknya...
justeru itu saya meletakkan tajuk artikel ini sebagai 'MUSA AMAN PERLU PANGGIL MUSLI OLI" barangkalai dengan bertentang mata isu sebegini boleh diperjelaskan dan perhalusi..kerana setiap inci penulisan sdr MO begitu memberi kesanb kepada naluri pembaca..apatah lagi MO adalah penulis politik nasional..
apa-apa pun saya masih tertunggu-tunggu apa pula selepas ini...
salam hormat semoga sdr sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berkarya..
Kelapa Mawar
Ayahandaku MO..
ma kasih kerana singgah sekejap di blog KM ini dan memberikan response terhadap artikel ini walaupun agak ringkas tetapi saya faham apa yang Ayahnda MO maksudkkan..
saya mengikuti setiap[ penulisan Ayahnda MO...terutama yang begitu menyentap naluri saya ialah bila melibatkan politik Sabah..
pengetahuan yang cukup luas membuatkan idea sdr MO begitu segar, nyaman dan boleh diperdebatkan..
ma kasih kerana dengan pendedahan ini kita di Sabah akan berfikir kembali apakah keptusan yang pernah kita buat pada 1991 dengan kemasukan UMNO dan kemudian pada PRU 12 pada 2008 masih boleh dipertahankan atau perlu diubah atau sebaliknya...
Mohon maaf kalau tajuk artikel ini nampak tegas dan panas..semoga ayahnda MO sentiasa sihat dan terus berkarya..
salam hormat..
Kelapa Mawar
terima kasih anakanda KM..
Saya lakukan kajian mendalam setiap fakta sebelum menulis...nama-nama yg saya sebut boleh ambil tindakan undang2 terhadap saya jika tidak tepat.
Atas alasan itu saya buat search di ROC dan lihat transaction yg telah dibuat syarikat melalui annual reports dan lain-lain maklumat yg berkaitan.
rakyat@pembaca pandai2lah menilai setiap isu2 yang timbul berhubung Musa Aman.
Makin lama makin banyak pula masalah yang timbul. huhu
Banyak perkara yang dikaitkan dengan Musa.. Apapun alasannya, terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian.
Terpulanglah kepada penilaian pembaca sendiri. Ada yang percaya, ada yang tidak.
Bagi saya, tiada satu pemimpin yang betul-betul bersih di dunia ini.
kita jgnlah muda terpegnaruh kepada berita ini kerana balum tahu lagi kebenarannya. tapi berkenaan dgn projek2 pembangungan yang dijalankan. ia memberi manfaat jg kepada penduduk Sabah terutamanya dalam mewujudkan peluang2 pekerjaan.
Yang penting sekarang ini adalah bagaimana untuk menyakinkan rakyat bahawa semua itu adalah rekaan cerita semata-mata. Tapi rasanya rakyat sendiri tahu berfikir sendiri mana yang baik dan mana yang tidak. Jadi setiap maklumat yang diperolehi pastikan dulu kebenarannya. Jangan hanya tertumpu pada maklumat yang baru didengar. Kerana tidak semua yang disampaikan itu adalah benar spenuhnya.
segala cerita tidak tahu dari mana sumbernya tanpa ada bukti kukuh. bagaimana orang nk percaya. tpi hasil daripada projek2 tersebut kita dpt lihat sendiri.
bila menjadi pemimpin pasti pelbagai isu yang akan dikaitkan. apa pun ianya terpulang kepada penilaian masing-masing. kita sendiri boleh lihat dan nilai apa perubahan yang berlaku disekeliling kita.
Post a Comment