Sunday, July 3, 2011


Di Sabah dalam sejarah politiknya tidak pernah ada NGO suku yang secara terbuka memberikan sokongan politik kepada seseorang pemimpin luar dari suku mereka. Jika ada pun ia dalam kuantiti yang amat sedikit. Secara realitinya NGO bukanlah mewakili sepenuhnya sesuatu suku atau etnik itu, walaupun pemimpin dan ketuanya adalah dari suku berkenaan.

USBO walaupun dikatakan mewakili rumpun Bajau, namun tidak kesemua suku atau rumpun bajau itu 'reda' dengan perwakilan NGO berkenaan. begitu juga suku-suku lain. Tidak timbul soal bahawa bila NGO memberikan sokongan secara terbuka kepada seseorang pemimpin , maka undi majoriti akan diperolehi, apatah lagi jika NGO yang diwar-warkan itu diterajui oleh pemimpin yang nyata 'gagal' mengendali kepentingan suku dan rumpun berkenaan ketika berada di tampuk kuasa.

Beberapa hari lepas bila Gabungan Persatuan Suku Kaum bumiputera Sabah atau GPSKBS mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Musa Aman selaku Ketua menteri Sabah dan seperti yang dilaporkan oleh kebanyakkan media termasuk blog dan fcb, maka ramai yang heran kerana bagaimana Datuk Musa Aman bol;eh dilantik selaku pengerusi GPSKBS itu.? Apakah pertubuhan ini juga adalah merupakan pertubuhan berdaftar? atau mungkinkah ini ada agenda politik pemimpin tertentu yang menerajui USBO supaya memperlihatkan ketaatan mereka kepada Musa Aman dan seterusnya memberikan gambaran kepada Najib?

Politik adalah permainan dan permainan itu adalah rancangan politik yang berpanjangan. Justeru itu agak mengelirukan kerana pada laporan media GPSKBS itu adalah gabungan 13 NGO termasuklah pertubuhan suku Iranun. Yang menghaorankan ialah pertubuhan Iranun yang mana satu kerana sebelum ini ramai yang mengetahui PISBA telah dibatalkan pendaftarannya apabila gagal mengadakan mesyuarat agungnya, begitu juga PERISA yang masih belum mengadakan mesyuarat agung pertamanya. Apakah BKI atau ada pertubuhan lain?


0 ulasan :