Kehebatan Datuk Rahman Dahlan dalam dunia politik memang tidak ada tandingannya di daerah Kota Belud, bahkan di Sabah rasanya jarang ada personaliti politik muda seusia Datuk Rahman yang telah mencatat pencapaian yang cukup memberangsangkan seperti yang dikecapi oleh pemimpin yang disinonimkan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO Kota Belud sebagai 'pemimpin import' ini.Namun kerana kehebatan serta strategik minda politik Datuk Rahman, akhirnya ramai yang menerima bahawa kehadiran 'pemimpin import' itu bukanlah memonopoli tetapi lebih kepada 'membantu'
Di awal kehadiran Datuk Rahman sebagai ahli parlimen Kota Belud, bukan sahaja telah mengguris hati nurani pemimpin yang pernah digugurkan pada PRU 12 yang lepas dengan segala macam persepsi negatif yang kononnya Datuk Rahman adalah 'pengacau' dalam politik dan penguasaan pengaruh golongan tertentu di pekan koboi itu, tetapi juga DARD dicap sebagai orang luar yang tidak punya apa-apa setelah 'ditendang' oleh perwakilan UMNO Tuaran dalam satu pergelutan team yang melibatkan Datuk Hajiji selaku Ketua UMNO Tuaran pada masa itu. Timbul tanggapan seterusnya bahawa DARD tidak akan dapat mencapai apa-apa prestasi yang membanggakan di Kota Belud apatah lagi mampu mengatasi pencapaian sedia ada pemimpin terdahulu. Kata Orang manusia diukur pada pengalamannya. DARD pada waktu itu jauh lebih mentah daripada yang ada di Kota Belud.
Sedikit demi sedikit dengan berbekalkan beberapa jawatan yang pernah disandang baik diperingkat pusat atau negeri terutama dalam parti, Datuk Rahman beranjak sedikit minda orang Kota Belud dalam soal-soal membela keperluan asas masyarakat yang diwakilinya. Walaupun Bekalan Air bersih masih belum sempurna seperti yang dirancang oleh ahli parlimen yang turut dikhabarkan mempunyai asal-usul keluarga di Kota Belud ini, namun rakyat nampak dengan jelas kesungguhan DARD dalam menyelesaikan permasalahan ini. Dan sedikit demi sedikit pandangan serong pemimpin lama di Kota Belud terhakis.
Dalam buat pertama kalinya Speaker Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia membuat kenyataan positif dengan memuji kebolehan Datuk Rahman dalam berhujah ketika di parlimen, bahkan Tan Sri Pandikar yang juga mantan presiden AKAR dan mantan DUN Temasuk dengan ikhlas menyatakan bahawa beliau juga bangga dengan pencapaian Datuk Rahman itu. Pujian itu diberikan oleh Tan Sri Pandikar ketika berucap di program singgah Santai perpaduan bersama pemimpin yang diadakan di dewan serba guna kampung Rampayan Ulu di Kota Belud.
Kita menjangkakan reputasi DARD akan terus melonjak meskipun sebelum ini media massa melaporkan berlaku perdebatan sengit antara beliau dengan Lim Kit Siang berkenaan dengan projek empangan di Kg Tambuton, Kota Belud, sehingga Lim Kit Siang menyatakan bahawa DARD sebagai MP Kota Belud telah 'gagal' menyelesaikan permasalahan ini sehingga rakyat di kampung berkenaan bangun menentang projek mega ini. Apakah selepas ini akan kedengaran pujian dari speaker Dewan undangan negeri pula? bersama kita tunggu episod politik pemimpin di Kota Belud ini.
0 ulasan :
Post a Comment