Showing posts with label pemimpin BN sertai PR. Show all posts
Showing posts with label pemimpin BN sertai PR. Show all posts

Thursday, June 14, 2012


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa memang terdapatnya pemimpin BN di Sabah yang berhasrat meninggalkan parti gabungan itu ekoran daripada beberapa sebab termasuk keretakkan 'tersembungi' yang berlaku pada parti-parti komponen BN di Sabah sekaligus meghilangkan kepercayaan mereka terhadap PM Datuk Seri Najib dan barisan kepimpinan BN yang menerajui kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai PKR. "Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan PKR. Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam .

Ahad lalu, Keadilandaily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai PKR. Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin. 

Anwar bagaimanapun tetap optimis dengan perubahan di negeri bawah bayu itu, meskipun program penyerahan borang PKR kepadanya yang dijangka diadakan sempena sambutan Perayaan Kaamatan di Kota Belud dan Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu Ahad lalu terpaksa dipinda. 

Ini disebabkan kapal terbang yang dinaiki Ketua Umum PKR itu dilapor "dilencongkan" ke Tawau, bukan ke Kota Kinabalu sebagai destinasi pendaratan. Kata Anwar, antara janji BN yang masih belum ditunaikan temasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah. 

Tambahnya, isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, dalam masa sama gagal menyelesaikan dokumen peribumi Sabah menjadi punca kemarahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen BN Sabah. 

"Masih tak selesai. Ini alasan paling lemah dan hambar. Kertas siasatan tak disiapkan lagi. Ada orang Iban diketahui tidak ada kad pengenalan. Mustahil RCI batalkan hak mereka. Di Sabah, ada orang Bugis yang sudah tiga keturunan (menetap). Dia ada hak untuk jadi warganegara. Yang dibangkitkan ialah orang yang perolehi hak rakyat tanpa prosedur tepat, tanpa melalui peruntukan dan perlembagaan undang-undang…dan yang dibimbangkan juga ialah kenaikan mendadak (jumlah penduduk baru Sabah)," kata beliau lagi. 

Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR. Ia termasuk 26,000 nama dengan kod 12 yang berasal dari Sabah yang berdaftar di Selangor yang belum dikenal pasti dan disahkan. 

Saturday, June 9, 2012


politik Sabah dijangka akan lebih meriah lagi menjelangnya PRU 13 apabila beberapa personaliti politik berpengaruh di negeri itu dilaporkan akan membuat kejutan petang ini dengan bertindak meninggalkan UMNO dan BN untuk menyertai parti Pembangkang.


Khabarnya Antara yang akan keluar dari BN petang ini di Sabah ialah Ahli Parlimen Tuaran dan Beufort.


Selain itu bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan.

Semalam Free Malaysia Today melaporkan Presiden Parti Progressive Sabah (SAPP) memgumumkan akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

Langkah SAPP itu dilihat akan mengukuhkan lagi keyakinan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya selepas PRU13 ini.


The Malaysian Insider pula melaporkan akan ada kejutan di negeri di bawah bayu, Sabah. Kejutannya adalah akan terdapat ahli parlimen dan senator Barisan Nasional (BN) yang bakal menyertai Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah hari ini. Beliau dikatakan akan menyambut kemasukkan ahli parlimen dan senator tersebut dalam sebuah majlis.

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan. Benarkah ini bakal berlaku?

Minggu lalu, timbalan presiden PKR, YB Azmin Ali dan pasukannya ke Sabah. Hari ini Anwar Ibrahim pula.

Mungkin kali ini, PKR mengubah strategi agar tidak menghebohkan perkara ini terlebih dahulu seperti kesilapan lalu diambang 16 September 2008. Laporan The Malaysian Insider: