Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa memang terdapatnya pemimpin BN di Sabah yang berhasrat meninggalkan parti gabungan itu ekoran daripada beberapa sebab termasuk keretakkan 'tersembungi' yang berlaku pada parti-parti komponen BN di Sabah sekaligus meghilangkan kepercayaan mereka terhadap PM Datuk Seri Najib dan barisan kepimpinan BN yang menerajui kerajaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai PKR. "Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan PKR. Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam .
Ahad lalu, Keadilandaily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai PKR. Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin.
Anwar bagaimanapun tetap optimis dengan perubahan di negeri bawah bayu itu, meskipun program penyerahan borang PKR kepadanya yang dijangka diadakan sempena sambutan Perayaan Kaamatan di Kota Belud dan Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu Ahad lalu terpaksa dipinda.
Ini disebabkan kapal terbang yang dinaiki Ketua Umum PKR itu dilapor "dilencongkan" ke Tawau, bukan ke Kota Kinabalu sebagai destinasi pendaratan. Kata Anwar, antara janji BN yang masih belum ditunaikan temasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Tambahnya, isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, dalam masa sama gagal menyelesaikan dokumen peribumi Sabah menjadi punca kemarahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen BN Sabah.
"Masih tak selesai. Ini alasan paling lemah dan hambar. Kertas siasatan tak disiapkan lagi. Ada orang Iban diketahui tidak ada kad pengenalan. Mustahil RCI batalkan hak mereka. Di Sabah, ada orang Bugis yang sudah tiga keturunan (menetap). Dia ada hak untuk jadi warganegara. Yang dibangkitkan ialah orang yang perolehi hak rakyat tanpa prosedur tepat, tanpa melalui peruntukan dan perlembagaan undang-undang…dan yang dibimbangkan juga ialah kenaikan mendadak (jumlah penduduk baru Sabah)," kata beliau lagi.
Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR. Ia termasuk 26,000 nama dengan kod 12 yang berasal dari Sabah yang berdaftar di Selangor yang belum dikenal pasti dan disahkan.
12 ulasan :
But so far this is only Anwar's speculation, does not mean to say that these leaders will really join PKR. Just wait and see
Previously Wilfred Bumburing and Lajim Ukin has denied that they intended to leave BN to join PKR, it was only rumors.
Anwar ni sengaja reka cerita, pemimpin Bn yagn dikatakan akan sertapi PKR dah menafikan hal itu. mereka akan terus bersama BN.
PKR pasti dah terdesak kerana ramai pemimpin mereka dah keluar parti.
Selepas insiden 16 Sept, Anwar tidak serik2 lagi nak buat kenyataan palsu?
Khabar angin ini sengaja disebarkan untuk menarik perhatian rakyat.
Setakat ni pemimpin2 yang dikhabarkan akan keluar parti menafikan perkara tersebut. Jika benar memang ada, boleh Anwar dedahkan siapa pemimpin tu??
Itu cuma perangkap Anwar sebenarnya untuk meraih sokongan ditambah lagi dengan isu yang dikatakan Pemimpin BN ingin menyertai PR.
PRU13 semakin hampir pasti ada yang berniat mahu lompat parti
Jangan percaya sangat ramalan Anwar ni. Belum tentu lagi tu.
sebutkan la siapa pemimpin2 BN itu yang berhasrat mahu menyertai PKR..
mungkin Anwar mahu mengulangi starteginya menghuru harakan parti lawan.. pada PRU 2008, Anwar juga ada berjumpa dengan Yong Teck Lee dan kononnya YTL ditawarkan jawatan TPM oleh Anwar sekiranya Anwar berjaya jadi PM.. hasilnya, YTL membawa SAPP keluar, tapi malangnya Anwar masih lagi sebagai ketua umum pembangkang selepas PRU12..
Post a Comment