Sunday, June 3, 2012

Seorang pemimpin kanan UMNO KB menceritakan bahawa perjalanan atau riwayat politik dua Sahabat dari Bumi Kota Belud ini seakan sudah direncanakan sejurus selepas kedua sahabat ini 'digugurkan' pada PRU 12 yang lepas. Sebelum ini nama politikus berkenaan sangat Gah dan Mashyur di merata bumi di negeri Sabah.Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah dua sahabat lama yang akrab dalam politik Kota belud, walaupun pernah turun sebagai "Lawan' di DUN Usukan yang berkesudahan Tan Sri Pandikar menang dalam pertarungan paling sengit dalam kerjaya politik kedua mereka itu.

Menurut khabar politik yang diterima lewat minggu lepas, memberikan signal bahawa Datuk Salleh mungkin terpaksa direhatkan seperti PRU 2008 yang lepas berdasarkan kedudukannya dalam hirearaki di Sabah. Lihat bagaimana Tan Sri Pandikar dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat. memastikan beliau terpaksa 'meletakkan jawatannya terlebih dahulu sebelum menjadi calon pada PRU 13 nanti. Begitu juga dengan Datuk Salleh akan terpaksa meletakkan jawatann ya sebagai Speaker Dewan Undangan negeri untuk menjadi calon pada PRU 13. Persoalannya, apakah ada kesanggupan untuk mereka berdua ini  meletakkan jawatan?

Mungkin ada , tetapi apakah Musa Aman akan membiarkan keadaan itu berlaku? Jika keduanya ini masih diperlukan (atas alasan ) kononnya kerana kredibiliti Tan Sri Pandikar, maka ia diperlukan di Pusat yakni di Dewan Rakyat,manakala Datuk Salleh atas kepakarannya maka perananya diperlukan di peringkat Dewan Undangan negeri, apakah yang akan berlaku? Mestikah kedua tokoh paling berpengaruh di Kota belud ini akan memanaskan bangku simpanan pada musim ini?

Mungkin rakyat di bawah melihat, perjalanan kedua tokoh politik ini tidak direncanakan seperti yang di dakwa tetapi memberi umpan kepada musuh politik adalah menjadi sebab kepada kemerosotan politik di negara ini.

Semut juga akan bisa mati jika diberikan "gula' yang banyak, walhal semut memang sentiasa mengkhendakkan gula.

9 ulasan :

mantera said...

Datuk Salleh dan dan TS pandikar adalah nama tidak asing dalam politik khususnya di Kota Belud. rasanay karies politik mereka takkan berakhir ada kemungkinan mereka akan dicalonkan dalam PRU nnti.

mantera said...

lagipun pada masa ini hubungan antara mereka dgn Musa Aman amat baik.

Pemerhati said...

Musa Aman tahu apa yang beliau lakukan demi kebaikan bersama.

Pemerhati said...

Karier dalam politik pun ada pasang surutnya.

Green Sabah said...

I'm sure the Sabah CM will not just let this issue go on without any means to resolve it. Hope to see the right solution for this issue.

Green Sabah said...

All members should continue to unite and cooperate even though they are not chosen as candidates.

Sanih Alias said...

Kedua pemimpin ini merupakan antara pemimpin yang benar-benar melakukan tanggungjawab yang terbaik kepada penduduk dikawasan tersebut.

Kris Jr said...

Silap langkah pasti kecundang. Perlu tindakan yang bijak dalam setiap langkah.

Hinamori said...

Kebijaksanaan Datuk Musa Aman sudah tentu akan memastikan segala strategik teratur.