Friday, June 1, 2012


Orang nombor dua di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Calon paling sesuai menerajui PKR selepas Dati Serio Wan Azizah. Dua sebab itulah Azmin kini diserang bertalu-talu setelah serangan peribadi kepada Anwar dilakukan lebih satu dekad. Matlamat kuncu-kuncu politik kotor dan jijik ialah mengaibkan Azmin  dan keluarganya. mensabitkan dengan pelbagai skandal moral dan integriti supaya Parti keadilan Rakyat hancur, musnah dan rebah menyembah bunyi. Kalau tidakpun akan dibubarkan dan dengan harapan penyokong PKR akan berduyun-duyun menyertai UMNO seperti yang berlaku kepada parti Semangat 46.

Kini Azmin bukan sahaja dipalitkan dengan skandal seks yang memaparkan perlakuan lucah pemim pin nombor dua PKR itu tetapi juga serangan adiknya Ummi Hafilda sehingga mengheret ibu mereka ke kancah politik kotor sangat dikesali. Azmin dimalukan dan dikatakan sebagai "si tanggang' moden, kononnya berlaku derhaka kepada ibunya. Persoalannya apakah politik di Malaysia sebegitu demokrasi dan suci sehingga cerita dalam "kelambu' orang pun dicanai ke sana dan ke sini?

Terbaru Azim pula dikaitkan dengan kes rasuah dan pengumpulan harta melebihi pendapatannya. Kes 7 tahun yang telah di siasat oleh BPR kini SPRM yang ditutup kerana tiada kes dibongkar semula kononnya ada petunjuk dan bukti baru ditemui. Walaupun dari segi perundangan itu tidak salah, namun di saat menjelangnya PRU 13, isu ini menjadi sangat besar dan mempunyai motif politik jahat.


KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas setiausaha sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.


Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.


“Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.


Pengendali portal Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.


Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.


Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.


“Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.


Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.


Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.


Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.


Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia. (Bernama)

0 ulasan :