Monday, June 18, 2012



Penulis politik negara sdr Musli Oli dalam blognya mengumpamakan parti UMNO sebagai kedai kopi yang tidak lagi laku kepada anak-anak muda zaman sekarang. Sambil mengibaratkan kedai kopi yang dulunya memiliki resipi yang enak dan menyelerakan tetapi kerana sikap dan ketamakkan, akhirnya kedai kopi itu tidak lagi menjadi pilihan pengunjung kerana kopi dan nasi lemak yang dihidang tidak sesedap dulu.

Parti UMNO seperti kedai kopi itu, kini anak-anak muda tidak lagi berminat menyertai UMNO dan BN. Malahan dalam UMNO sendiri, sudah ketandusan anak-anak muda yang berwibawa dan berpendidikan. begitulah yang dikatakan oleh Tun Mahathir apabila menyifatkan UMNO sekian lama tidak dapat menarik golongan cendikawan melayu untuk menyertai parti itu, sebaliknya golongan profesional Melayu lebih berminat menyertai Parti PAS.

Perumpamaan sdr Musli Oli itu :






Parti UMNO saya ibaratkan sebuah kedai kopi yang satu ketika dulu menarik ramai pelanggan. Kopinya sedap. Nasi lemaknya enak. Tentu sekali harganya juga berpatutan kerana tuan punya kedai orang yang berjiwa besar. Tidak tamak atau mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang sebangsa dan seagama.

Tahun demi tahun. Pemilik kedai silih berganti. Dari bapa kepada anak. Daripada ipar kepada biras. Lama kelamaan sikap tamak mula menguasai diri. Keuntungan yang diperolehi hasil dari kedai kopi tidak digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan dan meningkatkan kualiti makanan.

Kedai kopi yang dianggap pelanggan sebagai kedai kopi rakyat telah dijadikan milik sendiri dan kaum kerabat. Pekerja dan pelayan mulai bersikap sombong. Kopi dan nasi lemak tidak lagi seenak dulu

Rakyat yang pada mulanya tiada pilihan terus melanggani kedai kopi itu walaupun telah timbul rasa tidak puas hati.

Tiba-tiba muncul Coffee Beans, Starbucks Coffee, Secret Recipe, dan Kopi Tiam yang menjadi saingan kepada kedai kopi UMNO!

Terpinga-pinga pemilik kedai kopi…kedai kopi tiba-tiba lengang. Pelanggan yang datang hanya untuk main dam haji. Bukan dikalangan pelanggan yang makan dan minum seperti dulu.

Lalu pemilik kedai kopi berkata, "Alangkah bodoh dan bebalnya pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai itu sedangkan makanan dan minumannya jauh lebih mahal dari kedai kopi kami!"

Lalu golongan muda dicerca dengan kata-kata tiada semangat nasionalis kerana melanggani kedai-kedai milik asing? Rakyat di tuduh lupa diri dan negara boleh dijajah semula jika terus makan dan minum di kedai-kedai milik Yahudi!

UMNO seperti kedai kopi enggan menerima dan mengikut perubahan dunia. Bila dunia berubah, pemikiran dan sikap masyarakat juga berubah.

Pengaruh globalisasi, ledakan maklumat telah meniup sentiment universalisme dan kesamaan sejagat yang mengatasi kepentingan kaum dan agama, sebaliknya rakyat mencari kebenaran dan keadilan.















9 ulasan :

mantera said...

UMNO perlu perbaiki kelemahan yang mereka ada dan tingkatkan kualiti kerja mereka terhadap rakyat.

Green Sabah said...

I wonder if Musli would say like that if he still in BN.

Valeria Payton said...

UMNO perlu sedia menerima dan mengikut perubahan yang berlaku di sekitarnya.

TuhauBam said...

Boleh usahakan ba tu kasi laku. Umno perlu mengetahui apa yang diperlukan atau diperjuangkan oleh anak2 muda di Sabah.

Hinamori said...

Ramai youths adalah golongan atas pagar. semua parti berusaha menarik golongan ni untuk masuk parti.

hafinA A said...

Siapa yang tidak laku sebenarnya?? Kalau benar UMNO tidak laku kenapa boleh menjadi Pemerintah selama ini.

Green Sabah said...

If they are no longer laku, then make changes to remain relevant.

sabah-go-green.blogspot.com

Green Sabah said...

Never mind, we will see if UMNO is still laku or not after the people cast their votes in the next GE. May the best party win.

sabah-go-green.blogspot.com

Jeff Ambuyat said...

kalau tukang promosinya pandai bercakap, maka banyak la pelanggan masuk.. tapi itu belum tentu perkhidmatannya baik dan berkualiti..