Friday, June 8, 2012

Pengerusi AMANAH Sabah Datuk Walfred Bumburing mengingatkan kerajaan berkenaan hal penubuhan siasatan diraja atau RCI di Sabah dalam menangani isu PATI tidak seperti RCI kematian Teoh Beng Hock yang hingga kini masih dipertikaikan. Ketika ditemuramah oleh krew Sabahkini net. Bumburing juga berharap agar panel anggota RCI itu bukan sahaja datang dari kalangan Pro BN atau UMNO semata-mata.

Laporan Sabahkini.net:

TIMBALAN Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sekadar memantau kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), malah menyekat kerakyatan songsang yang sudah lama menunjangi politik Sabah.


"RCI adalah penanda aras kredibiliti kerajaan dan menjadi satu kemestian yang tidak dapat ditolak," kata Bumburing.


Katanya, pemberian kad pengenalan projek bukan lagi cerita baru ini sejak zaman BERJAYA kerana PATI yang datang dari Filipina, Indonesia dan juga Paksitan telah diberikan kad pengenalan melalui sindiket yang telah berjaya dipatahkan pada 1995.


Bumburing berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahklini.Net sejurus selepas merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Telupid yang di langsungkan di Dewan Belia Kampung Taviu, Jalan Telupid, kelmarin.


Menurut Bumburing, tindakan Perdana Menteri menubuhkan RCI itu memang baik dan wajar disokong oleh semua pihak; tetapi yang menjadi tanda tanya siapakah barisan ahli-ahli panel dalam jawatankuasa suruhanaya itu? Adakah hanya terdiri daripada ahli-ahli UMNO sahaja atau Pro-Kerajaan sahaja?


Untuk tidak meragukan semua pihak, ada baiknya jika ahli panel jawatankuasa RCI dilantik di kalangan tokoh bebas yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik agar kredibilitinya tidak dipertikaikan kelak.










GIMIK…Bumburing memalu Gong sebagai tanda perasmian Pesta Kaamatan 2012.


"Andai kata hanya ahli UMNO atau BN sahaja yang menjadi ahli panel tersebut, maka tentu banyak perkara songsang akan berlaku; malah memesongkan persepsi orang ramai terhadap RCI kerana akan dianggap tidak telus dan tidak ikhlas. Kita tidak mahu RCI hanya sekadar melepaskan batuk di tangga," ujar Bumburing yang menggesa agar RCI yang bakal ditubuhkan tidak menjadi seperti RCI menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


Bumburing yang juga Pengerusi AMANAH Sabah menjelaskan mengikut statistik, unjuran nisbah bilangan populasi penduduk asal suku/bangsa Sungai di Kinabatangan baru berjumlah 31 ribu orang berbanding dengan jumlah PATI yang sudah menjadi Warga Negara Malaysia gara-gara memiliki mykad projek ialah 172,000 ribu.


"Senario ini amat berbahaya untuk keselamatan Negara kerana sudah berlaku 'reverse take over' di Kinabatangan,” kata Bumburing yang menggesa rakyat di Kinabatangan bertindak sebelum terlambat.


Tegas Bumburing lagi, jika kerajaan tidak dapat memantau keadaan ini melalui penubuhan RCI, maka sudah tentu Negara kita akan terancam.


"Bagaimana nasib anak bumiputera tulen? Kita tidak mempertikaikan bangsa mereka terutama yang datang sebelum merdeka, terutama yang mendapat kerakyatan secara sah; sebaliknya hanya menumpukan mereka yang medapat kerakyatan songsang," ujar Bumburing yang kesal kerana Kerajaan Persekutuan masih menunggu Terma Rujukan (TOR) yang sesuai sebelum pengumuman rasmi dibuat.


Bumburing turut kesal kerana masalah kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah sebelum ini telah merebak ke Semenanjung Malaysia sehingga mengubah pola pengundian dan hak kuasa untuk menubuhkan kerajaan.


"Mengenai kes kad pengenalan projek ini, saya sudah berkali-kali membawa isu ini ke persidangan Dewan Rakyat tetapi ramai memandang serong kepada saya yang kononnya membawa suara pembangkang; sedangkan saya hanya memperjuangkan hak rakyat Sabah dan kuasa kami memilih kerajaan yang sah," kata Bumburing yang mengakui landskap politik Sabah sudah jauh berubah sejak 1994.

18 ulasan :

mantera said...

apabila RCI ditubhuhkan nnti, ia haruslah dilaksanakan dgn teliti dan telus, pastikan panel2nya mereka yang bebas dan adil.

aku baini said...

"RCI adalah penanda aras kredibiliti kerajaan dan menjadi satu kemestian yang tidak dapat ditolak," kata Bumburing.

setuju dengan beliau...

aku baini said...

ingin mengucap syabas kepada JSJK IPD Tawau atas kejayaan mereka membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ baru2 ini

aku baini said...

apa yang penting, kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa harus disiasat dan diambil tindakan undang2 yang keras

aku baini said...

dan berharap panel yang menganggotai suruhanjaya berkenaan ini akan dipilih dengan wajar dan saksama

aku baini said...

harap masalah PTI dan kerakyatan songsang dapat ditangani dengan lebih berkesan di Sabah selepas perlaksanaan RCI ini

Green Sabah said...

Hopefully the RCI for the illegal immigrants issue will not be the same as Teoh Beng Hock RCI as claim by Bumburing.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

The RCI is important for Sabahans in order to investigate and resolve the illegal immigrant and Project IC issue in the state. Hope that serious attention will be given.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

mantera said...

RCI kali ini kena dilakukan dgn teliti dan serius.

Pemerhati said...

Projek IC dan masalah PATI bukan perkara baru di Sabah. Jika hasil siasatan RCI ala kadar saja, tentu ada sesuatu yang tidka kena dan rakyat Sabah sudah tentu tidak akan bulat2 mempercayainya.

thinaj said...

I hope history wouldn't repeat itself.

thinaj said...

The panel members of RCI should not be Pro BN or UMNO. We need panels members that can be trusted.

jackie said...

Harap RCI yang bakal di tubuhkan akan dapat menyelesaikan masalah PATI yang telah lama berlaku di Sabah.

jackie said...

Panel yang di lantik harus lah menjalankan tugas mereka dengan telus dan tidak berat sebelah.

Bujang Senang said...

RCI yang penduduk Sabah dan pemimpin Sabah inginkan adalah RCI yang benar-benar mampu menyiasat dalang dalam semua penjualan Mykad kepada warga asing.

Kris Jr said...

RCI sudah lama ditunggu-tunggu. Ramai rakyat berharap dengan RCI dalam menangani masalah yang berkaitan.

Smookiekins said...

Pelaksanaan RCI i Sabah harus tegas untuk mencapai objektif penubuhan

Jeff Ambuyat said...

saya sangat2 setuju jika anggota panel RCI adalah terdiri dari kalangan angota bebas yang tidak pro kepada mana2 parti politik.. biarlah RCI kali ini tidak ada satupun wakil dari parti politik..