Wednesday, June 6, 2012



Penaungan USBO kepada organisasi besar sama ada organisasi itu berkulitkan politik atau bertopengkan fahaman sosial kepada sebuah NGO yang dianggotai oleh rata-ratanya adalah "politikus" memberikan satu imej kepada pengkritik untuk memuntahkan tanggapan dan hipotesis Nol mahupun Hipotesis alternatif kepada perkembangan situasi tersebut. Blogger One Kota belud dalam artikelnya meraksayakan USBO sebagai satu Organisasi yang berada pada landasan benar. Hujahnya kerana USBO telahpun memikirkan jangka panjang ahli-ahlinya kerana itu bernaung di bawah BN. mengambil kira bangsa Melayu dan Bangsa Indonesia, penulis blog itu seolah-olah memberikan signifikan terhadap hujah dan analisanya. USBO mahu ,menjadi sebahagian dari bangsa besar di negara ini atau di Nusantara.

Artikel yang saya muatkan sebelum ini menjadi Provokasi kepada USBO serta AMTnya untuk melihat kerelevanan tuntuan menubuhkan satu Kolej atau akedemi pendidikan untuk rumpun USBO. Seperti yang dikatakan oleh Ross dan Wuu (1996) bahawa  keberjayaan seseorang individu itu mengurus penghidupannya ialah berkait dengan faktor pendidikan awal yang diterimanya. Ini memungkinkan bahawa ahli-ahli USBO yang terdiri daripada puluhan etnik di Sabah termasuk suku Iranun itu harus mengalami perubahan minda. Proses itu semuanya adalah melalui PENDIDIKAN.

Membawa USBO kepada apa yang Musram katakan sebagai MENJADI KUAT itu tidak punya apa-apa makna dari moral politiknya jika ahli masih berada pada minda kelas ketiga. Bagaimana sebuah nakhoda seperti USBO melangkaui keperluan pendidikan ahlinya dan hanya memikirkan untuk bergerak setaraf dengan NGO bersaiz besar penagaruhnya jika kekuatan dalaman ahli dan daya fikir diletak di "kepala Lutut". Bukankah membiarkan ahli dalam kebodohan, kejahilan itu adalah "pecah Perintah" penjajah yang diamal ramai politikus masa kini?

Mak saya hairan bagaimana idea penubuhan kolej USBO ini dilihat oleh Musram sebagai Kritikan "BODOH" . maka sudah bersediakah USBO bersiap siaga dengan segala macam transformasi negara? Atau adakah pemimpinnya sahaja yang mahukan halatuju USBO dipesongkan ke arah itu?

Mengambil langkah apa yang diusahakan oleh KDCA cukup merisaukan pejuang sosial di sabah. KDCA yang sinonim dengan KDM cukup merata strategiknya berbanding USBO. Mungkin USBO masih muda dan berdarah panas tetapi haluan itu harus dirintis dari sekarang. Lihat pencapaian KDCA? berapa bilangan pegawai kanan kerajaan dan juga pegawai besar swasta dari KDM? bagaimana usaha-usaha pendidikan di buat termasuk memertabatkan bahasa, budaya dan pendidikan mereka? Mereka tidak dikaburi matlamat besar mahukan duduk semeja dengan Bangsa besar...Mungkin kuasa politik masih bersemayam dengan USBO kerana macamana pun kepimpinan Negeri beralih arah, UMNO tetap akan menjadi terasnya. namun jangan kita alpa, kerana kuasa bila-bila boleh berubah. Jika ahli-ahli USBO tidak diasuh mindanya  melalui pendidikan maka tidak ada kabuspun, gunung tetap tidak akan kelihatan

10 ulasan :

Green Sabah said...

Agree that education is important to mold the mentality of an individual, in order to improve their quality of life. A specified University for the Bajau community will be able to make a difference.

Green Sabah said...

A KDM college will be set up in June at the Tambunan district to improve the education quality for the local Kadazandusun Murut community, I'm sure USBO will be able to set up a University for the Bajau community as well.

Anonymous said...

KDM/KDCA juga melalui saat2 sukar dalam usaha mereka mempertahankan martabat KDM. Tiada yang senang dan kita harus belajar berdiri di atas kaki sendiri.

Anonymous said...

Pemimpin USBO perlu bersatu hati dan berjuang untuk kebaikan bersama. Bukan untuk kepentingan individu semata-mata.

mantera said...

USBO perlu satukan seluruh masyarakt bajau jika nak mengukuhkan kaum bajau.

mantera said...

moga USBO berjaya dalam perjuagannya.

Kris Jr said...

Nampaknya USBO pun berkeinginan mempunyai kolej untuk rumpunnya sama seperti KDM ada kolej KDM. Bagus2. Harap2 cadangan tu dipertimbangkan oleh kerajaan.

Hinamori said...

Memajukan diri dan bangsa perlu memikirkan segala aspek yang diperlukan. Teruskan usaha ke arah yang lebih positif.

Hamdan Hadillah said...

Aku sokong saja apa usaha yang baik dibuat oleh USBO untuk penduduk Sabah. Tidak ada halangan bagi aku untuk USBO. Semoga USBO berjaya saja dengan misi dan visi yang mereka perjuangkan itu.

Mumbai said...

kalau tidak puas hati dengan pertubuhan usbo, tubuhkan lagi satu pertubuhan baru sebagai ganti atau pesaing usbo..