Tuesday, June 5, 2012



Pemimpin politik Rumpun USBO tidak pernah sedar dari lena mimpi politik mereka. Laungan perpaduan untuk kepentingan rumpun suku kaum terbesar di Sabah yang berlingkar dalam istilah BUMIPUTERA ISLAM itu hanyalah metos dan retorik yang dilagukan untuk tujuan penyelematan politik pemimpin tertentu. Suku Kaum lain yang lebih bersiapsiaga meninggalkan rumpun USBO jauh tercorot dalam bidang pendidikan.

Buktinya ialah kecerdikan pemimpin politik suku KDM akhirnya membuatkan PM Datuk Seri Najib memberi 'izin' untuk penubuhan sebuah kolej KDM di Tambunan, tempat Huguan Siou mereka, Datuk Seri Pairin Kitingan Presiden PBS dan KDCA. Sebelum ini di peringkat pengajian Tinggi Awam iaitu di UMS sudah ada pengajian bahasa KadazanDusun.

Nampaknya dalam 10 tahun akan datang, kuasa politik suku KDM ini akan sukar untuk dilumpuhkan oleh USBO. Pemimpin KDM tidak tamak kuasa, mereka rela melepaskan sesuatu yang boleh berada dalam gengaman mereka, tetapi sesuatu yang mereka cita-cita tidak akan dilepaskan begitu saja. Pembinaan identiti suku dan peningkatan taraf pendidikan di kalangan suku mereka tidak pernah mereka letakkan dalam skop "pertelingkahan",sebaliknya mereka pergunakan peluang yang ada untuk merealisasikan impian mereka jangka panjang.

Sedang USBO dan pemimpinnya masih teraba-raba dalam pencarian pemimpin yang benar-benar membawa rumpun itu ke puncak kegemilangan selepas perginya Bapa kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha. Lihatlah ketika Tun Mustapha menghembuskan nafasnya, pemimpin politik rumpun USBO yang memegang kuasa ketika itupun tidak 'berani' mengisytiharkan cuti umum dan menurunkan bendera separuh tiang.

sebaliknya lebih suka mengumumkan USBO menjadi rakan bersekutu bagi BN. Sedangkan KDCA ada mengambil peduli hal sebegitu..???


KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan penubuhan Kolej Kadazandusun dan Murut (Kolej KDM) di Kaingaran, Tambunan, sebuah daerah di pedalaman Sabah. 

Sambil menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai sesuatu yang wajar dan menepati keperluan masa, ketua penerangan Pekadin, Edward Kandok berkata ia juga membuka dimensi baharu dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan di negara ini. 

“Rakyat Sabah, terutama daripada masyarakat Kadazandusun Murut, telah menyatakan pandangan dan menyuarakan sokongan mereka terhadap penubuhan Kolej KDM. 

“Jelas sekali, kerajaan mendengar suara orang KDM yang mahu agar kolej itu ditubuhkan untuk menyerlahkan peranan masyarakat itu, khususnya dalam bidang pendidikan ketika Malaysia menuju ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ini hadiah Kaamatan yang sungguh besar bagi kami,” katanya kelmarin. 

Edward berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di sini semalam bahawa kelulusan yang diberi kerajaan persekutuan bagi penubuhan Kolej KDM membuktikan bahawa Bumiputera di Sabah tidak dipinggirkan daripada proses pembangunan negara. 

Pairin, yang juga Huguan Siou (pemimpin utama) masyarakat KDM, dipetik sebagai berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan upacara pecah tanah bagi pembinaan kolej itu pada awal Jun. 

Sehubungan itu, Edward berkata Pekadin, yang mencadangkan penubuhan Kolej KDM di Sabah pada Mei tahun lepas, berharap kerajaan akan mempercepatkan penyediaan kampus tetap kolej itu di Tambunan untuk kebaikan rakyat dan negeri ini.

11 ulasan :

mantera said...

setiap kaum kena berusaha memastikan mereka jg dpt maju dan membangun.

mantera said...

penubuhan kolej KDM tak perlulah nak dijadikan isu.

me gusta said...

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daloh.

me gusta said...

USBO kena ada objektif yang jelas dan perancangan yang sistematik jika mahu maju.

Kris Jr said...

Kerajaan membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. USBO perlu lebih gigig lagi.

Hinamori said...

Saya setuju dengan me gusta. USBO perlu ada objektif jelas dan sistematik. Orang yang mengurus hal2 kolej USBO perlu berkemampuan membawa usul tersebut.

Sanih Alias said...

Pemberian kepada kolej KDM ini satu hadiah untuk mereka. Maka tidak perlulah kita mahu turut-turutan inginkan kolej juga. Terlalu banyak kolej di Sabah maka hantarlah mereka belajar disitu.

Sanih Alias said...

Pemberian kepada kolej KDM ini satu hadiah untuk mereka. Maka tidak perlulah kita mahu turut-turutan inginkan kolej juga. Terlalu banyak kolej di Sabah maka hantarlah mereka belajar disitu.

Green Sabah said...

The government has agreed to set up a KDM college, maybe its possible to request to set up a college for the Bajau Community.

Green Sabah said...

Hopefully the KDM college will help the local Bumiputera's to further their studies in higher institution so that the native community's future will be protected.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Harryzan Aming said...

ba nanti kaum2 lain di sabah pun minta la kolej bajau ka, iranun ka dan sebagainya.. mana tau kerajaan persekutuan kasi approve..