Monday, June 4, 2012



ketulusan dan kemulusan hasrat PM memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah dalam satu kenyataannya ketika pesta Keamatan yang lepas sememangnya dihargai oleh setiap inci sanubari rakyat Sabah. Setelah desakan demi desakan dibuat, tuntutan demi tuntutan di kemukakan dan pelbagai langkah dibuat seperti pengawalan sempadan negara dan sekatan jalan raya di beberapa kawasan strategik seluruh negeri Sabah yang menyaksikan segala langkah itu masih membolehkan pendatang asing membolosi sempadan negara, AKHIRNYA Perdana Menteri di era Najib ini hasrat menubuhkan RCI menjadi kenyataan.

Terma dan syarat penubuhan RCI berserta garis panduannya yang dimandatkan kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Musa Aman, memberikan sedikit kelegaan bahawa penbubuan RCI ini akan sedikit sebanyak menemui punca dan sebab sehingga berlakunya kebanjiran PATI di tanah Borneo ini.

Jikapun ditemui segala rangka sebab kepada kewujudan PATI ini, namun tindakan susulan tidak dibuat secara telus, maka pada hemat saya RCI juga tidak akan ada gunanya. Apa yang diharapkan ialah selepas penubuhan RCI ini, dan segala macam penemuannya, maka akan ada tindakan dan penyelesaian supaya PATI ini benar-benar dapat diatasi. TETAPI jika hanya gah pada musim menjelang PRU 13 sahaja, maka tidak akan ada gunanya. Apatah lagi pengumuman RCI yang dibuat oleh PM ketika sambutan Pesta Keamatan memperlihatkan wujud motif politik untuk meraih sokongan puak KDM, lantaran sebelum ini PBS, UPKO,PBRS dan beberapa pemimpin KDM sebegitu lantang menuntut penubuhan RCI ini 

Buku penulis kontrovesi sdr MD Mutalib yang juga pengendali portal Sabahkini .net banyak membongkar kes PATI di Sabah. Buku seperti IC Palsu dan beberapa lagi turut mendedahkan penglibatan pemimpin KL dalam memberikan kerakyatan songsang kepada PATI di Sabah. Malahan pendedahan bahawa mantan Perdana menteri Tun Mahatir juga disyaki terlibat dalam skandal terbesar dunia itu turut dibuat .

Dalam beberapa hari lepas dalam satu kenyataan media melaporkan bahawa Tun Mahathir sebagai berkata, beliau tidak  banyak mengetahuinya. laporan itu dimuatkan dalam sabahkini.Net seperti berikut:

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing tidak sah sekitar 90-an berlaku, tetapi mendakwa beliau tidak banyak mengetahuinya.


"Seperti juga jenayah yang berlaku pada masa orang lain, ia tidak semestinya membawa maksud pihak terbabit bersalah," katanya.


Dr Mahathir, Perdana Menteri selama 22 tahun, ditanya berhubung pengumuman penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan ratusan ribu diberi kerakyatan dalam 'projek' itu.


Perdana Menteri terlama di negara ini bagaimanapun berkata sepanjang tempoh memantau pergerakan pendatang merupakan tugas yang sukar.


Katanya, jika beliau akan memberi penjelasan jika terdapat pihak merasakannya bertanggungjawab.


Bagaimanapun perkara itu berlaku ketika kemampuan untuk memantau pergerakan terhad, terutamanya apabila melibatkan suku yang sering berpindah randah seperti Bajau Laut, kata Dr Mahathir.


Apakah Penubuhan RCI ini hanya sekadar gimik politik?Apakah RCI ini akan dapat menyelesaikan kemelut PATI di Sabah? Apakah RCI ini akan banyak membuka pekung pemimpin UMNO dan BN?Apakah pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim juga terlibat sama ketika berada dalam kerajaan? Bersama kita tunggu penemuan RCI ini..

9 ulasan :

mantera said...

PM dan umumkan bahawa dia akan tubuhkan RCI, hnya tunggu terma dan rujukannya disiapkan.

mantera said...

apabila RCI ditubuhkan nnti, pasti byk isu akan didedahkan.

me gusta said...

Mustahil Tun M tidak banyak menegtahui tentang projek ic. Beliau kan PM yang berkaliber, menjawat jawatan tu selama 22 tahun. Takkan isu ni pun beliau tidak peka?

me gusta said...

RCI perlu dijalankan dengan penuh integriti. Mereka yang terlibat menual kedaulatan negara tidak patut dibiarkan bebas lagi.

Kris Jr said...

Pelaksanaan RCI di Sabah perlu tegas supaya dapat mencapai objektif penubuhan.

Hinamori said...

Agensi kerajaan dan masyarakat perlu memberi kerjasama dalam hal ni. Usaha dan kerjasama diharap dapat membuahkan hasil yang berbaloi.

Sanih Alias said...

Impian mahukan RCI akhrinya terlaksana juga. Ini membuka wajah baru kepada Sabah untuk memastikan PATI dan projek IC akan dapat diselesaikan di Sabah ini.

Harryzan Aming said...

Najib tidak perlu risau dengan siasatan RCI sebab rekod pentadbiran beliau bersih dari isu projek IC.. tidak seperti Tun M.. dengan pendedahan2 demi pendedahan yang dibuat oleh pemimpin2 politik dan NGO, sepatutnya Tun M yang sedang berada dalam ketakutan sekarang ini..

Anonymous said...

keputusan najib utk menubuhkan RCI merupakan satu tindakan berani demi kebikan Negara walaupun banak risiko politik. Jika anwar Pm hari ini, dia akan memberhentikan RCI..