Wednesday, June 6, 2012



Malaysia adalah sebuah negara bangsa yang sedang membangun. Pembangunan Malaysia bukan setakat berkisar dalam bidang ekonominya, tetapi dalam bidang-bidang lain juga termasuklah bidang pendidikan, bidang kesenian, bidang politik, dan sebagainya. Pembangunan dalam bidang-bidang tersebut didokong oleh warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, yang boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu bumiputera atau peribumi dan bukan bumiputera.

Teras bangsa dalam kategori bumiputera ialah Melayu di samping suku kaum dan etnik tempatan di Sarawak dan Sabah seperti orang Suluk, Ubian, Simunul, Dusun, Iban dan lain-lain.Namun jika menurut tafsiran perlembagaan persekutuan di bawah perkara 160,definisi " MELAYU " adalah tidak termasuk mereka yang dilahirkan di Sabah kecuali ayah dan ibu mereka dilahirkan di Semenanjung atau singapura. Ini membawa makna bahawa bumiputera Sabah Sarawak dari segi undang-undangnya adalah bukan MELAYU.

Dalam konteks pembangunan dalam bidang politik, masyarakat suku kaum Bajau yang terdiri daripada subetnik Bajau (Obian, Simunul, Sibutu, Samah dan lain-lain), Suluk, Iranun, Kagayan dan lain-lain tidak menonjol dan tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat, idea, dan kepakaran mereka. Hal ini tidak bermakna mereka tiada sebarang kepakaran, atau tiada sebarang sumbangan dalam pembangunan negara. Tetapi ini adalah kerana mereka tidak mempunyai bendera perjuangan sendiri.

kemasukan UMNO iaitu United Malays National Organisation atau melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke Sabah pada tahun 1991, dilihat secara umumnya tidak membawa aspirasi pejuangan bumiputera Sabah. Ini kerana asas pejuangan UMNO itu ialah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa.

Kemasukan UMNO ini telah menguburkan USNO iaitu sebuah parti yang diklasifikasikan sebagai tempat beranung Bumiputera Islam di Sabah. USNO  pada asasnya boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum di Sabah tetapi pada dasarnya dikuasai oleh rumpun USBO. Ketiadaan USNO telah turut menyebabkan rumpun USBO menjadi 'pelarian' parti politik di Sabah.

Pada masa ini, politik masyarakat Bajau hanya menumpang di bawah panji parti-parti bangsa lain sama ada yang di dalam Komponen Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif. Masyarakat Bajau pada hari ini menjadi anggota kepada parti-parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), SAPP, UMNO, PKR, PBRS, PAS dan lain-lain parti kecil seperti Bersekutu, Berjaya dan sebagainya. Sedikit sebanyak, masyarakat Bajau telah memberi kekuatan kepada parti-parti berkenaan sehingga parti-parti tersebut dapat mengukuhkan pengaruh dan kedudukan masing-masing dalam arena politik nasional. Dan oleh kerena masyarakat Bajau menumpang di bawah payung atau panji parti-parti politik orang lain, maka mereka sendiri tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dan menyumbang kepakaran dalam pembangunan politik di Malaysia. Lebih malang lagi, mereka tiada saluran sendiri untuk mengetengahkan segala permasalahan yang dihadapi oleh anggota masyarakat ini.

Justeru itu, dan sesuai dengan kehendak Perlembagaan yang bukan sahaja menjamin hak asasi kaum-kaum yang minoriti tetapi memberi kuasa kepada Yang DiPertuan Agong untuk memelihara kepentingan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, maka sudah sampai masanya orang Bajau membuka minda dan pemikiran supaya tidak perlu lagi menumpang di bawah panji parti politik orang lain tetapi harus mempunyai panji parti politik sendiri. Dengan kata lain, orang Bajau yang terdiri daripada gabungan etnik Bajau (Obian, Simunul, Sibutu, Kagayan dan lain-lain), Suluk, Iranun dan lain-lain itu harus mempunyai parti politik sendiri; mungkin atas nama Parti Bajau SeMalaysia. Apapun, terserahlah kepada kebijaksanaan orang Bajau sendiri untuk membuat keputusan mengenainya.

8 ulasan :

Green Sabah said...

The Prime Minister is trying to fulfill the 1 Malaysia concept, instead of having a separate party for each race/ethnic groups. I think we should have a united party that can protect all the Sabahan rights and welfare regardless of what ethnicity, race or religion. This is just my opinion.

I understand that some ethnic groups have been neglected over the years because they did not have their own political parties yet.

Maybe existing parties such as PBS will be able to protect and fight for all Sabahans and not forgetting the minor groups.

Green Sabah said...

Or maybe we could have a Sabahan party with many component parties underneath it for different ethnicity such as Bajau, Suluk, Iranun etc etc. But these component parties will unite to protect the rights of the Sabahans while not neglecting any minority groups.

me gusta said...

Setuju dengan cadangan Green Sabah jika parti2 tempatan boleh bergabung di bawah satu parti induk. Yang penting perjuangan dan perlaksanaannya kena ikut proses yang betul.

me gusta said...

Pemimpin dan ahli USBO kena lebih proaktif dalam mementukan hala tuju masyarakat Bajau.

mantera said...

moga USBO berjaya dalam perjuagannya.

Kris Jr said...

Adanya perlembagaan yang melinungi hak2 kaum di Sabah, lebih menjamin dan selamat.

Hinamori said...

Bagus la kaum Bajau mempunyai parti sendiri. Mudah2an USBO boleh berkidmat seperti yang diharapkan.

Hamdan Hadillah said...

Yang penting sekarang USBO dapat membantu dan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh bangsa bajau di Sabah ini.