Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog rasminya menafikan sekeras-kerasnya skandal RM3 billion yang dikaitkan kepadanya.Anwar mengakui bahawa isu itu pernah disiasat hingga ke Singapura dan UK dan mendapati ia tidak ada kes, sebab itulah isu itu ditutup oleh BPR (SPRM).
Sebelum ini dalam parlimen, Anwar mencabar pemimpin UMNO dan BN untuk mengutarakan isu RM3 billion dalam sesei perdebatan tetapi tidak ada yang 'berani'. Video perdebatan itu adalah seperti berikut:
Kenyataan Anwar dalam blognya :
KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.
“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.
Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.
“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.
“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.
“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak berkata,” katanya.
Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.
“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.
0 ulasan :
Post a Comment