Tuesday, June 19, 2012


Satu lagi debat bakal diadakan malam ini dan disiarkan secara langsung di astro Awani Jam 9 malam, menemukan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin. Tajuk debat : DEMONTRASI JALANAN : MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASI.

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Astro Awani petang ini mengesahkan akan menyiarkan secara langsung Debat Sinar Harian yang akan menemukan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jam 9.00 malam ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, pihak Astro Awani memaklumkan demikian tengahari ini.

Salahuddin pagi tadi berkata, beliau dan Saifuddin tidak akan menyertai debat itu jika Awani tidak mahu menyiarkannya secara langsung.

"Kalau tak mahu buat siaran langsung, apa guna kami berdebat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Debat bertajuk Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi akan berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam.

Debat itu akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Salahudin yang berbesar hati menerima jemputan debat itu berkata, itulah peluang untuk beliau menyumbangkan idea dan melahirkan pemikiran yang boleh diterima semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda.

"Inilah sumbangan yang boleh saya berikan kepada mereka yang mahukan politik yang sihat.

"Kita mahukan hujah berdasarkan fakta, bukan berasaskan sentimen, emosi dan politik murahan seperti fitnah dan sebagainya. Rakyat perlu diberi kedewasaan," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.

Katanya lagi, beliau yakin Saifuddin juga dapat menterjemahkan pemikiran baru kepada masyarakat.

"Saya telah banyak kali berkongsi pentas dengan Datuk Saifuddin sama ada dalam televisyen atau di pentas universiti. Saya yakin ada pemikiran baru yang akan diterjemahkan," katanya.

6 ulasan :

mantera said...

debat yang menarik.

Ryanna Ryn said...

Yang pasti debat ni dapat mencetus dan mengeluarkan pandangan masing2, mencari kerangka pemikiran baru dalam soal prinsip demokrasi di negara ini supaya rakyat dapat melonjak daya fikir dalam pembuatan keputusan memilih kerajaan.

Sanih Alias said...

Debat jangan tidak debat sampai habis air tekak.

Green Sabah said...

Street demonstrations is not the way to solve problems, and its not the way to achieve democracy.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

If Malaysians really care for democracy, those who has not register as voter should do so before the next GE in order to exercise their democratic rights.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Jeff Ambuyat said...

jawapan saya ialah, meruntuhkan demokrasi.. kalau perhimpunan jalanan dihalalkan, saya yakin makin banyak lagi tindakan2 yang mencabar demokrasi akan berlaku selepas itu.. sehingga la berlaku huru hara dalam negara..