Thursday, June 14, 2012



Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dijangka turun ke negeri di bawah bayu ,Sabah pada 16 dan 17 Jun ini. Kali ini Najib dijadualkan akan ke Keningau, kawasan di mana ia merupakan "segi tiga Bermuda' bagiu suku KDM. keningau satu-satunya daerah yang mencatat rekod politik "pelik tapi benar' apabila dikatakan antara sebab kepada kekalahan parti Berjaya kepada Parti bersatu sabah (PBS). Di keningau ini jugalah, Dr jeffry mengumumkan akan bertanding pada PRu 13 nanti atas tiket STAR. Dan di keningau ini jugalah presiden PBS yang juga Huguan Siou suku KDM 'bermaharajalela' dengan tampuk gelaran "wakil rakyat' sejak zaman PBS lagi.

Pada PRU 12 yang lepas Pairin mengalahkan calon PKR dengan mencatat majoriti sebanyak 4264. Manakala pada PRU 2004 Pairin Menang Tanpa bertanding. PRU 1999, Pairin ketika itu sebagai pembangkang menang tipis kepada  Tan Sri Joseph kurup dengan kelebihan undi 250 sahaja.

Berdasarkan reputasi Pairin ini, ada logiknya jika Najib turun ke keningau beramah mesra dengan masyarakat suku KDM ini, kerana jika benar Dr Jeffry akan bertanding di keningau, diramalkan Pairin akan kecundang.Dan jika ini berlaku, BN Sabah akan kehilangan satu lagi kerusi Parlimen dan ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini juga telah mengadakan lawatan kepada masyarakat Iban dan dayak di sarawak sebagai usaha mendapatkan sokongan. Namun ramai pemerhati politik meramalkan tahap kebimbangan Najib di sarawak lebih rendah berbanding di sabah. Desas-desus beberapa pemimpin BN Sabah akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pembangkang tidak akan melenakan mimpi Najib di putrajaya. Justeru Sabah akan menjadi keutamaanya untuk mengekalkan kuasa 2/3 di parlimen.

11 ulasan :

Unknown said...

Kerap datang Sabah bising, apa lagilah kalau langsung tidak pernah datang. Rakyat patut bersyukur sebab tiap kali Najib datang Sabah mesti beliau akan umumkan sesuatu khabar baik untuk rakyat Sabah macam projek dan peruntukan.

Unknown said...

Be positive! buang syak wasangka tu. Najib datang ke Sabah baru2 ni pun sebab mau merasmikan pesta kaamatan peringkat nasional di Keningau.

mantera said...

bgslah Najib selalu dtg ke Sabah, ini bererti Sabah tidak diabaikan. hal ini pun nak dijadikan isu ke?

mantera said...

lawatan Najib ke Keningau dikatakan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk.

kamilla said...

Positive la sikit, jangan fikir buruk sahaja. Bagus la beliau selalu melawat Sabah.

Sanih Alias said...

Secara positifnya sudah semestinya Datuk Najib ingin melihat keadaan Sabah dalam pembangunan yang dibuat.

Green Sabah said...

It is a PM's responsibility to visit the Sabah, especially the interior parts. I heard he is the first PM to visit Tambunan.

Hinamori said...

Kerap terbang ke Sabah harap2 nampak2 la keperluan untuk Sabah

TuhauBam said...

Memang bagus sekiranya PM melawat Sabah. Sabah masih banyak perlu dibangunkan dan rakyat masih memerlukan kemajuan dan kemudahan.

Sotong Kurita said...

kira bagus la PM kerap datang ke Sabah.. Anwar juga patut kerap datang ke Sabah jika benar beliau perihatin terhadap masalah2 yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.. Anwar sebagai ketua umum pembangkang patut kerap menyuarakan isu2 Sabah ke peringkat nasional..

Stanley Alex said...

Kalau Anwar datang ke Sabah, apa cerite?