Saturday, June 16, 2012

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketiak berucap di hadapan ribuan rakyat Sabah di Keningau kelmarin meminta rakyat Sabah menilai kembali janji-janji pembangkang yang dikatakannya sebagai "bulan dan Bintang' tetapi tidak dilaksanakan.Najib dalam ucapannya meminta dan memuji rakyat Sabah kerana bijak menilai janji yang mana pertama dan yang mana kaca. Beliau juga menyelar ketua pembangkang yang disifatkannya sebagai pembohong besar atas insiden 16 september dan juga krisis kewangan 1997. Dua peristiwa besar itu berpunca dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ,katanya lagi.

Jika menyelusuri janji-janji pembangkang di Sabah, terutama menjelangnya PRU 13 ini, adalah lebih adil jika kita menelaah Buku Jingga yang memuatkan beberapa reformasi ke atas Sabah jika PR menawan Putrajaya. Dalam buku Jingga selain daripada memberikan royalti minyak 20% kepada Sabah, Pakatan Rakyat juga berjanji akan mengiktiraf Sabah sebagai rakan kongsi dalam Malaysia, memberikan kuasa outonomi kepada beberapa perkara menurut lunas 20 perkara, menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kedatangan PATI di sabah termasuk pemberian kerakyatan Songsang dalam satu projek hitam yang terancang.dan Memberikan kuasa borneosasi kepada beberapa jawatan kanan kerajaan kepada rakyat Sabah .

Sepintas lalu janji-janji pembangkang ini lebih kepada menunaikan 'janji' yang sepatutnya BN tunaikan sekian lama, setelah Sabah Sarawak menyertai Malaysia lagi. Maknanya lebih 40 tahun janji-janji yang terkandung dalam 20 perkara itu tidak menjadi keutamaan BN di Sabah. Tidak kiralah sama ada 20 perkara itu berbentuk dokumen atau tidak, atau sekadar komitmen politik atau sebaliknya. Apa yang nyata ialah 20 perkara itu adalah persetujuan bersama dan jika pada fasal 6 menyatakan tidak boleh Sabah keluar dari Malaysia, dan itupun sudsah Sabah tunaikan , maka apakah salah dan daifnya BN menunaikan beberapa isu tertonggak lagi.

Pada saya menilai janji-janji pembangkang ini sangat-sangat perlu bagi rakyat Sabah. Mungkin soal keikhlasan sukar untuk rakyat Sabah tentukan, tetapi soal keazaman politik itu sudah ada. Komitmen PR untuk menunaikan 20 perkara kepada rakyat Sabah bagi saya bukan janji bulan dan bintang tetapi janji yang harus ditunaikan sepatutnya oleh BN sejak dulu lagi.

Rakyat Sabah juga jangan lupa menilai janji-janji BN selama lebih 40 tahun di Sabah. Apakah janji-janji itu telah tertunai atau ada juga janji bulan dan bintang yang masih gerhana di hati rakyat Sabah? Pembinaan Jambatan Menumbok- Pulau Labuan, Janji Pembinaan Jambatan Bum-Bum di Semporna, janji 100 hari bila UMNO memerintah Sabah, janji berkaitan dengan PATI, janji mengenai peningakatan infrastuktur di luar  bandar, pembinaan lebuh raya KK-sandakan dan bermacam lagi. 

Rakyat Sabah harus menghitung dengan kalkulator minda supaya bila memangkah pada PRU 13 nanti akan membuat keputusan yang wajar untuk generasi akan datang.

9 ulasan :

mantera said...

rakyat kena menilai setiap janji2 yang diberikan, janji2 bulan bintang dari pembangkang terutamanya rakyat perlu nilai, jgn mudah percaya dan terpengaruh dgn janji2 mereka. janji2 pembangkang byk kosong.

Valeria Payton said...

Pangkah dengan betul bila mengundi pilihanraya nanti. semoga rakyat membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara ni.

Sanih Alias said...

Pembangkang hanyalah berjanji untuk menang pada PRU13 ini dan bukannya berjanji dengan serius dan betul.

Green Sabah said...

I suppose each and everyone will be able to evaluate this issue wisely. To maintain the power as government is harder than to confiscate the power as what the oppositions are trying to do.

kamilla said...

Jangan percaya dengan janji yang di beri oleh pembangkang.

kamilla said...

Oleh itu rakyat harus bijak memilih Parti mana yang benar2 dapat membantu rakyat.

Hinamori said...

Banyak pilihan rakyat mahu undi parti mana, cuma beza kerajaan atau pembangkang. Semua ditangan rakyat.

TuhauBam said...

Saya yakin rakyat tahu menilai yang baik dan buruk

Harryzan Aming said...

seperti yang diumumkan Wan Azizah, dalam buku jingga Pakatan juga ada disenaraikan bahawa semua warga asing di negeri ini akan diberikan status PR.. betul ka? cukup la Azizah, Saifuddin dan Azmin saja yang guna status PR, takkan mahu tambah lagi..