Pendedahan yang dibuat oleh kelapamawar mengenai keselamatan Politeknik Kota Kinabalu pada Mac tahun ini seperti yang disiarkan dalam blog kelapamawar, akhirnya mendapat perhatian media pembangkang iaitu Harakah. Isu bangunan Politeknik Kota Kinabalu yang mengalami masalah mendapan yang serius dan keretakkan yang teruk telah dipaparkan oleh kelapamawar berserta dengan gambar yang sempat diambil.
Seorang pelajar yang memberikan komen di blog kelapamawar mempersoalkan beberapa langkah drastik yang diambil oleh pengurusan politeknik berkenaan.
Saya ialah pelajar Politeknik KK semester 3. Terdapat ura-ura mengatakan bahawa poli ini akan ditutup untuk di baikpulih semula(mungkin dirobohkan semula kali..). keputusan akan diberitahu oleh pihak2 tertentu pada tahun ini juga. dan maybe,sewaktu saya semester 5,pasti sudah ditutup jika keputusannya 'ya'. pelajar2 dan lecturer2 akan dipindahkan ke tempat2 lain. dengar2 lagi,maybe pelajar sem2 atas(6,7,8,9) pindah di cawangan poliKK Telipok. sem lain,maybe pigi poli Sandakan,Mukah(Sarawak) or bangunan lain yang akan disewa. apapun tunggu ja la keptusannya....
SALAH SIAPA?? SALAH TANAH??? ATAU PIHAK2 BERTANGGUJAWAB MEMBINA BANGUNAN INI YANG HANYA MAKAN RASUAH,MAKAN DUIT HARAM,SEHINGGA BANGUNAN INI JADI SEPERTI INI??? Padahal kawasa perindustrian lain yang berdekatan malah bersebelahan ok ja... and kalau kami p Sarawak,minta bayaran transport dibagi kerajaan(time awal sem,akhir sem,cuti raya,cuti seminggu).takkan kami tanggung sendiri.
Laporan Harakah:
KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu.
Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun.
Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.
Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.
Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun.
Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya.
Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.
(Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya)
Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012.
Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.
Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.
Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.
Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
0 ulasan :
Post a Comment