Thursday, March 8, 2012



Semalam 8hb.03.2012, sekali lagi buat beberapa kalinya hampir seluruh daerah dan bandar utama di Sabah terputus bekalan elektrik menyebabkan bandar-bandar besar terbabit 'lumpuh' selama hampir 7 jam. Di Sabah gangguan bekalan elektrik bukanlah satu perkara baru tetapi telah lama terjadi dan belum ada usaha berkesan mengatasi masalah itu sekalipun SESB telah lama menaiktaraf Kapasiti bekalan elektrik di negeri itu kepada bekalan bervoltan tinggi. 

Sebelum ini, kawasan Pantai Timur melibatkan Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Sandakan adalah antara kawasan di Sabah yang mempunyai purata gangguan bekalan elektrik yang tertinggi.Dan kes semalam menyaksikan sekali lagi Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan termasuk beberapa daerah seperti Semporna, Kunak, Kota Belud, Tuaran turut menerima tempias terputus bekalan elektrik.

Gangguan bekalan elektrik ini bukan sahaja menyusahkan pengguna tetapi juga menyebabkan sektor industri turut menerima kesannya selain beberapa agensi perbankan dan agensi kerajaan seperti Hospital,Jabatan pelajaran, jabatan Kastam, Jabatan Imigrisen dan lain-lain turut terganggu operasinya.Isu gangguan bekalan elektrik ini telah beberapa kali di suarakan oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah termasuk MP Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh yang begitu lantang memohon penambahbaikan dan jalan penyelesaian terhadap masalah itu.





Menurut laporan BERNAMA



Banyak kawasan di seluruh Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas satu talian penghantaran 132kv di Penampang-Beaufort disambar petir pada 2.20 petang Khamis menyebabkan beberapa Stesen Janakuasa Bebas berkapasiti besar di Kota Kinabalu terpelantit.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ahmad Fuad Md Kasim berkata kejadian ini menyebabkan SESB kehilangan kapasiti janaan di dalam Grid sebanyak 200MW (MegaWatt), seterusnya memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan di beberapa kawasan di seluruh Sabah bagi memastikan kestabilan sistem rangkaian Grid Sabah.

Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik berkenaan ialah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Fuad berkata bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 4.08 petang.


Pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tidak sampai usianya mencecah 6 bulan sejak diperkenalkan pada Jan.2012, dijangka memberi kesan besar kepada tanggapan rakyat terhadap kemampuan kerajaan di bawah Najib dalam rangka usaha melakukan kononya "transformasi" penggajian sektor awam di negara ini.

Sebelum ini kakitangan awam di bawah beberapa kesatuan mereka yang bernaung di bawah CEUPACS merunggut kerana skim berkenaan tidak langsung mengambilkira gaji kakitangan bawahan.Dengan pembatalan itu bermakna kakitangan awam berada pada skim asal iaitu SSM.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan. Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.


Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan pembatalan itu sebagai sudah "Terhantuk baru terngadah" .

KEADILAN mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan hari ini. Namun, pembatalan ini jelas menunjukkan kegagalan berterusan Kerajaan Umno-BN dalam mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar yang begitu penting sebegini.

Kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.

Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya ‘sudah terhantuk baru terngadah’ diambil oleh Perdana Menteri hari ini.

Secara tuntas, berikut merupakan prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan yang prihatin terhadap nasib pekerja:

1) Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang lebih adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan. Kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji “sara hidup” (“living wage”), dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

2) SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minimaperkhidmatan awam.

3) SSM yang lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.

4) SSM yang mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan didalam kerajaan.

5) SSM akan disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun; semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.

Akhir sekali, KEADILAN meletakkan keyakinan bertunjangkan perkhidmatan awam sebagai penggerak pembangunan negara yang terutama, dan mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mengenepikan suara mereka.

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai

Wednesday, March 7, 2012



Kewujudan parti-parti baru dalam iklim politik Sabah menjelang PRU 13 ini, menimbulkan kegelisahan yang tidak kurang besarnya bagi rakyat dan pemimpin politik peringkat pertengahan beraliran pembangkang di Sabah. Kegusaran mereka berpandu arah kepada akan berlaku 'kegagalan' parti-parti ini kelak untuk mementerai MOU atau perjanjian persefahaman politik untuk meletakkan calon satu lawan satu di seluruh DUN dan kawasan PARLIMEN di Sabah. Kerana pada atas kertas jika langkah berani ini dapat dilakukan, ada peneropongan besar memungkinkan BN dan UMNO bisa dapat ditumbangkan di bumi Sabah.

Akhirnya kegelisahan banyak pihak itu dapat dirasai oleh pemimpin parti-parti pembangkang . Pada 2 /03/ 2012 yang lepas satu mesyuarat UBA ( United Borneo Alliance ) satu gabungan parti USNO,STAR dan SAPP telah membuat ketetapan dan keputusan akan mengadakan kerjasama politik dalam menghadapi PRU13 nanti. USNO yang sebelum ini 'gagal' didaftarkan semula selepas dibubarkan ekoran kemasukan UMNO di negeri ini dikatakan turut mendapat tempat dalam gabungan pembangkang berasaskan parti tempatan itu. Dalam satu kenyataan juga melaporkan bahawa UBA akan mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan parti PKR, DAP dan PAS untuk merealisasikan startegi satu lawan satu itu menjadi kenyataan.

Ramai pemerhati politik tempatan yang berpandangan, landskap politik Sabah akan mengalami gelombang perubahan secara besar-besaran menjelang PRU 13, yang hanya tinggal setahun lagi jika mengikut perkiraan mandat Perlimen seharusnya dibubarkan. Namun begitu tarikh PRU 13, dijangka tidak akan menunggu saat akhir tersebut kerana menjadi satu kebiasaan bagi kerajaan sebelum ini akan bertindak membubarkan parlimen bagi memberi laluan PRU diadakan seawal 4 tahun . Dan jangkaan banyak pihak paling tidak PRU 13 akan diadakan pertengahan tahun ini.


Jika staretgi satu lawan satu ini menjadi kenyataan, UBA meramalkan pembangkang akan mampu memperolehi kesemua kawasan Parlimen di Sabah iaitu sebanyak 25 kawasan dan manakala kawasan DUN pula dijangka 52 kerusi akan mampu dimiliki. Apakah ramalan ini akan menjadi kenyataan? Dan apakah strategi satu lawan satu ini menjadi realiti?Kita tunggu episod politik pembangkang selepas ini.





Dedalu itu adalah sejenis tumbuhan yang tidak tumbuh ditanah. Dedalu ini tumbuh dipangkal dahan pokok-pokok yang rendang dan sentiasa duduk diatas sambil menumpang hidup dipohon yang rendang itu. Pohon rendang itu selalunya akan mati kerana dedalu yang menumpang hidup itu. Dalam bahasa saintifiknya dedalu ini adalah “parasite”

Ditempat-tempat dimana orang ramai duduk berborak, isu politik memang menjadi perkara yang wajib disebut, lebih-lebih lagi waktu kita menunggu pilihanraya yang hampir tiba ini. Bila pilihanraya, siapa yang akan menang dan kalah dan apakah isu yang mungkin menjadi bahan kempen oleh kedua-dua belah pihak yang menawarkan diri dan parti mereka nanti.

Tetapi isu orang Melayulah yang menjadi isu terbesar yang orang ramai selalu menyebutnya akhir-akhir ini. Isu memohon maaf Najib kepada orang ramai itu telah membawa isu baru pula. Ramai yang berpendapat apa yang dilakukan oleh Najib itu merupakan perkara yang merugikan Umno dari sudut politiknya. Adalah sukar untuk membuat tafsiran permohonan maaf secara terbuka Najib itu.

Walau bagaimanapun yang jelas sudah ramai pula yang beranggapan bahawa Najib tidak lagi “viable” sebagai pemimpin nombor satu negara dan sudah ada dikalangan orang-orang Umno sendiri berpendapat yang Najib sudah sampai ke penghujungnya, termasuklah dua orang pimpinan bahagian Umno yang bertemu dengan saya itu. “I think Najib should throw his towel now,” kata salah seorang dari pimpinan Umno itu.

Tetapi jika Najib hendak berhenti siapa yang akan mengambil alih? Adakah Muhyiddin menjadi pilihan untuk mengganti Najib? Salah seorang yang berjumpa saya itu bingkas menjawab, “Kalau Muhyiddin, tak payahlah. That will a bigger disaster,” kata seorang lagi.

Saya bertanya samada mereka berdua ini akan berusaha untuk menjadi calon seperti yang ramai-ramai itu. Mereka kata mereka tidak lagi berminat kerana sudah hilang semangat menghadapi keadaan serius dalam BN sekarang ini. Malahan mereka berkata yang niat mereka untuk berjumpa saya itu ialah untuk memulakan perbincangan untuk menyertai DAP kerana parti itu telah berjaya menunjukkan kemampuan untuk mentadbir secara baik seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Pulau Pinang seperti juga kerajaan negeri Selangor, telah terbukti ada perbezaan dengan pengalaman dibawah pemerintahan BN dahulu. Lagi pula kata mereka, selagi mereka berada didalam Umno selagi itulah mereka mendengar dan melihat isu buruk yang keterlaluan buruknya moralnya. “Saya tidak tahan melihat kita semua sentiasa dibayar untuk menyokong mereka. Saya yakin Umno sudah sampai garis penamat hayatnya. Buktinya jelas. Apabila pemimpin-pemimpinnya ke hulu ke hilir membayar dan membeli undi disana sini itulah petanda parti itu akan habis riwayatnya!,” kata salah seorang lagi.

Pandangan pemimpin Umno itu benar. Dimana-mana tamaddun besar dalam sejarah dunia ini pemerintahnya akan berakhir apabila budaya membeli, mengungut dan membohongi orang dibawah perintahnya. Dizaman Roman Empire yang begitu kuat dan stabil, Empire itu tersungkur selepas parkara-perkara yang disebut tadi berlaku kerana mempertahankan kuasa.

Bagi sesiapa yang berfikir dengan teliti dan tekun, ciri-ciri ini sudah berlaku dan berlarutan. Ianya bermula sejak pentadbiran post Hussein Onn dan sekarang sudah menjadi budaya yang sudah tidak dapat dileraikan lagi. Kalau ini berlarutan lagi maka yang kita tunggu hanyalah satu, iaitu kehancuran budaya dan akhlak kehidupan generasi kita yang akan datang.

Persoalannya sekarang bolehkah ianya dileraikan. Tahukah pentadbiran sekarang cara dan mampu untuk meleraikan budaya ini sedangkan mereka adalah pengamal tegar kepada budaya ini. Bolehkah BN membetulkan keadaan dengan memohon maaf dan berjanji untuk memberhentikan budaya ini. Tidak ada siapa yang mempunyai daya pemikiran boleh mempercayai janji-janji manis ini kerana rasuah itu sudah menjadi “addiction” kepada pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno.

Kita tahu cara dan kaedah yang paling betul untuk penyelesaian terhadap budaya korup, salah gunakuasa, kemurungan sistem kehakiman dan “judiciary” negara dan berbagai-bagai lagi kemungkaran yang tidak dapat dikawal lagi ini. Caranya ialah untuk Najib dan seluruh kepimpinan dalam Umno itu meletakkan jawatan dan menjauhi kuasa yang mereka pernah menyalahlakukan itu.

Tetapi mahukah mereka berbuat demikian? Tentu mereka tahu kuasa itu adalah “ultimate” peribadi mereka dan bukannya untuk parti. Umno yang dikatakan parti yang baik itu telah dicemari dengan barisan pimpinan yang rasuah dan tidak berintregriti.

Umno itu ibarat pohon yang kuat tetapi oleh kerana terlalu banyak dedalu yang tumbuh dipohon itu, maka akhirnya pohon yang kuat juga akan akhirnya mati jika dedalu yang tumbuh mekar dipohon itu tidak dibuang.

Bagi diri saya sendiri, saya telah duduk kekal didalam Umno sebegitu lama kerana mengharapkan dedalu ini dicantas dan dibuang agar pohon itu (Umno) dapat kembali hidup subur. Tetapi hari demi hari, tahun demi tahun saya nampak dedalu itu bertambah membesar, maka saya mengambil keputusan untuk menyertai parti yang tidak ada dedalu ini tumbuh. Kata-kata saya kepada Umno ditempat dan negeri saya bertahun-tahun dahulu, ternyata menjadi kenyataan. Umno sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Dedalu-dedalu ini tumbuh dengan pesatnya sehinggakan pohon itu hampir mati dan tidak berbuah lagi. Bagi saya pohon yang disalut oleh tumbuhan dedalu tadi akan pasti mati, dan ianya tidak payah ditebang untuk membunuh pohon yang suatu ketika dahulu pohon yang kuat dan kukuh.

Dedalu-dedalu yang tumbuh dipohon rendang ini masih kekal, malahan bertambah membesar lagi. Saya hendak juga melihat bukti kalau ada pohon yang dihinggapi tumbuhan dedalu ini boleh hidup sampai bila-bila.

Bagi saya mana-mana pokok yang dihinggapi dedalu ini akan mati secara “natural” akhirnya. Kepada penyokong-penyokong Umno sama-samalah kita lihat apa yang akan terjadi kepada pohon (Umno) yang kian hari kian kurus kerana segala baja-baja pokok itu sudah disedut oleh dedalu yang hidup dan melekat kepada pokok yang suatu ketika dahulu merupakan pohon rendang tempat rakyat semua kaum khususnya orang Melayu berteduh.

Orang Melayu yang tekun berfikir merasa amat sedih kerana tempat mereka berteduh telah di ambilalih oleh dedalu yang hidup dipohon (Umno) sejak dua tiga dekad dahulu. Sekarang kita lihat Umno sedang berhempas pulas untuk mengambilalih kerajaan negeri Selangor selepas pilihanraya nanti. Rakyat Selangor mesti berfikir dengan tenang dan tekun, yang cuba hendak mengambilalih ini adalah dedalu yang hendak hidup dipohon rendang bernama Selangor itu.

Apa yang saya perkatakan ini tentunya akan mendapat tentangan dari penyokong pohon yang disaluti dedalu ini. Saya tidak kisah itu semua. Katalah apa-apa pun terhadap diri saya sekehendak hati. Yang penting bagi saya akhirnya nanti saya akan membuktikan kebenaran apa yang saya katakan ini. Semasa itu nanti menangis air mata darah pun tidak akan dapat menyelamatkan bangsa dan negara lagi.

Jika saya sudah tiada didunia ini dan apa yang saya katakan ini akan menjadi kenyataan, hadiahkan saya bacaan surah al-fatihah sekali seorang. Itu pun kalau ikhlas.

aspanaliasnet.blogspot.com

Tuesday, March 6, 2012



Tanda tanya ramai akhirnya terjawab, apabila pengendali portal Rontogdaily.com yang sebelum ini begitu 'rakus' dengan cerita-cerita panas politik dalam posting barunya memohon maaf kerana sudah lama tidak memaparkan isu baru lantaran sibuk dengan tugas menrbitkan buku penulis politik sdr Musli Oli yang dijangka dalam waktu terdekat akan menemui pembaca.

Buku terbaru sdr Musli Oli itu yang berjudul "KENAPA SAYA TINGGALKAN UMNO" tentunya memuatkan perjalanan penuh liku seorang penulis politik yang juga pengamal media dalam kasus politik di Sabah dan tentunya akan menyentuh serba sedikit pergolakan politik di daerah penulis iaitu daerah Kota belud.

Sebelum ini dalam blog sekali ketuk, milik Musli Oli telah ada artikel awal yang menyentuh tentang keputusan beliau meninggalkan UMNO yang disertainya pada tahun 1994, walaupun sebelum itu kata beliau pernah memegang jawatan ketua pemuda USNO cawangan Kg. Petagas. Sambil memaklumkan bahawa penyertaannya dalam UMNO adalah ekoran pelawaan Datuk Salleh Tun Said yang ketika itu Ketua UMNO Kota Belud dan Menteri Kewangan serta Timbalan Ketua menteri Sabah sekembalinya dari luar negara.

Keyakinan Sdr Musli Oli kepada parti UMNO dalam membela hak-hak bumiputera Sabah  ketika itu sangat kuat walaupun beliau mendakwa abangnya Jamlide Oli pada ketika itu adalah Ketua Bahagian PBS dan dijangka akan diturunkan menentang datuk Salleh sama ada di parlimen Kota Belud atau DUN Usukan.Namun setelah beberapa tahun berlalu, keyakinan Musli Oli itu mula goyah terutama apabila beberapa isu seperti Borneosasi, isu Royalti minyak, isu PATI dan 20 perkara tidak mendapat perhatian serius dari UMNO dan kerajaan Pusat. Dan keyakinan Musli Oli itu menemui penamatnya apabila pada 3. Dis. 2011, ketika Datuk Najib dan seluruh ahli UMNO berkampung di PWTC mendengar amanat Presiden UMNO pada Majlis Perhimpunan Agung UMNO, penulis nasional dan juga penggiat NGO di Sabah itu membuat kejutan apabila mengumumkan hasratnya keluar dari parti UMNO dan menyertai PKR di hadapan kira-kira lebih 500 orang di Kota Belud dalam satu ceramah umum yang dihadiri oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan sebagai rekod , kelapamawar turut berada di situ mendengar sendiri penngumuman dari Musli Oli.

Dari kulit hadapan buku ini sudah terpampang " ada 100 sebab kenapa saya menyertai UMNO dan ada 1001 sebab mengapa saya meninggalkannya".


Kes Tanah perkampungan di kemabong yang dilaporkan dibuka pada era Parti BERJAYA dikatakan telah dimilki oleh orang lain walaupun Kg Masanoi Kemabong yaqng berkeluasan 77 ekar itu telah didiami oleh penduduk suku Murut yang diislamkan secara beramai-ramai lewat 30 tahun lalu. Berita sadis ini dilaporkan dalam blog Borneo Digest:

TENOM (Sabah Malaysia): Tuan Hj. Ariffin Abdullah, 70, atau nama asalnya Arot Bin Ukab, mungkin memilih untuk terpaksa mengadaikan maruah dan agama jika kerajaan gagal untuk mempertahankan hak mereka untuk kekal menduduki kawasan perkampungan tersusun yang menempatkan seramai 100 orang saudara baru di Kg. Masanoi Kemabong.

Perkampungan tersususn seluas 77 ekar itu diwujudkan ketika era kerajaan parti Berjaya, sebagai penempatan baru kepada suku kaum Murut yang telah memeluk agama Islam melalui program pengIslaman beramai-ramai di situ.
Kg. Masanoi wujud sejak sebelum penjajahan British di kawasan itu , namun akhirnya kawasan itu disahkan termasuk dalam konsesi Estate Barlow Plantation.
Ariffin yang pada ketika era kerajaan parti Berjaya sebagai Ketua Pemuda parti telah mencadangkan kepada kerajaan, supaya penduduk yang hidup berselerak di kawasan itu disusunatur, dan pendekatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu ialah penubuhan sebuah perkampungan tersusun.
Syarat yang diberikan menurut Ariffin ialah penduduk di situ perlu disatukan, dan kaedahnya ialah mereka harus bersedia sebagai sebuah komuniti.
“Atas kesederan, kami sepakat memeluk agama Islam secara beramai-ramai,” katanya.
TUAN HJ. ARIFFIN MENUNJUKKAN PLAN KAWASAN TANAH

Jaminan kemudiannya diberikan kepada penduduk yang terlibat yang seterusnya mengusahakan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk pelbagai tanaman seperti getah, buah-buahan serta padi dan Ariffin dipilih sebagai ketua.

Sungguhpun demikian Ariffin begitu terkilan apabila mengetahui bahawa kawasan tanah tersebut telah dimiliki oleh orang lain, iaitu orang yang telah diamanahkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri), untuk mengurus pemilikan tanah itu kepada saudara baru Islam itu.

Ariffin memberitahu, tanah tersebut kemudiannya dijual kepada seorang ahli perniagaan yang kini telah menghantar saman kepada beliau serta saudara-saudara baru Islam di situ yang terlibat.

“Pemilik baru ke atas tanah itu telah memfailkan saman kepada kami pada 29 November 2011,” jelas Ariffin dan menambah;

“Saudara-saudara baru Islam yang terlibat di Kg. Masanoi Kemabong benar-benar terhina,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa perjuangannya ke atas tanah tersebut telah berjalan lebih 30 tahun, namun pengamanah tanah itu yang merupakan mantan orang kanan Datuk Harris Salleh sering meyakinkan beliau supaya bersabar.

“Lebih 30 tahun mereka berjanji kepada saya,” jelasnya
.
Menurut rekod, geran tanah pertama dikeluarkan pada 30 Oktober 1980 atas nama Mohamad B. Abdul Rahman (mantan Pegawai Daerah Tenom), Anthony Lamb dan seorang lagi Theddore Douglas Lind (mantan pegawai kanan Datuk Harris Salleh).

Ketiga-tiga penama ini telah diamanahkan oleh Datuk Harris Salleh untuk mengurustadbir tanah tersebut untuk penempatan saudara baru Islam di Kg. Masanoi.

Ariffin berkata, mereka telah memeluk agama Islam pada tahun 1979, dan geran tanah itu dikeluarkan setahun selepas pengIslaman beramai-ramai itu.

Tetapi katanya, ketiga-tiga mereka telah menabur janji yang bohong lebih 30 tahun kepada saudara baru Islam Kg. Masanoi, dengan menyatakan ‘geran’ tanah perkampungan tersusun itu akan dikeluarkan kepada setiap penama yang telah memeluk agama Islam, dan urusan itu sedang berjalanan.

“Ternyata mereka telah menganiya kami dan kaum Murut beragama Islam di Kg. Masanoi,” katanya.

Ariffin yang telah mengusahakan lotnya dengan tanaman getah yang kini berusia 30 tahun itu memberitahu, pemilik baru tanah tersebut sedang mengheret mereka ke muka pengadilan dan harta benda mereka di situ, termasuk rumah, kebun getah, buah-buahan serta padi hanya menunggu masa sahaja untuk dimusnahkan.

Ayah kepada empat orang anak itu menjelaskan, beliau telah melaporkan kes itu kepada polis pada tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan telah dibuat.
“”Hari ini, esok atau bila-bila masa daripada sekarang kami akan diusir di tanah yang kami diami sejak berpuluh tahun yang lalu,” katanya.

Nenek moyang Ariffin telah telah bertapak di Kg. Masanoi sejak sebelum kerajaan British menubuhkan sebuah pejabat daerah di Rundum pada tahun 1910, namun kedaifan mereka menyebabkan kampong itu yang termasuk dalam kawasan pentadibiran Rundum, diwartakan sebahagian daripada konsesi perladangan sebuah syarikat mailik British.

Menurut rekod, British tidak pernah mengusir kaum itu, sebaliknya memberikan mereka pekerajaan iaitu sebagai kuli (penoreh getah), dan pekerajaan itu telah diwarisi oleh keturunan Ariffin sehinggalah ke zamannya.

Ketika giliran Ariffin bekerja sebagai penoreh getah di lading Estate Barlow Plantation, beliau telah memohon kepada pengurus Ladang iaitu Mr. J.T.W agar tanah yang telah diduduki oleh nenek moyangnya dikeluarkan daripada konsesi Barlow.

Akhirnya pada tahun 1967 permohonannya diluluskan melalui resit rasmi bernombor 00672, namun ia tertakluk kepada sokongan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.

Sebagai Ketua Pemuda parti Berjaya pada ketika itu, Ariffin mengemukakan pandangan itu kepada Ketua Menteri Sabah, yang kemudian menasihatkan, supaya pemilikan total ke atas tanah itu hanya boleh diperolehi melalui program perkampungan tersusun.

Atas nasihat itu, Ariffin bersetuju untuk melakukan pilihan iaitu bersetuju untuk menyertai program pengIslaman bersama 100 penduduk yang lain.

“Datuk Harris mengarahkan tiga orang tersebut mengurus tanah tersebut untuk kami,” katanya dan menambah, Datuk Harris yang kini bergelar Tan Sri masih hidup dan pastinya mengingati peristiwa tersebut.

“Persoalannya kenapa tanah itu dimiliki oleh orang lain,” katanya.
Ariffin mahu campurtangan Tan Sri Harris Salleh dalam urusan tersebut, kerana yakin hanya beliau yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada diusir daripada pemilik baru tanah tersebut.

Beliau berkata bahawa telah memohon bantuan daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Sabah, Pejabat Daerah Tenom dan pihak berwajib yang berkaitan, namun kesemuanya belum mendapat sebarang petanda yang positif.

“Kini kami sedang dihalau daripada tanah kelahiran,” katanya

Monday, March 5, 2012



Beberapa situasi politik di Kimanis dan kawasan sekitarnya menyaksikan protes secara terang mengenai kepimpinan Datuk Anifah Aman. Selain isu mahukan anak tempatan sebagai wakil mereka, beberapa kumpulan penduduk kampung sekitar kawasan Kimanis mengutarakan beberapa janji Datuk Anifah Aman yang 'gagal' ditunaikan oleh Menteri Luar itu.

Wakil penduduk Baru Kelatuan, Papar En. Ambrus Bin Simon dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata bahawa masyarakat Kimanis menyokong penuh kempen transformasi kepimpinan dan kebangkitan suara rakyat. Beliau juga menyatakan beberapa masalah lampau yang masih gagal di selesaikan oleh Datuk Anifah Aman seperti masalah jalanraya, balairaya yang usang, masalah perparitanm dan juga 'janji' pembahagian rumah PPRT kepada golongan mualaf.




Timbalan menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang sebelum ini 'menggemparkan' politik Sabah dengan tindakannya berucap di Majlis Sambutan Krismas pemimpin Pembangkang di Kuala Penyu, bersetuju supaya lebih ramai anak tempatan seharusnya diberikan peluang dalam Projek Terminal Minyak dan  Gas Sabah (SOGT) di Kimanis.


Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID 


Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), yang dibangunkan oleh Petronas di Kimanis akan menjadi nadi kepada pembangunan negeri ini. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata projek itu, bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat di sekitar Kimanis, namun akan memberikan impak yang positif kepada daerah berdekatan termasuk daerah Beaufort . 

Menurut beliau projek tersebut bukan sahaja menggalakkan industri petroleum di negeri itu, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain kerja kontrak. 

Bagaimanapun, beliau bersependapat dengan pandangan beberapa orang pemimpin politik di negeri ini yang diutarakan sebelum ini; agar lebih ramai rakyat tempatan diberikan peluang untuk menikmati kemajuan melalui peluang kepada usahawan baru yang ada hubung kait dengan industri gas dan minyak. 

"Dengan perkembangan ini, secara langsung, akan membawa kemajuan kepada negeri Sabah di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya rakyat Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort, Hajah Johair Matlani bersama suaminya Jawarin Nasar yang juga Pegawai khas Pembangunan Parlimen Beaufort. 

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, berkata demikian ketika diminta mengulas impak dari perlaksanaan projek (SOGT) di Kimanis kepada daerah-daerah berdekatan termasuklah di kawasan Parlimen Beaufort yang beliau wakili. 

Menurut Lajim, dengan kewujudan projek itu di sini, bukan sahaja pekan Kimanis akan mula menerima pembangunan, malah akan memberikan banyak peluang peningkatan ekonomi dalam usaha menaiktaraf kehidupan rakyat. 

“Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan untuk direbut oleh golongan belia termasuk peluang untuk memulakan atau menjalankan perniagaan akan terbuka luas kepada rakyat setempat dan sekitarnya,” tambah Lajim. 

Mengulas kritikan parti pembangkang mengenai kedatangan Petronas ke Sabah, Lajim berkata, kritikan mereka (pembangkang) tidak membena dan tidak berasas sama sekali. 

Menurut Lajim, mereka (pembangkang) hanya meletakkan kehadiran Petronas sebagai merampas hak anak negeri walhal kehadiran Peronas ke negeri ini terutamanya dalam projek cari gali memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan dan juga pelaburan yang dilaksanakan . 

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang yang ada terutamanya dalam industri yang dibangunkan oleh Petronas di negeri ini dan meminta Petronas membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk khususnya golongan muda untuk terlibat dalam industri yang sedang dan akan dimajukan oleh Petronas. 

Tambah Lajim, Petronas perlu melaksanakan program latihan seawal yang mungkin iaitu sementara SOGT sedang dibina bagi melatih tenaga mahir tempatan untuk diserapakan sebagai kakitangan dalam syarikat mereka. 

"Jika mereka tidak ada pengalaman dan kelayakan, tentu sekali mereka tidak boleh bekerja dengan Petronas dan pekerja-pekerja terpaksa diimport dan dibawa dari negeri lain. Keadaan ini menyebabkan kita semua kecewa kerana segala kekayaan dan peluang pekerjaan akan jatuh di tangan orang lain,” jelas Lajim.


Rampasan Tanah Adat atau NCR di Sabah,nampak gayanya tidak ada penghujungnya. Walaupun ia berlaku hampir seluruh negeri Sabah. Pimpinan negeri di bawah Musa Aman semacam membiarkan isu ini berlarutan tanpa penyelesaian yang berkesan.Justeru itu NGO di Sabah mula merangka strategi mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pejabat Ketua Menteri Sabah itu yang dijadualkan pada 12 Mac ini.


KOTA KINABALU, 29 Feb: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 12 Mac hadapan bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah adat yang semakin meruncing kini.


sdr Lahirul Latigu,Ketua Pemuda PAS Sabah.

Setiusahanya, Lahirul Latigu berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 18 November tahun lalu.

“Kita lancarkan sekali lagi gerakan ini, dengan satu perhimpunan aman besar-besaran di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri akan dilakukan sebelum penyerahan memorandum dibuat.

“Tindakan ini tidak bermotifkan politik tetapi berdasarkan momentum dan ketumbukan oleh empunya tanah. Sudah cukup rasanya dengan penderitaan, keluhan dan janji demi janji dibuat. Sudah lama rakyat bersabar, dan ini kali lah... rakyat sudah hilang sabar,” katanya.

Menurutnya, himpunan aman dengan akronim 123 Bangkit itu merupakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat juga akan digerakkan di seluruh pelosok Sabah.

“Himpunan 123 Bangkit ini adalah di ambil sempena himpunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac ini dengan kebangkitan rakyat Sabah secara besar-besaran,” ujarnya ketika mengadakan sidang media pelancaran 123 Bangkit di Pejabat PAS Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya, kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat terutama dalam masalah tanah sedangkan puluhan janji dan memorandum dihantar bagi mengatasi masalah ini.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 2005-2010 turut mencatatkan masalah itu sudah terlalu kritikal. Tindakan kerajaan yang terus berdiam diri dan banyak berjanji ini terus mengundang rasa tidak puas hati dan tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan kerajaan itu yang tidak menerima pandangan serta pendapat orang lain.

Banyak tanah-tanah yang dirampas, yang masih tidak terbela... ini tidak pernah ada penyelesaian yang begitu konkrit yang menunjukkan Sabah, kerajaan yang begitu prihatin kepada rakyat.

“Sebab itulah, kita mahu lihat rakyat bangkit dalam himpunan kali ini. Kita mahu pihak kerajaan pandang serius isu ini,” ujar Lahirul.

Lahirul berkata, perhimpunan yang bakal diadakan berhampiran Wisma Innoprise dekat sini akan melibatkan beberapa NGO negeri termasuklah wakil-wakil parti politik.

Beliau turut menjangkakan 5,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan pendirian terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat gagal melaksanakan amanah rakyat terutama dalam isu tanah.

Najib dalam blognya menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berdebat mengenai politik dengan sesiapa.


Sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, saya tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri saya. Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, samada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah.

Walau bagaimanapun, saya rasa ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran. Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini.

Teori konspirasi hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional. Namun, nampaknya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan filem-filem tersebut kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri. Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri.

Sangat membimbangkan saya apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan. Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah samada ianya berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak. Mereka tetap menggunakannya walaupun ianya akan merosakkan reputasi negara di mata antarabangsa dan menganggu kestabilan dalam negara.

Tidak dapat saya tekankan lagi betapa pentingnya kestabilan ini untuk kita semua, tidak kira apa latar belakang dan warisan kita. Kestabilan inilah antara ciri keunikan kita di mata antarabangsa. Namun begitu, walaupun kepelbagaian ini menjadi sumber kekuatan kita, ianya juga mudah bertukar menjadi kelemahan kita sekiranya pemimpin-pemimpin politik kita memilih provokasi daripada tanggungjawab, dan kita pula secara keseluruhannya tidak dapat mengawal diri dan memahami keseimbangan-keseimbangan sensitif di negara kita.

Konsep 1Malaysia yang saya perkenalkan adalah mengenai pemanfaatan kekuatan dalam kepelbagaian kita agar kita, sebagai sebuah negara, dapat menjadi lebih kukuh. 1Malaysia terbina daripada realiti Malaysia hari ini – adanya perbezaan pada warisan dan tradisi, pandangan dan pengalaman agama dan pendidikan – ianya tidak cuba untuk menidakkan kewujudan perbezaan ini. Namun 1Malaysia juga menyatakan bahawa perbezaan ini bukanlah halangan bagi kita untuk mencapai matlamat bersama, iaitu meningkatkan kemakmuran negara. Ia juga menyatakan bahawa sedang negara kita berkembang maju, sumber dan peluang yang semakin meningkat perlu diagihkan bagi menangani masalah yang dihadapi pada hari ini dan bukan masalah yang dihadapi oleh generasi bapa saya dahulu.

Walaupun begitu, tentunya telah timbul beberapa isu yang telah diperhebohkan oleh pihak-pihak yang menentang 1Malaysia. Saya akan membincangkan isu-isu ini dengan lebih mendalam di blog saya yang seterusnya.

Sunday, March 4, 2012



Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin, seorang tokoh ekonomi dan juga politkus zaman tun Mahathir yang berkelibar. Setiap kali Mahathir membawa masuk Daim dalam kabinet, mesti ada sesuatu 'malapetaka'politik yang terjadi. Pada PRU 12, Daim meramalkan BN akan kehilangan beberapa negeri termasuk Selangor. Pada PRU 13 ini, Daim meramalkan negara akan melalui senario "hung Parlimen" atau "parlimen tergantung".

Ini membawa makna parti kerajaan dan parti pembangkang akan menguasai hampir sama bilangan ahli parlimen. BN dan PR "seri' dalam Parlimen.


Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.


"keberanian' Najib memohon maaf kepada rakyat Kedah atas kesilapan lampau BN di negeri jelapang Padi negara itu diakui oleh banyak pihak sebagai sifat 'political budiman" yang harus dicontohi. Kelemahan serta kesilapan BN terutama UMNO di Kedah menjadi tajuk utama ucapan Najib ketika mengadakan lawatan di Kedah sebagai 'lawatan kempen' menjelang PRU 13.Rakyat Kedah tentu terharu dengan mohon maaf Najib itu serta janji-janji Najib akan kembali berada pada landasan yang betul apabila BN diberikan peluang untuk menerajui Kedah pada PRU 13. 

Sebahagian ramai pemerhati politik di Sabah juga mengsyorkan supaya Najib 'memanjangkan' mohon maafnya itu kepada rakyat Sabah yang menjadi negeri termiskin di negara ini menurut laporan Bank Dunia. Permohonan maaf Najib itu atas alasan UMNO pada  1994 telah 'merampas' kuasa melalui cara tidak sopan dengan memancing beberapa wakil rakyat PBS untuk melompat sehingga kerajaan PBS yang dipilih rakyat Sabah tersungkur.

Kemudian selepas tragedi 'sulit' itu ,UMNO melalui janjinya "SABAH BARU" 'memukau' rakyat sabah dengan rancangan 100 harinya selepas memegang tampuk kuasa negeri. Janji BN dan UMNO itu 'gagal' dan rakyat Sabah sebaliknya menjadi pengemis di negeri sendiri dengan kehadiran PATI yang hampir menyamai bilangan penduduk asal di negeri di bawah bayu ini. Najib harus melebarkan tangannya 'menjunjung' maaf kepada rakyat Sabah dan segera menubuhkan RCI untuk mengatasi masalah PATI ini.

Skandal dan kes rampasan Tanah Adat di Sabah juga adalah angkara pihak-pihak tertentu yang berselindung di atas nama "sijil Anak negeri" yang dimanipulasi oleh golongan kaya. Malahan beberapa pemimpin UMNO di Sabah juga dikatakan terlibat dan ini gagal diatasi oleh kerajaan negeri di bawah UM

Pencabulan hak-hak dalam Borneosasi dan 20 perkara merangkumi hak royalti minyak, pegangan dalam jawatan kanan kerajaan dan beberapa lagi seperti Imigresen juga sepatutnya dilunaskan oleh UMNO dan BN . Najib menyedari perkara ini.Justeru perlu memohon maaf.

Saturday, March 3, 2012



Parti SAPP semacam kehilangan aura politik semenjak meninggalkan BN. Kekalahan presidennya Datuk Yong Teck Lee pada PRK Batu Sapi benar-benar memberi impak moral pada pemimpin parti itu. Isu 20 perkara serta isu PATI yang cuba diperjuangkan oleh SAPP tidak dapat menandingi strategi parti STAR yang mula mendapat sokongan terutama dari suku KDM. Tinggal Isu nahas pesawat Nomad yang cuba diputarkan kembali oleh SAPP. Itupun membawa memori hitam buat parti Cina itu bila Datuk Yong Teck Lee, pada Khamis lepas diminta oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membayar sejumlah RM 1 Juta kepada mantan KM Sabah Tan Sri Haris Salleh ekoran dakwaan Yong yang berunsur fitnah mengenai kes double six itu. 

SAPP nampak gayanya masih mahu meneruskan hasrat mereka untuk meminta Putrajaya mengadakan kembali siasatan terhadap kejadian yang mengorbankan beberapa orang pemimpin Sabah ketika itu termasuk Tun Mohammad Stephens.

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, ia akan terus menggesa putrajaya membuka semula kes pesawat Nomad penerbangan Sabah yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun, 1976 supaya rakyat Sabah dapat mengetahui cerita sebenar di sebalik tragedi Double Six itu.

Ahli Majlis Tertinggi SAPP Bahari Aship berkata, Mahkamah Tinggi di sini dalam keputusannya dalam saman fitnah yang difail mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh terhadap SAPP dan presidennya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, telah berkata yang tidak ada salahnya bagi Yong untuk meminta siasatan semula terhadap tragedi itu.

“Jadi tidak ada salahnya meminta tragedi Double Six itu disiasat semula. Nampaknya para pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mereka dari Sabah telah tersalah anggap," katanya.

Katanya, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Menteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tersilap apabila beliau katakan pembohongan telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang.

Bahari berkata, Rosnah sudah keterlaluan apabila beliau menyatakan kita (ahli-ahli potitik) tidak seharusnya menjadikan bercakap bohong sebagai satu tabiat, yang nampaknya telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang".

Katanya, tragedi Double Six itu berlaku 36 tahun lalu tetapi sehingga hari ini Putrajaya tidak pernah mengumumkan hasil siasatannya. 

"Penduduk Sabah harus diberitahu apa yang sebenarnya berlaku," kata beliau.

Mengenai kenyataan Rosnah bahawa para pemimpin politik harus mempunyai sikap bertanggungjawab atas apa jua kenyataan yang mereka buat, Bahari berkata, SAPP memang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuatnya.

Bahari berkata, SAPP tidak pernah bercakap bohong.

Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak


 Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad


Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu


(Bernama) – Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI
MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

Yang Ikhlas
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 


Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin


(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. 

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Friday, March 2, 2012


Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti SAPP Datuk Yong Teck Lee (tengah) membincangkan sesuatu dengan Presiden Parti Refomasi Negeri (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (kanan) selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, perintah Mahkamah Tinggi yang memintanya membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh merupakan amaran kepada penduduk Sabah supaya jangan sekali-kali bercakap tentang tragedi Double Six yang mengorbankan bekas Ketua Menteri Tun Fuad Stephens dan kesemua 10 penumpang yang menaiki pesawat Nomad itu pada 6 Jun,1976.

Yong yang juga bekas Ketua Menteri berkata, apa yang beliau tahu, kuantum itu adalah yang terbesar daripada segi ganti rugi yang pernah diberikan dalam saman fitnah yang dibawa seseorang ahli politik terhadap ahli politik lain, di sini.

"Beberapa tahun lalu, Harris menerima RM50,000 dalam satu lagi kes saman fitnah dan saya juga diberi RM50,000 setelah saya saman sebuah akhbar tempatan, Sabah Times," katanya di suatu sesi pemimpin bersama rakyat di Donggongon Point.

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata Yong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa "terdapat darah" di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.

Katanya beliau mendapati perkataan "jenayah" dan "pembunuhan" yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Harris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.

Hakim Abdul Rahman berkata beliau berpendapat RM1 juta merupakan jumlah yang adil dan wajar dengan mengambil kira semua aspek kes itu termasuk perilaku defendan dan juga hujahannya yang masih lagi memburukkan keperibadian dan kewibawaan Harris.

"(Perbuatan) ini amat kejam terhadap plaintif," katanya.-BERNAMA




Thursday, March 1, 2012



Landskap politik di daerah Semporna sangat unik untuk dikaji. Perebutan jawatan dan pengaruh berlaku di mana-mana. Lebih-lebih lagi kalau perebutan itu melibatkan pertalian darah dan keturunan. Kalau di kota Belud, suatu ketika dulu menyaksikan 'pertembungan' idealisme dan perjuangan antara dua orang adik beradik dari keluarga Tun Said iaitu Datuk Salleh dengan Datin Saidatul Badru yang ketika itu menyertai PKR, di Tambunan juga menyaksikan dua tokoh politik KDM yang juga adik beradik iaitu Tan Sri Pairin Kitingan dengan adiknya yang kini mengetuai parti STAR iaitu Dr Jeffry Kitingan. Kedua mereka ini punya idealisme dan percaturan yang sungguh berlainan.

Di Semporna yang terkenal dengan nama lamanya "Tongtalun" juga tidak lari dari perbedaan politik di kalangan rumpun keluarga yang sama. Keluarga Tun Sakaran Dandai yang beraliran USNO kemudian UMNO suatu ketika menghadapi 'tentangan' daripada Keluarga Wahab Pg. Abdullah atas aliran idealisme PKR.Kedua-dua tokoh ini mempunyai pertalian kekeluargaan yang sangat rapat.

Menyusuri politik pasca kemasukan UMNO di Sabah, perebutan Jawatan Ketua pemuda UMNO Semporna juga menyaksikan Sdr Nixon Habi dengan sdr Aziz Jaman yang dikatakan mempunyai hubungan keluarga meletakkan kemudian sdr Nixon Habi dalam kelompok yang 'kalah' dan merelakan sdr Aziz mengepalai Pemuda UMNO Semporna. Banyak versi cerita pertembungan "sepupu" ini. Namun impak kepada situasi itu ialah kebangkitan salah seorang dari keluarga Haji Habi iaitu Dr Zamree yang diwar-warkan telah menyertai PKR dan 'bakal' mencoarkkan landskap politik daerah Semporna menjelang PRU13.

Malahan sejak kebelakangan ini sudah mula kedengaran Dr Zamree 'bakal' menentang Datuk Shafie Apdal di Parlimen P189 Semporna. Namun begitu isu ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana setakat ini belum ada kenyataan direkodkan daripada Dr Zamree ataupun keluarga terdekatnya. Sebagai rekod pada PRU 12 lepas, Datuk Shafie Apdal ditentang satu lawan satu calon PKR Ab. Azis Abd.Hamid iaitu abang ipar kepada adik Datuk Shafie Apdal iaitu Rosnah Apdal.Ini juga memberi makna bahawa pertembungan waktu itu adalah antara Datuk Shafie dengan ipar adiknya. Namun ternyata pengaruh Datuk Shafie begitu kental apabila memperolehi undi sebanyak  19,419 sekaligus mengalahkan Azis yang hanya memperolehi undi sebanyak  1,957 dengan majoriti besar  17,645.

PRU 2004 juga menyaksikan Parlimen Semporna terus dikuasai oleh Datuk Shafie Apdal dalam pertarungan 5 penjuru. Datuk Shafie Apdal memperolehi undi sebanyak 15,215 mengalahkan 4 calon lain dengan majoriti sebanyak 13,319.Sebelum itu PRU1999 juga menabalkan Datuk Shafie sebagai MP Parlimen Semporna dengan menewaskan mudah penentangnya Sdr Abdul Rahim dari calon BEBAS dengan kelebihan undi 13,325.PRU 1995 , datuk Shafie juga menang menewaskan  Sabardin Ombrah dari PBS dengan kelebihan undi 12,218.

Rekod ini menujukkan bahawa reputasi politik dan sokongan rakyat di Parlimen Semporna terhadap  Datuk Shafie Apdal sejak mengantikan Tun Sakaran Dandai sebagai MP Semporna pada PRU 2005 hinggalah sekarang ternyata sukar untuk digugat. 

Justeru itu, sesetengah pemerhati politik meramalkan jika benar tindakan Dr Zamree 'menentang' Datuk Shafie Apdal tidak akan dapat mengalihkan sokongan rakyat Semporna kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga Naib Presiden UMNO itu. Walaupun sentimen kekeluargaan akan mengambil tempat, namun jika tidak punya isu kuat dan modal besar, maka belum tentu dapat menundukkan 'Budak harapan " Najib itu.

PRU 13 akan lebih 'meriah' di bumi Tongtalun kali ini! bersama kita nantikan!