Dalam mana-mana pun dinasti kuasa, atau daerah yang melibatkan sempadan politik, maka istilah “orang luar’ dianggap sebagai istilah yang mengaibkan dan bersifat sensitive untuk diperkatakan kerana istilah ‘orang luar’ itu membawa maksud mengikut persepsi politik seseorang. Bagaimana pandang sudutnya, maka begitulah istilah itu dimaknakan dalam kehidupan politiknya. Bagi yang melihat dari sudut suku dan bangsa,maka istilah ‘orang luar’ membawa makna lain daripada ruang budaya dan norma suku tersebut. Bukan sahaja atas nama suku, bahkan melibatkan aspek kepercayaan dan nilai yang mengiringi suku atau sesuatu bangsa itu. Jika dipantau dari sudut kedaerahan,maka ‘orang luar’ itu membawa pengertian yang lebih besar kerana melibatkan sempadan kawasan tertentu. Begitulah istilah ‘orang luar’ itu diberikan definisi dengan mengikut di mana batas dan ruang pendefinsian itu. Sehingga kepada aspek negeri dan Negara, hatta ke peringkat antarabangsa.
Namun dalam konteks politik daerah Kota Belud, maka pengistilahan ‘orang luar’ itu lebih kepada aspek sempadan kawasan dan bukannya sudut kesukuan. Ertinya, ‘orang luar’ itu dalam konteksnya merujuk kepada ‘pemimpin politik yang bukan dilahir dan dibesarkan di daerah ini. Meskipun suku adalah sama dan agama juga memaparkan persamaan, namun itu diatasi oleh rasa kedaerahan yang melangkaui suku dan agama. Maka oleh yang demikian, kehadiran Datuk Rahman Dahlan (DARD) dianggap dari kaca mata masyarakat Kota Belud sebagai ‘orang luar’ yang mula menceburkan diri dalam kancah politik Kota Belud. Tanggapan ini tidak membawa kepada penyisihan secara totalnya, kerana apa yang semua orang tahu, DARD diterima jika berdasarkan kepada undi oleh masyarakat KB Pada PRU-12 yang lalu. Menolak sama sekali anggapan bahawa ‘orang luar’ tidak boleh hidup diperantauan daerah politiknya.
Apa yang unik diperkatakan tentang iklim politik di sabah, khasnya ialah, penerimaan ‘orang luar’ dari sempadan daerah oleh masyarakat setempat hanya disebabkan kerana atas factor parti dan bukan individu. Justeru itu jika pun diungkit sejarah politik KB, kita pasti menemui beberapa tokoh ‘orang luar’ yang turut mewarnai kepolitikkan di daerah ini. Antaranya yang menjadi perhatian ialah Datuk Yahya Lampong (zaman BERJAYA ) dan Tun Datuk Haji Mustafa ( USNO). Atas sebab kerana factor parti seperti yang saya sebutkan tadi, maka kedua-dua tokoh ini Berjaya menawan hati masyarakat KB. Terlebih pula belum ada dalam sejarah politik Sabah, KM nya adalah dari negeri lain, jauh berbeza dari apa yang berlaku di semenanjung. Misalnya KM Pulau Pinang ,sekarang adalah orang Melaka. (Sekadar memberikan contoh ). Maka di Sabah situasi sedemikian belum lagi berlaku..hanya yang tercatat, bangsa Cina pernah menjadi KM di sabah.
Di sesetangah tempat di sabah, misalnya di Semporna, factor parti juga memainkan peranan. Kawasan DUN SULABAYAN, menerima Datuk Herman sebagai wakil rakyat di kawasan itu dengan menolak Calon PKR, HJ.Wahab, atas sebab kerana lambang parti. Jika dilihat dari kredibiliti calon, Datuk Hj, Herman dikatakan pernah ditangkap di Indonesia atas beberapa kesalahan imigresen sehingga membawa kepada campurtangan Datuk Shafie Afdal. Maka kerana factor lambang parti dan bukan tokoh justeru menyaksikan kemenangan memihak kepada parti pemerintah.
Mentaliti politik masyarakat Sabah yang menerima seseorang calon berdasarkan parti ini membuatkan ramai pemimpin tidak kira orang daerah yang sama atau orang luar dari daerah lain, boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, sekalipun calon berkenaan dikatakan gagal memberikan sumbangan kepada kawasan tersebut. Faktor parti atau apa yang diistilahkan oleh Datuk Halik Zaman sebagai ‘terhutang budi’ kepada parti pemerintah, memungkinkan politik ‘orang luar’ diterima. Bukan kerana tidak ada pemimpin sedia ada, atau bukan juga kerana ketiadaan pelapis pemimpin muda..tetapi lebih didorong oleh rasa hutang budi itu dan mitos minda yang menganggap bahawa hanya parti pemerintah yang boleh memberikan pembangunan.
Maka kehadiran DARD dalam politik di kota belud, dianggap oleh sesetangah orang sebagai pemecah tradisi legasi Tun Mustafa dan Tun Said Keruak. Sama ada benar atau tidak, bukan persoalannya, kerana hingga kini masih ada yang berani membuat pertaruhan pandangan bahawa DARD sebenarnya dalam proses ‘menggantikan’ DSSK dan TSP. Maka timbul pertanyaan, apakah untung dan ruginya masyarakat KB, menerima tokoh dari Tuaran ini..? Apakah untung dan ruginya masyarakat KB, membelakangkan DSSK dan TSP..? Apakah jaminan bahawa ‘orang luar’ lebih baik daripada dua tokoh yang disebutkan..? Apakah pula jaminan bahawa KB tidak akan menerima perubahan dan pembangunan dengan kehadiran ‘orang luar’ ini..? Apa yang mendorong camputangan ‘orang luar’ ini dalam politik di KB..? perlu banyak pertimbangan kepada pencarian jawapan terhadap pertanyaan ini…kerana apa yang boleh diterima oleh akal yang sihat..’orang luar’ ini juga sebenarnya orang sabah yang patut diberikan peluang. Hanya bila berlakunya penyisihan pemimpin sedia ada maka akan timbul istilah ‘ politik orang luar’ lebih laku daripada politik‘orang dalam’. Dan rasanya Apakah ertinya "orang luar" bagi Datuk Rahman Dahlan sendiri..?
20 ulasan :
Salam Siber,
Mawar Ku, dan rakan2 Bloggers KB.
Sekali lagi saya tumpang beri pendapat sebagai orang pemerhati dari luar.
Tahu kah kenapa Bahagian2 UMNO di Semenanjung pilih Ketua-Ketua Bahagian yang hebat-hebat. Hebat di dalam erti kata, bahawa ketua yang mereka pilih itu kalau ada rezekinya akan dapat mengangkat jawatan yang 'tinggi'.
Misalnya, Najib Ketua Bahagain Pekan. Muhyiddin, Ketua Bahagian Pagoh. Sahfie, Ketua Bahagian Semporna dan seterusnya.
Buat apa ambil orang dari luar, kalau ditempat dan daerah kita sendiri, ramai yang nafsunya sampai diumbun-umbun sudah, nak jadi pemimpin.
Kecuali, kalau ditempat yang didatangkan pemimpin import itu adalah 1) kawasan yg tiada orang pandai-pandai dan boleh. 2) Tempat itu, pemimpinnya suka berebut-rebut, maka penyelesaiannya ialah ambil org luar supaya tidak ada yang merajuk dari mereka yang berebut-rebut itu. 3)Tempat atau daerah yang berkenaan ada pemimpin yang di 'geruni' dan dianggap sebagai persaingan kepada yang 'mencipta' orang yang diexport ketempat yang berkenaan. 4) Orang yang diimport/export itu tidak ada tempat atau daerah untuknya bertanding.
Di dalam kes DARD, dimana kah kategori di atas dia tergolong? Bagi saya yang tidak pandai politik ini, dia tergolong di dalam kategori, 3) dan 4).
DARD dihantar ke KB semata-mata untuk bunuh politik DSSK, dengan tujuan Musa Aman akan selesa dan tiada persaingan.
Agenda Musa Aman ini DARD tahu, sebab, itu adalah rancangan mereka. Musa beri DARD jadi YB. Iranun mana dan Bajau mana yang dapat menolak tawaran tersebut, yang sungguh 'mengiorkan', walaupun pada hakikatnya tindakannya itu 'menguatkan' kuasa orang lain dan 'menjauhkan' peluang pemimpin dari rumpunnya untuk jadi Ketua Menteri.
Kenapa kalau DSSK jadi CM, dia bunuh semua pemimpin Bajau dan Iranun kah?
Sebagai bukti bahawa DSSK adalah persaingan, dia sekarang ini di mana? Walaupun bukan memegang jawatan Menteri atau YB, kini dia di angkat oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO.
Kenapa tidak angkat Hajiji (Bajau), Yahya (Bajau), Datuk Nasir Sakaran (Bajau) dan lain..lain?
Kamu di KB masih lagi menolak 'asset' kamu yang amat berharga.
Lihat apa orang KB boleh buat? TSP maksud saya. Sejak menjadi Speaker, bukankah prestasinya membanggakan kita rakyat Sabah?
Hakikatnya pemimpin KB hebat-hebat. Kamu sungguh bertuah tapi kamu tak nampak tuah kamu.
Saya terkilan dengan keadaan ini, sebab dengan tersingkirnya DSSK, kami rumpun Bajau di lain daerah yang sangat mengharapkan bahawa Ketua Menteri Sabah adalah dari bangsa kami,seperti DSSK, telah dimusnahkan oleh DARD sebab atas kepentingan dirinya untuk mahu jadi YB sahaja.
Apa yang DARD boleh tolong sama kami beratus ribu pengundi Bajau dilain tempat yang mengharapkan kuasa Ketua Menteri?
Mawar Ku, cuma sekadar pandangan orang luar dari Kota Belud.
Saya tidak mengajar, nanti Si Rengit marah.
Mawar Ku, sehingga bersua kembali di lain posting.
Saya menunggu, ya!
SMA
salam berfikir...
asset apanya somprot...itu bukan asset itu pelesit...hebat macamana pun kalau bangsa sendiri tak boleh jaga buat apa...piraah...!Salah tetap salah...halal tetap halal...macamana yang naran tetiba jadi halal...kuda kepang betul lah...
Saya setuju dengan ulasan saudari KM...Hidup KM...!
cakap kena berfikir...sekadar komen dan idea ku...harap di fikirkan...
Salam...
Itulah rencah dunia....Tugas kita memilih ketua tetapi bukannya melantik ketua...Bercakap kadang-kadang lalat pun tak nak hinggap...Ini lah cara terbaik kami berkongsi pendapat dan idea....
Saudara Somprot kami melalak macamana pun kalau MA kata saudara Somprot jadi wakil masa PRU13 tak kan boleh ditarik balik...Kalau Somprot tu...Somprot lah juga... Anak muda kami pun bukan calang-calang saudara...Jenis lawan ketua juga nie...Tu kalau ketua tak tau nak fikir lah...Sedangan DARD sekarangpun kena minta maaf atas kesilapan yang bukan beliau buat...Ni kan pula Calon yang lain...Tak tahu lah Kalau saudara Somprot memecah legasi "Orang Luar" baik punya kepimpinan...Selagi baik dan menepati kepimpinan dalam Islam...Manyokong bah kami ini...Magsukul saja bah kami ini...Jangan Mare...
Satu posting yang lagi terbaik..teruskan Saudari KM...tahniah...Semoga semua sukses hendaknya....sasssssh...tq
Sdri Kelapa Mawar,
Dengan izin, ingin saya menyentuh beberapa perkara di sini;
i) Nampak nya laman blog KM ini, kini semacam tempat sdra Somprot dan sdra SI RENGIT berhibur lah pula. Tempat mereka bersindir-sindir pendapat ala-ala Hindustan. Dan kita pula, di ibaratkan sebagai penuntun yang di sponsor untuk melihat drama ini.
Tetapi kerana ia nya menghibur, maka tidak lah menjadi masaalah bagi saya.
Atau pun disamping lain-lain hal, sememang nya objektif blog KM ini dilahirkan untuk tujuan saperti ini? .. Syabas !!!
ii) Nama MA, DSMA atau pun Musa Aman, saya lihat selalu di sentuh sebagai rujukan untuk mendapat pengesahan atau kelulusan. Kerana kuasa sebagai KM ? atau Ketua Perhubungan UMNO Sabah? Atau sebagai seorang Super Jutawan?
Bagi saya sejak kehilangan kuasa Pak Lah dan Khairy, kedudukan beliau ini bukan lagi sehebat dulu. Rujukan yang paling releven masa kini ia lah Dato Seri Najib atau an Sri Muhyiddin Yassin selaku Pemimpin Agung UMNO dan BN.
Manakala dari pehak Pembangkang, dengan mengenali DSAI dan Nik Aziz pun sudah memadahi.
Maksud saya, kalau bercita-cita untuk menjadi YB pada PRU13, lupakan sahaja DSMA (buang masa), lebih berbaloi kalau terus sahaja melobi kepusat.
iii) Kes DARD ini bagi saya, bukan lagi masaalah besar untuk KB, dengan pergolakan yang berlaku di pusat, rasa nya besar kemungkinan beliau akan di kembalikan ke Tuaran untuk mengganti Datuk Hajiji ( beliau telah menyatakan bahawa ini lah kali terakhir beliau untuk berpolitik). Cuma mungkin yang jadi batu penghalang DARD ia lah Sdra Ali Asgar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran.
iv) Untuk penyokong ‘Die hard’ UBN, harus juga mengambil kira ‘conspiracy theory’ sdra Musli Oli, dimana kalau tidak hati-hati KDM akan bermain politik untuk mengembalikan kuasa ketangan mereka.
Mereka ini berpengalaman dan tahu cara-cara manipulasikan keadaan. Mana tahu ‘Ugun Siau’ dengan diam-diam serahkan kawasan beliau kepada PKR melalui Dr. Jeffrey ? Atau Sama ada beliau lepaskan PBS masuk pembangkang atau arah semua kaum nya support pembangkang? Ada kemungkinan kan? ( senario politik saperti ini pernah kita berlaku)
Walau pun pada hakikat nya, kawasan mengundi telah diatur untuk berpehak kepada UMNO, namun tiada jaminan, bumiputera Islam akan bersatu ?
Hypothesis saya, kalau Cina bersepakat dengan KDM dan segolongan bumiputera Islam tidak menyokong UBN…kemungkinan, terjadi ‘political upset’ dinegeri ini. Apa kesudahan nya?
Untuk langkah pertama..Fikir-fikirkan lah
Saperti biasa salam dan selamat berpuasa
ASSALAMMUWALAIKUM KM DAN SAHABAT2 SEKALIAN..
saya sebenarnya tidak mahu campurtangan dlm perbalahan SMA sama S Renggit..tapi bila terbaca hujah2 SMA saya terfikir..patutlah dia nie mengaku org "palahu' tinggal dalam perahu..semua hujah dia kosong..macam juga otak dia..saya cakap kerana dia blum tahu lagi antara blogger yg selalu bertandang di rumah KM ni..akulah yang palingberani..mau lah dia ni kena tiau...
Kau tahu kah SMA..'org palahu' tu tinggal dlm perahu tulah sebab..dia tidak kisah dgn keperluan asasnya..termasuk air..tengok mrk ni bau ikan sahaja...sebab tak mahu menegur pemimpin mereka ( ibubapa ) dlm perahu itulah.
SDR SMA ni kalau perlu air dia singgah di darat..tu lah konon nak jadi pemimpin di KB..Porlllllah ( kata sdr D.Padtailan dan sdr Abu )..jangan lah kau susah2 di sini SMA...kau tgkbah bodohnya kau tu..Blog kau pun tidakboleh buka...lepas tu nak ajar org KB konok cerita Tengku Razeligh di gua musang..
Oiii..SMA kau tahukah di Gua musang tu majoritinya orang asli..macam kau jugalah..tu lah tak berubah di sana...tidak ada yg bernai tegur KULI..bila pilihanraya,....KULI tabur duit sudah..macam kau jgk lah di Spolna tu...
Kalau di banding KB dgn Spolna..kami lagi maju bah..Sbb kami tegur pemimpin yg tidak berusaha membangunkan kami...kamu di Splona tu..pilih Dt.Herman yg tak bermoral...kena tangkap berperempuan di tarakan..kamu pilih juga....Itulah SMA takpeduli air bersih..
yang paling aku benci sama dia ni...adakah dia kasih tau kita ni nak tolok konok asset..? asset apa tu ? hampir 30 tahun jadi menteri itu, menteri ini....bangsa dan rakyat tu-tu jugak...? kau nak asset yg macam mana..? lihatlah kau punya DT.Shafie tu..dah jadi menteri pembangunan luar bandar...kau dan keluraga palahu kau pun masih lagi takut sama kucing..tiada air, taiada rumah, tiada kg halaman...Itu yg kau mahu kami buat. Poralllah..
Baliklah kau kasih bagus dulu kau punya rumah (blog) tu kemudian kau tulis maruah kau dan pemimpin kau tu..kami mahu tengok..ndk itu melantap kau punya teliga bau itu...poralllah..
Mohon maaf kepada KM, kerana terasa tempias marahku nie...sama si SMA..tambirang saja...macamlah dia saja yang benar...
Lain kali kau suruh dia singgah bah di rumah saya , [pandai-pandailah saya bantai sampai di terkencing-kencing...
Salam manis semua. Mudah-mudahan ibadah puasa dapat ditunaikan dengan baik dan sentiasa sabar.
Bila kita terima DARD sebagai pemimpin, kerana kita memenangkannya, walaupun dia orang luar KB; kita juga seeloknya welcome blogger dari luar KB seperti SMA yang mengetengahkan ideanya. Bukan begitu? Bila tidak, maknanya kita sebenarnya mahukan pemimpin dari KB untuk mewakili kita seperti kita tidak mahukan SMA mengatur dan mengetengahkan ideanya tentang politik KB. Bukan begitu?
Hanya sebagai andaian: Andainya DSSK dulu dicalonkan sebagai MP dan menang, adakah DSSK hanya memegang jawatan sebagai MP biasa sahaja? Rasanya tidak. Kemungkinan dia dilantik Menteri Penuh di peringkat federal kerana MERITnya sebagai bekas Ketua Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan sebagai Ketua Suku dan rumpun yang besar di Sabah. Sudah tentu akan dapat berbakti lebih berbanding dengan seorang yg hanya memegang jawatan MP tanpa portpolio dan tanpa jawatan dalam kabinet. Ini adalah semata-mata perkiraan untuk kepentingan rakyat dan kawasan. BUKAN perkiraan politik membanding siapa yg baik hati dan baik budi antara DARD dan DSSK. Mereka kedua-duanya pemimpin baik.
Pemimpin terdahulu juga baik dan ada jasanya. Misalnya Tun Sakaran telah meluluskan Dewan Masyarakat KB yang Baru dan DSP Pairin Kitingan telah meluluskan Bangunan Majlis Daerah di tengah-tengah Pekan KB. DSSK pula mempercepat Jalan KB Kudat dan Sekolah-sekolah menengah di KB. DARD jua berjasa mempercepat bangunan SEMTASI II.
Ada pembangunan yang memang mengambil fasanya misalnya bekalan air KB, Jelapang Padi, dan agropolitan (walaupun sebahagian menentang lokasinya) yg memang telah dirancang. Dengan demikian kredit akan diterima oleh pemimpin semasa seperti J.Akim, HMUHJamli, TLagadan dan DARDahlan. Soalnya adakah mereka ini yg sebenarnya mengusahakan dan fight supaya teradanya bekalan air, Jelapang Padi dan agropolitan? Boleh jadi ada orang lain di sebalik tabir yang merancang program itu anda tidak kenali dan tidak menampakkan kajian dan perancangannya yang asal!
Membanding epal dan orange tidak berapa adil. Cuma kita jangan lupa kita memilih pemimpin kerana kita mengambil kira sumbangan pemimpin terhadap kepentingan seluruh masyarakat yang diwakilinya secara am.
Oleh itu, siapa sebenarnya yang dapat membantu rakyat dan pembangunan kawasannya atau daerahnya, seorang YB biasa atau seorang Menteri? HAK saudara-saudara sebagai pemilih yang bijaksana menentukannya.
Salam perjuangan buat saudara semua. Yang baik jadikan tauladan yang tidak, jadikan sempadan. Wassalam.
Salam KM dan sdr semua..
Saya rasa posting sdri KM kali inilebih menarik lagi..kerana membuatkan kita berfikir dalam konteks pemimpin luar atau dalam..tahniah.
Cumanya, saya agak terkejut dengan keagresifan Sdr SMA dan Sdr Palingberani...bagi saya ia hanya sekadar santapan minda (kata PA'Min )..sebagai orang luar kah atau orang dalam kah..sama saja..masing2 berhark memberikan ulasan mengikut fikiran masing2..
Sdr palingberani mungkin perlu banyakbersabar keranakesabaran itu juga satu keberanian. Manakala sdr SMA bagi saya masih relevan dengan kehadirannya. Teruskan pencurahan idea2 kalian. Ia membuatkan kita lebih banyak pilihan untuk membuat pertimbangan. Salam manis buat semua.Wassalam.
Sdr/i Blogger KB,
Solymoney (org luar)
Utama Sekali,
K. Mawar,
Na, sudah nyata bagi saya bahawa, apablia kita yang mengkrtitk orang lain termasuk pemimpin kita sendiri, kita rasa siok atau puas hati.
Tetapi, kalau kita yang dikritik secara direct atau indirect (bukan sebagai pemimpin pun tetapi sama-sama pengkritik di antara kita pun sudah kita rasa bahangnya)
Saya sebagai blogger dari luar cuma mengeluarkan pendapat yang secara kebetulan adalah pendapat saya terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh Kelapa mawar iaitu soal pemimpin pelapis, kegagalan pemimpin, pemimpin dari luar, siapa ganti siapa dan sebagainya.
Saya dituduh kononnya saya tak tahu hal KB maka komen-komen saya tidak releven. Malahan si Rengit membangkitkan peribahasa, "berapa berat mata memandang, lagi berapa bahu memikul".
Saya faham sangat maksud peribahasa ini.
Saya juga faham perasaan si Paling Berani terhadap komen-komen saya yang ada ciri-ciri kritikan terhadap tulisan bloggers KB yang mengkritik pemimpin kamu di KB yang kami dari luar fikir pemimpin-pemimpin yang berkualiti.
Kamu di KB ada hak untuk membuat pernilaian. Kami dari luar juga punya hak untuk menilai, kan begitu K. Mawar?
Berbalik kepada perasaan marah Si Paling Berani kepada saya atas sebab seolah-olah komen-komen saya memandai-mandai, saya ingin tanya pada K. Mawar dan teman-teman bloggers di KB yang lain,
BAGAIMANAKAH PERASAAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KITA KRITIK ITU?
Bukankah Pemimpin-pemimpin yang berkenaan juga boleh menggunakan peribahasa si Rengit iaitu, "berapa berat mata pengkritik memandang, lebih berat bahu pemimpin memikul'?
Si Paling Berani menghina suku saya dan diri saya. Kononnya badan saya bau ikan.
Tetapi K. Mawar, saya tidak terkilan atau tersinggong, sebab saya tahu diri saya. Yang pasti otak saya tidak berbau.
Pasal hal saya tidak ada paparan blog untuk di akses, itu tidak penting. Sebab kalau pun saya berblog dan memaparkan idea-idea saya, mungkin saudara-saudara tidak akan layari sebab isu-isu yang saya akan bangkitkan adalah isu-isu yang dekat dihati saya iaitu ALAM SEKITAR.
Saya hinggap di halaman Kelapa Mawar sebab isu-isu yang dibangkitkan oleh Kelapa Mawar adalah isu-isu yang perlu di bahasa tetapi dengan cara berhemah sebab apapun yang kita tulis di alam siber akan terbaca oleh orang lain dimerta dunia.
Jadi kalau komen-komen yang kita terbaca semata-mata pro satu pihak sahaja apalah gunanya. Itu bukan bercambah minda.
Sebab, macamana umum tahu bahawa yang anti DSSK dan TSP itu bukan sememangnya penyokong pembangkan seperti PAS, PKR, SAPP dan sebagainya.
Pengamatan saya, komen-komen perlu diseimbangkan.
Misalnya, Siapa yang tahu bahawa indentiti se Rengit yang sebenanya di bumi nyata (bukan di alam Siber) bahawa dianya bukan ahli PAS atau PKR?
PRU12 baru lalu, calon PKR di Tempasuk adalah seorang Ustaz dan pegawai kerajaan dan dari suku Iranun.
Arwah Datu Bandira adalah Pesurujaya Pas di Negeri Sabah dan pernah bertanding menentang TSP di Tempasuk.
Nampaknya sudah ada tren baru di KB bahawa generasi muda yang berpendidikan di kalangan suku Iranun condong kepada pembangkang (Pas atau PKR).
Buktinya dalam pilihanraya PRU12 peti-peti undi di kawasan Iranun, undi pembangkang meningkat berlipat ganda.
Bangsa lain seperti Bajau nampak ini semua. Jadi kenapa Iranun dalam UMNO pula marah apabila semua calon G7 kalah?
Kelapa Mawar, paham-paham lah kan?
Saya tahu, Kelapa Mawar orangnya adil dan akan paparkan komen saya, itu sebab saya hinggap di halaman Kelapa Mawar dan bukan di halaman orang lain.
Komen ikhlas dari saya yang tiada agenda bertanding dimana-mana tetapi 'berhak' untuk mendapat pemimpin yang berkualiti untuk Negeri Sabah.
Terima Kasih,
SMA
Salam sdr SMA..
Saya sebenarnya tertunggu-tunggu komen atau ulasan sdr setiap masa..kerana ia memberikan kita pandangan berbeza..maka kehadiran sdr saya hargai. Setiap posting yang saya paparkan hanya satu bentuk gambaran yang memerlukan kita memikirannya..soal setuju atau sebaliknya itu adalah hak setiap orang..dan sdr SMA juga tidak terkecuali..
Bila berlaku pertikaian pendapat itu hanyalah bersifat sementara..lama-kelamaan ia kan berlalu..sesuatu pandangan mungkin tidak ada kaitan sama ada dia org luar atau sebaliknya..apa yg baik ialah setiap isu dibahaskan dengan penuh dedikasi..dan berhemah.
Semoga sdr SMA tetap memberikan pandangan bernas.
salam sdr badang..
Saya mengucapkan ma kasih atas pandangan sdr..isu ini mungkin memerlukan pertimbangan yg mendalam.semoga sdr sentiasa sukses.
salam sdr renggit..
Ma kasih kerana memberikan pandangan lagi..dan saya juga menghargainya. Dlm penulisan kali ini..harap dapat membuka minda kita terutama blogger KB tentang kepimpinan sedia ada,,kerana sama ada kita sedar, kitalah sebenarnya yg memilih mereka.
Salam kembali sdr solymone..
ma kasih yg tidak terhingga atas prhatin sdr dlm isu-isu yg saya paparkan. Saya amat teruja setiap kali membaca ulasan sdr..kerana ia memberikan kita banyak perundingan kepada mencari satu kesimpulan.
Ulasan sdr kali ini memang bernas terutama mengenai peranan MA dan DSN..oleh yg demikian dlm era DSN ini,mungkin segala perancangan sebelumnya terbatal dan satu bentuk sistem pemilihan calon pRU akan dibuat..(mungkin )
justeru soal MA masih 'berhantu' dlm pemilihan calon, mungkin masih releven di sabah dan tidak di Semenanjung..apakah trend PRU-13 akan datang ,satu isu menarik yg mungkin boleh di bincangkan selepas ini..
ma kasih sekali lagi. Semoga anda sukses selalu.
Salam manis juga utk ayahanda sabahkita..
Ma kasih sekali lagi atas kesudian ayahanda dan kita amat menghargainya.
Memang benar apa yg A.sabahkita katakan bahawa setiap YB ada jasa dan kepimpinannya..dan itu kita akui dari awal..cumanya dlm penulisan ini saya kerap mengetengahkan pelbagai isu 'kegagalan' yb-YB ni supaya ada satu bentuk kesedaran bahawa kegagalan itu diperhatikan oleh masyarakat dan kewajipan mrkutk membetulkannya..kerana seorang peimpin yg baik ialah berusaha memperbaiki apa yg dikatakan kegagalan dlm perjuangannya. Ma kasih sekalilagi..kami para bl;ogger muda ni sentiasa mengharapkan idea A.Sabahkita
salamkembali sdr depu-depu..
ma kasih atas pandangan sdr itu dan saya setuju bahawa kesabaran itu adalah satu keberanian...semoga sdr sukses selalu.
Salam adik Kelapa Mawar....
Sdra Sabahkita saya petik komen sdra:
"Pemimpin terdahulu juga baik dan ada jasanya. Misalnya Tun Sakaran telah meluluskan Dewan Masyarakat KB yang Baru dan DSP Pairin Kitingan telah meluluskan Bangunan Majlis Daerah di tengah-tengah Pekan KB. DSSK pula mempercepat Jalan KB Kudat dan Sekolah-sekolah menengah di KB. DARD jua berjasa mempercepat bangunan SEMTASI II"
Sdra cuba mengelirukan rakyat yang kononnya DARD yang mempercepatkan SEMTASI II...kenyataan betul2 menyimpang dari kebenaran, utk pengetahuan sekolah tersebut merupakan rundingan terus sejak era pentadbiran Pak Lah dan Hishamuddin Menteri Pelajaran ketika itu...saya tahu perjalanan projek ini...DARD langsung tiada kena mengena...Setiausaha Sulit Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi merupakan rakan karib saya sejak di universiti dahulu...jadi macam mana saya tidak tahu cerita sebenar...
Inilah kesan pengaruh Pak Amin, sdra Sabahkita pun terjangkit penyakit yang sama....
ala..la..la ucuk somprot..janganlah marajuk bah...macam KM kata kita berbeda pendapat tetapi lama-kelaman ia akan pudar dan berlalu....Baru nak mulakan persahabatan dengan saudara Somprot...merajuklah pula...dah tu p tarik diri jadi pemerhati dari jentera Si Rengit pula...
Ikhlas saudara...Secara peribadi saya suka dan bangga dengan setiap ulasan saudara...setiap pendapat dan pandangan itu adalah hak kita...Jadi soal nak terima atau tidak itu terserah kepada orang lain....na...jangan bah kau kecil hati...bangga kami saudara turut serta dalam laman sembang kami...
Soal peribahas itu...saudara jangan kecil hati tapi macam biasa ia adalah pendapat saya secara peribadi...Pada saya dah terlalu banyak dan dah terlalu lama kami beri peluang dan kemaafan tentang pemimpin dan kepimpinan mereka tetapi macama biasa juga...Tak pernah nak sedar2...sekali lagi bukan menidakkan jasa dan sumbangan mereka tetapi segala kelemahan telah menutupi segala kebaikkan yang mereka buat..
Apapun saya harap saudara terus memberikan sumbangan idea saudara...senoga saudara sukses selamanya(Pinjam Kata2 Saudara solymone)...selamat berpuasa..Oh ya soal saudara paling berani...nak buat macamana saya pun kena tiau oleh dia...dah memang berani nak buat macamana...sabar aje lah k....SI RENGIT INI SAUDARA SOMPROT ORANG KUAT PEMIMPIN KITA JUGA...TAPI..BUKAN TIKAM BELAKANG TETAPI INI SAHAJA CARA PADA SAYA BOLEH MENEGUR MEREKA....LAIN PADANG LAIN BELALANGNYA...TQ
conspiracy theory..? menarik juga komen solymone dan SMA.Ya begitulah dalam dunia politik, disamping kita position bangsa kita merebut kuasa kita jgn lupa bangsa lain juga ada strategi politik mereka..bagaimana kita counter bagaimana kita memperhebatkan strategi.
isu DARD ini menarik tetapi jgn lupa DARD juga masih ada hubungan baik dengan Dato Hishmauddin dan DS Najib. bukan mudah kita menidakkan pengaruh Hisham sebagai Naib Presiden dan sepupu kepada Najib.
Dalam masa yg sama, DARD masih muda dan mampu. selain SSK dan TSP, saya tidak nampak pelapis Bajau atau Irranun yang berwibawa meneruskan jejak mereka. Maka itulah DARD nampak relevan.
Salam adik Kelapa Mawar....
saya setuju dengan pendapat Sdra Musli bahawa DARD tidak lagi releven bagi penduduk daerah Kota Belud, dia hanya dipergunakan oleh Musa Aman untuk membunuh karier politik DSSK dan semut merah juga terlibat dalam perkara ini...sebenarnya semut merah tidak sesuai menjadi wakil rakyat kerana beliau hanya memikirkan keuntungan maknanya kalau rakyat untung maka dia pun musti untung juga tau...
Seperti tangkai pulang ke gaggang. DARD mesti akan kembali ke Tuaran untuk berbakti di sana. Hadapilah kenyataan. Hajiji atau Aliasgar terpaksa dihadapi. Kalah menang bukan ukuran "kepemimpinan". Kami ucapkan terima kasih di atas khidmatnya di KB. Jasanya pasti dikenang. Best Wishes.
Salam....
Saya bersetuju dgn pendapat sdr musli. DARD masih lg relevan di KB, lgi pun sebagai org luar DARD pasti akan berusaha untuk berkhidmat sebaiknya kpd daerah KB, kerana mengedari yg dia tidak berada di comfort zone... tidak spt DSSK & TSP yg mempunyai competitive advantage.. as a kota beludian.
DARD seorg pemimpin muda yg berwawasan menpunyai leadaership skills. Pastinya dia menjadi asset kpd daerah KB. Tidak sprti pemimpin2 lama kita yg sudah ketandusan idea. Pada sya DARD itu serorg THINKER & DOER..@ pemikir dan pelaksana. Kalau kita tidak sanggup menerima anjakan pardigma ini maka selama itu lah kita akan di jajah oleh Dynasti DSSK & TSP. Kita harus belajar menerima pembaharuan... Jgn kita memilih untuk terus berada dibawah ketiak mereka. Zaman DSSK & TSP sudah berlalu dan tidak relevan lagi.
Post a Comment