Saturday, September 12, 2009


Kata cerdik pandai dan sejarahwan negara, Kuasa penjajah bertahan lebih 500 tahun di tanah Melayu kerana dasar "pecah dan perintah". Kerana penjajah tahu, tamadun sesuatu bangsa tidak akan mampu bertahan lama kalau berlaku perpecahan. Maka minda orang melayu dijajah, minda orang Cina dijajah, minda orang India dijajah. Bukan sahaja ekonomi dan sosial, politik juga ditiupkan isu rumpun sebangsa. Justeru Melayu bangkit dengan UMNO nya, India dengan MIC nya, Cina dengan MCA nya. Perpecahan dalam politik memaksa setiap parti memelihara kepentingan bangsa dan rumpun mereka. Trend ini juga melanda di Sabah apabila Borneo Utara mengambil keputusan menyertai bersama menubuhkan Malaysia pada 16 Sept. 1963. Sejak itu politik di sabah di warnai rasa perkauman, kesukuan dan rasa serumpun bangsa. Malahan Keputusan Tun Fuad Stephens, memeluk agama Islam..dianggap sebagai satu usaha meredakan ketegangan politik Bumiputera Islam dan Bukan Islam.

Sabah akhirnya berkembang politiknya dengan disulami oleh rasa kesukuan dan bangsa serumpun yang sempit dan membawa kepada banyak perpecahan. Tun Mustafa, dilihat sebagai tokoh Bumiputera Islam yang berjaya membawa gagasan perkauman yang berjaya dalam politik Sabah. tetapi kerana sifat budaya politik perkauman tidak bertahan lama, maka akhirnya "gagasan" Bumiputera Islam dalam satu parti USNO tidak berjaya...kerana ramai pemimpin Bumiputera Islam yang bertindak keluar dari USNO, apabila perpecahan tidak bisa dibendung lagi. Begitu juga pemimpin bumiputera bukan Islam, menyaksikan pepecahan yang meruncing sehingga beberapa parti berasaskan suku ditubuhkan. Politik perkauman di Sabah nyata begitu parah..berbanding di Semenanjung yang nampak boleh diselamatkan lagi. Kerananya di Sabah suku begitu banyak dan jika diikut tentunya setiap suku punya pemimpin politik yang diketengahkan. Begitulah lukisan politik di sabah.


Dalam atas pentas politik global...rasa perkauman ini mula kendur setidaknya menjelang abad ke 21. Perubahan paradigma juga minda politik manusia, menyaksikan betapa rasa 'kebangsaan' itu tidak lagi menjadi 'nadi' politik sempit. Dengan bantuan ICT dan teknologi, berita dan maklumat serta pemikiran ideal mula merebak di serata dunia. AS contohnya, suatu ketika, menyisihkan golongan kulit hitam dalam politik negera..Abad ini menyaksikan..isu perkauman itu tidak lagi berjaya menggamit rasa simpati dan sokongan daripada rakyat. Obama dari keturunan kulit Hitam dikatakan lebih sesuai menjadi pemimpin kulit putih..justeru kerana idelisme dan strategi kempen nya yang berjaya mendekati rakyat. Tidak langsung menggunakan isu "perkauman" dan rumpun bangsa yang melibatkan warna kulit dan keturunan. Rakyat terpesona kerana pemikiran moden dan liberal menolak asas politik yang didasarkan dengan isu 'kebangsaan'.


Di KB isu kononnya perjuangan politik adalah kerana rasa penyatuan rumpun bangsa mula diperkatakan....TSP dan DSSK dikatakan mula mempelopori isu penyatuan ini. USBO dijadikan wadah menyatukan rumpun bangsa. Dan atas kepentingan penyatuan ini, ramai yang mula terpesona..kononnya suku KDM tidak lagi melihat aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi sudah lama memikirkan penyatuan suku dan bangsa mereka untuk merebut kuasa. Jika ini benar berlaku..maka kita akan dapat menyaksikan bahawa Politik Sabah dalam dekad yang akan datang akan bertambah parah..isu perkauman akan bertiup kencang, rasa tidak puas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik akan menjadi medan perjuangan dua suku terbesar iaitu KDM dan Bajau serta rumpunnya. Perkauman dan rasa 'kebangsaan' akan menebal...gagasan mewujudkan satu negara bangsa akan menghadapi ranjau duri yang maha dahsyat..


Adalah tidak masuk dalam pemikiran waras, kenapa isu penyatuan bangsa ini dijadikan klimaks politik golongan tertentu..? Secara mungkin warasnya juga..kerana hanya dengan isu ini akan menyelamatkan kepentingan politik pemimpin tersebut.. Bayangkan jika KDM dan Suku Bajau serumpun benar-benar berdiri atas kepentingan suku masing-masing..pernahkah kita terfikir akan hala tuju politik Sabah akan datang berasaskan isu ini..? Bagaimanakah kita kan membangunkan jiwa manusia dan mindanya jika pemikiran dikongkong oleh rasa 'kebangsaan' yang melampau...?

Kita jangan terpedaya dengan anasir penjajah yang mengamalkan 'pecah dan perintah"golongan muda dan berpendidikan perlu membuka minda..melihat keadaan ini dengan sedekatnya, kerana kesilapan percaturan politik masa ini akan membawa bahana perpecahan masa depan yang lebih tragik. Apa yang sepatutnya diwar-warkan oleh para pemimpin ialah bagaimana atas idea dan pemikiran mereka membawa bangsa atau rumpun menghadapi kemelut kehidupan terutama dalam aspek pendidikan dan ekonomi. Pada hemat saya..jika pembangunan minda diberikan penekanan, justeru kuasa politik akan mudah diperolehi..

Suatu kajian yang dilakukan terhadap kepimpinan Tun Mahathir Mohammad, mengenai kejayaannya ialah didapati Tun Mahathir diterima oleh semua bangsa di Malaysia sebagai pemimpin..justeru beberapa ideanya membangunkan Malaysia diterima dan direalisasikan dengan semangat"malaysia boleh"..dan dari laporan itu juga mengungkap bahawa selepas Tun Mahathir ,kepimpinan di Malaysia mula ditinjau dari aspek bangsa..Ertinya PM, bukan lagi pemimpin Malaysia tetapi pemimpin orang melayu..Justeru parti-parti komponen BN yang lain terutama MIC,dan MCA mula bersuara atas kepentingan mereka, termasuk juga Sabah dan Sarawak..kerana alasannya mudah..PM bukan pemimpin negara tetapi pemimpin Melayu dan rumpunnya. Lihat apa yang berlaku kepada perpecahan BN yang semakin retak...belum sedar kah lagi bahawa...apa yang dilandaskan dengan perkauman dan kebangsaan akan menerima padah perpecahan yang teruk.


Di Sabah jika pun, isu penyatuan rumpun bangsa memberi advantage politik kepada pemimpin tertentu..namun tidak harus melihat KM , MUSA AMAN..sebagai ancaman terbesar kepada gagasan penyatuan ini...Kerana MA nyata memihak kepada BUMIPUTERA ISLAM. Namun apa yang mendukacitakan kita ialah apabila atas kepentingan penyatuan Bangsa kononnya, Maka MA dilihat perlu dihadapi... Inilah gagasan dan idea pemimpin tertentu di KB. Sedangkan waktu mereka ada kuasa, nilai dan norma penyatuan rumpun sebangsa menjadi perkara yang sukar dibicarakan. Kalaupun kita katakan bahawa sekarang , pemimpin ini mula sedar...tetapi tidak harus kita mengulangi sejarah..memberikan mereka peluang...yang akhirnya disia-siakan.
Saya tidak anti kepada pemimpin ini..juga tidak ada agenda..tetapi kita buka pemikiran kita..jika sesungguhnya apa yang saya paparkan ini benar-benar berlaku...Makanya tidak akan ada jaminan masa depan..bahawa politik Sabah akan aman dan kerjasama kaum akan terlaksana. Pemikiran ini saya kongsikan kepada anda penduduk Sabah yang merdeka mindanya..

16 ulasan :

Hati Seorang Wanita said...

AKUM...KAK KALAU TIDAK SILAP ORANG YANG SEDANG BERUCAP NI, IMAM DAERAH KB IAITU SALAH SEORANG TOKOH YANG DIWAR-WARKAN SEBAGAI BAKAL CALON PAS DI DUN TEMPASUK...HIDUP ABG MAD!!!

palingberani said...

Assalamuwalaikum..sDRi KM..

Posting kali ini satu isu yang berat..banyak dikaitkan dengan politik global dan politik nasional..namun agak berkaitan dengan politik di KB, yang selalu menjadi perhatian Sdri KM dalam setiap posting...tahniah..

Kalau di lihat dari sudut agam pun...politik berdasarkan kaum tidak digalakkan...kerana ia mencetuskan perbalahan yang berpanjangan. Misalnya dalam sirah Nabi...orang Yahudi menolak kepimpinan dan kenabian Muhammad SAW kerana atas faktor Nabi SAW tidak diutus dikalangan bangsa mereka. Sedangakn mereka cukup mengenali nabi..seperti mereka mengenali anak mereka sendiri..

Inilah natijah daripada penjajahan orang putih di MALAYSIA// kita dipecahkan dengan perkauman...masuk juga dalam pemikiran saya apa yg Sdri KM katakan itu...Jika suku KDM dan Rumpun bajau berpecah atas nama suku dan bangsa..maka apa yg akan berlaku dgn Politik masa depan..?

senario politik di Sabah, masih ditahap pra matang , masyarakat masih melihat pemimpin berdasarkan kaum dan bangsa...kepentingan sesuatu kaum dipelihara melalui kuasa politik..mungkin utk menjadi seperti AS memerlukan masa yang lama...mungkin selepas generasi TSP dan DSSK atau pun selepas generasi anak cucu kita...Biarpun begitu, sdri KM nyata memberikan pemikiran yang harus dikongsi bersama..tahniah!

Watababai said...

Akum...Kak Kelapa Mawar..

Saya rasa ada juga baiknya menyatukan rumpun bangsa ni..tapi kena betullah caranya..jangan bila sudah menang pilihanraya dan jadi KM, bangsa dilupakan pula...Tak adil lah namanya..

watasikadi said...

Satu posting yang menarik KM. Isu yang berat. apapun isunya kita harus melihat kepada faedah yang diterima masyarakat kota belud tidak mengira kaum. pemuda kb harus mengubah cara berfikir dan berpolitik dengan lebih matang. politik yang matang bakal menyatukan satu gagasan kota belud yang utuh. Tuntutan yong teck lee tentang autonomi politik adalah salah satu solution permasalahan terkini sabah. pemimpin kita ditentukan oleh kita dan bukan orang semenanjung. DR M sebenarnya antara pemimpin menggunakan pecah dan perintah untuk memasukkan UMNO ke sabah dan sehingga kini masih bertahan. Lihatlah pada sarawak mereka bebas membuat keputusan kerana tiada UMNO di sana. Saya penyokong setia PAS tetapi apapun untuk kebaikan rakyat sabah dan kota belud akan saya utamakan.

SMA said...

Sdr/i,
Kelapa Mawar,

Banyak 'benih' di dalam kepala Orang Palahu ini tetapi sayang kalau saya 'semai' di tanah 'berpasir' dan kering.

"Berkilat ikan di air, saya dah tahu jantan dan betinanya'.

Saya nampak bahawa yang 'anti' DSSK dan TSP cuma segelintir sahaja pemimpin-pemimpin muda yang sememangnya dari awalpun anti mereka.

Tetapi, cuma orang 'cetek' pemikiran sahaja yang menganggap bahawa DSSK dan TSP sekarang ini tidak membuat persedian untuk menyusun pemimpin-pemimpin pelapis yang mereka fikir boleh menjulang 'panji-panji' Kota Belud dengan megah di hari muka.

Saya yakin mereka ini juga telahpun mengenal pasti pemimpin-pemimpin yang ingin "melapis" kepimpin di KB.

Kan di dalam politik telah menjadi adatnya "cantas mencantas" diantara pihak-pihak yang tidak sealiran pemikiran dan pendapat.

Jadi, yang saya nampak ialah yang akan berhadapan kelak ialah diantara barisan pemimpin-pemimpin muda yang direstui DSSK dan TSP sebagai pelapis dan barisan pemimpin-pemimpin muda yang ingin "melapis' kepimpinan di Kota belud, PAS atau PKR atau UMNO yang diperkudakan kuasa luar.

Kita sama-sama tunggu dan lihat keputusannya.

Kelapa Mawar, maafkan saya kalau tidak dapat berkunjung lagi dihalammu sebab saya sebuk mengatur pukat-pukat dan pancing saya, hal maklumlah ikan basung dilaut pun sudah jadi pintar dan sukar ditangkap.

Sekian, terima Kasih.

SMS

Tudung Duang said...

"Namun apa yang mendukacitakan kita ialah apabila atas kepentingan penyatuan Bangsa kononnya, Maka MA dilihat perlu dihadapi... Inilah gagasan dan idea pemimpin tertentu di KB. Sedangkan waktu mereka ada kuasa, nilai dan norma penyatuan rumpun sebangsa menjadi perkara yang sukar dibicarakan".

Akhirnya KM telah melontarkan persoalan ini yang mendorong untuk saya mencelah dalam ruangan debat Siber ini.

Untuk makluman.. saya sedikit 'obses' dengan blog KM yang mengutarakan polimek-polimek kepolitikan untuk mengheret perdebatan demi perdebatan dalam pelbagai isu..Akhirnya inilah juga 'isu' yang sering bermain dalam fikiran saya selama ini. persoalannya kenapa BARU SEKARANG??

Saya mungkin mampu menjawab sendirian kerana saya terlalu 'berhemah' dalam mempersoalkan corak dan hala tuju kepimpinan politik di Kota Belud..Kadang-kadang terlalu menyayangi, menghormati dan menyanjungi pemimpin ( taraf nasional) sehingga segala kelemahan yang ada dipersembunyi (diperdiamkan), dipertahankan..

..kerana masih percaya dalam mereka mengejar kesinambungan politik MUSTAHIL juga tidak ada rasa sayang dan prihatin pada bangsa dan agama...

Sekali lagi..KENAPA BARU SEKARANG KONSEP PENYATUAN RUMPUN BANGSA ITU DIPERTAHANKAN??
Jangan kerana semata-mata menghadapi seteru-seteru politik kalian..

Terima kasih KM..

BELUM PENDEKAR said...

Salam,
Pada saya tiada apa-apa yang menarik... semuanya biasa saja. Tulisan ini tidak lari dari style tulisan-tulisan sebelumnya yang akan bercarita mengenai obama dan kemudian mengaitkannya dengan politik KB yang kononya ada pemimpin yang tak nak turun-turun, buat itu dan ini demi kepentingan politik sendiri.

2. Soalnya, kenapa politik KB?... bukan politik Sabah atau politik Malaysia?... adakah kerana politik Sabah atau Malaysia semuanya ok?... ada seorang kawan lama bercerita kepada saya, kononnya kontrak menyelenggara rumput di tepi-tepi jalanraya di sabah telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk tempoh selama 20 tahun... wah! sungguh gila... andai ini benar, apa reaksi anda?.. takkan lah kerja-kerja potong rumput pun boleh dianugerahkan kepada satu syarikat sampai 20 tahun... kepakaran khusus apakah yang diperlukan untuk memotong rumput sehingga syarikat berkenaan diberi layanan sedemikian rupa?.. tolong semak peraturan kewangan kerajaan, boleh kah amalan seumpama ini? Soalnya, kenapa KM tidak nampak isu-isu seumpama ini?... adakah kerana beliau telah "dibutakan" daripada melihat isu tersebut. Sebaliknya, "dicelikkan" pula dengan rekaan-rekaan yang sebenarnya bukan isu pun...

3. Tun Mahathir menjadi PM yang dihormati dan disegani dunia setelah beberapa kali jatuh bangun dalam politik, kenapa KM takut sangat dengan tiadanya sokongan DSSK dan TSP kepada pemimpin mudanya?... adakah kerana pemimpin-pemimpin pilihannya tidak yakin dengan kualiti mereka sendiri?.. dan, mengapa perlu meminta DSSK dan TSP memberi laluan andai benar pemimpin-pemimpin pilihan KM mendapat sokongan rakyat?... Kalau saya ingin menjadi ahli politik dan yakin bahawa saya mendapat sokongan rakyat, saya tidak perlu memburuk-burukkan sesiapa untuk berasa di puncak. Saya juga tidak perlu takut dicantas. Saya hanya perlu membuktikan kepada rakyat bahawa saya adalah pilihan mereka atas kualiti yang ada pada saya dan bukannya kerana pemimpin terdahulu memberi laluan kepada saya. Saya yakin "Jika memang benih yang baik, jatuh ke darat menjadi bukit, jatuh ke laut menjadi pulau".

4. Soal politik wang?... untuk makluman, ada bekas Ketua Bahagian yang kononnya sanggup membayar beribu-ribu kepada Ketua Cawangan demi mendapatkan pencalonan dan sokongan dalam pemilihan lepas... malangnya tewassssssssss....
Benarlah kata KM, rakyat melihat dan sudah pandai menilai...

5. Penyatuan bangsa?.. apa yang KM takut mengenainya?... takut, "tuan" KM terancam ke?...

Senjaliza said...

Apa anda fikir mengenai statment Tian Chua berikut ini? Apakah ia relevent dengan politik anda di KB?

YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.

JIKA dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan

mambangtiora said...

salam buat kelapa mawar..

satu penulisan yang menarik memerlukan kita memandang jauh yang mungkin tiada penghujung bagi mereka yang malas berfikir kerana mereka belum jadi pendekar.Betul kelapa mawar ..perlukah USBO??..saya rasa PISBA dan PAGISA lebih daripada cukup untuk orang iranun.. USBO adalah satu agenda/senjata pedang sakti yang cenderung kepada pendekar/warlord untuk persediaan bertarung dengan musuh-musuhnya jadi saya tidak mahu jadi pelanduk yang tersepit ditengah-tengah akibat gajahsama gajah bertarung nanti..

BELUM PENDEKAR said...

mambangtiora,

sungguh kasihan saya membaca pandangan saudara.. nyata sekali saudara mempunyai pandangan yang amat sempit dan terbatas.. Macam manalah mau jadi pemimpin kalau berjiwa hanya sekecil itu... perjuangan yang besar memerlukan jiwa yang besar dan orang yang pengecut dan membutakan mata dengan kebenaran tidak mungkin menjadi pemimpin yang baik walau sampai kiamat pun... walaupun saya belum pendekar, tapi sekurang-kurangnya saya tahu menilai antara kebenaran dan tohmahan. Memetik kata-kata Dato Seri Rais Yatim... "Politik saudara ini, politik belukar namanya..."

Unknown said...

salam Ziarah....

Kalau politik belukar namanya...penganutnya mesti TSPA,DSSK, DJ, DHMJ, DARD..dan yang pasti penyokong dan pendokongnya si kawan BELUM PENDEKAR....Jangan mare...tq

BELUM PENDEKAR said...

Hahahaha... ini lagi satu... "Tidak reti bahasa"... patutlah apapun yang dilakukan semua tidak dipandang kecuali benda yang saudara mau lihat...

p/s: jangan risau si badang, Belum Pendekar tidak pernah marah semasa berdebat secara gentlemen seperti ini....

Watababai said...

Salam kembali Sdri KM..

Ketika membaca ulasan sdr SMA..saya hairan kerana selama ini dia begitu berminat mengulas setiap isu yg d paparkan..tetapi akhirnya dia kecewa dan enggan menjadi pengulas terhormat lagi..perjuangan memerlukan masa yg panjang..dan sdr SMA adalah antara pejuang yg terlibat sama..

Bagi saya biarpun penulisan sdri KM selalu provokasi dan tidak menyebelahi TSP dan DSSK tetapi kami yg selalu berkunjung ini tidak terus mempercayainya, malahan pandangan sdr SMA dilihat sebagai pengimbang..dan itu kami persetujui...jangan mengaku kalah sdr SMA..

Biar tempat berpasir...kelapa pun hidup di kwsn itu...Kelapa Mawar kecil saja..berbanding dgn kelapa Biasa, yang menjulang ke langit..

Sdr SMA fikirkanlah! ..

SMA said...

Sdr/i Kelapa Mawar,

Mohon izin untuk respon pada Watababai.

Watababai,

Saya tidak kecewa dan mengakun kalah. Kan saya dah kata kan saya sebuk mengatur pukat-pukat dan pancing saya.

Saya rasa komen-komen saya dalam seminggu dua ini terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Kelapa Mawar telah memadai untuk difikirkan bersama.

Berhubung dengan isu 'memikirkan' bersama ini, saya jemput Watababai fikirkan, "KENAPAKAH DUA TOKOH DARI KOTA BELUD YANG DIIKTIRAP KEPIMPINAN MEREKA SEHINGGA KEPERINGKAT NEGERI DAN NEGARA, YANG PADA MASA YANG SAMA MASIH "PRODUKTIF", DIAIBKAN DAN DIPANDANG RENDAH OLEH PEMIMPIN DARI SUKU DAN RUMPUN BANGSA SENDIRI?"

Bukan kah pada lazimnya setiap rumpun bangsa bersaingan untuk 'mengetengahkan' pemimpin dari rumpun mereka untuk duduk di tempat yang lebih berkuasa?

Saya dapati di Kota Belud lain caranya. Pemimpin-pemimpin yang 'masih releven' dimata pemimpin-pemimpin negara atas keupayaan mereka, hendak diganti dengan pemimpin-pemimpin muda yang belum diketahui, 'pondan, jantan atau betinanya'.

KECUALI, cara ini disengaja atas sebab 'agenda tersembunyi'.

Dan saya rasa itulah hakikat sebenarnya yang saya terbaca dari pendapat-pendapat bloggers di KB.

Atas sebab itu, biarlah nelayan Palahu ini atur juga agendanya iaitu menyusunatur pukat-pukat dan pancingnya.

Saya juga ada agenda, iaitu sebagai nelayan sahaja. Maka itu, walaupun semua petani di Kota Belud merayu pada saya supaya saya jadi petani, saya tidak akan terpengaruh. Saya tetap nelayan juga.

Watababai,
Saya harap kamu faham akan maksud saya kan?

Kelapa Mawar,

Terima Kasih,

SMA.

mambangtiora said...

salam punya blog..kelapa mawar..
salam buat belum pendekar..

"kalalagan ka tantu atu".biasaklah belum pendekar selalu langgar lari saja sebab baru dapat lesen P.tapi walaubagaimanapun saya mengalu-alukan saudara buka laman blog dan kalau ada sila nyatakan. sebab saya suka orang yang berani macam sauadara .politik kB perlu macam saudara. selamat berjuang

BELUM PENDEKAR said...

Saudara mambangtiora,

Sejak awal saya katakan, saya bukan orang politik dan saya tidak minat berpolitik. Keutamaan saya ialah untuk melihat kepimpinan di KB mendapat sokongan dan dokongan segenap lapisan masyarakat agar mereka dapat memertabatkan KB di mata masyarakat daerah dan negeri lain. Justeru, melebelkan orang lain sebagai malas berfikir, sedangkan saudara sendiri tidak mempunyai cadangan yang bernas untuk memajukan masyarakat adalah amat mendukacitakan pada saya.

Saya tidak fikir saya perlu mengujudkan blog sendiri kerana saya tidak punya keperluan setakat ini. Perjuangan yang saya impikan sedang diperjuangkan oleh DSSK dan TSP. Justeru saya memilih untuk menguatkan perjuangan mereka dengan memberi sokongan yang sepenuhnya. Buat apa buat blog kalau setakat untuk menghentam tanpa fakta? Mengata orang memang seronok saudara, tapi nilai dulu diri kita sendiri.. Jadi, jangan melebel orang lain kalau kita sendiri tidak samapai ke mana. mungkin saudara ingat pantun ini.. "Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi".

Seperkara lagi, saudara silap bila mengatakan bahawa politik KB perlu orang macam saya, sebenarnya politik dan masyarakat KB perlu orang seperti DSSK dan TSP.