Tuesday, September 8, 2009



Apakah yang mendasari ‘konsep kepimpinan” di Kota belud, di tinjau dari aspek kesukuan..? Begitu antara persoalan yang selalu berlegar di kotak fikiran saya…setelah beberapa kali dan beberapa minggu memaparkan posting tentang kredibiliti para pemimpin di daerah ini. Pelbagai pandangan dan idea pembakar minda diberikan oleh para rakan blogger seakan ‘Microwave” yang boleh di set darjah kepanasannya. Maka antara yang begitu sinis juga ‘berakal’ memperkatakan bahawa kepimpinan perlu dikaitkan dengan rumpun suku bangsa sehingga apa yang dikatakan ialah penulis blogger tidak hanya sekadar ‘pengkritik’ bahkan perlu menjadi ‘pemikir’bangsa ialah SDR MUSLI ,yang begitu rasional mengutarakan pandangan betapa bahawa pergolakkan politik di daerah dan di Sabah perlu di fikirkan dari sudut rumpun sebangsa. Justeru ramai yang masih melihat ‘kerumpunan’ bangsa ini bisa mengembalikan ‘status politik’ yang semakin terlepas dari tangan para pemimpin. Tidak cukup dengan pandangan itu, SDR Somprot Mesra Alam atau nama manjanya SMA juga begitu bertubi-tubi memberikan idea ‘pemanas’ sehingga Ketuhar kadang-kadang “Overhead” hanya melabelkan diri sebagai ‘orang luar’ justeru DSSK dan TSP dianggap sebagai asset yang cukup berharga. SDR SOLYMONE JUGA, memberikan satu persepsi baru setiap kali mengupas dan menganalisis persoalan kepimpinan ini. Memberikan idea di “tengah-tengah” tentunya menolak sebarang idea sonsang dalam hal kepimpinan di Kota Belud. Sebagai orang yang mengenali tokoh yang diperkatakan seperti DSSK dan TSP, maka idea itu Nampak lebih dekat dan sentiasa dikemaskini.


Namun posting saya sebelum ini SOAL SELIDIK KEPIMPINAN DI KOTA BELUD juga memberikan pelbagai buah pandangan atas satu fenomena “menilai pemimpin’ berdasarkan data dan kajian. Maka pandangan SDR MUSRAM, begitu mengusik jiwa kepenulisan saya, kerana idea itu bersahaja tetapi memberikan saya satu gambaran, bahawa apa yang dipelajari atau diperolehi belum tentu dapat dipergunakan di masa-masa kecemasan. Membawa satu pengertian besar, bahawa apakah data dan dapatan yang diperolehi melalui kaji selidik itu boleh digunakan dalam menilai pemimpin di daerah ini..? Atau apakah masyarakat Kota Belud sudah bersedia “bertindak” berdasarkan data yang sudah diperolehi…? Maka apakah kaitannya data tersebut dengan rasa bahawa kepimpinan di daerah ini ditinjau dari aspek kerukunan serumpun bangsa..? Persoalan inilah yang membuatkan saya berfikir sejenak..kalau yang demikian, maka kaji selidik itu hanya akan tinggal sebagai “data percuma” dan satu bentuk anjak paradigma kepimpinan di KB akan hanya tinggal harapan semata-mata.


Kerana atas apa yang berlaku dewasa ini, kepimpinan di lihat dari aspek .RUMPUN SEBANGSA, ertinya hanya dengan menghimpun dan menyatu padukan bangsa serumpun ini ,maka kuasa politik ‘mungkin’ dapat diperolehi. Itulah ‘barangkali’ matlamat tersirat kepada pergerakkan USBO. Rasanya kalau ini dijadikan ukuran, maka benar apa yang dikatakan oleh SDR SMA. DSSK dan TSP adalah asset bernilai bagi KB. Lalu apa kaitannya kalau pemimpin dan peribadinya di persoalkan..? Benarkah hanya dengan kerukunan rumpun bangsa itu benar-benar memberikan ‘kedamaian “ kuasa kepada majority suku rumpun di Sabah.
Secara lebih terbuka saya melihat persepsi politik yang dikatakan itu…masih berintikan situasi zaman lampau. Ertinya scenario itu sudah disedari oleh golongan pejuang politik terdahulu. Tun Mustafa, dengan USNO telah ‘menggunakan idea’ itu dari awal lagi…sebab itulah gerakkan ‘PENGISLAMAN’ bumiputera bukan islam dilakukan..dengan andaian bahawa bila “BUMIPUTERA ISLAM bertambah, maka “KUASA POLITIK ‘ akan lebih terjamin. SUKU KDM, Juga menghimpunankan serumpun bangsa mereka dalam UPKO. Dan ini membawa dua buah PERAHU besar dalam sejarah politik Sabah. Justeru jika idea penyatuan serumpun bangsa itu sudah dilakukan terlebih awal….Kenapa berlaku ‘KEMEROSOTAN’ kuasa politik itu bagi BUMIPUTERA ISLAM..? Kenapa idea serumpun bangsa itu ditiupkan semula..? Bukankah dasar itulah yang membuatkan BUMIPUTERA ISLAM semakin berpecah..?


Kenapa tidak ‘kuasa’ politik itu dilihat dari perspektif ‘KEPERIBADIAN PEMIMPIN’..? Bukankah itu lebih BESAR IMPAK nya kepada dunia politik di Sabah..? Biar manapun asset manusia itu berada, Dia akan lebih diterima dan disanjung..bukan kerana rumpun bangsanya tetapi kerana KEPERIBADIAN nya. Dan ini bersifat lebih kekal daripada sentiment rumpun bangsa. Mungkin persepsi politik di Sabah mengkhendakkan yang demikian, ertinya seseorang pemimpin yang dilahirkan biasanya dilihat dari sudut rumpun bangsanya..dan itulah “idea” awal yang saya katakan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh terdahulu..dan itu nyata sesuai pada zamannya, iaitu di saat..informasi kepimpinan itu tidak disampaikan di peringkat akar umbi…Masyarakat hanya melihat pandang dunianya dalam ruang ‘kesukuan/bangsa”.. Cukup terhad.!!


Namun kini, keadaan ini sudah berubah, ‘KUASA POLITIK ‘ Bukan lagi dianugerahkan melalui rumpun majority bangsa..tetapi KEPERIBADIAN PEMIMPIN menjadi ukurannya. Biarpun pemimpin yang ingin dikedepankan, adalah rumpun bangsa majority, tidak ada nilainya…kerana persepsi masyarakat adalah KEPERIBADIAN ertinya sama ada PEMIMPIN itu punya prinsip perjuangan dan ada idealism kepimpinan yang diterima. Saya berhujah berdasarkan pandangan politik semasa yang lebih dekat dengan kita…KENAPA DSAI sentiasa Popular Di kalangan golongan muda..biarpun dikatakan PENGKHIANAT BANGSA” ? ( DI TIUPKAN SENTIMEN RUMPUN BANGSA )… paling ringkasnya kerana DSAI dilihat oleh golongan ini ada idealisme yang lebih dekat kepada mereka. Maka soal RUMPUN BANGSA sudah tidak dipedulikan lagi.. biarpun ‘KEPERIBADIAN ‘ DSAI dicalar dengan Kes Liwat, namun kerana isu ini dapat ditangkis, justeru DSAI tetap popular.


Justeru, saya tidak melihat bahawa ‘pemikiran’ dengan mengetengahkan bahawa perlunya mengangkat seseorang pemimpin itu atas dasar untuk kesatuan dan kerukunan rumpun bangsa “masih” popular di kalangan golongan terpelajar kini. Terkecuali jika PEMIMPIN yang dikedepankan itu punya KEPERIBADIAN yang unggul dan diterima oleh semua. Namun jika apa yang dikatakan oleh SDR SMA itu sebagai asset berharga…rasanya Golongan muda berpendidikan itu tidak akan turut serta bersama..kerana pandangan golongan ini melangkaui batas rumpun bangsa..dan mungkin jika itu juga yang dilakukan…KUASA POLITIK semakin terhakis, biarpun pada awalnya menunjukkan tanda-tanda kemenangan yang nyata. Kerana tidak ada yang lebih unggul selain daripada KEPRIBADIAN yang murni, yang menjadi daya tarik utama mata dan hati masyarakat untuk memilih seorang manusia yang bergelar PEMIMPIN.

30 ulasan :

DEPU-DEPU said...

Salam sdri KM..

memang benar bahawa KEPERIBADIAN itu asset terpenting dalam menentukan kepimpinan..tetapi adalah baik buat masa ini memberi peluang kepada asset manusia sedia ada (DSSK dan TSP ) untuk membela rumpun bangsa, kerana di KB masih tiada pelapis..SDR SMA...katakan YB Japlin pun tidak dapat memikul tugas dgn baik..DARD pula tidak dilantik menjadi Menteri ...

Jadi kita berikan peluang..kerana mereka juga punya keperibadian.wassalam.

palingberani said...

Assalamuwalaikum Sdri KM..

Inilah yang membuatkan saya tidak tahan membaca penulisan sdri KM ni..ada-ada saja isunya..tapi agak relevan dengan keadaan semasa. Sdri semacam berdasarkan kepada pengalaman politik sebenar...

Membuka fikiran kita kepada satu persoalan penting..antara rumpun bangsa dan keperibadian...saya akui dalam memilih pemimpin saya juga mengutamakan keperibadiannya...biarpun dia dari suku yang mana..tapi ada juga benarnya pendapat SDR SMA tu...rumpun bangsa kena bersatu..kalau mahu dipuncak kuasa. bagi saya, Rumpun bangsa juga penting..alangkah baiknya kalau pemimpin ada keperibadian dan dari rumpun kita....

SMA said...

Salam Kelapa Mawar,

O! begitu rupanya ya Kelapa Mawar, Walaupun 'KEPERIBADIAN' sesaorang pemimpin itu telah tercalar seperti DSAI denga kes liwatnya, tetapi kalau itu boleh ditangkis dengan propaganda semata, maknanya generasi muda akan menyokong juga walaupun pada hakikatnya perkara tersebut ada pernah dibuatnya, cuma atas sebab bahawa IDEALISMAnya dekat pada hati genarasi muda?

Di dalam kes liwatnya, DSAI walaupun pada umumnya tidak didapati bersalah oleh makhamah atas sebab teknikal (pihak pendakwa telah mengenal pasti tarik yang salah sewaktu DSAI membuat perkara liwat itu), namun 8 daripada 10 hakim yang bersidang berpendapat bahawa DSAI ada melakukan kes lewat itu.

Kelapa Mawar,

Sedarkah apa yang Kelapa Mawar sebut ini, iaitu di dalam posting kali ini, sdr seakan-akan mengutarakan pendapat, KEPERIBADIAN YANG TIDAK BAIK PADA SESAORANG PEMIMPIN ITU DIBOLEHKAN ATAU DITERIMA OLEH GENERASI MUDA ASALKAN IDEALISMA PEMIMPIN TERSEBUT DEKAT DIHATI MEREKA"

Itu lah yang saya sebut dikomen saya diposting sdr yang lain, iaitu yang hampir menghancurkan UMNO dan BN diPRU12 ialah pemimpin muda seperti Khairy dan DARD, mengajukan idealisam yang dekat pada hati mereka dan diterima oleh generasi muda dalam UMNO tetapi risikonya dialam nyata politik negara menguntungkan orang lain.

Kini, Pulau Pinang di perintah oleh Cina Pembangkang (dulu Cina juga tetapi tetapi setidak-tidaknya dalam BN)

Atau mungkin sdr akan berkata, 'itu atas restu DSAI macam BN juga merestui Cina dulu perintah Pulau Pinang)

Tetapi hakikatnya yang sebenar ekoran dari tindakan DSAI, yang dikatakan oleh sdr sebagai tindakan yang disulami dengan idealisma yang diterima oleh generasi muda, SEBAB PEMIKIRAN PEMIMPIN MUDA DAN GENERASI MUDA menjangkaui isu kepentingan rumpun bangsa, kini orang lain telah mulai "NAIK KEPALA RUMPUN BANGSA".

MUNGKINKAH INI YANG DIKHENDAKI OLEH GENERASI MUDA?

Pada saya, menyedari bahawa keperibadian sesaorang pemimpin itu ada cacat-celahnya seperti DSAI tetapi disokong juga cuma atas sebab bahawa idealismanya menggamit hati generasi muda adalah suatu perbuatan yang hampir kepada perbuatan HIPOKRIT.

Perbuatan HIPKOTRIT adalah perbuatan yang tidak Ikhlas. Dan Tuhan tidak merestui tindakan pemimpin-pemimpin yang tidak ikhlas. Lambat laun mereka akan terima padahnya.

Tetapi, kalaulah bloggers di KB memang condong kepada DSAI dan PKR apapun saya sebut ini tidak ada makna pada kalian.

Apalah ada pada pendapat saya, seorang Palahu yang badannya berbau busuk, tak tahu apa-apa cuma berani mati mempertahankan MARUAH BANGSA YANG TERHINA, bukan macam pemikiran generasi muda yang sanggup menggadaikan maruah bangsa atas nama "IDEALISMA.

Semoga anda kalain berjaya dan terus berjaya "BERIDEALISMA".

Kelapa Mawar,

Pandangan orang luar KB tetapi berada di dalam rumpun bangsa yang sama - Bangsa Palahu.

SMA.

palingberani said...

Salam Sdr KM..dan Salam Sdr SMA..

jangan kau cakap begitu bah sdr SMA..masih aku terasa kau cakap berbau badanmu....

Saya mula nampak kelojikkan idea sdr SMA..Saya rasakan beliau ni banyak pengalaman dalam politik...

Kalau boleh Sdr SMA..ulas sikit pendapat sdri KM ni...Bilangnya ..."Secara lebih terbuka saya melihat persepsi politik yang dikatakan itu…masih berintikan situasi zaman lampau. Ertinya scenario itu sudah disedari oleh golongan pejuang politik terdahulu. Tun Mustafa, dengan USNO telah ‘menggunakan idea’ itu dari awal lagi…sebab itulah gerakkan ‘PENGISLAMAN’ bumiputera bukan islam dilakukan..dengan andaian bahawa bila “BUMIPUTERA ISLAM bertambah, maka “KUASA POLITIK ‘ akan lebih terjamin. SUKU KDM, Juga menghimpunankan serumpun bangsa mereka dalam UPKO. Dan ini membawa dua buah PERAHU besar dalam sejarah politik Sabah. Justeru jika idea penyatuan serumpun bangsa itu sudah dilakukan terlebih awal….Kenapa berlaku ‘KEMEROSOTAN’ kuasa politik itu bagi BUMIPUTERA ISLAM..? Kenapa idea serumpun bangsa itu ditiupkan semula..? Bukankah dasar itulah yang membuatkan BUMIPUTERA ISLAM semakin berpecah..?"

apa pandangan Sdr SMA..? saya rasa sdr SMA paling layak memberikan ulasan tentang hal ini..wassalam

SMA said...

Salam Siber Kelapa Mawar,

Mohon laluan untuk repon kepada pelawaan Paling Berani untuk mengulas hujah pendapat KM di atas.

Pandangan saya, kesilpan pemimpin USNO dahulu ialah mereka terlalu percaya kepada 'keikhlasan' orang lain dan memasukkan pemimpin-pemimpin bangsa lain di dalam USNO. Itu sebabnya di dalam USNO terdapat orang lain yang telah diberikan tempat istimewa seperti Datuk Harris dan lain-lain pemimipin.

Apabila Datuk Aliuddin (adek kandong Tun Mustapha) meninggal dunia, maka USNO kehilangan tulang belakang. Pada ketika itu Tun Mustapha banyak menghabiskan masanya diluar negara (silap atau tidak itu lain cerita).

Ekoran dari itu, dan atas 'tekanan' politik dari Semenanjung Malaysia dan atas dasar 'pecah dan perintah', pemimpin-pemimpin di Dalam USNO yang bukan serumpun dengan Tun Mustapha telah berpaling tadah dan menubuhkan BERJAYA.

Pada waktu itu Tun Mustapha telah mulai 'merasai' apa Lee Kuan Yew di Singapura rasai, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Sebabnya ialah pemimpin-pemimpin dari Semenanjung tidak mahu kehilangan Sabah dan terus menekan USNO dan Tun Mustapha.

Maka mulai dari situ mulailah 'rumpun bangsa' terhina.

Datuk Harris terus angkat kaki kepada kuasa di KL dan menyerahkan Labuan dan menurunkan tandatangannya mempersetuji Sabah di berikan royalti minyak sebanyak 5% buat selama-lamanya. Tun Mustapha telah enggan berbuat demikian dan cuma setuju tempoh masa 50 tahun sahaja.

Pada pendapat saya gagasan Tun Mustapha 'mengislamkan' bangsa lain dengan harapan bahawa apabila jadi Islam nanti semuanya akan menyokong USNO adalah suatu gagasan yang silap langka.

Tun Mustapha lupa bahawa 'perasaan kesukuan adalah lebih tebal/berat dari perasaan keagamaan bagi mereka yang baru diIslamkan'.

Bersambung....

SMA said...

Sebagai contoh, mereka yang telah diIslamkan oleh Tun Mustapha ikut dibelakang Tun Fuad dan Peter Mojuntun dan Datuk Harris masuk BERJAYA. TETAPI rumpun kita bertahan di dalam USNO sehingga UNSO dibubarkan untuk beri laluan pada UMNO, atas sebab perasaan 'kerumpunan'.

Jadi atas sebab fakta ini, saya berbeza pendapat dengan KM.

Itu mungkin sebabnya kenapa, DSSK, TSP, AMIR dan SAHFIE mendukung USBO. Ini selari dengan apa yang dikatakan oleh TSP "Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan'.

Sejah memaparkan pada kita bahawa penyatuan dalam Islam adalah lebih susah. Tengok saja apa yang berlaku di dunia dan Malaysia dan apa yang berlaku pada gagasan Tun Mustapha.

Jadi soalnya sekarang ialah, walauapapun kelemahan pemimpin dari rumpun kita sekarang, yang berkedudukan 'dekat' untuk merebuat kuasa yang lebih besar, daripada mereka yang masih muda dan kita tidak tahu juga akan sejauhmana kemampuan mereka (tengok saja pada Japlin dan DARD berapa jauhnya dari jawatan KM), kita terpaksa dokong perjuangan pemimpin ‘tua dan berpengalaman ini.

Setelah kita berkuasa nanti, barulah kita desak mereka pula (DSSK, TSP) untuk 'membetulkan perangai jahat mereka'

Memburuk-buruk kan pemimpin kita yang sedia ada, adalah langkah yang silap dan salah.

Saya ingin tanya pada semua, nyatakan pada saya pemimpin mana yang tiada buat 'salah dan silap' di dalam Negeri Sabah? Kankah PBS dulu orang kata "Pairin Brothers and Sisters" dan Pairin telah dijatuhkan hukuman rasuah, Kenapa DusunKadazan masih juga sokong PBS hingga kini? Kenapa semua DusunKadazan sudahkah di perkayakan oleh PBS dulu? Kenapa semua infrastruktur sudah dibenakah di seleruh kawasaan Kadazandusun?

Kadazandusun sokong PBS dan Pairin dan bukan Jeffrey Kitingan dan PKR atas sebab mempertahankan "maruah bangsa'.

Bersambung....

SMA said...

Inilah "persaingan besar" dihadapan kita, Bukan bersaing untuk menjadi YB semata dan atas objektif itu mengaibkan pemimpin sendiri.

Ingat dulu sewaktu AKAR. Datuk Mark Koding dan Kalakau Untol telah cuba untuk mengaibkan PBS dan Datuk Pairin, sampai beliau mati, Datuk pairin masih berdiri dengan gap. Pasal apa, kebanyakan Kadazandusun memeprtahankan Pairin atas "maruah bangsa mereka".

Sdr, Paring Berani, itu sahajalah respon dari sdr mu Palahu yang sudah "wangi badan ini". Kau juga wang wangikan badan Palahu ini kembali, kalau bukan sikap belas ehsan sdr dengan rasa 'kesal' menghina sdr serumpun sdr, saya akan terasa selama-lama bahawa badan saya berbau ikan busuk.

Sdr Kelapa Mawar, pahala puasa sdr berlipat ganda sebab melayani karenah orang Pahalu ini.

Teruskan tulisan sdr. InsyaAllah kalau dibenarkan olehNya dan sdr, saya akan bertandang di halaman sdr pada bila-bila masa.

MSA

Terima Kasih sdr

kelapa mawar said...

Salam sdr Depu-depu..

Saya menghargai pandangan sdr..dan saya menyatakan di sini bahawa bukan bererti kita mengenepikan pemimpin sedia ada..apabila kita memperkatakan kesilapan mrk..kerana pandangan saya lebih kepada pandangan orang muda yang disifatkan oleh TSP sebagai "pandangan mengubah dunia"..maka itu perlukan pembetulan jika salah dan perlukan perundingan jika kena..

Justeru saya mengharapkan pandangan sdr2 blogger yang lain...kerana saya juga cintakan rumpun sebangsa..tidak ada apa-apa agenda..hanya menyatakan apa yang berlaku diperingkat akar umbi..

jangan sdr depu-depu risau...semua idea para blogger kita ambil peduli...

Ma kasih atas kunjungan sdr itu.semoga sdr sukses selalu.wassalam.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr palingberani..

Saya juga mencari kelojikkan pendapat sdr SMA itu...saya sentiasa memikirkannya..kerana ia lebih terang ,namun terdapat beberapa hal yang masih saya kabur..dan akan saya paparkan dalam posting saya yang akan datang..Insyallah..

Ma kasih kerana membuatkan sdr SMA mengulas pandangan saya..dan itu saya hargai...saya merasakan sdr SMA juga sezaman dengan saya..cumanya terdapat perbezaan idea..mungkin belum 'masuk ' dalam otak barangkali..

Ma kasih sekali lagi kerana memberikan pandangan.Semoga sdr sukses.wassalam.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr SMA..

ma kasih kerana memberikan idea bernas.saya mengalu-alukan setiap pandangan sdr yang bersifat berada di tengah-tengah...Mungkin rasanya SDR SMA pernah berada dekat dengan dunia politik...kerana bagi saya secara ikhlasnya merasakan sdr berbicara mengenai perkara sebenar..( Mungkin lah..)

Tapi masih terdapat beberapa kekaburan tentang apa yg sdr katakan.Misalnya..walaupun Pairin tidak dapat memberikan semua keperluan infrastruktur kp KDM, tetapi dari segi pembangunan lain ia berjalan dengan sempurna.
Pembangunan yg saya maksudkan ialah pembangunan Minda...barangkali sdr SMA masih ingat di zaman PBS dulu, bukan main bumiputera islam susah dapat biasiswa...sedangkan mrk menghantar ribuan pelajar ke luar negara...(sekadar contoh ..sebenarnya banyak lagi )Pembangunan minda inilah inilah ang memberikan kesedaran kepada rumpun bangsa ini utk mempertahankan kepimpinan mereka...Apa yang pernah dibuat oleh DSSK dan TSP dalam hal ini..? Berapa ramai pelajar KB yang dihantar ke luar negara atau dibiayai pengajian atas kesedaran bahawa pembangunan minda perlu dlm membangunkan bangsa...?

Jika isu Penyatuan rumpun bangsa itu gagal pada zaman Tun Mustafa...kenapa isu ini dibangkitkan semula..?

Dan banyak lagi..Insyallah akan saya paparkan dalam posting akan datang utk mendapatkan lebih pandangan dri para blogger lain.

sementara itu. saya mengucapkan salam sukses buat sdr SMA..dan saya menantikan selalu ulasan sdr..wassalam

kelambuharimau said...

jika kita dah tahu apa yang kita perjuangkan itu tak benar..kalu kita ikut juga kan kita pun turut berdosa.heranya ramai penyokong PAS tetap menyokong walaupun dah tahu pemimpin mereka tak betul

SMA said...

Sdr Kelapa Mawar,

Salam Siber,

Sementara menunggu posting sdr yg akan dtg itu, izin kan saya jawab beberapa persoalan di atas yg sdr timbulkan.

Soalan pertama sdr saya jawab dengan soalan. Berapa tahunkah DSSK memegang jawatan Ketua Menteri? Pairin memegang Jawatan Ketua Menteri selama hamir 10 tahun. DSSK cuma dalam 18 bulan. TSP cuma pernah memegang jawatan menteri atas ehsan UMNO. Segala pergerakan politiknya di intai oleh UMNO.

Pemimpin UMNO bukan senang dengan TSP sewaktu beliau memimpin AKAR, kononnya TSP adalah "Dusunkadazan lover".

Saya tahu ini semua sebab kami Bajau Semporna, Lahad Datu, Tungku, Tawau dan Sandakan pernah mendokong perjuangannya melalui AKAR.

Masih 'fresh' di dalam ingatan saya, sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanaan Sabah, diwaktu itu saya berada dipejabatnya. Dia didatangani oleh rombongan Pemuda UMNO yang diketuai oleh mantan Ketua Pemuda UMNO KB, (saya lupa namanya - adek kepada Yakin Momin), mengugut pada beliau. Mereka menuduh TSP, kononnya semua peruntukan ADUNnya cuma diberikan kepada Iranun dan Penyokong AKAR.

Begitu juga saya dapat tahu bahawa, atas perjanjiannya dengan DSSK, TSP akan 'take care' dengan ehwal individu terpelajar dikalangan Iranun dan DSSK pula akan 'take care' dengan budak-budak Bajau dari KB.

Atas persefahaman itu, TSP memberikan jawatan-jawatan kepada mereka yg terpelajar dari suku Iranun di dalam agensi-agensi kerajaan di bawah kementeriannya.

TSP lantik Kibin Hj. Samad sebagai Setiausaha Politiknya, Abd Ady Liun sebagai Setiausaha Sulitnya, Hj. Mausar Dambah sebagai Pegawai Pehubungannya.

Bersambung.....

SMA said...

sambungan...,

Sementara itu, Encik Musram Rakunman di lantiknya sebagai Pengurus Besar SAFMA dan selepas Encik Musram berhenti kerja di SAFMA digantikan nya pula dengan Datu Bandira sebagai Pengurus Besar SAFMA.

Dan adek kepada Musram Rakunman, Abd. Razak yang berkerja di Jabatan Hutan pada ketika itu sebagai District Forest Officer di Tambunan diminta oleh TSP supaya ianya ditukar ke Keningau (Dearah yang lebih besar) sebagai DFO.

Atas keperihatinannya kepada Iranun yang terpelajar ini, maka TSP mendapat gelaran dari musuh-musuh politiknya di KB sebagai "mengamalkan sisistem perkauman.

Hakikat yang sebenar, sewaktu menjawat jawatan Menteri mewakili AKAR, TSP memang ditekan oleh UMNO dan tiada diberikan kuasa apapun yang lebih dari kementeriannya.

Apabila pula TSP dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di angkatnya pula si Laliman Ahmad sebagai Setiausaha Sulitnya.

Saya tahu ini semua sebab kami adalah pendokong AKAR pada ketika itu. Kami mengikuti semua gerak geri politiknya.

Jadi apakah kuasa TSP ynag sebenarnya selama ini yg dia tidak tolong bangsanya?

Mengenai dengan membangunkah minda masyarakat dengan memberikan biasiswa kepada penuntut, sedarkan sdr KM bahawa kuasa itu adalah terletak ditangan Ketua Menteri dan mereka yang diberikan biasiswa adalah mereka yang layak sahaja iaitu yang miskin dan pencapaian akademiknya cemerlang?

Saya tanya sdr KM, berapa anak Iranun yang cemerlang dalam akademik tetapi tidak diberikan biasiswa atas sebab DSSK dan TPS tidak tolong mereka?.

Bersambung.....

SMA said...

Sambungan...

Tetapi setahu kami juga, ramai anak Iranun yang ditolong pendidikan mereka melalaui Yayasan Sabah walaupun kurang cemerlang di dalam akademik. Kami tahu bahawa ada pegawai Iranun di YS, yang kalau tak silap saya ada hubungan kekeluargaan dengan TSP.

Malang bagi DSSK dan TSP bahawa apabila pula ramai generasi dari suku kaum Bajau dan Iranun yang terbuka mindanya atas sebab pendidikan tinggi, 'mereka ini' menggigit pula pada TSP dan DSSK.

Tapi lain halnya dengan Pairin, Kadazandusun yang berpelajaran tinggi tidak gigit pada Pairin. Malahan menyokong. Begitu kah?

Soal penyatuan rumpun yang gagal pada zaman Tun Mustapha, itu adalah atas sebab tebiat rumpun kita yang suka berpecah-pecah dan mengamalkan 'budaya ketam' diantara sesama pemimpin.

Kan dulu Bajau dan Iranun di KB sentiasa bermusuh di dalam politik (sebagai contoh) dan dalam semua hal. Sikit-sikit gaduh.

Itu mungkin sebabnya apabila DSSK dan TSP sedar akan kelemahan ini, maka mereka 'membuang yang keroh dan mengambil yang jerniah'.

Itu mungkin yang di sebut oleh Pa'Min, 'Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan.'

Jadi atas sebab-sebab yang saya sebut di atas, apakah dosa besar DSSK dan TSP pada rumpun bangsa mereka di KB.

Kalaulah mereka berdua ini 'tidak kebal' dalam politik negeri dan negara, mereka ini sudah pun mati politiknya.

Contoh, dalam PRU12 TSP tidak diturunkan, Jadi sewaktu Datu Musbah di turunkan kenapa budak Iranun di dalam UMNO tidak memberontak untuk melobi siapa diantar mereka yang layak diketengahkan?

SMA said...

sambungan....

Sewaktu DSSK digugurkan, kenapa budak-budak Bajau di Usukan yang terpelajar tidak memberontak sebab tidak dicalonkan, sedangkan mereka juga layak seperti DARD?

O, rupanya dosa DSSK dan TSP pada rumpun mereka di KB terlampau besar dan tidak boleh dimaafkan.

Rupanya dosa mereka ini begitu besar sekali, sehingga bahawa walaupun pengganti mereka berdua ini orang dari luar dan pemimpin-pemimpin 'below par' dari mereka dibolehkan saja, walaupun Daerah KB akan kehilangan wakil yang lebih berwibawah di arus perdana politik negeri dan negara.

Dan adakah dengan berbuat demikian (mengaibkan DSSK dan TSP) maka bertambah majulah KB.
Maka bertambahlah infrastruktur di KB.
Maka, jadi lah projek jelapang padi.
Maka terpasanglah paip-paip air.
Maka akan ramai lah akan berjaya jadi korprat di KB.
Maka mata pemimpin atasan akan terbuka, bahawa di KB sekarang ini sudah ada ramai pemimpin yang boleh di angkat mengganti DSSK dan TSP....dan pengganti-pengganti ini dilantik sebagai Menteri Penuh di Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah

KELAPA MAWAR, BEGITU KAH?

Atau mereka ini (pengganti), akan diberikan jawatan paling tinggi seperti yang ada pada Hj Musbah, Japlin dan Albert Timbun?

Atau pemimpin orang lain di tempat masing-masing akan mengangkat pemimpin-pemimpin mereka juga supaya dapat memegang jawatan yang lebih berkuasa daripada hanya sebagai Pembantu Menteri atau Wakil Rakyat biasa sahaja.

Atau Bajau dan Iranun di KB sudah berpuasa hati dengan kebaikan Musa Aman yang lantik tiga orang Pembantu Menteri di KB, iaitu Musbah, Japlin dan Albert Timbun.

besambung...

SMA said...

sambungan...

BEGITU KAH HALNYA, WAHAI KELAPA MAWAR?

Kalau begitulah halnya, malanglah bagi rumpun bangsa saya ini. Sebab saya lihat dimerata di negeri Sabah begitu juga halnya.

Amir Kahar di buang di Kudat. DAAD dibuang dari Tuaran sebab tidak sehaluan dengan Ali Asgar dan Hajiji (sedangkan mereka ini)bersaudara. Disemporna, Datuk Sahfie di tentang oleh Ainal Fattah, Basali Hj Abdul Hamid, Datuk Harman dan Datuk Ramlee Marhaban (semua org Musa Aman).

Di Kunak dan Lahad Datu, Hj Yusoff dan Datuk Yusof Amat Jamlee dikalahkan oleh orang lain.

Di Tungku, rumpun saya di perkotak katikkan oleh Ustaz Suhaili (Idahan)

Di Kota Marudu, Datu Bidin Datu Saruddin di kalah kan oleh Wetrom Bahanda (Dusun)

Dan macam...macam.....macam.....lagi karenah rumpun bangsa ku ini.

Bagi saya seorang nelayan dari suku Palahau yang tiada pendidikan ini, saya merasa amat terhina kalau tren ini tidak dapat dibendung.

TERHINA RUMPUN BANGSA SAYA, MAKA IKUT TERHINALAH JUGA PALAHU INI. Sedangkan rumpun saya yang tinggal di darat akan terhina, apa lagi saya yang tinggal di laut yang sudah sememangnya hina di pandangan mereka yang serumpun dan sebangsa dengan saya.

SHUKOR ALHAMDULILAH, Tuahan ku KAU lah penentu atas segalanya.

Sekian, cuma setakat ini komen saya, dan saya tunggu posting sdr yang akan dtg.

Terima kasih.

SMA

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Thanks kerana melawat serta memberi komen di blog saya.

Now, walau pun sehingga kini, saya tidak memberi sebarang komen dalam siri ini, namun saya maseh juga mengikuti perkembangan penulisan kalian.
Terutama sekali ulasan panjang lebar blogger SMA yang telah banyak menghuraikan sejarah lama atau nostalgia perjuangan DSSK dan TSP selama ini.

Saya percaya, pemerhati politik atau pun bloggers yang lain juga mengikuti nya.

Persoalan nya, sejauh mana kah cerita yang dramatis ini mampu menarik hati yang lain untuk menaruh kepercayaan semula kepada kedua-dua pemimpin sensasi ini, terpulang lah kepada pendapat masing-masing.

However, bagi saya, penulisan SMA ini memang ada juga hubung kait nya dengan tajuk “PEMIMPIN KOTA BELUD DILIHAT DARI ASPEK RUMPUN SEBANGSA” yang KM postkan.

Saperti kata KM, bahawa saya “Sebagai orang yang mengenali tokoh yang diperkatakan seperti DSSK dan TSP, maka idea itu Nampak lebih dekat dan sentiasa dikemaskini”. Rasa nya ‘statement’ itu, ada juga kebenaran nya. Kerana itu lah saya pekah dengan cerita nostalgia yang telah SMA sampaikan dengan panjang lebar disini.

Walau macam mana pun, perkara ini tidak lagi banyak kesan nya sekarang, kerana apa yang di ceritakan ada lah nostalgia atau kisah lampau.

Masa kini, pasti nya sudah ada perubahan. Situasi talh di warna warni kan oleh peredaran masa. Muda mudi telah banyak yang berpendidikan tinggi disamping mempunyai ideologi ‘era baru’ yang mungkin jauh berbeza dengan ideologi yang lama.

Syugia nya, saya tidak berharapan sangat, sama ada perjuangan dan pengorbanan kedua-dua pemimpin tersebut maseh lagi dihargai oleh kumpulan muda, kini.

Saperti yang pernah saya kata kan dulu, walau pun perhubungan saya dengan kedua-dua pemimpin ada lah ikrab, namun dalam kontek ‘political doctrine’ ada perbezaan kami.
Yang jelas sekali, mereka ada lah ahli UMNO (BN), sedang kan saya tidak berparti( Bebas ‘mandatory’).

Walau macam mana pun, beberapa perkara yang disentuh oleh SMA dan blogger KB yang lain harus juga kita fikirkan bersama. Ia itu, mengenai ‘survival’ orang-orang kita dimasa akan datang. Ala tuju politik kaum kita untuk dapat bersama-sama kaum yang lain dalam menekmati kuasa.

Salam semuga kalian sukses

kelapa mawar said...

Salam kelambu harimau..

nama pun dahsyat...macam penuh mistik.rasanya first time sdr mampir di halaman saya. Ulasan dan pandangan sdr saya alu-alukan dan saya hargai. Semoga sdr tidak di gigit nyamuk ( renggit)..kerana sdr pakai kelambu. Wassalam.

kelapa mawar said...

Salam sdr SMA..

Ma kasih atas kunjungan sdr yg tidak putus-putus..dan saya menghargainya..banyak juga idea sdr ya..kalaulah sdr menulis di blog sdr bolehlah kami singgah dan memberikan buah fikiran..sekurang-kurangnya sdr dapatlah juga mengetahui pemikiran kami di KB ni...Atau sdr ada blog lain yang semamangnya 'panas' tetapi tidak menjemput kami turut serta..

Ramai pemimpin di Kb yg ada blog, tapi jarang yg berkomunikasi dgn cara membalas ulasan yg diberikan.

DSSK langsung tiadak slot ulasan. TSP pula ada tapi jarang direply....

DARD juga ada dan kadang-kadang di reply..kadang2 tidak..

Datuk HJ muSbah dan Japlin langsung tiada blog...Segala pemikiran mereka tersembunyi..rakyat gagal membacanya...

Harap sdr fikirkan. Wassalam

kelapa mawar said...

salam sdr Solymone..

Ma kasih atas pandangan sdr itu..saya amat menghargainya..

Saya amat bersetuju dgn pandangan sdr bahawa apa yang berlaku pada zaman dulu mungkin sudah tidak sesuai pada masa ini..perubahan sentiasa berlaku..imej dan kredibiliti pemimpin sudah menjadi perhatian masyarakat. kalau dulu pertimbangan pemimpin jarang dipersoalkan...

Tun Mustafa..dilihat mempunyai idea genius sehingga dibiarkan merancang dan melayari bahtera USNO secara lebih berkuasa..golongan muda jarang dipedulikan idea dan pandangan mereka. akibatnya jadi perpecahan dan ramai yg keluar dari USNO sehingga membawa kepada kemerosotan kuasa..

Inilah yang perlu diberitahu kepada pemimpin sekarang bahawa golongan muda perlu diberikan peluang dan sentiasa dipantau peningkatan mereka...

Semoga sdr sukses. Dan dianugerahkan kebijaksanaan untuk terus memberikan idea dan pandangan.

Unknown said...

Saudari Kelapa Mawar,

Mohon laluan memberi pandangan komen yang diberikan oleh Saudara SMA. Dari lagak yang dibicarakan menampakkan yang saudara SMA ini sedikit sebanyak hampir benar dengan DSSK dan TSP kerana banyak mengetahui senario mereka politik KB. Persoalannya sekarang. Apakah apabila kita memberi peluang balik kepada kedua-dua pemimpin ini (DSSK & TSP)bermain dalam politik KB, mereka ini akan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab mereka kepada bangsanya. Inilah yang perlu mereka jawab kepada penduduk KB, kerana sewaktu mereka mempunyai kuasa dahulu ramai penduduk KB merasakan yang mereka ini telah lalai sehingga masalah pokok bangsa mereka terabai begitu sahaja.

Misalnya masalah petani di KB, kenapa sewaktu TSP jadi Menterinya tidak melakukan sesuatu terhadap masalah petani seperti menyediakan sistem pengairan yang baik kepada para petani. Sedangkan sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, kita fahami mempunyai kuasa sepenuhnya membuat perancangan terhadap kementeriannya.

Dan kenapa Musbah yang hanya memegang wakil rakyat tahun 1999 dan pembantu menteri 2004 mampu membawa Jelapang Padi kepada KB. Kenapa ini terjadi? kita tahu kuasa pembantu menteri terhad betul kerana dia dibawah kuasa menterinya.

Yang menghairan saya apabila Datuk Musbah berjaya membawa kumala(Jelapang Padi) KB. Dia dijatuhkan dalam jawatan Ketua UMNO KB, ditakuti akan melakukan lebih banyak pembangunan KB sehinggakan orang KB lupa kepada DSSK dan TSP.

Demikian juga DSSK apa yang dia lakukan kepada KB setelah 18 bulan memegang Ketua Menteri, Saudara SMA cakap satu masa yang singkat. Kenapa Datuk Chong di Kudat mampu menjadikan kudat antara bandar pelancungan di Sabah.

Apapun Saudara SMA jangan terlalu yakin kepada DSSK dan TSP boleh membuat yang lebih baik kepada KB kerana kedua-dua pemimpin telah teruji akan kemampuannya mentadbir KB, tetapi gagal.

Oleh kerana kegagalan mereka membawa pembangunan kepada KB, maka mereka kini mencanang gong mereka pula kepada perjuangan suku bangsa. Sebagai orang politik saya tidak akan tertipu dengan permainan politik seumpama ini.

Pada saya, kedua-dua pemimpin ini tidak boleh menerima kenyataan apabila MUSA AMAN mengalahkan mereka dalam permainan politik. Sedangkan siapa juga Musa Aman sewaktu mereka memegang kekuasaan dahulu, TSP cakap orang suruhan mereka sahaja.Inilah ba yang dikatakan manusia sentiasa tidak menerima kebolehan orang lain apabila orang lain itu telah dapat menyaingi kebolehan mereka.

Apapun kita fikirkan akan kebenaran hujan saya ini. Wasalam.

palingberani said...

salam sdri KM dan sdr nyawa dan badan..

Masuk juga di otak saya idea sdr nyawa dan badan..kan.kan..kan.,.

Saya rasa sdr nyawa dan badan..baca posting terbaru KM..Proses rejuvenasi..kah apa kah tu..? terjawab di sana...

saya pun nak pergi baca ni..bye hingga ke temu di sanaaaaa..

PENDIKAR KEBENARAN said...

Salam....
Anak2 sekalian...kenapalah SMA ini, nyanyuk ke apa? bercakap tak tau mana hujung mana pangkalnya...

Unknown said...

Salam,
Rencana sdri KM harus didifirkan sejujurnya

SI RENGIT said...

salam...

Ndak tahan kapanasan sudah bah itu si Somprot...kiri kanan hentam depan terajang..belakang kena gigit...kasian...Saya setuju dengan ulasan saudara Nyawa bin badan...canang sana sini DSSk hanya pegang jawatan ketua menteri 18 bulan...Chong Kah Kiat pula macamana...nak tipu orang pun tak pandai....Kasian si Somprot ini...

tapi ada juga kebenaran idea si SOmprot ini cuma macam saudari Km kata na kakaburan kami bah lagi...tq

SMA said...

Sdr/i Kelapa Mawar,

Sdr/i Bloggers yg terbaca pendapat Palahu ini,

Menjawab komen Nyawa bin Badan:

Jelapang padi di Kota Belud, siapa bawa?

Jelapang padi di Kota Belud bukan Hj Musbah yang rancang dan bawa ke Kota Belud. Rancangan jelapang padi diseluruh Malaysia dulu telah dibekukan sewaktu Tun Daim Zainuddin memegang jawatan Menteri Kewangan.

Alasan pembekuan adalah kononnya adalah lebih murah untuk mengimport beras dari negara jiran seperti Thailand dan China daripada Malaysia mengeluarkan berasnya sendiri.

Kos mengeluarkan beras sendiri dikatakan mahal sebab kita tidak mempunyai tanah datar yang luas yang sesuai untuk dijadikan jelapang padi.

Maka itu, dasar telah ditetapkan supaya Malaysia mengeluarkan padi setakat lebih kurang 30% sahaja . Atas dasar ini maka wujudlah dasar penswastaan yang memberikan kebenaraan kepada beberapa syaraikat tanah air untuk memgimport beras.

Pembekuan ini telah dibuat sebelum kerajaan UMNO-BN mengambil alih dari PBS.
Akan tetapi, pembekuan ini tidak adil bagi Sabah.

Atas sebab ketidakadilan ini maka Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dibawah kerajaan baru (UMNO-BN) memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji balik pembekuan itu bagi negeri Sabah.

Jawapan dari Kerajaan Persekutuan ialah tidak ada tanah-tanah yang sesuai di Sabah. Kononnya, tanah seluas lebih kurang 50 ribu ekar di Kota Belud dikatakan tidak sesuai sebab berpasir dan dekat laut(laporan ini mereka dapati dari analisis tanah negeri).
Kononnya, untuk membina jelapang padi di Kota Belud ianya akan memakan belanja lebih kurang 120 juta ringgit.

Setelah Kerajaan Persekutuan di ambil alih terajunya oleh Pak Lah maka dasar-dasar baru di ketengahkan. Yang diutamakan ialah Industri Pertanian. Maka kajian semula terhadap dasar padi dan beras negara telah dibuat oleh Kementerian Pertanian Kerajaan Persekutuan di bawah Menterinya yang baru Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Mengambil kesempatan kepada dasar ini maka suatu kertas kerja yang menyeluruh berhubung jelapang padi yang dibuat oleh beberapa orang pegawai di IDS telah dikemukan kepada Kerajaan Persekutuan.

Kertas kerja tersebut telah diterima oleh Kerajaan Persekutuan dan pada PRU12 sewaktu berkempen di Tempasuk, Tan Sri Mahyuddin telah mengumumkan peruntukan sejumlah 200 juta ringgit untuk jelapang padi di Kota Belud.

Bersambung....

SMA said...

Sambungan.....

Maka dari fakta tersebut diatas, bukan lah Haji Musbah yang 'merancang dan membawa jelapang padi keKB'.

Tapi saya tumpang tanya pada Nyawa Bin Badan, mana sudah itu projek? Sudah mulai kerja kah? Kan Muhyiddin sekarang ini sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri? MULAI KERJA LAH!

Menjawab isu Chong Kah Kiat yang membangunkan Kudat dalam masa singkat:

Chong Kah Kiat tahu bahawa masanya cuma dua tahun sahaja maka dia ambil kesempatan untuk membangunkan Kudat walau-apa-cara sekalipun.

Atas sebab itu CKK telah menggunakan wang peruntukan Pre-emtif sejumlah 70 juta dari Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diagih-agihkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat di seluruh Sabah. Itulah antara sebab kenapa ramai wakil rakyat yang menyumpah pada CKK pada ketika itu.

Manakala DSSK sewaktu dia memegang jawatan Ketua Menteri dia berkerja berhati-hati dan menunjukkan sikap yang adil kepada semua rakyat di Sabah. Dia ambil iktibar dari isu yang disuarakan oleh rakyat terhadap Tun Sakaran sewaktu dia memegang jawatan Ketua Menteri yang sepanjang hari (dari pagi ke malam) melayan orang-orang kami dari Semporna sahaja.

Lagipun DSSK fikir pada ketika itu, DSAI akan jadi Perdana Menteri dan akan memansuhkan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Dalam erti kata lain, DSSK fikir bahawa masanya panjang memegang jawatan Ketua Menteri.

Kalau mungkin DSSK tahu pada ketika itu bahawa mentor politiknya DSAI akan jatuh dari kedudukannya, sudah tentu dia pun akan buat seperti yang CKK buat di Kudat.

Kelapa Mawar, saya tahu perkara ini sebab saya adalah seperti juga Kelapa Mawar, teliti orangnya. Saya takut memaparkan perkara yang tidak betul.

Dari awal lagi, saya telah nyatakan saya tidak suku berpolitik sebab 'politikal game' adalah bukan minat saya.

Minat saya ialah "sanggup mati" untuk memaruahkan bangsa dan bukan mengaibkan pemimpin-pemimpin rumpun saya yang sedia ada yang saya jangka dapat berperanan untuk mengembalikan maruah bangsa.

Saya belum pernah 'menidakkan' peranan pelapis, tetapi saya berpegang teguh kepada prinsip iaitu, 'JANGAN ROBOHKAN ISTANA USANG SEBAB ADA PONDOK YANG BARU. SEBURUK-BURUK ISTANA, ISTANA JUGA NAMANYA.'

Sekian.

SMA

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Maaf saya kerana terpaksa meminta lalulan untuk menjawab hujah yang dikemukakan oleh SMA, Saudaraku bangsa palahu(SMA), lagak tuan orang palahu, bicara tuan macam orang kanan kepada TSP, apapun yang dibangkitkan tuan jawab dengan penuh fakta. Saya cakap Datuk Musbah yang bawa itu jelapang padi kerana saya dengar dia yang menguar-uarkan sejak dia menjadi Ahli Dewan Rakyat 1999 lagi.


Sementara sebelum itu TSP pernah jadi Menteri Pertanian Negeri Sabah, saya juga menghadiri majlis-majlis anjurannya atau orang lain belum pun saya dengar dia mengutarakan idea Jelapangn Padi ini. Soalnya bagaimana SMA pula yang tahu mengenai jelapang Padi ini, macam SMA ini pernah jadi Menteri Pertanian lah pula. Apa pun saudara SMA hujahkan masyarakat KB umum telah mengetahui bahawa Jelapang Padi adalah Datuk Musbah yang mengusahakanya sehingga kini.


Mana sudah itu projek? Saya bukan dekat dengan Datuk musbah, tapi mengetahui bahawa projek2 itu sedang dalam perlaksanaan sekarang ini. Memanglah dalam masa yang singkat ini mustahil kita nampak akan hasilnya secara mendadak. Orang beranak pun kena melalui pengandungan selama 9 bulan barulah dia melahirkan bayinya.
Alah mak. Saya kena stop hujah ini ada pangilan penting. Jumpa lagi SMA di lain kali.

SI RENGIT said...

salam...

DSSK eroninya biarkan kb tiada pembangunan sebab dia pelihara daerah lain...motifnya ingin pegang jawatan ketua menteri dengan lama...ala...ala...mahathir...katakan...

DSSK gila kuasa...sama dengan TSPA....hambur harta dan hidupkan orang lain...Tamahak sangat kesannya masyarakat KB memberikan ucapan dan layanan istimewa dengan cara "Kebencian..."

Satu Yang amat melucukan...DSSK mentornya pula pak juburi (Bukan mengata atau menuduh tetapi itulah gelaran puak UMNO kepada beliau) ek....!

BELUM PENDEKAR said...

Sungguh lucu membaca hujah-hujah yang diutarakan oleh KM dan mereka yang sealiran pendapat dengan beliau...

saya ada persoalan nak tanya... apakah sebenarnya kredibaliti KM dan kuncu-kuncu nya dalam mempersoalkan DSSK dan TSP?... kalau seperti kata KM, DSSK dan TSP tidak pernah menyumbang kepada masyarakatnya, apakah pula jasa dan sumbangan yang telah KM berikan sehingga beliau merasakan bahawa beliau kononnya layak mengadili kedua-dua pemimpin tersebut?.

Berapa orang telah KM bantu untuk belajar ke menara gading?.. berapa banyak projek pembangunan telah KM bawa ke KB... Owh... jawapan KM saya bukan pemimpin jadi saya tidak dapat menyumbang... hahahaha... pandangan dan jawapan yang berupa "escapism"... inilah sebenarnya sikap yang tak ubah seperti "mengata orang, diri yang lebih"

Apakah pula pencapaian KM ini dalam bidang pemikiran sehingga beliau seolah-olah berlagak mcm pemikir yang hebat... cuma kandungan tulisan beliau pada saya "kosong"... tiada substantif... yang ada hanya tohmahan dan pandangan beliau sendiri yang kononnya DSSK dan TSP dah tak disukai... adakah apa-apa statistik yang membuktikan ini wahai KM?...

Namun, saya akan cuba faham... KM mungkin menulis bagi pihak orang tertentu. Jadi, sebagai penulis "bagi pihak" kenalah dengan cara beginikan... so, bolehlah dapat habuan yang banyak dari "boss"... kesian... sungguh kesian...