Jika bersandarkan kepada paparan dalam blog DARD bertarikh 12.sept. yang lepas," SEMUANYA UJIAN ALLAH SWT". menceritakan bagaimana sebuah keluarga di Kg.Taun Gusi, di timpa musibah ,apabila rumah mereka terbakar dalam satu kejadian selepas solat Maghrib. Dan Kebetulan berada di lokasi kejadian ahli parlimen ini, berkesempatan menjenguk mangsa yang terlibat. Sebagai rekod kawasan Taun Gusi adalah dalam kawasan DUN TEMPASUK yang diwakili oleh DATUK MUSBAH JAMLI yang juga 'orang ' di kampung itu. Dan sebagai rakyat biasa, kita merasakan keperhatinan DARD sangat kita sanjungi.
Dan pagi tadi ketika saya, minum pagi bersama-sama dengan beberapa orang "penyokong kuat" DARD dari Pantai Emas...saya juga diberitahu bahawa ada lagi satu 'kebakaran' berlaku di Kg. Tamau, juga dalam DUN TEMPASUK, pada dua hari yang lepas. Daripada maklumat yang saya perolehi..tuan punya rumah yang terbakar itu di miliki oleh seorang penyokong tegar DATUK MUSBAH HJ. JAMLI... sama ada hal ini sudah dimaklumkan kepada DATUK MUSBAH, saya masih belum dapat memastikannya.
Namun sebagai rakyat biasa, saya berpandangan, pemimpin di Kota Belud..perlu lebih peka kepada hal-hal sebegini..kerana mangsa yang terlibat memerlukan bantuan segera untuk meneruskan kehidupan mereka. bayangkan jika kebakaran itu memusnahkan kesemua keperluan harian mereka. Tentunya sumbangan dan perhatian pemimpin akan mengurangkan beban rakyat yang dilanda musibah itu.
Pada waktu yang sama...daripada sembang-sembang pagi itu, ada juga yang merasa kurang senang dengan 'ketangkasan' pihak Bomba Dan Penyelamat Kota Belud dalam mengenai kes kebakaran yang berlaku itu. Pihak Bomba bukan sahaja lambat sampai, tetapi juga dikatakan menghadapi masalah mendapatkan bekalan air untuk memadamkan kebakaran . Mereka terpaksa mengepam air sungai yang berdekatan dan ini melambatkan proses memadamkan kebakaran . Barangkali inilah natijah awal kepada masalah bekalan air di daerah Kota Belud. Bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat tetapi juga menyukarkan tindakan menyelamat jika sesuatu musibah kebakaran berlaku.
Rasanya sudah perlu ada kesepakatan ikhlas di kalangan pemimpin Kota Belud untuk melihat hal ini dengan lebih serius. Mengusahakan apa yang perlu dilakukan segera. menyelesaikan bekalan air di daerah ini, mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan, yang berkaitan dengan agensi bomba dan penyelamat, selain menggerakkan jentera parti dan 'peribadi' untuk memantau hal-hal sedemikian.Dan apalah salahnya di saat rakyat di timpa malang tidak berbau ini..pemimpin turun padang melawat mangsa sebagai tanda keperhatinan mereka kepada rakyat. Kerana rakyat inilah yang mendukung mereka sehingga diangkat sebagai YANG BERHORMAT. Setidak-tidaknya, DSSK dan TSP juga boleh turun padang..kerana 'kemalangan' sebegini berlaku tidak bersandarkan kepada fahaman politik dan pendirian peribadi. Alangkah janggalnya di mata rakyat..jika pemimpin sibuk dengan kemeriahan sambutan Hari Raya dengan mengadakan "Rumah terbuka" sedangkan, rakyat sudah tidak punya rumah untuk dibuka.
11 ulasan :
Assalamuwalaikum...Sdri KM..
Saya mengucapkan tahniah atas paparan KM kali ini..dekat dengan hati rakyat di kota Belud.
Buat pengetahuan sdri KM, kebakaran di taun Gusi itu, saya juga turut sama menyaksikannya..memang benar..Bomba dan Penyelamat agak lewat sampai dan ketiadaan air menyebabkan kesukaran utk memadamkan kebakaran.
Mengenai kebakaran di kg.Tamau..saya juga ada mendengarnya...kalau tak silap rumah En. Bukaria..(penyokong Hj. Musbah..)
Pemimpin di KB perlu melupakan perbezaan peribadi...terutama ketika rakyat memerlukan bantuan dari mereka.
Salam Saudari Kelapa Mawar,
1. Wakil rakyat KB hari ini lebih bertanggungjawab jika kita bandingkan dengan wakil rakyat sebelum ini. Saya difahamkan Datuk Musbah adalah orang yang lebih awal datang ke rumah En Raflis (Ketua Cawangan UMNO Batu Gadung) sewaktu kebakaran itu berlaku. Cuma kita tidak tahu apakah? Bentuk bantuan yang Datuk Musbah hulurkan nanti. Walau bagaimana pun sebagai wakil rakyat, Datuk Musbah telah menunjukan yang beliau telah turun padang membantu rakyatnya yang ditimpa musibah.
2. Bukan macam TSP yang menjadi wakil rakyat DUN tempasuk sebelum ini yang membiarkan orang kuatnya En. Mukaris Haji Etok mengharungi liku-liku hitam apabila rumahnya juga telah terbakar 3 tahun yang lalu. Bantuan PPRT lagi yang dapat diberi, sedangkan wang sikit pun tiada langsung. Kalau orang kuat sendiri dibuat begini agaknya saudari Kelapa Mawar bagaimanapula cerita orang lain?. Inilah TSP yang sangat dipertahankan oleh saudara Sambal Belacan. Somprot Mesra Alam dan Belum Pendikar. Bagi mereka yang merasai kehidupan di bawah ketiak TSP sewaktu menjadi Adun pasti merasai akan kelalaian beliau sebagai wakil Rakyat.
Salam ziarah kak Kelapa Mawar..
saya rasa paparan kak kali ini lebih merasai keperitan masyarakat bawahan yang di timpa musibah..saya harap kak KM dapat meneruskan paparan begini..
Saya raspone..ulasan sdr nyawa bin Badan tentang kebakaran rumah orang kuat TSP di Kg. Tamau..Saya secara peribadi mengenali En. Mukaris kerana dia adalah pak cik sebelah emak saya. Dan musibah yang menimpa pak cik Mukaris itu turut saya rasai sebagai ahli keluarga terdekat. Sehingga kini keluarga pak cik mukaris hidup dlm kedaifan...suatu ketika saya juga mengusulkan kepada Pak cik Mukaris utk meminta bantuan dri TSP..tetapi TSP susah ditemui (ketika itu berada di KL )..
Apa apapun kami sekeluarga dpt juga hidup seadanya. Kami di Marampayan ini pun susah diceritakan..sedangkan TSP sendiri org di sini...ramai lagi yg hidup melarat. Biarpun begitu kami tetap berbangga kerana TSP menjadi pemimpin Iranun yg disegani di peringkat negara.
Salam Kelapa Mawar,
Jika difahami apa yang saudari nyatakan menunjukan TSP telah gagal sebagai wakil rakyat ketika itu. Kalau orang kampung halamannya banyak lagi yang melarat nah!, inikan lagi kampung orang lain, pastinya tidak diipedulikannya. Pendek kata TSP bukanlah calun yang layak dalam konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Salam...KM...selamat hari raya..
P/s: nayawa bin badan, kalau betul dia orang kuat HJ Musbah@Semut Merah/DARD...akan terbuktilah akhirnya apakah mereka boleh membela org2nya seperti DSAI ttpi bukan macam TSP...kalau tidak saya akan jemput DSAI, LKS, TGHA turun padang di perkampungan Iranun KB...
saudari KM, Saya rasa persoalan pokoknya ialah bagaimana mengatasi masalah bekalan air. tanpa menafikan kehendak takbir, masalah air di KB harus segera dipulihkan kerana ini antara sebab kelembapan bekalan air dalam proses memadam api rumah yang terbakar. sebenarnya jika kita meneliti bantuan yang YB beri amat dihargai oleh si mangsa. dalam komen di sini saya melihat ramai yang mengondem TSP. Adakah sesiapa memberitahu TSP kebakakran itu? mengapa TSP tidak turun? Adakah TSP harus juga dipersalahkan kerana kelemahan bekalan air? saya pun tidak pasti adakah tsp tahu ketika itu.tetapi apa yang pasti orang-orang UMNO ni selalunya kalo minta tolong disampaikan bantuan, bantuan itu pulak tak sampai. Tgk DARD sampai sekarang pun bantuan kepada team kompang dan KAFA tak sampai-sampai sedangkan menurut beliau sudah diberikan. saya pasti ini memang tradisi dalam UMNO. Itu pasal Datuk MusbahJ dan DARD turun sendiri takut dapat nama buruk bah.tentang bekalan air, sebelum TSP, Datuk Musbah pun Jd YB juga di tempasuk, apa crita air? sama juga bah. beginilah kalau sama BN juga. rakyat sabah harus sedar, kita sedang diperkotak katikkan oleh org seberang sana. memang bagi projek berbilion2 tapi adakah nampak? time budak-budak kita minta kerja sampai pegi sana guna duit sendiri untuk assessment sahaja.tu belum kmpom dapat interview. contoh Accountant General Assessment Centre di tanjung malim bermula 07/08/2009. pengambilan guru sandaran untu sekolah agama bantuan kerajaan pun borangnya dihantar ke sana dan mereka yang menilai. macam tiada pulak sektor pend. Islam di sabah. bagus bakar jak la JPNS tu pasal tidak juga digunakan.hehe..memain jak. Kita harus melihat masa depan sabah bersama ketika ini, harus juga kita berfikir mengapa jadi begini. kenapa disarawak ketua jabatan persekutuannya semua orang sarawak. kenapa sarawak berjaya membentangkan bajet seimbang? kenapa sabah bajet negatif bersama negeri lain? Di sarawak tiada parti UMNO. Barisan Nasional dipimpim PBB dan berjaya menidakkan UMNO di sana. tidakkah iranun berasa kerugian bila TSP bubarkan AKAR bila didesak TUN M. Sekarang TUN M kena kalung selipar oleh MIC pasal busy body pasal MIC. Beliau pikir pasal BN dan tidak mahu Anwar berkuasa dia takut meninggal di penjara bah kali. macamana juga MIC ndak marah kalau parti kena kacau, cuba dulu kalau kaling tegur-tegur kepimpinan UMNO, ndak dorang marah? pikirlah ba sikit. tanpa menyebelahi MIC saya suka juga tengok BN berkecamuk kerana saya penyokong tegar PAS tetapi saya tidak mahu rakyat menjadi mangsa. biarlah PAS kalah asalkan rakyat sejahtera. mari kita sama-sama ajukan masalah air ini kepada DARD dan YB yang berkaitan.
Salam Kelapa Mawar,
1. Mohon laluan untuk menjawab persoalan Watasikadi, saya menghargai saudara bersama-sama dengan Parti PAS, namun janganlah blam semua pemimpin UMNO itu sama sahaja. Kita di UMNO sentiasa memilih pemimpin yang terbaik untuk membela rakyat KB. Sebab itu kita menilai pencapaian setiap pemimpin UMNO yang telah menjadi wakil rakyat.
2. Orang-orang PAS jangan terlalu ghairah sangat dalam berjuang menubuhkan kerajaan yang dikongsikan dengan PKR dan DAP. PAS telah hilang arah perjuangan, Dulu perjuangan asal ialah untuk menegakkan Negara Islam. Sekarang apa yang telah terjadi, kenapa pula sanggup mengenepikan agenda utama itu. Orang DAP yang dikatakan dahulu musuh ketat PAS sekarang ini dah jadi kawan sejati.
3. Apakah saudara boleh jamin yang suatu hari nanti Islam dan kepentingan bumiputra akan terjamin jika Pakatan Rakyat memerintah Negara. Atau Negara kita akan jadi huru-huru kerana pemimpinnya ketika itu bercakaran kerana masing-masing berlumba-lumba menegakkan benang yang basah. Fikir-fikirlah! Saudara.
4. PAS dikatakan memperjuangkan Islam, apakah saudara dapat mempastikan semua pemimpin PAS itu menunaikan ajaran Islam. Saya ingat dulu Saudara Ladim Haji Usah setiausaha kerja perhubungan PAS Sabah. Tipu derma PAS kepada seorang Hamba Allah yang kemalangan bersama persuruhjaya PAS Sabah Datu Bandira sebanyak RM 20 ribu. Ada juga pemimpin meninggalkan sembahyang wajib seperti jumaat.
5. PAS kalau semua mahu dihormati hendaklah menterbiah pemimpinnya terlebih dahulu dan menunjukan contoh yang terbaik sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah ALLAH SWT.
6. Yang paling penting mengislamkan DAP atau paling tidak pun mengubah tanggapan DAP terhadap ISLAM dan bersedia menerima ISLAM sebagai tunjang pentadbiran Negara.Kalau ini dapat dilakukan saya percaya orang melayu akan bersatu menyokong PAS kalau tidak saya pasti mereka tetap menjadikan UMNO wadah perjuangan terbaik masa kini.
Assalamuwalaikum KM dan rakan-rakan lain..
Begini sajalah..Datuk Musbah sekarang sudah ada blog nya..jadi apa kata beliau memaparkan lawatannya ke tempat kebakaran di kg Tamau itu...macam datuk rahman ketika kebakaran di kg Taun Gusi tempoh hari ...barulah kita percaya.
Tumpang tanya..Dari mana sdr Nyawa bin Badan tahu..Datuk Musbah datang menziarahi keluarga tersebut ? jangan2 sdr nyawa bin badan ni serkap jarang ..
Kalau TSP mungkin boleh la..Tapi saya rasa SSK pun gantung2 ja sekarang..
Assalamualaikum kpd semua,
Salam AidilFitri,maaf zahir dan batin.
Dipendekkan cerita.sila lawat saya dalam blog ADUN TEMPASUK http://musbahjamli.blogspot.com
Saudara Paling Berani,
Nampak gaya tuduahan saudara yang saya nie serkap jarang telah terjawab. Sila lawati Blog Datuk Musbah. Kan dia ini yang awal datang di tempat kejadian. Bukan itu saja difahamkan kejadian yang sama di Taun Gusi juga turut dilawati oleh beliau semasa kejadian. Syabas Datuk Musbah tunjukan kepada pemimpin Iranun terutama macam TSP yang saudara pun boleh menjaga bangsa Iranun kerana saudara juga berdarah keturunan Iranun.
Post a Comment