Ketika begitu rancak memperkatakan soal-soal kepimpinan dan pemimpin di daerah Kota Belud..dengan memfokuskan perbincangan kepada sumbangan pemimpin berkenaan, juga berkait rapat dengan pergolakkan politik peribadi para pemimpin ini di ruang cyber, tanpa kita sedari di peringkat akar umbi juga berlaku yang demikian. Paling tidaknya cerita-cerita kedai kopi dan warung di bulan ramadan ini. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai seorang anak Iranun yang sekarang ini sedang menghabiskan" Degree Master" dalam bidang pengurusan kepolitikkan telah dengan berani mengedarkan borang soal selidik mengenai kepimpinan politik di Kota Belud. Soal-selidik ini dibuat lantaran kerana tesis pengajian politiknya berkaitan dengan isu berkenaan. Dan ketika duduk petang saya sempat menerima dan menjawab borang soal-selidik itu. Katanya borang-borang itu sedang beredar di perkampungan Iranun dan suku Bajau. Terkecuali di kawasan kadazan/dusun yang dipinggirkan kerana atas beberapa faktor terutama pengangkutan.
Antara soalan soal selidik yang begitu menarik perhatian saya ialah: Apakah yang anda harapkan bagi seorang pemimpin..? Apakah kriteria yang anda pertimbangkan ketika memilih pemimpin..? Apakah sumbangan fizikal di tempat anda yang boleh anda katakan diusahakan oleh pemimpin pilihan anda? ...Sebenarnya terdapat 60 soalan yang terdapat dalam borang soal selidik ini, dan kita hanya menggunakan hampir 20-25 minit untuk menjawabnya.Saya difahamkan borang yang sudah diedarkan sudah mencecah 2000 naskah. Barangkali itu hanya di perkampungan Iranun, dan belum melibatkan sejumlah yang sudah diedar di perkampungan suku kaum Bajau.
Ketika menjawab soalan soal selidik ini saya terfikir begitu masyarakat sekarang terdedah kepada satu bentuk pendedahan kepimpinan di peringkat kampung, daerah ataupun nasional. Tentunya data yang diperolehi nanti boleh dijadikan sebagai sumber primer atau sekunder, sekurang-kurangnya untuk membincangkan perihal kepimpinan dan pemimpin di Kota Belud. Data emprikal yang diperolahi bukan sahaja berguna kepada pengkaji tetapi juga kepada masyarakat sekitar Kota Belud untuk mengetahui citarasa dan naluri mereka memilih pemimpin. Rasanya saya terfikir, rakyat dan masyarakat sekarang bukan sahaja tidak mengendahkan lagi segala teori-teori sumbang dari pemimpin serta pelbagai mitos yang sengaja di war-warkan, malahan sudah ada satu bentuk gelombang kesedaran di kalangan masyarakat di Kota Belud.
Penolakkan beberapa pemimpin yang terdahulu bukan lagi atas faktor bangsa dan agama, tetapi masyarakat sudah mula mempersoalkan akan untung dan rugi memilih mereka? persoalan inilah yang selama ini tidak dipedulikan oleh pemimpin di Kota Belud. "keuntungan" kepada rakyat jika memilih mereka, tidak dipertimbangkan, sebaliknya "keuntungan' mereka jika mereka berjaya menjadi pemimpin kepada masyarakat berkenaan.. Situasi ini mula berubah secara perlahan tetapi beranjak dari satu tahap ke satu tahap. Inilah yang dikatakan kesedaran yang lahir dari 'pembangunan minda' yang berlaku. Lambakkan graduan yang terjadi di daerah ini,menuntut kepada satu bentuk pemikiran yang lebih kritis. Maka yang demikian, golongan pertama yang menjadi perhatian kepada lepasan graduan ini tentunya golongan Pemimpin yang selama ini pada hemat mereka berkewajipan membela daerah dan bangsa.
Justeru tidak hairan jika akhir-akhir ini, golongan berpendidikan ini menggunakan landasan cyber bagi menyatakan pendirian dan pandangan mereka terhadap pemimpin. Mempersoalkan percaturan pemimpin tertentu, mempersoalkan 'keuntungan' yang diperolehi masyarakat lantaran puluhan tahun mengangkat mereka sebagai pemimpin di daerah ini..juga mengutarakan bahawa, politik sempit dan peribadi mula di tolak oleh kebanyakkan golongan muda.
Mungkin keadaan ini masih tidak membimbangkan pemimpin tertentu, yang masih berkeyakinan bahawa mereka masih boleh hidup politiknya, dengan bukti sokongan yang diperolehi hingga memenangi beberapa jawatan parti..tetapi perlu difikirkan bahawa apakah sokongan itu berterusan..? atau adakah satu soal selidik telah dibuat ,golongan yang manakah memberikan sokongan itu..? Maka rasanya, sudah sampai masanya pemimpin di Kota Belud, mengadakan road show untuk mengetahui kepimpinan mereka diterima atau sebaliknya..Jika tidak mungkin satu kejutan lagi bakal terjadi..sebagaimana berlakunya 'pengguguran' beberapa orang pemimpin di daerah ini dalam pilihanraya yang lepas. Jangan bila sudah berlaku "malapetaka politik" maka barulah mengasah minda mencari 'hikmah nya".
23 ulasan :
salam kelapa mawar,
saya rasa kajiselidik itu akan menjadi rujukan yang penting. saya memberi sokongan kepada graduan tersebut. satu kajian yg menarik dan relevan dengan keadaan politik negara sekarang. sudah tiba masanya rakyat yang membuat KPI.
tahniah KM kerana penulisan kali ini amat menarik
Salam kelapa mawar,
Kalaulah politik boleh dikendalikan seperti memilih dan memasarkan barangan alangkah baiknya. Musa Aman tidak akan memilih dan mencalonkan individu-individu yang ada sekarang.
Tapi politik tidak seperti begitu dimana dunia sekali pun.
Yang penting di dalam politik ialah macamana boleh mendapat kuasa.
Dan yang 'gila kuasa' apa carapun dia akan buat.
Bayang kan kalau itu yang dibuat di Sabah, Musa Aman dan barisan kabinetnya sudah tentu tiada tempatnya. Saya boleh ramalkan lineup kabinet Sabah.
Lineupnya macam line up yang dipaparkan oleh si Rengit dalam paparannya baru-baru ini.
TSP dan DSSK akan layak di agihkan jawatan sebagai "penampal poster".
Pendapat ini adalah lahir dari hati saya ikhlas setelah menganalisis pendapat-pendapat, pemikiran dan gaya tulisan saudara-saudara bloggers di KB.
Kamulah pemimpin-pemimpin ideal yang diperlukan bukan sahaja di KB tetapi di Negeri Sabah.
Berpolitik lah dan jangan berblog sahaja. SMA tak dapat tunggu melihat kepesatan pembangunan Daerah Kota Belud.
Salam.
SMA.
mudah-mudahan cara mengambil sampel mengikut metologi kajian. Setlah data premier ini (biasanya istilah ini orang indonesia yang guna) di peroleh, cara mengkajinya perlu diketahui. pengujiannya perlu diketahui. Data tinggal data, kalau tidak mengikut metologi kajian yang diterima pakai, biasanya temuannya hanya liawauliawau ban.
Perlu ingat berasaskan pengalaman. masa belajar silat,kalau dalam latihan semua rusia boleh diperagakan, namun dikala betumbuk betul-betul, pasilat itu embangko a mata yan. Ini bukan, kiasan tapi pengalaman. Terlalu ramai yang pernah melintas di hadapan saya. Orang yang dikata kan pasisilat, bila embuno a tantu, madkel a kapakian.
Sa politik mabo mautu, pun masa pagundi,lain a ka gedam a tau, pun kena masa pangundi lain a ka gedam. Pengalaman berbicara.
Sdri Kelapa Mawar, salam Ziarah,
Topik “SOAL SELIDIK KEPIMPINAN DI KOTA BELUD”, sebeno nya bukan nya mudah untuk diulas. Kerana kalau kita setakat mengamati apa yang tersurat, tiada ape yang boleh nak dikate.
Contoh nya, response dari sdra Musli pun nampak sangat singkat, menyatakan bahawa beliau setuju dengan agenda soal selidik ini selaras kehendak rakyat untuk memberi mandat kepada rakyat yang memilih pemimpin atau menilai pemimpin melalui KPI (indek kepuasan pengundi) dsn.
Manakala dalam ulasan sdra SMA dan Musram rakunman, ada petanda keraguan atau ‘cynical’ tentang strategi ‘soal selidik’ yang digunakan untuk memilih pemimpin atau barisan pemimpin melalui percaturan akedimik (soal selidik oleh para post graduate).
Sedangkan dalam realiti dunia politik mempunyai cita rasa yang mungkin jauh berbeza.
Lagi pun kita tidak dikongsikan dengan data-data yang berupa soalan untuk kita fikirkan sejauh mana logistic atau pun statistic ini menepati sasaran yang releven.
Mungkin juga kita masing-masing mempunyai persoalan yang berbeza dalam memilih seorang pemimpin…barangkali?
Justru itu, mungkin menyebabkan kurang nya response terhadap post KP kali ini (itu Cuma pendapat saya).
So, selaku blogger pemerhati , keadaan saya terasa semacam dalam kegelapan untuk memberi sebarang ulasan yang bernas lagi selaras dengan format ‘soal selidik’ yang disediakan oleh ‘post graduate’ tersebut.
Saperti sdra Musli saya setuju dengan gerak langkah yang dilakukan oleh 'Post Graduate' tersebut.
Saya tidak mempersoalkan sama ada ia nya nanti akan diguna pakai oleh pehak berkuasa atau pun tidak. Cuma yang saya minat ia lah ‘criteria’ pemimpin yang dilayak untuk menjadi pilihan rakyat?
Contoh nya soalan nya;
i) Lelaki atau Perempuan kah?
ii) Tahap Pendidikan sejauh mana kah?
iii) Sejauh mana Latar belakang perkhidmatan dengan rakyat kah?
iv) Cukup persedian asas kah? ( cukup kewangan)
v) Mempunyai budi pekerti yang tinggi dan ilmu agama yang luas kah?
vi) Banyak ‘connection’ dengan Pemimpin yang sedia ada kah?
vii) Dan sebagai nya
Kalau hal-hal ini yang diketengahkan ( sebagai contoh) , rasa nya boleh lah kita turut mengeluarkan sepatah dua pendapat..
Otherwise, takut-takut, lain yang KM siratkan lain pula kami surat kan
Saperti biasa mohon maaf kalau ada kata-kata atau pun pendapat yang tidak betul
Semuga kalian sukses.
Salam untuk Kelapa Mawar.
Selagi kaum kita taksub menyumbar tanah KB dengan radu, ditarek oleh kerbau, minda merika setakat itu lah juga selamanya ? mungkin tidak" NOKTAKAN." Sepatutnya merika mengambil ekhtebar kini pekan kota belud sawah sudah pupus sesuai dibangun dengan bangunan bentuk terkini, Bukit bukau nya sudah kering kontang sesuai untuk dibangunankan,Beras bukit telah tiada."Tangan cencang bahu pikul telah berlalu, Noktakan tengapan merika itu. Kerana kini Zaman berpayung pada langit terbuka". Zaman kini dan mendatang, " Otak cencang hati yang memikul " Bukan lagi Zaman Tangan cencang bahu yang memikul".Saya sangat simpati dengan penunjulan penyuratan kelian sentiasa yang sering mengintraksi minda alam maya. Salam: pak Tandek Tawau.
Kelapa Mawar,
Terima Kasih, kerana sekali lagi sdr/i dapat memaparkan satu tulisan yang dapat 'memprovok' minda mereka yg analitikal (kritis).
Saya sengaja buat posting yang sinis lebih awal di atas, untuk menanti respond dari teman-teman bloggers. Nampaknya, Musram, Solymone dan Pak Tandek Tawau mempunyai pandangan yang sama (meragui aplikabiliti metaode) dengan saya.
Ini komen saya terhadap isu ini:
1) Pemimpin daerah yg di angkat oleh rakyat adalah bakal-bakal pemimpin peringkat negeri dan negara.
2) Bukan semua pemimpin yang diangkat itu (yang baik kriteriernya di dalam kertas penyelidikan) semestinya akan menjadi pemimpin yang baik untuk negeri dan negara.
3. Contohnya, yang menghancurkan UMNO di dalam PRU12 adalah pemimpin-pemimpin pemuda di dalam UMNO yang berpendidikan tinggi (seperti DARD).
4. Khairy Jamaluddin berpendidikan dari Universiti Oxford telah memandai-mandai membuat perubahan di dalam UMNO. Antaranya ialah kononnya, UMNO perlu 'diremajakan' (pemimpinnya harus muda-muda berpendidikan dan sebagainya) seperti dirinya dan DARD
5. Line-up pemuda UMNO sebelum PRU12 ialah, Hishamuddin (Ketua), Kahiry Jamaluddin (Timbalan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Setiausaha).
6. Mereka ini (terutama Khairy dan DARD) lah yang telah cuba untuk mengetengahkan idea-idea baru yang mereka anggap bernas tetapi telah hampir menghancurkan UMNO.
7. Masih ingatkah insiden sewaktu Persidangan Pemuda UMNO dimana Hishamuddin sebagai ketuanya MENCIUM KERIS?
8. Idea itu dicetuskan oleh Khairy dan DARD.
9. Dan ada satu ketika Khairy melawat ke Sabah dan berucap di dalam satu majlis politik di Bahagian Sipanggar. Antara lain di dalam ucapannya ialah, kononnya UMNO sudah cukup kuat dan tidak memerlukan dokongan parti-parti komponen yang lain.
10. Ekoran dari beberapa idea mereka ini, 5 buah negeri di Semenanjung jatuh di tangan pembangkang, sebab Melayu berpecah,Cina dan India telah meyokong dengan pembangkang.
bersambung....
Sambungan....
Kelapa Mawar,
11. Dan gagasan "meremajakan UMNO" ini juga lah yang telah 'membolehkan' DARD bertanding di KB.
12. Itu sebabnya DSSK dan TSP tidak diturunkan.
13. Bayangkan kalau DSSK dan TSP pemimpin-pemimpin yang "perajuk" dan menderhaka, bukankah semua kerusi BN di Kota Belud telah jatuh ditangan pembangkang?
14. Semak keputusan PRU12 di Kota Belud di kawasan Tempasuk, Usukan dan Parlimen KB, dan kamu akan dapati bahawa undi BN telah menurun.
Itulah sebabnya disebut oleh mereka yang berpengalaman di dalam politik bahawa politik adalah 'game of the possible' (permainan yang penuh dengan segala kemungkinan). Silap perkiraan semuanya akan musnah.
Itu lah sebabnya, walaupun saya ini orang luar, tinggal diperahu, badan berbau macam bau ikan bom, meluangkan masa sedikit untuk naik ke darat dan membaca (belajar sendiri ba, bukan macam kamu bloggers KB semua ada topi persegi) ehwal politik Sabah.
Saya khuatir apa yang berlaku dulu (waktu PBS memerintah) akan berlaku lagi.
Bayangkan kalau PBS telah memihak kepada PKR. Nasib baik juga SAPP keluar BN selepas PRU12
Jadi bagi perkiraan kami di luar KB, pemimpin-pemimpin di KB seperti DSSK dan TSP yang cuma layak jawatan 'tampal poster' bagi kamu di KB, adalah asset yang berguna untuk 'menghadang' perkara-perkara yang 'mungkin' akan berlaku.
Berpolitik bukan semata hanya nak jadi calon dan menjadi seorang insan yang begelar YB. Politik adalah lebih dari itu...
Bagi saya, Kelapa Mawar, sudah cukuplah paparan yang Kelapa Mawar buat berhubung dengan "kekagalan/kejayaan" pemimpin di KB dan pemimpin pelapis.
Kerana lambat laun, sama ada mereka suka atau tidak, DSSK dan TSP akan hilang juga di arena politik KB. Dan YB-YB baru dari golongan muda akan ambil alih kedudukan mereka.
Malahan sudah pun di ambil alih. Tetapi apa yang di harapkan tidak berbaloi. Datuk Japlin telah di lantik Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah tetapi telah tidak menyerlah, sebab tak dapat angkat jawatan tersebut.
DARD yang telah mengganti DSSK telah tidak juga diberikan jawatan menteri di KL seperti yang diharapkan.
Bagi saya, apalah faedahnya ramai dari rumpun kita yang cuma jadi YB2, kalau negeri ini bukan 'diperintah' oleh orang kita sendiri.
Buat tulisan-tulisan yang memprovok minda generasi muda di kalangan rumpun kita, cara apa atau bagaimana pemimpin rumpun bangsa dapat memegang kuasa dan dapat mempertahankannya dalam tempoh masa yang lama.
Lihat lah di Sarawak, pemimpin Melanau yang minoriti boleh mencoraki dan mendominasi politik Sarawak. Tetapi kita di Sabah (sebagai rumpun majoriti) di dominasi pula.
Kelapa Mawar,
Ini lah pandangan 'orang Palahu - badan berbau busuk seperti ikan, yang cuma tinggal diperahu dan sekali sekala mendampiri tepi pantai.-
Terima Kasih kerana membenarkan saya sekali lagi mampir di halaman siber mu.
MSA.
Salam Kelapa Mawar..
Terutama sdr SMA..
Rupanya sdr SMA pun masih juga memikirkan bahawa badannya berbau...ikan..jangan kau ambik hati bah sdr SMA, aku nie sengaja kasih provok kau..mcm na juga kau provok sdr renggit dan KM kita nie...aku minta maaf sdr SMA..dibulan puasa nie aku ikut cakap si KM kesabaran itu adalah satu keberanian...
na kan aku nie yg palingberani....kita dlm cyber ni kena berani menyatakn yg benar..ikut penilaian dan hujah kita.SDr SMA pun berani juga orangnya...
dari hujah sdr SMA ni, dia bukan orang luar rasanya..dia ni kita-kita juga..cuma dia pandai mengaku orgluar..pandangannya membuktikan dia banyka tahu tentang politik KB dan Sabah...
dalam ulasannya ini saya mungkin bersetuju dalam beberapa hal sahaja..itupun akan saya katakan kalau sdr SMA sudah maafkan saya...kalau tidak mungkin saya tak akan datang lagi..salam maaf buat sdr SMA.Wassalam.
Salam KM..
Aku mau tanya bah..mana sudah sdr Renggit ah..? kenapa dia tidak datang menggigit di halaman KM ni..jangan2 dia suah kena sembur Shelltox kah..? aiii kuranglah lagi kitapunya group..nie...mungkin sdr SMA boleh ganti si renggit kali..?
SALAM...
Aya..sabar kalian semua....Si Rengit mana bole tidak manggigit....Si Rengit kan sudah dapat rastu...
Saudara KM...pada pendapat saya...saya bersetuju dengan ulasan dan komen saudara Musram dan rakan2 yang lain...Ada pro dan kontranya....mungkin seperti saudara solymone kata setiap persoalan dikalangan kita berbeda2 mengenai pemilihan pemimpin...Namun setiap cara kita boleh persoal...tetapi kaedah soalselidik tetap menjadi pilihan penyelidik dalam membuat penyelidikan...Biasalah manusia....fikir faktanya sahaja...Ada kajian ok lah itu...Saudari membuka minda kita untuk terus berfikir...satu penulisan yang baik.....tahniah.
Buat saudara palingberani...mana boleh bah Somprot ganti tempat saya....Si Rengit sudah dapat rastu dia belum lagi tau...ntah2 Somprot ini si pemberi rastu...atau juga mungkin kawan kita....sekarang ni saya kena hati2 H1N1 da....tq
Salam sdri KM...
Mohon mencelah..
Saya bersetuju dgn apa yg sdr Musram katakan itu..biasanya "ilmu" yang kita perolehi jarang dapat diaplikasikan terutama dalam ilmu politik..lain dengan situasi berteori dan lain ketika praktikal...
Kelapa Mawar,
Salam Siber,
Sdr Paling Berani,
Memang saya memaafkan sdr. kita kan serumpun dan sebangsa. Bezanya, sdr tinggal di darat dan saya tinggal dilaut.
Kalau bukan kerana atas nama Maruah Bangsa yang kini terhina, saya tidak akan hinggap di halaman Kelapa Mawar.
Bagi saya, menceritakan kelemahan dan kekurangan adalah perkara yang senang. Budak-budak hingusan dibangku sekolah pun mahir bercerita tentang keburukan teman-temannya. Kadangkala keburukan ibu-bapanya pun dia cerita juga.
Akan tetapi bercerita tentang kebaikan dan mengelakkan perpecahan amat sukar untuk dilaksanakan.
Sdr Paling Berani, kalau saya ceritakan 'keburukan' pemimpin-pemimpin kami di Semporna termasuk Datuk Sahfie, mungkin berjilid-jilid buku pun tidak akan habis 'keburukannya'.
Tetapi, seburuk-buruk Datuk Sahfie di pandangan mata pemimpin yang bersaing dengannya di tempat kami diSemporana, dia tetap juga pemimpin kami yang seadanya yang layak untuk di angkat sebagai menteri di peringkat negara.
Sebagai nelayan biasa, walaupun dia tidak dapat berikan saya sebuah motor pukat tunda, saya tidak marah padanya, sebaliknya saya bershukor dan berbangga atas kejayaannya. Saya gembira sebab, walaupun "kedudukannya" tidak memartabkan diri dan keluarga saya, namum pada hakikatnya saya gembira sebab dia dapat memertabatkan Palahu, bangsa saya.
Dengan berbekalkan semangat 'bangga' ini, InsyaAllah saya akan lebih bertenaga mendayung sampan buruk saya menyarah hidup mencari ikan walau dimana, busuk bau badan tidak mengapa, sebab saya sedar bahawa usaha saya menyediakan ikan pada rumpun kita adalah tidak busuk tetapi 'wangi' pada saya.
Terima kasih Kelapa Mawar,
Paling Berani, saya memaafkan kamu.
SMA
Salam kembali sdri KM juga salam persahabatan yang berkekalan kepada sdr SMA..
Saya berasa sayu dan pilu..dengan keikhlasan sdr memikirkan bangsa sdr sendiri...Alangkah baiknya kalau sdr SMA menjadi pemimpin kami di sini...biarpun orang luar..tapi rumpun kita sama...
Saya rasa sdr SMA ada semangat membela bangsa..seperti juga sdri KM...ni..bagi saya dua-duanya sama..sdr SMA sanggup berkorban utk menjaga pemimpinnya..sdri KM pula sayangkan pemimpinnya dengan membuat teguran dan menceritakan kesilapan mereka. Cumanya, tidak semua kesilapan itu benar dilakukan...
terima kasih atas kemaafan sdr SMA itu..saya sokong sdr bertanding di parlimen KB..kasi kalah itu DARD...macam mana..?
salam kembali sdr Musli..
Ma kasih kerana mampir lagi..mudah2an fakta kajian itu akan dipertontonkan kepada umum dan kita dpt mengetahuinya..manalah tahu dapat dijadikan panduan. Semoga sdr sukses.
salam Sdr SMA..
Ulasan sdr kali ini panjang lebar dan penuh dengan fakta sejarah politik di sabah..saya kena membacanya dengan lebih berhati-hati utk memahaminya...justeru buat masa inisaya masih mengkaji kesahihannya..
apa-apa punma kasih kerana turut serta memberikan pandangan..saya juga amat menghargainya..wassalam
Salam kembali sdr Solymone..
Setiap kali saya membaca hujah sdr saya teruja kerana sdr suka memberikan analisis mengikut fakta dan lojik...malahan amat sukar utk saya ketepikan dlm perbincangan ini..memang benar kerana kita tidak didedahkan dgn keputusan kajiselidik itu. (dlm proses barangkali)
namunsekurang-kurangnya adakajian ilmiah utk itu ertinya ada perubahan minda masyarakat dikB.
ma kasih kerana sudi memberikan pandangan. Salam hormat dan moga sdr sukses.wassalam,
salam sdr Musram..
saya juga bersetuju dgn pandangan sdr bahawa tidak semua yg diperolahi bisa kita aturkan dlm kehidupan..tetapi dengan kajiselidik itu sekurang2nya memberikan kita info perihal kepimpinan sedia ada.
ma kasih kerana mampir dan memberikan pandangan.Saya mengalu-alukan pandangan sdr setiap masa. wassalam.
Salam kembali sdr depu-depu..
Ma kasih atas pandangan sdr itu..biarpun ringkas tetapi memberi makna kepada saya. semoga sdr juga sukses.wassalam.
Salam sdr palingberani..
Sememangnya itulah langkah yg perlu sdr ambil..memohon maaf kp sdr SMA atas dasar bahawa kita hanya membincangkan perkara yang pada pandangan kita berbeza tetapi sebenarnya matlamatnya sama mencari kebenaran yg tersembunyi..
ma kasih kerana anda juga berfikiran matang. Semoga anda sukses.selalu.
salam sdr tandel sedah..
Rasanya sdr baru kali pertama mampir di halaman saya nie..satu pandangan yang penuh dgn perlambangan.Ma kasih kerana memberikan pandangan.semoga sdr kerap mampir.
Salam buat sahabatku si renggit..
ulasan sdr ringkas sahaja kali ini..tapi masih mahu menggigit...ok lah.semoga sdr sukses.kehadiran sdr dialu-alukan.
salam Kelapa mawar...
bolehkah saudri kongsikan contoh borang soal selidik itu? sy ingin menjawabnya... tq,,,
Post a Comment