Thursday, September 3, 2009


Dalam mana-mana pun sejarah ketamadunan manusia , “KUASA” adalah antara yang menentukan jatuh atau rebahnya sesuatu empayar itu. “KUASA” saban kurun menjadi ‘perebutan’ dan ‘pertikaian’ sehingga membawa kepada kehancuran tamadun yang dibina. Justeru itu adalah tidak menghairankan apabila “juzuk’ kuasa ini menjadi perhatian terus-terusan masyarakat, sehingga menimbulkan pelbagai spekluasi dan andaian. Katakan apa sahaja tentang “kuasa’, rakyat akan membicarakannya. Begitu juga dengan ‘kuasa politik’..membawa rakyat membuat andaian berdasarkan fenomena semasa. Sama ada kebenaran itu dapat diterbitkan atau tidak, bergantung kepada hujah dan perkembangan scenario politik berkenaan. Adalah rasanya jika apa yang berlaku di USUKAN dalam PARLIMEN KOTA BELUD ini juga meniupkan angin spekulasi di telinga rakyat di Kota Belud. Penyandang DUN USUKAN YB JAPLIN AKIM dikatakan akan melepaskan jawatan sebagai ADUN lantaran beberapa kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dihadapinya kini. Maka atas hujah bahawa USUKAN akan kosong, berpusu-pusu rakyat memperkatakan siapa yang sepatutnya menjadi wakil rakyat di USUKAN.?


Pelbagai factor dan scenario boleh dijadikan pokok perbincangan. Antaranya ialah kesahihan berita pengosongan itu. Sejauh mana benarnya..? atau hanya sekadar spekluasi politik golongan tertentu..Kerana sehingga kini masih tidak ada berita mengenainya. Biarpun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa YB JAPLIN tidak akan melepaskan DUN USUKAN..dan akan mempertahankannya sehingga PRU-13 akan datang, atas factor kerana YB JAPLIN dikatakan “orang pilihan” MUSA AMAN.Maka ‘kekuasaan’ yang ada pada MUSA AMAN, memungkinkan sahaja, KERUSI itu dapat dipertahankan.


Bagi yang meramalkan KEKOSONGAN kerusi ini, mula sudah mengaitkan dengan keghairahan pemimpin-pemimpin tertentu yang dikatakan sibuk melobi untuk mendapatkan kerusi DUN tinggalan Mantan KM DSSK. Tidak kurang juga yang mengandaikan bahawa DSSK akan kembali menjadi wakil Rakyat di USUKAN atas kapasitinya sebagai “TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI’ juga dikaitkan bahawa MUSA AMAN ‘terpaksa’ memberikan peluang kepada DSSK lantaran, mula dibayangi gerakan perhimpunan rumpun bangsa USBO. Maka bagi yang berpendirian yang demikian, masih menaruh harapan akan DSSK ‘kembali’ ke USUKAN seperti ‘sirih pulang ke gagang’ kata golongan ini.


Pun begitu ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa jika pun DSSK ‘gagal’ menjadi ADUN USUKAN, maka yang paling layak menggantikannya ialah DATIN SAIDA yang juga dikhabarkan ‘aktif’ melobi untuk kerusi itu. Kemenangan DATIN SAIDA dalam pemilihan G7 baru-baru ini, dikaitkan dengan ‘arahan’ dan ‘sokongan’ghaib MUSA AMAN. Namun ada juga yang mempertikaikannya, sebaliknya mengaitkan dengan perancangan DSSK dan DATIN SAIDA untuk meneruskan legasi ‘KERUAK’ dalam UMNO dan kepimpinan di daerah KOTA BELUD. Maka yang demikian, biarpun DATIN SAIDA dilabelkan sebagai ‘pengkhianat’ lantaran pernah menyertai PKR, namun atas dasar kepentingan ‘legasi’ keruak, maka, perwakilan memilih untuk menyanjung kembali ‘DATIN’ ini. Kerana kata mereka AYAHNYA SAID KERUAK masih punya pengaruh di KB.


Biarpun begitu, ada juga yang masih menaruh harapan agar kerusi USUKAN itu diberikan kepada calon pemuda untuk mengimbangi kepimpinan sedia ada, biarpun DARD dikatakan adalah dari sayap Pemuda, tetapi oleh kerana bukan dari UMNO KB, maka kouta pemuda masih kosong dan memerlukan ruang untuk diketengahkan.


Bagi masyarakat Iranun yang ketandusan wakil dalam UMNO KB, masih juga menaruh harapan, kerana dalam sejarahnya pun suku Iranun pernah bertanding di kawasan USUKAN. Dan jika diambil kira akan cadangan formula yang diutarakan oleh TSP iaitu 2:1:1, maka akan ada kemungkinan kah suku Iranun kembali dalam persada politik di KB..? Jika benar..Siapa yang bertuah itu..? Tentunya, tokoh yang paling dekat memperkatakannya ialah TSP sendiri, yang menyatakan bahawa pelapis kepimpinan di KB akan dilihat dan dipilih, biarpun mungkin seperti “Akademi Fantasia”. Maka adalah lebih baik dan wajar jika masyarakat Iranun menyerahkan sepenuhnya kepada TSP untuk membuat pilihan sendiri namun atas perbincangan bersama untuk menentukan bakal PENDEKAR CAHAYA yang baru bagi masyarakat Iranun. Itupun terpulang kepada masyarakat ini mempersetujuinya, kerana apa yang nyata IRANUN tidak ada pemimpin pelapisnya.

22 ulasan :

Unknown said...

Salam....

jangan ribut2 dong...Aslee Parlin kan sudah saya bilang jadi penggantinya...hidup Aslee!!!

Note: semua yang berminat jangat cuba memperasankan diri...nanti kepunan jo....Khabarnya Musa Aman sudah menamakan calon pengganti YB Japlin iaitu tidak lain, tidak bukan sdra Aslee...maaf YB Aslee....khabarnya juga sdra Aslee sudah menghubungi syarikat pencetak pakaian untuk PRK Usukan dan pagi tadi beliau telah pun memanggil jurugambar untuk mengambil gambar beliau di rumahnya di Pantai Emas...

Unknown said...

sekali lagi posting menarik dari kelapa mawar, isu yang dekat dihati rakyat KB. saya rasakan isu kekosongan DUN Usukan akan menjadi kenyataan, jika SPRM yg mengambil kes Japlin mengambil keputusan membawa kes itu ke mahkamah. Datuk Japlin telah ditahan SPRM bersama dengan seorang peniaga dari Penampang (UPKO) April lalu berhubung dengan pemberian wang kepada Ketua-Ketua Pemuda Negeri dan pengagihan projek.

Masalah pokoknya ialah dalam affidavit itu menyebut nama YB Khairy Jamaludin seorang MP yang berkemungkinan akan juga turut dituduh bersama. Banyak kemungkinan boleh berlaku kerana sebagai MP, KJ juga Ketua Pemuda UMNO dan ramai juga rakan-rakan MP yang setia dengan beliau termasuk MP Kepala Batas, bapa mertuanya, yang mungkin akan bertindak meninggalkan BN.

Samada tuduhan akan dibuat SPRM bergantung kepada perkiraan politik kerana tiada sebab SPRM menangguhkan kes tsb. Bagaimanapun realitinya, begitulah.

Hakikatnya, Japlin adalah orang yang baik tetapi sebagai ADUN barangkali banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memberi perkhidmatan yang baik.

soal siapa pengganti saya tidak fikir kerana belum kosong DUN Usukan sebab saya sendiri akan lobi kalau ada kekosongan.

SI RENGIT said...

salam...

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari KM...Pilihan atau restu TSPA sendiri tetapi melalui perbincangan bersama...itulah realitinya...Iranun tidak ada pemimpin pelapisnya...Akademi Fantasia ke...Mentor..apa ke caranya...yang pasti persetujuan bersama..

kalau nak angkat saudara Aslie takut abis kerusi berterbangan disana sini...hari2 kita minta peruntukkan kerusi sahaja...

Satu posting yang menarik...Kalau saudara Musli ingin melobi saya lah orang pertama yang kagum...melobi untuk diri atau sesiapa pun saya tetap kagum...Lagipun Si Rengit pun kan dah direstui...arap2 ada chan la...Pelobi hebat orangnya tau....ntah2 le jadi kaya raya lepas kudanya menang...tq

Unknown said...

Salam...

kainu amai den a pagusulku aken den su ginawa aken sebagai calon, antuna a pandapat yu run manga'pagari ku...epapagapaan aken den sumbag yu...pun den akih tarimaan yu saken lomobi tanu...

palingberani said...

SASALAMUWALAIKUM..SDRI KELAPA MAWAR..

Setuju dgn apa yg sdr Musli katakan..bahawa post ini lagi menarik sebab dekat dengan hati masyarakat KB...

Bagi saya, kemungkinan kekosongan di Usukan adalah lebih kurang 85% iaitu bergantung kepada penyelesaian kes datuk Japlin..Spekulasi memang sudah lama bertiup waktu pemilihan G7 lagi..dan ramai sudah yang darab bahagi tolak dan campur..

Perlu juga diingatkan bhwa peranan DARD..sebagai pelobi unggul utk kwsn USUKAN itu...manalah tahu...orang kanannya pula yg dapat..Bukan tak pernah terjadi...DARD sendiri berjaya dpt PARLIMEN KB sebab dia rapat dgn KJ..kamu tgk blog KJ..hanya DARD dari sabah yg Link dgn dia....sekadar spekulasi..

DEPU-DEPU said...

Salam sdri Kelapa Mawar..

Spekulasi selalunya hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata..belum tentu kebenarannya.Kalau benar..tentu ramai yang mahu jadi calon...

Unknown said...

Salam...

Saya rasa bagus kita mencadangkan bekas girlfriend Datuk Japlin menjadi calun Usukan.

kelapa mawar said...

Salam sdr radimoda..

Betulkah sdr Aslie bakal dicalonkan..?
Saya rasa susah utk dimenangkan si Aslie ni..orang kb sudah tahu perangainya..

Ma kasih kerana memberi pandangan.

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Makasih kerana datang lagi..dan saya menghargai info sdr itu..sebagai seorang penulis dan politikus sdr banyak mengetahui perkembangan politik di KB.

Kalau sdr nak lobi..lobi pada siapa..?
semoga sukses.

kelapa mawar said...

Salam sdr Renggit..

Makasih kerana memberikan pandangan sekali lagi..

Sdr Renggit sudah dapat restu ,saya ni bila pula ye?

Calon di Usukan kena dapt restu TSP, saya cadangkan sdr renggit jadi calon..macmna ?

kelapa mawar said...

salam Datu Amai Baragir..

Sdr Bincang dgmn si Renggit sbb dia sudah dpt restu..sdr belum lagi..kalau tak dpt tu..kita sokong saja bah di renggit nie..pandai juga menggigit bah..

kelapa mawar said...

walaikumsalam Sdr palingberani..

Ma kasih kerana datang memberikan idea..DARD tidak akan mengacau sebab jatuh sudah reputasinya gara-gara si aslie..

kelapa mawar said...

salamkembali sdr depu-depu..

Spekulasi saja..tapi boleh juga jadikenyataan..

Calonnya memang ramai..sdr musli pun nak lobi juga..

kelapa mawar said...

Salamkembali sdr abu..

Aiiii baru saya tahu pula cerita kau nie..betulakan ada girlfriend datuk Japlin..Sapa..? sdr abu ni kan macam-macam dia tahu,,,macam astro

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Kali ini giliran anak Iranun dalam Formula 2:1:1. Kalau Si Aslie jadi calun bikin malu seluruh keturunan Iranun. Tabiat pun macam harimau, macam mana jadi calun.

Saudara Radiamoda biar cakap yang benar, jangan main-main, soal calun bukan soal main tau. Kita fikir bagus-bagus jangan gelojoh.

rojokobog said...

Salam,
kadang2 apa yg kita ramalkan menjadi kenyataan, ada kalanya langsung tiada kaitan dgn ramalan tersebut...utk makluman calon pemuda adalah kouta bagi DUN Usukan/Parlimen, Parlimen Silam..yg ada sekarang di Sabah..
pembetulan utk Sdra Musli, ahli perniagaan berasal dari Kuala Penyu (UPKO)tq

Unknown said...

Saudara Kelapa Mawar,

Kalau kita teliti senario mereka yang dicalunkan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, adalah mereka yang mempunyai jawatan dalam UMNO KB. DHMHJ dicalunkan pada tahun 1999 dan 2004 kerana masa itu beliau memegang jawatan Timbalan dan Ketua Bahagian UMNO KB.

Datuk Japlin dicalunkan pada tahun 2004 dan 2008 kerana beliau masa itu memegang jawatan ketua pemuda UMNO Kota Belud.

TSP dicalunkan oleh UMNO pada tahun 2004 kerana pada masa itu beliau memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO K. Marudu dalam formula 2:1:1.

Justeru itu jika kali ini formula 2:1:1 direalisasikan, maka rezeki akan memihak kepada anak Iranun yang memegang jawatan UMNO Bahagian KB.

Dun Usukan juga seharusnya diserahkan kepada masyarakat Iranun memandangkan ketika ini Iranun tidak diwakili oleh DUN. Apapun ini semua merupakan andaian semata-mata.

Segala-galanya kemungkinan akan berlaku, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang berlaku. Kita doakan agar masyarakat kita diberi peluang sekali lagi. Wasalam

risk-taker said...

salam....

saya amat bersetuju dgn sdr abu...
calon hendaklah seseorang yang menjawat jawatan dalam UMNO..
bukAn main punggut2 saja....
yang lain jgn nak berangan lah nak jd calon..
masa PRU ke 12 pun..bila kedengaran berita TSP tdk di calonkan d tempasuk,ada ank irranun(tamau) berangan jd calon d tempasuk,siap buat kenduri lagi..
tup2 kempunan...
jadi nasihat sy,STOP berangan...!
yang pasti calon irrannun patut di ketengahkn jika ada PRK..

SMA said...

Tabik Siber,
Kelapa Mawar (yg punya halaman)
dan Bloggers KB yang saya hormati kalian,

Apa nak gaduh-gaduh siapa calon? Tungguh sajalah!. Yang menentukan nasib kamu adalah 'kuasa luar', yang akan mengotak-katikkan masa depan Bajau dan Iranun.

Semua kamu bloggers KB, maaf sajalah tidak akan jadi calon. Kamu tahu sebab apa? Sebab orang yang menentukan siapa calon adalah orang yang tidak mahu orang pandai-pandai. Tidak pandai mengarang, tidak pandai menulis, tidak pandai buat ucapan sendiri, tidak pandai mengkritik dan pendek kata orang yang pandai cakap 'Ya" saja.

Kamu semua macam TSP juga, 'besar mulut', konon berani lawan Musa Aman. Itulah dia tidak kena calon pada PRU12.

Si Rengit tiada chan lah sebab kuat kritik dan lawan bosnya. Musa tidak suka orang gitu.

Yang Musa Aman suka ialah orang macam Musbah, Japlin, DARD dan orang-orang macam itu.

Nampak gaya semuapun tidak layak.

Yang layak cuma Kelapa Mawar saja, itu pun sebagai 'speech writer' saja kepada yang terpilih, sebab kebanyakan regu Musa Aman tidak pandai buat ucapan sendiri. Mawar pandai menulis dan buat isu.

Last-last kamu semua terpaksa juga ikut belakang TSP dan DSSK. Itu TSP saya dengar kuat bisik ditelinga Perdana Menteri itu lah ada perubahan politik di Sabah sekarang.

Itulah DSSK kena lantik balik Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, kawan baik TSP.

Kalau betul apa yang dihujah oleh Nyawa bin Badan, iaitu orang ada jawatan yang biasanya jadi calon, maka DSSK lah ada chan. Kan dia Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah.

Saya dengar DSSK sekarang kawan baik dengan Musa Aman. Sana sini berikutan saja.

Tahu kenapa? Saya dengar Musa lebih cenderung kepada DSSK jadi CM dari bos saya Sahfie.

Jadi kamu semua kena lobi sama TSP dan DSSK lah, itu pada orang UMNOlah.

Kalau yang PAS itu tandinglah atas tiket PAS, Kalau PKR, tandinglah atas PKR. Mungkin juga Hj. Madri Akong tanding atas tiket SAPP.

Ai na, embalnia na ketahan sii. Nampak sebok kamu di KB, sebok jadi pelapis dan jadi calon. Kalau badan masih nipis macamana jadi pelapis.

Kami di Semporna apa susah. Bialng si Rengit ada kebun Kelapa Sawit. Kalaupun Boss saya Datuk Sahfie tidak jadi CM, dia kan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, yang punya peruntukan 12 billion tahun depan.

Kamu ada apa?. Yang ada cuma pemimpin pelapis yang berlapis-lapis, tapi badan semua nipis-nipis.

Saya dengar juga itu TSP macam abang adek dengan Boss saya, Datuk Sahfie!

Macam mana bunuh politik TSP dan DSSK kalau mereka ini sentiasa releven.

Hai, Rengit!, Musa Aman pun tidak boleh mematikan politik TSP dan DSSK, kamu lagi kah?

DSSK dan TSP bukan hak kamu saja. Mereka ini hak kami juga. Maka jangan hairan kalau DSSK akan tanding di lain tempat macam Musa Aman dan jadi Ketua Menteri. Pada waktu itu kamu gigit jarilah.

Sudahkan terjadi TSP jadi Ketua Bahagian UMNO Kota Merudu. Kan orang lain yang untung dapat belajar dari sipak terjang politiknya.

Tapi saya fikir kalau dia tanding di KB pun, itu Awad yang tiada sikol boleh kalahkan dia.

Hai, orang kampung. Begitulah halnya kalau tidak pandai menilai intan dan kaca. Apapun, dia pilih juga kaca.

Seribu kemaafan Kelapa Mawar ya, kamu saya suka. Pandai buat isu.


Terima kasih.

SMA

Unknown said...

Salam KM..

Hai KM.. Abu ni bukan sembarang abu.. dimana ada org merokok di situ ada abu rokok. pasal tu la tau macam-macam.. Kalau ko nak tau ex-gf datuk japlin. kau tanya lah agad@baghdad.. dia orang tu pernah bermadu.. hehehe..

To DJA & agad.. jgn mare ye.. Bulan puasa tak baik marah2..kita gurau je..

kelapa mawar said...

salam sdr-sdr sekalian..
Rojokobog,
Nyawa dan badan,
Ristaker..
dan sdr abu..

Ma kasih atas sokongan dan pandangan sdr sdr sekalian.

Inilah adalah antara spekulasi yang kita ramalkan akan berlaku di Usukan. Pun begitu adalah tidak salah kita meramalkannya..kerana tidak semua kemungkinan itu berlaku dan tidak semua juga menjadi pertimbangan para pemimpin dalam politik di Usukan.

Ma kasih sekali lagi.Wassalam.

kelapa mawar said...

salam SMA..

Saya rasa sdr pun tiada chan juga jadi calon di Kb sbb sdr SMA macam saya juga hanya pandai menulis..lebih teruk lagi sdr SMA tidak boleh buka blog dia..jadi tidak nampak idea dia..

Ma kasihlah Sdr SMA kerana memberikan pandangan.ok lah tu..