Jika kita memperkatakan tentang politik, banyak tafsiran yang boleh diberikan. Terdahulu ramai di kalangan kita mengaitkan politik dengan ketidakjujuran dan kerakusan memiliki kuasa. Namun jarang benar yang melihat dari persepi kerukunan dan politik kawan. Kerana dalam politik itu sendiri tidak mengenal erti persahabatan, juga menangkis tanggapan bahawa dalam politik ramai musuh secara diam. Fenomena ini berlaku di mana-mana di dunia ini. Dari Negara besar dan maju, kepada Negara dunia ketiga, hatta terjadi dalam Negara miskin dan terjajah. Oleh sebab yang demikian politik tidak semestinya berkesudahan dengan ‘kepuasan’ memiliki kuasa dan harta, malahan ada yang berakhir dengan tangisan penyesalan, betapa perjuangan lantas sukar di baca oleh yang bernama penyokong setia. Berpaling kepada ketua yang lebih baik, banyak benar yang berlaku. Dan itulah resamnya…politik. Kata Orang seperti ayam bertelur sebiji, riuhnya bukan main sekampung.
Dalam UMNO KB, situasi perebutan kuasa juga berlaku. Menurut rakan blogger Sdr.Somprot Mesra Alam (SMA), di istilahkan sebagai ‘lapis-melapis’. Bukan perkara baru, malahan sudah lama berlaku. Sukar di sembunyikan lagi. Generasi kebelakangan masih menutup mata dan telinga dengan pembabitan pemimpin tertentu untuk menjatuhkan musuh politik mereka, biarpun musuh itu suatu ketika adalah kawan seperjuangan. Kalau boleh di katakan suatu masa mereka adalah ‘teman sepermainan”. Namun bagi golongan kelas pertengahan atau kita biasa memanggil dengan golongan muda berpendidikan, isu perbalahan, isu kebocoran, isu ketirisan dan isu keluwesan dalam scenario politik peribadi pemimpin di Kota Belud, perlu segera dituntaskan. Biarpun kelas pertengahan ini, hanya antara 21%-29% daripada masyarakat Kota Belud, namun kehadiran mereka ternyata mengejutkan para pemimpin yang selama ini, ‘enggan’ mengakui kelalaian dan kealpaan mereka ketika bangsa dan masyarakat di Kota Belud benar-benar mengharapkan nasib mereka di bela dan taraf hidup mereka dipertingkatkan.
Bukan lagi rahsia, apabila generasi muda sekarang mendominasi kelahiran, apa yang dikatakan ‘masyarakat sivil’ . membongkar apa yang disifatkan sebagai ‘hak-hak’ rakyat yang tertimbun sekian lama oleh percaturan kuasa yang tidak berpenghujung. Rakyat semakin matang berfikir..menuntut hak sewajarnya. Hak bersuara, hak menegur pemimpin, hak memikirkan keuntungan memilih pemimpin yang dicadangkan, hak mempersoalkan gagasan dan pemikiran yang dianggap tidak mendatangkan kemashlatan umum. Dan pelbagai lagi hak-hak kecil yang terus diperjuangkan. Termasuk hak mengecapi pembangunan fisikal dan pemikiran, juga hak menuntut keadilan politik dalam sesuatu organisasi. Dan dalam UMNO , golongan ini juga mula menyatakan bahawa dalam peringkat pimpinan atasan, hak perjalanan parti dengan tadbir urus yang sempurna perlu dilaksanakan.Justeru itu, pimpinan di peringkat daerah tidak terlepas dari mata-mata tajam generasi muda berpendidikan ini. Dan perlu diakui bahawa semacam ada “keretakkan buatan manusia” yang melanda UMNO KOTA BELUD.
Di saat pemimpin menyuarakan gagasan penyatuan rumpun bangsa, di peringkat akar umbi masyarakat Kota Belud..terpinga-pinga mecari ketelusan dan keluhuran gagasan itu. Kerana apa..? kerana di peringkat pimpinan daerah UMNO KOTA BELUD..gagasan itu tidak dipraktikkan. Gagasan itu tidak didukung sewajarnya. Gagasan pemikiran penyatuan bangsa itu …langsung tidak di endahkan. Pemimpin masih bercakaran. Pemimpin masih bermasam muka. Pemimpin masih terguris oleh runtunan dendam kesumat yang amat parah. Parah dan benar-benar parah.
Suatu ketika UMNO KOTA BELUD…begitu tragic percaturan politiknya. Kerana itu bila membicarakan hal pimpinan ini, kita tidak lari dari nama-nama pemimpin yang terlibat. Datuk Salleh Tun said(DSSK), Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD), Datuk Musbah Hj. Jamli (DMHJ), Datuk Japlin Akim (DJA), dan Tan Sri Pandikar Amin (TSP),. Inilah pemimpin kelas atasan yang masih bertenaga dan beraura menyusun strategi politik masing-masing di daerah ini. Pemimpin yang lain lebih dilihat sebagai menjiwai “Memimpin dan mengikut”. Maka keterlibatan tokoh-tokoh inilah yang mengusarkan banyak pihak, bukan kerana ‘ketokohan’ mereka semata-mata, tetapi percaturan politik peribadi yang sangat prejudis sifatnya. Saling tidak bersangkutan pendirian dan pertimbangan. Kalau dulunya, DSSK menjadi buah hati pengarang jantung kepada pemimpin seperti Awad dan DMHJ, sekarang susah dikhabarkan akan kedudukan sebenar. Begitu juga DARD yang lebih dilihat sebagai ‘menempel’ di daerah kota belud. Jauh jika dipertimbangkan ketokohan dan keuntungannya menjadi ahli parlimen Kota belud. Kenapa begitu lagaknya politik kita di daerah ini..?
Jika suatu ketika UMNO pusat dilanda krisis kepimpinan yang maha dahsyat, sehingga berlaku beberapa siri penyingkiran pemimpin seperti Tun Mahathir dalam era Tunku Abdul Rahman, Musa Hitam, DSAI dan banyak lagi kes-kes terpencil. Namun golongan pemikir Melayu yang tidak berpaut kepada fahaman politik kuasa, melihat akan natijah serta bencana perpecahan melayu itu. Lantas berlaku apa yang dikatakan sebagai gerakan penyatuan melayu. Mempertemukan pemimpin sedia ada, atas paksi Kemelayuan, dengan mengenepikan unsur puaka kepolitikan ..dan sehingga kini gerakan itu berjalan. Hingga khabar angin yang bertuip, sudah berlaku pertemuan sulit antara DSAI dan PM, Datuk Seri Najib. Belum lagi kita membicarakan gerakan penyatuan duah buah parti melayu PAS dan UMNO. Proses penyelamatan ini dibuat bukan kerana kepentingan individu dan politik tertentu, tetapi dilihat sebagai ‘mengembalikan mandat kepimpinan melayu peringkat nasional.”
Jika itu yang berlaku di peringkat pusat..maka mengapa di peringkat daerah dan UMNO Kota Belud…tidak ada gerakan sedemikian. Para Pemikir dan cendikiawan yang menjadi penghuni daerah bertuah ini…enggan turut serta menyatukan para pimpinan yang berpecah dan bertelagah. Demi maruah agama dan bangsa, gerakan penyatuan pemimpin ini perlu disegerakan. Kerana bagi masyarakat akar umbi yang menjadi tunjang kepada kuasa politik kepada mana-mana pemimpin sekalipun..penyatuan ini menjadi rahmat yang sangat besar.
DSSK dan TSP bergerak dalam satu bahtera berhadapan dengan gelombang yang besar dan ganas. DHMJ dan yang lain pula dalam satu lagi perahu yang sudah lama berlabuh. Terasa sedikit nikmat dari perjuangan lampau. DSSK biarpun Berjaya menjadi ketua UMNO KOTA BELUD dan tim.Ketua perhubungan negeri, namun telah meninggalkan ‘bahang kepanasan’ yang masih menyala dalam UMNO KOTA BELUD. Percaturan awal yang tidak didasari dengan persefahaman suku dan kuasa, mengakibatkan DHMJ, meminggirkan diri dari UMNO KOTA BELUD. Itulah hakikat perebutan kuasa yang melampau. Maka nya, saya merasakan perlunya satu gerakan menyatukan kembali para pemimpin ini supaya kita masyarakat di daerah ini tidak terus kerugian dan dapat bergerak sehaluan dengan pimpinan sedia ada. Isu nya ialah kita bukan lagi perlu menjadi musuh biar seketika, tetapi kita harus menjadi teman yang akrab, guna memperjuangkan apa yang kita selalu katakan sebagai demi agama, bangsa dan Negara. Bagi para pemikir di daerah Kota Belud..tugas amat berat tetapi sangat besar manfaatnya jika Berjaya. Mendamaikan gajah yang bergaduh, tidak akan melemahkan kancil yang melihat. Fikirkan bersama.
11 ulasan :
Assalamualaikum kpd semua pembaca,
Salam AidilFitri,maaf zahir dan batin.
Sila kunjungi blog ADUN TEMPASUK http://musbahjamli.blogspot.com
Sebenarnya saya telah sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.Tahniah kepada KM.Segala teguran dalam blog ini saya baca dan saya tahu.
Di hari baik,bulan baik ini saya ucapkan selamat hari raya.Sebagai manusia biasa saya tak lari dari sbrg kesilapan.Justeru itu,maafkanlah saya.
Sebagai pemimpin yang memberi fokus terhadap kerja,saya maafkan semua orang agar Allah memberi ketenangan kepada saya.
Salam Kelapa Mawar,
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana saudara telah berjaya menarik perhatian DHMJ membina blognya sendiri dan sekaligus menjemput saudara mengunjungi blognya.
Kepada DHMJ saya amat gembira sekali apabila Datuk turut serta berblog sekurang-kurangnya kita dapat bertukar-tukar pandangan isu-isu semasa.
Sekali Saudara Kelapa Mawar,
Saya nak ucapkan tahniah sekali lagi kerana saudara telah dapat mengutarakan satu isu yang amat menarik diperbincangkan bersama. Sebagai ahli UMNO KB merasakan sudah sampai masanya pemimpin dan pemyokong UMNO KB memikirkan penyatuan dua kumpulan yang berbeza pendapat politik, jika kita mahu mengembalikan kegemilangan politik KB dalam negeri Sabah.
Untuk makluman politik perpecahan UMNO KB harus dipertanggungjawabkan kepada DSSK kerana beliau yang mengamalkan politik pecah dan perintah sewaktu beliau memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian KB sedikit masa dulu.
Semua pemimpin KB termasuk TSP rakan politik dia kini telah merasakan tikaman maut dari DSSK. Sesiapa yang ingin mempelajari ilmu pembunuh keria politik sesorang bolehlah berguru dengan DSSK. Dia dalam ilmu ini dapat Master.
Sebab itu Datuk Musa Aman sentiasa mencurigainya selalu. Sewaktu ketika dulu pun PM Datuk Seri Najib telah terkena tempais DSSK dalam permainan politiknya apabila dia tidak dicalunkan Naib Presiden UMNO dalam pencalunan bahagian UMNO KB. Sedangkan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian KB telah dipersetujui agar Datuk Seri Najib dicalunkan sebagai Naib Presiden UMNO secara mandat ketua Bahagian. Bila diumumkan DSSK tukar dengan orang lain. Adakah patut, semua AJK bahagian ketika itu telah ditipu.
Justeru itu orang yang paling layak memulakan gerakan penyatuan pemimpin KB harus dimulakan oleh DSSK yang kebetulan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian KB.
Untuk rekod Pemimpin UMNO telah terbahagi kepada dua kumpulan Team A DSSK dan TSP sementara Team B terdiri daripada DHMJ,DJA,DARD dan AWAD.
Wasalam
Walaikumsalam YB DATUK..
ma kasih atas response Datuk dalam isu ini. Saya amat teruja membaca komen Datuk. Walaupun ringkas tetapi memberi makna kepada saya dan pembaca. Semoga Datuk terus diberikan kekuatan untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat di KB.
Saya juga mengikuti blog Datuk seawal di paparkan lagi. Dan syukur alhamdulillah..! Datuk berjaya menunjukkan satu keterbukaan, sebagai seorang pemimpin. Wassalam.
Salam Kembali Sdr Nyawa Bin Badan..
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr dalam hal..saya amat menghargainya.
Isu perbalahan pemimpin di KB harus dilihat dalam banyak persepsi dan demensi..justeru perlu ada 'orang tengah' yang berkecuali bertindak mendamaikan..kerana ia bukan perkara remeh tetapi ternyata besar danmemerlukan ketulusan dan kejujuran.
Apalah kiranya, dgn paparan ini, diharapkan setidak-tidaknya memberikan pandangan kepada para pemimpin. Mungkin selama ini isu ini terlepas pandang oleh mereka...atau sebab peribadi yang tidak bisa terungkapkan.
Apa-apa pun kita masyarakat bawahan ini berdoa, agar perbalahan itu berakhir dengan perdamaian yang menguntungkan ramai pihak.
Ma kasih atas pandangan sdr. Dan Insyallah saya akan pertimbangkan dlm posting yang akan datang. Salam mesra dari KELAPA MAWAR.
Salam Kak KELAPA MAWAR..
Isu kali ini amat menarik utk diperbincangkan kerana para pemimpin yg tidak sefahaman akan menyebabkan rakyat juga berpuak-puak.
kalau tak silap saya, Sdr Musli dulu ada menyuarakan tentang "Pemikir" bangsa. Dan itu bagi saya satu idea yang baik. Persoalannya siapa yang menjadi ketua di kalangan pemikir ini ?
Sama ada orang politik sendiri atau golongan kelas pertengahan yg sdri KM katakan itu..?
Bila..? di mana? dan apa agenda..? kalau dapat saya menantikan komen Sdr Somport Mesra Alam..dalam hal ini..?
Mungkin juga sdr Solymone boleh memberikan idea penyatuan para pemimpin di KB..
Atau Sdr Musli sdri boleh m,enjelaskan hala tuju kepimpinan di Kb..
Harap maaf. Dan Salam persaudaraan buat semua pembaca.
salam sdri KM,saya menyokong idea penyatuan ini demi rakyat KB. Tetapi UMNO KB Mewarisi perpecahan ini dari Tunku dan Datuk Onn lagi. Inilah pusaka warisan UMNO turun temurun. Harus diingat UMNO KB tidak berpecah hanya oleh suku bajau,iranun,dusun mahupun cina KB Tetapi kita perlu hati-hati dengan propaganda dari pakistan sungai sibuga yang mahu menjatuhkan DSSK. Oleh kerana itu dipecah belahkanlah UMNO KB supaya dia kekal di atas. Keegoan pemimpin UMNO KB juga bakal menjadi penghalang kepada penyatuan ini. Demi rakyat KB bersatulah wahai pemimpinku. Demi generasi masa depan kurangkanlah ego dan bersamalah menghadapi cabaran pakistan sungai sibuga. biarlah kita berhutang dengan pakistan, jangan kita ditipu pakistan ini. Sebenarnya kita mula ditipu dari pilihanraya lepas lagi. jadi YB-YBKU, percayalah, hujan batu dinegeri sendiri, hujan emas dinegeri orang, baik lagi dinegeri sendiri. mengapa perlu kia mengikut kehendak pakistan untuk menikam anak bangsa kita sendiri? fikirkanlah. bersatulah demi kami walaupun saya rasa mereka tetap tidak bersatu pasal sudah sebati dalam darah pemimpin UMNO untuk mewarisi pusaka warisan perpecahan dalam dari awal penubuhan lagi. Saya tatap PAS sampai mati..hehehe
Walau pun agak lewat, namun saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada bloggers kalian, terutama sekali tuan empunya blog Kelapa Mawar. Mohon maaf atas lisan yang tak terjaga. Termarah yang tak kena tempatnya. Tersasul yang tak sengaja kerana kita masih bernama manusia. Pastinya tak lepas membuat dosa.
Semoga dimaafkan.
Sempena merayakan hari yang mulia ini, (kecuali DSSK) , saya telah sempat bersua dengan DMHJ , DARD, TSP dan DJA. Antara lain kami telah sempat berbincang mengenai serba pembangunan-infra dan cabaran di daerah masing-masing.
Namun kerana masa yang terhad tiada kesimpulan yang tercapai.
Saperti kalian, saya juga telah meraihkan temashya hari raya aidilfitri di kampung Pirasan KB bersama keluarga arwah ayah saya di sana.
Selain dari bertemu mesra dengan sanak-saudara, saya telah sempat berbual dengan DMHJ ( pangkat sdra saya ).
Antara lain beliau telah menceritakan perlaksanaan program Agropolitan, Jelapang padi dan Projek (perancangan) penternakan ikan tawar di kawasan beliau.
Beliau juga telah menyentuh tentang releven nya ‘blue print’ perancangan pembangunan KB kearah 2020 yang pernah saya ilhamkan pada suatu ketika.
Seada nya, beliau berjanji akan memperjuangkan perlaksanaan program ini sehingga PRU13 nanti.
Now, berbalik kepada isu yang KM ketengahkan kali ini, saperti biasa ia nya bertambah matang dan menarik. Kalau tidak silap saya, beliau menekankan betapa penting nya penyatuan ummah di kalangan rakyat KB.
Satu usaha murni yang ideal kalau dapat diusahakan. Namun saperti pendapat pemerhati yang lain, satu kerja yang bukan mudah. Apa lagi kalau masing-masing mempunyai ideologi politik yang jauh berbeza.
Lagi pun mengikut kajian sejarah daerah KB, tidak lari dengan pergolakan politik yang penuh dengan cabaran.
Nampak nya hingga kini, masaalah yang sama maseh berlanjutan. Terutama sekali diantara golongan ‘pemikir’ lama dan yang baru. Ini mungkin kerana masing-masing dilahirkan dengan trend pengalaman yang berbeza. Bukan mudah untuk disatukan.
Kalau pun niat memang ada kearah penyatuan itu, persoalan nya siapa kah yang akan memulakan nya? Pemikir lama atau yang Baru?..fikir-fikir kan lah.
Kita maseh ingat lagi bahawa pada suatu ketika, Parti PBS pernah menguasai pentadbiran politik daerah KB. Dimana mereka menawan kawasan menggundi Tempasuk, Kadamain dan Parlimen KB? Mengapa ? ..fikir-fikirkan lah.
Memang tidak dapat dinafikan, masing-masing berhak untuk pro kerajaan BN dan juga pro pembangkang ; Pakatan Rakyat.
Siapa yang dapat menghalang ? kita kan mengamalkan lunas demokrasi?
Justru itu, masing-masing juga berhak untuk ber rebut kuasa dikalangan masing-masing.
Harapan kita, dalam apa jua cara proses perebutan ini nanti, tidak akan di manipulasikan oleh ‘Political Opportunist’ yang berlagak sebagai ‘Ah Long’.
Kehadiran nya semata-mata hanya sekadar menagih hutang kepada yang menang. Bak kata perpatah, “ Walau pun menang tetapi kampung tergadai”.. fikir-fikirkan lah.
Salam dan saperti biasa mohon maaf kalau ada kata yang tersalah dan tersasul.
musli masih mood raya..salam aidil fitri semua..blog sendiri pun dah lama tak update. tapi gembira kerana sahabat saya Datuk Musbah dah ada blog sendiri.
Salam semua,
1. Seperti yang telah saya janjikan saya akan member ulasan terhadap isu yang dibangkitkan oleh KM iaitu mengenai USBO dari perspektif yang berbeza. Saya mulai ulasan saya dengan mengulas pandangan saudara KM bahawa kemasukan UMNO ke Sabah tidak banyak menyelamatkan kuasa politik Bumiputera Islam. Pada hemat saya, sekiranya matlamat kemasukan UMNO ke Sabah pada tahun 1991 hanyalah untuk menyelamatkan kuasa politik Bumiputera Islam, maka matlamat tersebut telahpun tercapai. Ini jelas apabila sepanjang tempoh tersebut, suara politik masyarakat Bumiputera Islam yang agak “kurang” semasa pemerintahan PBS telah menjelma kembali. Namun demikian, apa yang menjadi masalah ialah apabila pihak tertinggi UMNO di Kuala Lumpur memilih calon untuk mengetuai UMNO sabah dari kalangan mereka yang tidak mempertimbangkan kepentingan semua rumpun dalam pengagihan kuasa politik negeri sehingga kepentingan rumpun tertentu diabaikan. Yang menjadi keutamaan kepada mereka yang berkuasa diperingkat negeri ialah bagaimana untuk “mematikan” calon-calon yang dilihat berpotensi mencabar kedudukan mereka di tampuk pemerintahan. Hasilnya, pemimpin tertentu seperti Rahim Ismail, DSSK, TSP, DR Yusof Yaakob dan sebagainya dipancung hidup-hidup. Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghaffur Salleh juga termasuk dalam senarai ini.
2. Isunya, mengapa mereka ini diperlakukan sedemikian?.. Menurut saudara KM kononnya mereka terutama pemimpin USBO telah melakukan “kesilapan terbesar”. Apakah “kesilapan terbesar” yang KM maksudkan hanya KM lah mengetahuinya. (Barangkali KM boleh menulis mengenai perkara ini sekiranya pemimpin-pemimpin di atas benar-benar telah melakukannya dan kepada siapa mereka lakukan kesilapan ini). Pada pandangan saya, mereka diperlakukan sedemikian kerana:-
i. pemimpin yang telah diamanahkan untuk memegang tampuk kuasa negeri amat takut kehilangan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan sesiapa sahaja yang “dilihat” olehnya atau pengikutnya sebagai ancaman. Mereka lupa bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah ketua suku masing-masing dan masih kuat pengaruhnya dikalangan suku mereka. Sebenarnya, kepimpinan negeri telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjadi pemimpin yang mengambil berat dan menjaga kepentingan “semua” pihak.
ii. Pemegang tampuk kuasa negeri melihat bahawa rumpun bajau yang terdiri dari suku bajau, irranun dan sebagainya ini amat lemah dan boleh diperbodoh-bodohkan kerana pada pandangan mereka suku-suku ini berpecah-pecah dan tidak bersatu. Tidak seperti suku KDM yang nampak jelas penyatuannya sehingga walaupun telah melakukan kesalahan yang lebih besar semasa pemerintahan mereka, mereka dipelawa menyertai Kabinet negeri dengan diberi jawatan-jawatan seperti Timbalan Ketua Menteri, Menteri Persekutuan dan sebagainya. Walhal, mereka inilah yang telah ditentang selama 12 tahun oleh Barisan Nasional dan telah pernah mengkhianati perjuangan BN dengan keluar disaat-saat akhir semasa pilihanraya dengan menyokong Semangat 46 dan PAS. Dan, kerana member tempat kepada mereka ini, orang yang berjuang untuk UMNO disingkir dan jasa mereka tidak dihargai. Mengapa agaknya PBS diberi keistimewaan sedemikian?.. adakah kerana undi penyokongnya lebih berharga dari undi suku kita?.. Tepuk dada tanyalah selera.. Pada saya, itu adalah satu bentuk usaha untuk menguatkan kedudukan oleh Ketua Menteri?.
...bersambung/-
sambungan...
3. Berbalik kepada layanan istemewa kepada rumpun KDM di atas, mengapakah agaknya jika KDM yang bersatu tidak dianggap sebagai usaha menjatuhkan UMNO oleh mata-mata yang dimaksudkan oleh KM?. Adakah kerana rumpun Bajau tidak mempunyai hak untuk menguatkan rumpun mereka sehingga dilebel sebagai hanya bertujuan untuk membela kepentingan politik DSSK, Datuk Shafie, TSP, dan sebagainya?.. amat malang kerana segelintir yang melebel dan tidak mengiktiraf keujudan USBO adalah dari rumpun Bajau sendiri. Inilah pengkhianat rumpun yang sebenarnya!.. Sepatutnya, kita berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin ini kerana kebijaksanaan mereka yang dapat melihat kaedah untuk menguatkan rumpun Bajau. Cuba bandingkan kedudukan masyarakat kita berbanding India, Melayu, Cina, KDM dan sebagainya?.. Berapa ramaikah orang kita yang menduduki jawatan-jawatan strategik di sektor awam negeri mahupun persekutuan?.. Berapa orang menjadi peguam, hakim, jurutera, doktor perubatan, pensyarah dan sebagainya. Setakat ini, saya tahu ada segelintir tetapi masih tidak ramai. Cukupkah bagi orang bajau setakat menjadi buruh kasar atau petani atau nelayan?.. Inikah yang kita ingin lihat?.. Nah!!! Bukankah menjadi keperluan kepada masyarakt bajau untuk mempunyai wadah tertentu untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri?.. Ingatlah, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mahu menguabah nasib kaum mereka sendiri”.
4. Menurut KM, USBO dilihat mempunyai agenda politik… pada saya, USBO tidak perlu mempunyai agenda politik kerana dengan mengukuhkan perpaduan antara rumpun, suara kita akan lebih kuat dan kedengaran. Itu yang kita mahu. Yang menjadi masalah ialah apabila orang-orang tertentu yang buta mata dan hati mereka melihat, menganggap dan mengandaikan bahawa perjuangan USBO adalah untuk survival politik “pemimpinnya”. Cuba tanya kepada Majlis Tertinggi USBO adakah “Pemimpin” yang diperjuangkan atau “Rumpun”? Saya tertanya-tanya mengapa agaknya usaha rumpun bajau untuk memajukan rumpun sendiri melalui penyatuan antara mereka dipandang serong?.. Bukankah suku lain juga ada persatuan rumpun mereka sendiri?.
5. Harapan saya, mudah-mudahan suatu hari nanti USBO akan dapat melahirkan masyarakat bajau yang berkedudukan tinggi di peringkat nasional. Setakat ini belum ada. Alangkah baiknya jika yang menjadi Panglima Angkatan Tentera adalah suku Irranun, Ketua Polis Negara adalah orang suku Ubian, Ketua Hakim Negara orang suku bajau Semporna, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat MAS orang suku bajau Kota Belud, PETRONAS dan sebagainya juga dipimpin oleh rumpun kita. Saya percaya rumpun bajau ini tidaklah jauh berbeza kebijaksanaannya berbanding bangsa lain dan saya yakin kita mampu mencapai semua ini. Pokok pangkalnya, kita perlu bersatu dan jangan sekali-kali membiarkan dakyah-dakyah yang memperlekehkan rumpun kita melaksanakan agenda mereka. Seandainya kita tidak bersatu maka, kita akan “dipijak” oleh orang lain. Jadi, janganlah asyik “lapis-melapis” mcm Pa’amin katakan itu, sampai kiamatpun rumpun kita tetap begini.
6. Justeru, isu bahawa releven kah USBO skiranya datuk shafie jadi KM tidak timbul. Tidak kira siapa pemimpinnya, pada saya USBO tetap releven selagi rumpun bajau ingin maju kehadapan. Saya percaya, dengan sokongan ikhlas dan padu semua ahli rumpun bajau, sesiapa juga boleh memimpin USBO.
HIDUUUUUUUUUUPPPPPPPP USBO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment