Dunia politik UMNO/BN bergoncang lagi, apabila media melaporkan terdapat empat orang menteri berprofil dan berjawatan tinggi gagal melepasi saraingan SPRM untuk menjadi calon ada PRU 13 yang hanya menunggu detik akan berlaku dari sekarang. Dua daripadanya adalah menteri pusat, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri.
Jika diperhalusi hanya terdapat 4 orang ketua menteri di negara ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri Melaka, Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Ketua Menteri PP terkecuali kerana dari PR iaitu DA dan bukannya dari BN. Hanya tinggal tiga iaitu KM Melaka, KM Sarawak dan KM Sabah. Ketiga-tiga KM ini pernah dilaporkan oleh media alternatif sebagai dikaitkan dengan rasuah. KM Melaka pernah didapati bersalah dalam rasuah membabitkan perhimpunan agung UMNO. KM Sarawak pula dikaitkan dengan pengumpulan harta yang melebihi pendapatan, manakala KM Sabah dikaitkan dengan penggubahan wang haram melibatkan sumbangan RM40 juta kepada UMNO Sabah. Isu ini dikatakan telah dilaorkan kepada SPRM termasuk oleh Jingga 13 pada awal tahun ini.
siapakah Ketua Menteri yang dimaksudkan itu?..
Beberapa pemimpin utama BN dilaporkan gagal dalam ujian tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai calon pilihan raya umum ke-13.
Menurut berita politik hari ini yang memetik sumber sebagai berkata individu yang terlibat termasuklah dua Menteri Pusat BN, seorang Menteri Besar BN dan seorang Ketua Menteri BN.
Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyebut parti yang diwakili mereka cuma dinyatakan dari BN sahaja, tetapi hanya parti komponen BN yang telah menyerahkan nama calon yang berpotensi kepada SPRM.
Pakatan Rakyat pula menolak cadangan tersebut, kerana tidak mempercayai suruhanjaya tersebut.
Laporan itu menyebut, perkembangan terbaru itu disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon dan berikutan itu beberapa nama-nama besar telah gagal dalam saringan.
Laporan itu juga menyebut antara sebab kegagalan mereka dalam tapisan itu kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Tiada penjelasan spesifik berhubung perkara itu
0 ulasan :
Post a Comment