Saturday, January 26, 2013



Benarkah penyertaan semula mantan Naib Ketua Cabang PKR Kota Belud, Sdr Sharif Asnawan Sharif Doki ke dalam parti UMNO yang berlangsung dalam satu majlis petang tadi.26.Jan.2013 di Kg Pantai Emas adalah satu 'malapetaka'terancang kepada parti KR di daearh Kota Belud? Atau apakah keputusan meninggalkan parti PKR itu satu tragedi hitam kepada pemimpin yang selalu dikaitkan dengan sokongan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia? Apa-apa pun ternyata majlis pengumuman itu dihadiri oleh ketua UMNO Kota Belud yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Negeri, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said.

Dalam majlis berkenaan secara simbolik mantan Naib ketua Cabang PKR Kota Belud itu memotong kad keahlian PKR sebagai isyarat meninggalkan parti berkenaan selain mendakwa seramai lebih 90 orang akan turut menyertainya.

Dari segi Psikologi politik, pengumuman ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perancangan dan keutuhan parti KR di Kota Belud. Namun daripada maklumat yang diperolehi lewat petang tadi menyatakan bahawa personaliti yang diwar-warkan ini memang telah dijangka lebih awal akan meninggalkan parti itu.

Sebagaimana yang diketahui bahawa Kg Pantai Emas adalah termasuk dalam DUN USUKAN. Sebagai rekod DUN USUKAN adalah diwakili oleh Datuk Japlin Akim dari parti UMNO. Desas-desus pada PRU 13 ini, Datuk Salleh Tun Said akan bertanding di Usukan.