Seseorang Pemimpin yang diamanahkan untuk memimpin umat, tergalas olehnya satu beban yang sangat besar di sisi sang penciptanya. Khalifah agung Islam Umar Abd Aziz pernah menangis teresak-esak dan bila ditanya oleh pembesar-pembesarnya, beliau menjawab tidak akan tergambar difikirannya bilamana dia menemui Allah SWTdan dihisab dengan membawa beban seorang PEMIMPIN. Kerana itu tanggungjawab seorang pemimpin itu sangat besar , semakin besar kawasan yang diwakilinya dan semakin ramai orang di bawah jagaannya,maka semakin besar tanggung dan jawabnya.
Seorang pemimpin yang dilantik dan dipilih tidak akan dapat lari dari isu pembangunan kehidupan rakyat yang diwakilinya. Bagaimana seorang pemimpin yang boleh meneguk air bersih ditapis dengan proses osmosis songsang sedang rakyat yang pernah mengundinya meneguk air perahan tanah merah yang dibiarkan 'tidur' sehari semalam dalam tangki 1Malaysia yang diberikan.? Bagaimana seorang pemimpin yang acuh tak acuh melihat permasalahan rakyat sebaliknya sibuk mengatur strategi politiknya untuk kembali menjadi pemimpin, sedang rakyat masih bergelumang dengan lumpur di bendang sawah padi yang masih mengharap hujan akan turun.
Bagaimana pemimpin yang memiliki rumah besar,kenderaan besar, modal yang besar ,membina rumah di tempat yang paling selamat baginya,sedang rakyat setiap tahun bermandikan air banjir yang naik mendadak hanya hujan sekitar 2-3 jam sahaja.
Sesungguhnya terlalu banyak permasalahan rakyat di daerahku Kota Belud yang terlepas pandang oleh pemimpin sejak dahulu lagi.
Ada blogger yang cuba memadam rekod ini, kononnya pembangunan harus selari dengan zamannya.Sedangkan Choong Kah Kiat punya wawasan membangunkan Kudat. Bandingkan Kudat dengan daerahku Kota Belud yang mencatat rekod melahirkan pemimpin yang kaya raya dan bertaraf menteri.Bandingkan Beaufort dengan Kota Belud. Alahai! indah khabar dari rupa.
Pemimpin berperanan merangka pembangunan kawasan yang diwakilinya, menunjukkan komitmen dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Memaparkan budaya saling bergantungan.bukan saling digantungi. Masa PRU menagih sokongan, lepas menang rakyat dibiarkan.Sibuk melobi projek untuk diri dan masa depannya.
Ada juga penyokong yang Bila tersentuh kredibiliti pemimpin pujaannya, bingkasnya mengalahkan sang pendekar bermata satu. Menguamnya laksana singa yang kelaparan.Tangkasnya menjawab umpama kuda padi. Kerana apa? kerana sudah mendapat habuan berupa jasa dan kebendaan. Seolah-olahnya ketua itu maksum dan tidaknya alpa. Dicarikan hujah membela, supaya mereka terus mendapat tempat.
Jadikanlah menjadi pemimpin itu kerana Allah SWT dan kesungguhan membela nasib dan kehidupan rakyat itu sebagai Jihad yang utama. Kalau tidak, apakah kaki kita akan dipertanggtungjawabkan ketika meniti sirat di hapan Allah?
11 ulasan :
Pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan dan harta yang dikumpul para pemimpin parti pembangkang, sejak kebelakangan ini amat mengejutkan masyarakat negara ini.
Hakikatnya, itulah kerja sebenar pemimpin parti pembangkang selama ini – mengumpul kekayaan – untuk kepentingan diri mereka dan keluarga dan pada masa yang sama gila dan tamak kuasa.
Mereka sanggup melakukan apa saja, bermula dari rasuah, melakukan penyelewengan hinggakan mendapatkan dana dari sember-sumber yang tidak halal, bagi mencapai cita-cita politik mereka.
Banyak maklumat yang diterima, pemimpin pembangkang mendapat sumber dana dari pihak luar yang mahu melihat kehancuran negara Malaysia yang tercinta.
Bahkan, pemimpin pembangkang sanggup menimbulkan suasana huru hara dan keadaan politik tidak stabil dalam negara bagi mendapatkan dana dari luar yang sudah tentu musuh kita semua.
Cuba bayangkan, seorang pemimpin pembangkang boleh mengawal harta yang berjumlah RM3 bilion sejak lebih 10 tahun lalu.
Manakala orang kanan pemimpin pembangkang itu pula mengumpul harta yang jumlahnya berpuluh-puluh juta ringgit ketika dia masih berada dalam kerajaan.
Dari mana mereka mendapat kekayaan luar biasa ini? Itu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.
Ini belum lagi mereka menjadi pemerintah negara ini. Jika pemimpin pembangkang membentuk kerajaan dan mengawal semua projek kerajaan, kita tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada tanah air tercinta ini
Itu antara fakta yang perlu kita fikirkan bersama sebelum memberi sokongan kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat dan semua parti pembangkang.
tugas pemimpin adalah menjaga hal ehwal rakyat dan membawa pembangunan kepada rakyat.
Post a Comment