Inti artikel "DARD THE BEST MP KB' yang akhirnya menjadi polemik buat sdr Amdin Karim dengan susulan idea yang beliau lontarkan, sebenarnya tidak diselami oleh penyokong tegar DSSK ini.Bahkan isi artikel saya itu barangkalinya tidak pun beliau baca secara harafiah malah terkemudian sifat Assabiyahnya, lantas mengecam dan memperlekehkan tanggpan pokok awal perbincangan itu yang terkeluar ketika sdr saya Norjam Endingan menyatakan bahawa bagi beliau DARD adalah The Best MP KB.
Amdin Karim tidak mempunyai jiwa yang kental dan teliti, mengharuskan beberapa prinsip dan etika politik yang menjahanamkan rakyat dan negara. Membenteras penilaian rakyat kepada pemimpin dengan mengaitkan soal ketuhanan dan prinsip hukuman dosa dan pahala. Beliau tidak dapat membedakan antara penilaian tuhan dengan manusia, seolah-olah mengaibkan sejumlah rakyat di KB yang mahukan pemimpin yang lebih bertenaga, berdaya upaya membangunkan KB, berkarisma dan mempunyai nilai kepentingan rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri.
Jika menilai pemimpin itu satu dosa besar, maka sudah tentu para sahabat yang pernah hidup sezaman dengan Nabi SAW juga tidak akan bertindak berani menilai pemimpin den kepimpinan sezaman mereka. Ketika Saidina Islam yang terunggul dinilai kepimpinannya ketika menolong satu keluarga yang anak-anaknya kelaparan di malam hari dengan ibunya menjerang batu buat mententeramkan jiwa anak-anaknya yang gejolak menahan lapar, maka 'maruah' dan 'martabatnya' terangkat oleh rakyatnya sendiri.
Ketika saya mengulas isu DARD The Best MP Kota Belud, saya banyak mengambil faktor persekitaran politik yang berlaku depan mata saya puluhan tahun. Membandingkan antara DSSK dan DARD bagi saya paling tepat dilakukan menjelang PRU 13 ini supaya rakyat KB dapat memilih pemimpin yang benar-benar unggul pada kaca mata kepartian.
Selaku MP KB yang paling lama dalam sejarahnya DSSK tidak terkecuali dari garis waktu penilaian rakyat. Begitu juga dengan DARD yang baru sepenggal. Dalam artikel saya itu, saya katakan bahawa sewaktu DSSK menjadi MP KB, pembangunan di KB lembab. Bukan tidak ada tetapi sangat perlahan jika dibandingkan tempoh DSSK yang begitu lama menjadi MP dan menjawat beberapa jawatan menteri kanan dalam kabinet negeri. Dengan jawatan seperti KETUA MENTERI, menteri Kewangan beliau boleh dikatakan 'gagal' menterjemah peranannya kalau dibanding dengan jawatannya ketika itu. Masalah asas rakyat gagal diselesaikan. Berapa tempoh dan lamanya DSSK menjadi wakil rakyat di Usukan? keadaan begitu juga, perubahan dari segi keperluan asas hidup rakyat tidak dapat diselesaikan. Malahan suatu ketika DSSK pernah menjadi ADUN dan MP sekaligus, tetapi keadaan tetapi juga tidak banyak berubah.Sepatutnya KB sudah lebih maju jika dibandingkan dengan daerah2 lain di Sabah kerana selain daripada KB menjadi nukleas politik, KB juga sudah mengeluarkan pemimpin bertaraf nasional. Namun di mana silapnya? Silapnya kerana kita ditegah untuk menilai pemimpin, bahkan dilarang untuk menegur dan memperbaiki kepimpinan sedia ada. Sama ada takut atau termakan budi atau mendapat habuan peribadi, sukar untuk ditentukan.
Saya juga ada menyentuh tentang kepimpinan legasi dalam artikel saya itu. Kepimpinan adalah sesuatu yang tidak boleh diwarisi. Arwah Tun Said mungkin seorang yang berjasa kepada pembangunan rakyat KB. Tetapi itu bukan satu jaminan mutlak akan dapat diteruskan oleh generasinya. Sebab itu saya katakan bahawa jika ditakdirkan DSSK menjadi MP KB semula, maka satu tugas yang sangat besar buat beliau, untuk mencipta trek rekod yang lebih baik dari DARD. pendekatan dan pengamalan prinsip politik matang kepada rakyat harus selari dengan mandat yang rakyat berikan.
DARD bagi saya seorang yang lebih terbuka dalam pengamalan prinsip kepimpinannya. Walaupun kadang-kala disifatkan oleh kebanyakkan ramai orang sebagai lebih 'sudu dari kuah' namun sejak menjadi MP KB. DARD adalah satu-satunya yang mencipta rekod melayan, menjawab dan menerangkan pelbagai permasalahan rakyat dalam dunia cyber sama ada dalam blog dan FCB atau Twetter. Dalam ledakan maklumat di hujung jari, pemimpin KB yang lain juga harus berpegang demikian.
Berapa ramai pemimpin KB yang mempunyai akuan FCB dan ada Blog TETAPI TIDAK PERNAH menyentuh walau sekalipun permasalahan rakyat dalam setiap posting mereka. Pemimpin ini lebih gemar mengulas isu-isu politik nasional dan luar negara daripada berkongsi dengan pengamal media yang lain untuk mencari kaedah terbaik menyelesaikan permasalahan rakyat.
Terpulang kepada rakyat KB memilih pemimpin yang ada anggapan mereka dapat membela nasib generasi akan datang. Namun bagi saya, saya telah membuat keputusan yang hanya menunggu masa untuk saya terjemahkan dalam undi ada RU 13 nanti.

25 ulasan :
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan 'pelakon politik' lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.
Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan kelangsungan politik semata-mata.
Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.
Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini.
Barisan Nasional (BN) Kota Belud mengajak rakyat supaya memberi sokongan padu kepada BN demi kestabilan, sekali gus membolehkan kelangsungan agenda pembangunan yang dirancang.
Rakyat perlu bersatu dan berdiri teguh bersama pimpinan BN yang telah membuktikan keupayaan dan kemampuan membawa kemajuan serta kemakmuran untuk rakyat dan negara ini.
setiap rakyat perlu melihat ke hadapan dan jangan sesekali bersikap emosi atau terikut-ikut rentak pembangkang.
BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat sebagaimana terbukti `track record' sepanjang mentadbir negara sejak awal kemerdekaan dahulu.
Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.
Semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.
"Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang.
Bolehkah rakyat mempercayai "political chameleon" (pendirian politik berubah wajah) in.
Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan.
sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan "bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan".
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk ditapis SPRM.
Bagaimanapun, bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dan sedang melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM, dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon itu bebas rasuah, jenayah dan bebas masalah.
Tindakan ini juga dapat mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana calon.
Ini adalah satu tindakan yang baik dan dapat memilih calon yang mempunyai integriti tinggi. Inisiatif ini juga akan dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepemimpinan politik negara.
Isu rasuah adalah masalah utama dibincangkan di dunia termasuk menjadi buah mulut masyarakat Malaysia.
Rasuah dalam politik adalah ibu kepada semua rasuah. Ini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Transparency International Global Corruption Barometer 2010, parti politik adalah satu daripada sektor paling korup.
Pemimpin yang tidak berintegriti dan terbabit dalam rasuah serta jenayah akan menjadi liabiliti kepada parti apabila dicalonkan semula.
Konsep Kepemimpinan Melalui Teladan patut diamalkan. Tujuan konsep ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat kepemimpinan yang berkesan untuk dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan penjawat di negara ini.
Amdin Karim sememangnya pencacai tegar dari dulu sampai sekarang. Dia menidakkan hak orang lain untuk bersuara. mau suaranya saja di turuti. Apalah yang dia tau kalau setakat sabung ayam saja. Menang sorak tapi kampung tergadai.
INI KALI LAH! KITA TUKAR PEMIMPIN.
pemimpin yang baik pasti akan mendapat sokongan rakyat.
Post a Comment