Saya sudah tidak pasti sudah berapa kali artikel tentang janji-janji pemimpin Kota Belud berkenaan bekalan air bersih saya publishkan. Isunya berlegar-legar antara keperluan mendesak dan perhitungan pemimpin politik tertentu di Kota Belud menjadi 'hero' menyelamatkan ribuan penduduk di Kota Belud daripada kemarau bekalan air bersih. Namun sebagai blogger, isu bekalan air bersih ini tetap menjadi keutamaan dan konsisten total saya sehinggalah isu ini berjaya di selesaikan. Asasnya adalah kerana air bersih adalah keperluan asas paling minimum bagi seorang manusia,dan ini tentunya sedia diketahui oleh pemimpin politik Kota Belud, namun dibiarkan membelanggu rakyat yang menyokong mereka tanpa kesungguhan yang benar-benar tuntas.
Kali ini isu bekalan air bersih dan janji-janji terang bulan oleh pemimpin tertentu di Kota belud sangat signifikan dengan soal-soal keselamatan dan kesejahteraan penduduk di Kota belud. Janji terang bulan Ahli parlimen Kota belud, datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu air ini boleh dibaca DISINI kemudian selang beberapa bulan selepas janji itu tidak tertunai, Rahman Dahlan sekali lagi menyoroti perjalanan permasalahan bekalan air bersih ini. kenyataan beliau boleh di baca di SINI . Sehingga artikel ini ditulis, Rahman Dahlan sudah serik menyentuh perihal bekalan air bersih di kota belud yang dikatakan memakan kos RM100 juta melalui projek NKRA. Malahan apabila saya cuba menyentuh persoalan air bersih ini dengan setiausaha politik beliau, jawapan yang saya perolehi sangat menghampakan. Sehinggalah sya inbox Tan Sri Pandikar meminta isu bekalan air bersih dipanjangkan kepada Rahman Dahlan mengenai keperluannya satu mekanisme baru selama menunggu projek mega ini berjaya di selesaikan. namun hingga kini, belum ada tanda-tanda isu bekalan air bersih ini akan berakhir. Sehinggalah satu tragedi kebakaran rumah banglo seorang penduduk di Kg Rudang, kira-kira 10km dari pekan Kota belud beberapa minggu lepas. Kebakaran yang meranapkan rumah tersebut berlaku sekitar jam 11.pagi dan dianggarkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun yang lebih memeritkan ialah apabila isu air ini menjadi perhatian umum, ekoran daripada kebakaran tersebut. dari makluman bomba dan penyelamat Kota belud yang berkejar ke tempat kejadian, mendapati paip bomba yang terpasang di sekitar kampung tersebut kontang dan tidak ada air. Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran tersebut ekoran insiden tersebut. Beginilah keadaan rata-rata hampir 90% perkampungan sekitar Pekan Kota belud yang ernah disenaraikan dalam janji terang bulan oleh Datuk Rahman Dahlan yang kononnya akan menerima bekalan air bersih selewatnya bulan mac 2012 lagi. Janji terang bulan itu sudah berlalu lebih 2 tahun. Selepas PRU13, ramai penduduk Kota Belud percaya, isu bekalan air bersih ini akan tinggal iguan semata-mata, meskipun gimik perlancaran oleh Datuk Shafie Apdal menteri KKLW sudah dibuat. Datuk Rahman Dahlan boleh mendapatkan keterangan mengenai kejadia tersebut kerana BOMBA DAN PENYELAMAT adalah dibawah kementerian beliau.
Bayangkanlah jika malapetaka seumpama ini berlaku lagi? Apakah janji bekalan air bersih yang ditunggu oleh puluhan ribu penduduk Kota Belud akan menjadi trauma kepada rakyat Kota belud?

0 ulasan :
Post a Comment